Tiada siapa menyangka nenek tua ini seorang pembunuh bersiri


RUSIA: Jika dilihat dari susuk badannya, tiada siapa menyangka wanita tua ini merupakan seorang pembunuh bersiri.

Mengakui telah membunuh sekurang-kurang 10 mangsa, Tatiana Samsanova yang berusia 67 tahun itu juga dikatakan mengerat dan memotong badan mangsa yang dibunuhnya itu.


Memulakan aktiviti 'pelik' itu sejak dua dekad lalu, rahsia hitam Tatiana akhirnya terbongkar apabila mayat seorang lelaki yang dijaganya ditemui.

Malah polis juga cuba mengaitkan kes pembunuhan yang tidak berjaya diselesaikan sejak 20 tahun lalu dengan kegiatan Tatiana.

Tatiana turut menulis kesemua butiran kegiatannya di dalam diari, dengan salah satunya berkenaan seorang mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan, dimana mayatnya telah dikerat ditemui berhampiran kediaman Tatiana.

Malah, seorang lagi mangsa dipercayai suaminya sebelum ini dilaporkan hilang pada 2005, namun hingga sekarang tidka diketahui masih hidup atau sebaliknya. - Siakapkeli.my


Serpihan Pesawat Ditemui Di Pulau Reunion Mungkin Milik MH370


SAINT-ANDR (PERANCIS): Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi pada Rabu menimbulkan spekulasi bahawa ia mungkin milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Seperihan sepanjang dua meter itu, seolah-olah menyerupaikan bahagian sayap, ditemui orang awam semasa membersihkan kawasan pantai.

"Ia dipenuhi cengkerang, jadi seseorang mengatakan ia mungkin berada di dalam air terlalu lama," kata seorang saksi.

Pegawai pengangkutan udara Perancis sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat lokasi sebenar serpihan pesawat tersebut.

Xavier Tytleman, seorang pakar dalam keselamatan penerbangan berkata, seperihan itu mungkin milik MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan sejak Mac tahun lalu.

 Polis mengangkat serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion.

Tiada serpihan pernah ditemui sebelum ini sehingga kes membabitkan pesawat tersebut dianggap sebagai paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia.

Malah, kerajaan Malaysia pada Januari mengisytiharkan tragedi MH370 sebagai kemalangan, manakala semua 239 penumpang dan anak kapal dianggap terkorban.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Tytelman berkata gambar media tempatan menunjukkan bahagian kod pada serpihan berkenaan iaitu BB670.

"Kod itu bukan nombor plat pesawat atau pun nombor siri peralatan mesin.

"Tapi jika sayap itu milik MH370, adalah jelas bahawa rujukan itu akan dapat dikenalpasti. Dalam beberapa hari lagi kami akan dapat jawapan yang muktamad," katanya.


Sumber: mstar.com.my

97 Rangka Manusia Berusia 5,000 Tahun Ditemui di Timur Laut China

Kawasan tapak 97 rangka manusia ditemui yang dipercayai berusia lebih 5,000 tahun di Timur Laut China.
 
BEIJING: Para pengkaji sejarah telah menemui 97 rangka manusia yang disumbatkan ke dalam sebuah tapak bekas rumah kediaman kecil yang berusia 5,000 tahun di Timur Laut China.

Ia adalah tapak perkampungan pra-sejarah - era di mana tulisan masih belum dicipta lagi.

Rangka-rangka manusia yang ditemui itu termasuklah rangka kanak-kanak, remaja, pertengahan umur - kesemuanya disumbatkan ke dalam sebuah rumah kecil yang berkeluasan  20 kaki persegi.

Kesemua rangka manusia yang ditemui itu tidak ditanam sebaliknya hanya dibiarkan bertimbun di dalam rumah berkenaan.

Para pakar berkata, berdasarkan pemerhatian, mayat-mayat yang diletakkan di tapak rumah berkenaan adalah mangsa kepada satu malapetaka atau wabak yang membunuh.

