Gadis remaja berkayak ke restoran McDonalds yang ditenggelami banjir


 Kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Port Lincoln, Australia tidak menghalang seorang remaja wanita untuk membeli makanan di sebuah restoran makanan segera McDonald’s.

Remaja berkenaan, Tamara Barker,18, telah menarik perhatian pengguna media sosial di negara Kanggaru tersebut apabila diliaht gigih berkayak dengan membeli makanan di laluan pandu lalu restoran McDonald's berkenaan.

Pekerja restoran tersebut dilihat tersenyum kerana terhibur dengan aksi Tamara berkenaa sementara mereka menyediakan 4 biji burger keju yang diidamkannya.


Kakaknya yang turut menyertainya ke restoran itu telah mengambil tersebut dan memuatnaiknya di laman Facebook sebelum menjadi perhatian ramai.

“Ia sangat berbaloi untuk meminjam kayak itu, saya berkayak lebih kurang 20 meter untuk ke pandu lalu.

“Air banjir telah melebihi paras lutut, mengakibatkan kemusnahan kecil serta menggugat aktiviti perniagaan namun ia tidaklah begitu teruk,” ujarnya.

Banjir kilat yang melanda kawasan di Australia Selatan kini, dilaporkan menyukarkan pergerakan penduduk di sana dan menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. - Siakapkeli.my



No comments:

Post a Comment