Kawasan berkenaan yang kini dikenali dengan nama 'Hamin Mangha,' berusia sekurang-kurangnya 5,000 tahun iaitu era tulisan masih belum digunakan sebagai satu bentuk komunikasi.

Ia adalah kawasan petempatan yang kecil dan mereka yang mendiaminya bercucuk tanam dan memburu untuk kehidupan seharian.

Turut ditemui di kawasan perkampungan itu ialah tembikar, alat mengisar, panah dan anak panah - sekaligus menjelaskan tentang aktiviti seharian para penghuninya.

"Hamin Mangha adalah kawasan pra-sejarah yang paling besar dan masih elok terpelihara di kawasan Timur Laut China," jelas pasukan arkeologi di dalam terbitan terbaru makalah Chinese Archaeology.

Mereka melaporkan, rangka-rangka yang ditemui di kawasan itu masih dalam keadaan baik dan lengkap sekaligus memudahkan kajian.

Selepas 5,000 tahun ia dibiarkan begitu dan kini ditemui dalam keadaan yang sama, para ahli antropologi dari Universiti Jilin cuba menentukan apakah sebenarnya yang terjadi kepada manusia purba ini.

Dan mereka membuat rumusan, manusia yang ditemui dalam rumah itu adalah mangsa satu malapetaka yang berlaku 5,000 tahun yang lalu dan mereka kemudiannya disumbatkan ke dalam rumah kecil itu tanpa ditanam.

Jumlah kematian yang berlaku terlalu pantas sehingga penduduk kampung berkenaan tidak sempat untuk menanam lalu hanya melonggokkan mayat-mayat tersebut di dalam rumah berkenaan.

Oleh kerana ia adalah satu ancaman wabak maka mayat-mayat itu dibiarkan begitu sahaja tanpa disentuh oleh mereka yang masih hidup selepas itu.


Sumber: mstar.com.my

Mitos batu terbelah dua


SEKALI pandang, ia kelihatan seperti sebuah batu yang terbelah dua. Namun, Split Apple Rock sebenarnya adalah pembentukan batu geologi yang terletak di The Tasman Bay, di luar pantai di utara Pulau Selatan New Zealand.

Diperbuat daripada granit, ia menjadi tarikan pelancong yang popular di perairan Laut Tasman, kira-kira 50 meter antara pantai Kaiteriteri dan Marahau.

Menurut Worldtop.com, batu itu terletak di atas air cetek dan ia juga merupakan tempat pelancongan menarik untuk bot pelancong dan serta kapal percutian yang beroperasi di sepanjang pantai Taman Negara Abel Tasman.

Menurut lagenda Maori, batu yang bentuknya menyerupai buah epal terbelah dua itu adalah hasil pergaduhan antara dua adik-beradik lelaki.

Ada pula mitos dalam kalangan penduduk tempatan mengatakan bahawa, terdapat dua orang dewa yang merebutkan batu itu menyebabkan mereka bertarung sesama sendiri. Akhirnya, mereka membahagiakn batu tersebut kepada dua bahagian.

Namun, sehingga kini asal usul sebenar batu itu masih menjadi tanda tanya.



Sumber: Sinar Harian

Tengkorak aneh berbentuk telur ditemui di Rusia

 Foto: CEN

Satu tengkorak aneh ditemui di sebuah tapak arkeologi di Rusia. Tengkorak ini mirip manusia, namun bentuknya lebih bujur seperti telur.

Para peminat teori konspirasi mengatakan ia sebagai bukti kuat kewujudan makhluk asing yang melawat Bumi di masa lalu. Namun ahli arkeologi menafikannya, dan bertegas tengkorak itu berasal dari seorang perempuan dari 4000 tahun sebelum masehi.

Pakar menyebut suku asli yang tinggal di Arkaim dekat bandar Chelyabinsk, Rusia, itu kerap mengikat kepalanya agar berbentuk seperti demikian.

Tidak mahu kalah, peminat konspirasi berhujah jika memang seperti itu, bermakna manusia purba berusaha mengikuti bentuk kepala tetamu asing dari luar angkasa.


Saintis Maria Makurova mengesahkan penemuan tengkorak aneh ini pada agensi berita TASS: "Kami menemui sebuah tengkorak yang masih dalam keadaan baik."

"Saya tidak menolak kemungkinan tengkorak ini berasal dari seorang perempuan suku Sarmati yang tinggal di kawasan tersebut, yang kini telah menjadi Ukraine, Kazakhstan dan Rusia moden," sambung Makurova, seperti dipetik Mirror.co.uk, Isnin (27/7/2015 ).

"Tengkoraknya bujur kerana suku tersebut mengikat kepala anak-anaknya dengan tali. Sudah jelas itu adalah tradisi suku," kata Makurova.

Makurova enggan mengulas mengenai spekulasi tengkorak makhluk asing. Saat ini dia dan rakan-rakan masih berusaha mengetahui mengapa tradisi mengikat kepala muncul di suku tersebut.

Penemuan tengkorak berbentuk telur ini menjadi misteri lain dari tapak purbakala Arkaim, atau dikenali juga dengan Stonehenge Rusia, yang diyakini diasaskan sekitar 4000 tahun sebelum masehi.



Sumber: Metrotvnews.com

Suami Kantoi dengan Isteri di Google Street View


 Dek hanya kerana sekeping gambar di Google Street View, seorang suami terkantoi masih menghisap rokok walaupun sebelum ini dia mengaku sudah berhenti dari tabiat itu kepada isterinya.

Dony Riding, dari Merseyside, memberitahu isterinya, Julie, yang dia sudah berhenti apabila doktor menasihatkannya supaya cuba mengubah cara hidupnya termasuklah merokok setelah dia mengalami serangan jantung.

Julie mula mengesyaki suaminya tidak mendengar nasihat doktor apabila mendapati sejumlah biskut Hobnot dalam kuantiti yang banyak di dalam kereta suaminya.


 Julie cuba memberi amaran kepada suaminya supaya berhenti memakan biskut yang tidak menyihatkan itu tetapi suaminya berang dan bertindak keluar dari rumah.

Keesokan harinya, mereka mendengar berita bahawa kereta Google Street View telah datang ke perumahan mereka untuk mengambil gambar jalan.

Teruja dengan perkara tersebut, Julie kemudiannya memeriksa gambar baharu persekitaran rumahnya yang dijana di Google Street View tetapi terkejut apabila mendapati terdapat gambar suaminya sedang menghisap rokok di dalam aplikasi web itu.

"Apabila saya memeriksanya(Google Street View) online, saya terkejut dan tidak percaya - semua sudah terbukti sekarang yang dia masih merokok", katanya.


Walaubagaimanapun, kini pasangan itu sudah pun melupakan perkara tersebut.

Tambahnya : "Sejak perkara itu berlaku, kami memanggilnya hari "Hobnob" dan apabila seluruh ahli keluarga berkumpul bersama, kami membuat lawak mengenainya. Memang dia didenda tidur di sofa malam itu tetapi dia mengambilnya sebagai perkara positif dan sekarang ia sudah menjadi perkara yang melucukan".



Kredit: siakapkeli.my

Tuala wanita penyanyi cantik terjatuh ketika sedang buat persembahan secara langsung


 Patricia Navidad penyanyi asal Mexico ini mengalami insiden memalukan iaitu tuala wanita yang dipakainya terjatuh semasa dia sedang menyanyikan sebuah lagu di sebuah acara yang disiarkan secara langsung di salah sebuah stesen televisyen Mexico pada rabu (15/7) lalu.

Tuala wanita tersebut terjatuh di kala Patricia sedang menyanyikan lagu "Viva Mexico". Walaupun mengetahui hal demikian, wanita berusia 42 tahun ini tetap meneruskan nyanyiannya dan membiarkan hal tersebut.


Video insiden tersebut tersebar dan menjadi viral di media sosial. Ia mendapat banyak kritikan dari para netizen.

Sebahagian Netizen menganggap bahawa Patricia Navidad memang sengaja menjatuhkan tuala wanita tersebut agar menjadi sensasi yang boleh mempopularkan dirinya.


[Gambar] Burung camar telan bulat-bulat seekor burung kecil

Seekor burung camar menyambar seekor burung kecil yang sedang membina sarang untuk anak-anaknya di atas bumbung sebuah rumah, di Barrhead, Glasgow, Scotland. Burung kecil itu dihempas beberapa kali sebelum ditelan bulat-bulat oleh burung camar di depan anak-anaknya.

Kejadian luar biasa ini berjaya dirakam oleh Dougie McColl.  

dailymail.co.uk

Bandar Villa Epecuen timbul semula selepas tenggelam 25 tahun


VILLA Epecuen adalah sebuah perkampungan pelancongan yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tumpuan ramai.

Berbeza dengan pusat pelancongan yang lain, Villa Epecuen yang terletak di sepanjang pantai Lago Epecuen iaitu sebuah tasik garam ini mempunyai tahap garam kedua tertinggi di dunia dan sepuluh kali lebih tinggi daripada mana-mana lautan.

‘Hilangnya’ pusat pelancongan indah ini disebabkan oleh limpahan hujan luar biasa sekitar tahun  1985 sehingga menenggelamkan banyak bandar di situ.

Terletak 600 kilometer di bahagian barat daya Buenos Aires, Argentina, tasik ini menjadi tumpuan kerana dikatakan boleh menyembuhkan penyakit sendi, penyakit kulit anemia, kencing manis dan kemurungan.

Kuasa terapeutik yang terdapat pada tasik ini menjadi terkenal selama beberapa abad.


Penempatan di Villa Epecuen bermula lewat abad ke-19. Penduduk dan pengunjung pertama dikatakan mula mendirikan khemah di sepanjang pantai untuk menikmati aktiviti di kawasan tersebut.

Bermula dari perkampungan gunung yang lengang, Villa Epecuen berubah kepada resort pelancongan yang sibuk.

Tidak lama kemudian, lokasi pelancongan ini berubah kepada tarikan pelancongan antarabangsa dari seluruh Amerika Syarikat dan dunia.

Menjelang tahun 1960, bilangan pelancong yang berkunjung ke Villa Epecuen mencecah sehingga 25,000 orang, sekali gus menjadikan ia sebagai lokasi pelancongan yang sangat popular manakala bilangan penduduk pula dicatatkan mencecah 5,000 orang pada tahun 1970-an.

Manakala kegiatan ekonomi melibatkan hotel, penginapan asrama, spa, kedai-kedai dan muzium melibatkan 300 perniagaan pula dikatakan berkembang dengan pesat.


Zaman kegemilangan Ville Epecuen ‘pudar’ apabila musim hujan berlangsung dalam jangka panjang melimpahkan hujan lebih banyak ke kawasan bukit-bukit di sekelilingnya; menyebabkan Ville Epecuen ditenggelamkan sedikit demi sedikit.

Pada 10 November 1985, air hujan yang turun di sekitar empangan dilaporkan menenggelamkan bandar tersebut hingga empat kaki, sekali gus memaksa penduduknya berpindah sedikit demi sedikit keluar dari pusat pelancongan terbabit.

Menjelang tahun 1993, banjir yang berlanjutan dikatakan menenggelamkan bandar tersebut sehingga 10 meter.

Villa Epecuen hanya ‘muncul’ semula ke permukaan hampir 25 tahun kemudiannya (tahun 2009) apabila banjir mulai reda; meninggalkan sisa-sisa bangunan dan tapak pusat pelancongan yang masih teguh berdiri.



 
Sumber: Sinar Harian

Pengawal keselamatan rakam gambar UFO di Kedah

Mahmood menunjukkan gambar didakwanya UFO yang berjaya dirakam ketika atas jambatan yang menghubungkan sempadan Pinang Tunggal Kedah dan Pulau Pinang.

SUNGAI PETANI – Seorang pengawal keselamatan mendakwa terlihat objek terbang tidak dikenali (UFO) dan merakamkannya dengan telefon bimbit sebelum ia hilang.

Mahmood Hamid, 65, mendakwa, ternampak pemandangan matahari terbenam luar biasa ketika melalui jambatan menghubungkan Pinang Tunggal Kedah dengan Pulau Pinang, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

"Cahaya itu nampak cantik, jadi saya rakamkan gambarnya. Lepas itu, bila dongak semula, saya nampak ada objek macam piring terbang di lokasi sama," katanya.

Menurutnya, disebabkan tidak bersedia dia hanya sempat mengambil gambar bahagian tepi objek.

"Objek ini sangat besar, menutupi jambatan dan sungai. Seakan tak percaya dengan apa yang saya nampak.

"Saya pernah dengar cerita mengenai UFO dan sangka ia sekadar dongeng atau rekaan fiksyen. Tapi, bila lihat dua gambar yang saya ambil, objek itu memang wujud," katanya.

Katanya, terdapat dua corong udara pada objek itu.

"Satu daripada corong itu hasilkan kabus warna ungu yang sangat cantik," katanya.

Sementara itu, Arifin Azin, 53, turut mendakwa pernah melihat objek sama ketika usianya lima tahun di Kampung Pengkalan Semeling tidak jauh dari Sungai Merbok.

"Objek setinggi 0.5 meter itu datang dekat hingga saya cuba untuk tangkap. Tapi tak berjaya dan ia hilang di kawasan hutan," katanya.

Rakan mereka, Md Shah Ismail, 59, yang membuat rujukan di laman sesawang menjumpai beberapa contoh rujukan maklumat seperti UFO yang dipaparkan.

“Berdasarkan bahan bacaan yang ditemui, lebih 140 kes kemunculan UFO di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 30 tahun sekitar 1981 hingga 2008.

"Tanjung Sepat dan Sungai Petani antara lokasi paling kerap ia muncul,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

(Video) Wanita Maut Ditelan Eskalator di Pasaraya


 [Kami tak boleh masukkan video kejadian ke dalam artikel ini kerana video tidak sesuai untuk umum. Tetapi pautan ke video ada disertakan di bahagian bawah artikel. Watch at your own risk ]

China - Seorang wanita berumur 30 tahun maut apabila dia "ditelan" oleh eskalator ketika sedang menaiki tangga bergerak untuk ke tingkat atas bersama anaknya.

Kejadian berlaku di sebuah pasaraya besar di Jingzhou itu berlaku kira-kira jam 10.10 pagi hari ini.

Menurut rakaman CCTV kejadian, mangsa dan anaknya sudah sampai ke penghujung eskalator terbabit apabila tiba-tiba lantai yang menutupi eskalator itu tiba-tiba runtuh.

Mangsa kemudian ditelan oleh eskalator berkenaan tetapi sempat menghulurkan anaknya kepada orang yang berada berdekatan.

Si ibu sempat menghulurkan anaknya kepada mereka yang berdekatan dengan eskalator itu.

Mangsa dijumpai maut terlekat di bahagian bawah eskalator itu tiga jam kemudian.


(Amaran Video Hardcore) Link kepada video : Sumber


Kredit: Siakapkeli.my

Bayi comel berusia 8 bulan ini mempunyai 100,000 pengikut di Facebook

 Foto: facebook.com/Litle Miss Egypt

Memetik laporan mirror.co.uk, pasangan suami isteri, Fortafy (nama sebenarnya Sam Ratumaitavuki) dan isterinya Shana Evers ini memiliki seorang buah hati yang berusia 8 bulan bernama Egypt yang sangat cantik dan memiliki mata biru cantik serta mempesona.

Kerana kecantikannya inilah akaun media sosial facebooknya bernama Little Miss Egypt telah memiliki 100 ribu followers.

Sejak beberapa fotonya juga dimuat naik oleh sebuah akaun media sosial yang bernama Khadarsian Kids, kini dia telah menjadi seorang anak yang dikagumi kerana kecantikan matanya. Egypt mempunyai bola mata berwarna biru yang sangat cantik dan juga mempunyai bulu mata yang panjang.

Kerana kecantikan matanya inilah, Egypt dikatakan sebagai bayi terlucu dan paling comel di dunia. Egypt sendiri dikenali dunia selepas fotonya yang mengenakan pakaian beanie Kardashian dikongsi di akaun rasmi Instagram milik label pakaian tersebut


 Egypt bersama ibunya, Shana

 Bersama dengan si ayah





Sumber: Vemale.com

Tertipu foto di media sosial, lelaki dan wanita berkelahi di tengah jalan


Sepasang lelaki dan wanita berkelahi di tengah jalan di salah satu bandar di China, gara-gara saling menggunakan gambar palsu di laman sosial media.

Aksi mereka dirakam oleh seorang pejalan kaki yang tidak dikenali, dan dimuat naik ke dunia maya.

Dari perbualan mereka dapat diketahui bahawa kedua-duanya kecewa apabila melihat penampilan satu sama lain yang berbeza dengan yang mereka lihat di dunia maya.

"Saya memukulmu, jadi kenapa? Lihatlah seperti apa penampilanmu, dan kamu menunjuk jari pada saya!" kata wanita itu, seperti dipetik dari Shanghaiist, Jumaat (24/7/2015).

Lelaki itu kemudian mengambil telefon bimbit miliknya dan menunjukkan kepada seorang pejalan kaki. "Dengar. Saya dijemput untuk bertemu dengan seorang rakan dalam talian. Lihatlah bagaimana dia kelihatan di depanku, kemudian lihatlah foto ini," katanya.

"Anda (penonton) menjadi hakim. Apakah ini saya? Bukankah ini saya?" tanya wanita itu.

Dia kemudian menuduh lelaki itu berbohong kepadanya. "Kamu yang berbohong padaku, bajingan!"

Saat perang mulut diantara keduanya memuncak, si lelaki menolak wanita itu hingga jatuh terlentang. Dia kemudian berjalan meninggalkan wanita itu.

Sementara si wanita nampak memarahi orang yang menonton perkelahiannya. "Apa yang kamu lihat? Kamu tidak membantu sama sekali," jeritnya sebelum beranjak pergi.



Sumber: Tribunnews.com

Gadis mengamuk di tengah jalan kerana ayah enggan beli smartphone

Foto: Jianghan Business Daily
 
Seorang ayah menolak untuk membelikan sebuah telefon pintar mahal yang telah lama diinginkan anak gadisnya. Akibatnya, gadis dari Hubei, China yang tidak disebutkan namanya itu melampiaskan kemarahannya dengan mengamuk di tengah jalan.

Bukan hanya menjerit-jerit, gadis berusia 20 tahun itu juga berguling-guling di tengah jalan. Menurut laporan jznews.com, harga telefon pintar yang diminta oleh gadis itu kira-kira 2,000 Yuan.

Anggota polis yang melihat kejadian itu terus mendekati gadis tersebut dan melindunginya dari kenderaan yang lalu-lalang. Mereka juga berjaya memujuk gadis itu untuk berdamai dengan ayahnya.

Penjual telefon pintar yang sebelum ini didatangi oleh gadis itu juga bersetuju untuk menurunkan harga barangnya, sehingga ayah gadis itu boleh membelinya. Lalu lintas kembali lancar selepas gadis itu pulang dengan hati gembira.



Sumber: Merdeka.com

Fosil Ular Berkaki Empat Ditemui

PARA saintis buat pertama kalinya berjaya menemui satu fosil ular berkaki empat yang berusia 113 tahun di Brazil.

 LONDON – Sekumpulan saintis antarabangsa buat pertama kalinya berjaya menemui satu fosil ular berkaki empat di Brazil yang dianggarkan berusia kira-kira 113 juta tahun.

Media Britain pada Jumaat melaporkan penemuan terbaharu mengenai spesis ular purba ini dipercayai merupakan lelulur nenek moyang kepada generasi ular zaman moden.

Menurut kajian yang diketuai para saintis dari Britain dan Jerman, spesis dikenali sebagai Tetrapodophis amplectus ini hidup ketika awal zaman batu kapur iaitu kira-kira 100 hingga 146 juta tahun lalu.


 Spesis ini dikatakan mempunyai banyak persamaan ciri ular klasik seperti hidung pendek, tempurung kepala dan badan yang panjang, bersisik, gigi bertaring dan rahang mudah lentur untuk menelan mangsa besar.

Difahamkan, spesis ular berkaki empat ini tidak pula menggunakan kakinya itu untuk bergerak, sebaliknya hanya untuk memegang mangsanya daripada cuba melepaskan diri.


Selain itu, kaki daripada fosil ini juga menunjukkan ia lebih sesuai untuk tujuan mengorek lubang di tanah dan bukannya berenang di kawasan berair.

Oleh itu, para saintis percaya bahawa sejarah asal-usul ular tersebut berasal dari daratan dan bukan daripada moyang leluhur mana-mana hidupan marin.

Sebelum ini, beberapa fosil ular berkaki belakang turut dilaporkan pernah ditemui dan bukti itu kini dipamerkan kepada awam di muzium sejarah semula jadi di London. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Tragedi Majlis Bertunang, 21 Maut Atas Bot

Waris mangsa berkumpul di tebing Sungai Nil untuk mendapatkan berita terkini kejadian yang mengorbankan 21 penumpang.

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 21 terbunuh termasuk kanak-kanak ketika menghadiri majlis meraikan pertunangan yang diadakan di atas bot apabila dilanggar sebuah kapal kargo di Sungai Nil berhampiran Giza, selatan Kaherah di sini.

Dalam kejadian Rabu itu, lima penumpang berjaya diselamatkan tetapi hingga awal pagi Khamis, enam lagi masih hilang dan usaha mencari semakin sukar kerana cuaca gelap.

Insiden itu juga menyebabkan sekurang-kurangnya dua kanak-kanak terbunuh.

Ahli keluarga dan rakan kepada pasangan muda yang bertunang itu dikatakan menyewa bot tersebut bagi meraikan hari istimewa itu.

Belum dapat dipastikan sama ada pasangan tersebut antara yang terkorban.

Pihak polis mengesahkan penangkapan kapten kapal kargo tersebut bersama pembantunya selepas insiden itu yang dikatakan sering berlaku di kawasan Sungai Nil dan perairan Mesir.

Insiden kemalangan laut terburuk pernah berlaku pada Februari 2006 apabila sebuah kapal dari Mesir karam di Laut Merah sehingga menyebabkan kematian 1,000 penumpang. – AFP/mstar

Orang Ramai Terkejut Lelaki Bogel Di Jalan TAR


KUALA LUMPUR: Orang ramai yang keluar untuk menikmati makan tengah hari dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berjalan dalam keadaan bogel di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Dipercayai lelaki itu berjalan tanpa tujuan di jalan yang sibuk selama setengah jam pada waktu  tengah hari sebelum orang ramai memberikannya pakaian.

Gambar lelaki bogel berkenaan menjadi viral di media sosial.

Polis peronda gagal menemui lelaki bogel berkenaan selepas mereka diberitahu mengenai kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi, Timbalan Supt M. Gunalan berkata polis menyedari kejadian itu walaupun tiada laporan dibuat.

Katanya polis masih mencari lelaki itu.



Sumber: mstar.com.my

Misteri Air Takungan Yang Disimpan Setiap Hari Hilang Akhirnya Terjawab


 Sebuah kelaurga di Colorado , Amerika Syarikat telah dihantui oleh satu misteri apabila air takungan yang mereka letakkan di belakang rumah di dapati telah hilang sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Kerana menadapati tong tersebut kosong mereka mengisinya hari-hari tetapi kejadian yang sama turut terjadi apabila mandapai air di dalam tong tersebut kosong kembali.

Pada mulanya mereka berfikir mungkin kerana pengewapan cahaya matahari menyebabkan air itu kering tetapi yang peliknya pada cuaca mendung pun air tersebut akan berkurang.

Mereka telah mengambil keputusan untuk meletakkan kamera untuk merungkaikan misteri tersebut.

Pada keesokan hari mereka telah mendapati air tersebut sekali lagi kering dan terus mendapati kamera yang di letakkan.

Berikut adalah hasilnya dan dengan gambar ini ia berjaya merungkai misteri berkenaan dan apa yang dirakam amat menakjubkan.







Comelkan, rupa-rupanya ini adalah kerja seekor beruang yang datang berendam bagi menyejukkan badan dari cuaca panas Colorado.



Kredit: Siakapkeli.my

Ratusan Objek Misteri Ditemui Di Tanjung Balau

 Lebih 300 objek misteri yang menyerupai ukiran pada kuil Borobodur dirakamkan oleh Penolong Kurator Muzium Nelayan Tanjung Balau, Muhammed Iqbal Rosli ketika mengiringi wakil kerajaan negeri ke lokasi tersebut di pantai Tanjung Bala, Rabu. Foto BERNAMA

 KOTA TINGGI: Lebih 300 objek misteri yang menyerupai ukiran pada kuil Borobodur, di Jawa Tengah, Indonesia ditemui di atas batu di pantai Tanjung Balau dekat sini, Rabu.

Sesetengah penduduk setempat berkata, objek dalam pelbagai warna itu digunakan untuk membuang ancak atau persembahan kepada makhluk halus.

Penolong Kurator Muzium Nelayan Tanjung Balau, Muhammed Iqbal Rosli berkata, beliau menyedari kewujudan objek itu ketika mengiringi wakil kerajaan negeri ke lokasi tersebut.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung telah mengganggu pemandangan geologi di Tanjung Balau yang sedang diwarta sebagai kawasan sejarah.

"Kami tidak tahu siapa yang meletak objek-objek itu dan upacara yang dijalankan sama ada ia merupakan proses pemujaan atau ritual sesebuah agama. 

 Objek misteri yang menyerupai ukiran pada kuil Borobodur.

"Pihak kami juga tidak mengalihkannya sebab ia terlalu banyak dan bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Bagaimanapun jumlahnya semakin berkurangan kerana dibawa air pasang," kata Muhammed Iqbal.

Beliau berkata, pengunjung jangan mendekati objek tersebut dan menyentuhnya kerana khuatir akan memudaratkan kerana belum dikenal pasti bahan yang terkandung padanya.

“Namun kita difahamkan ia merupakan upacara tahunan agama namun tidak tahu agama apa dan kita masih siasat perkara ini,” katanya.

Sementara itu Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohd Fauzi Bachok berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada ia turut melibatkan masyarakat Islam. - BERNAMA

Misteri kehilangan berbilion gelen air tasik terbongkar


BARU-baru ini, geosains telah menyelesaikan misteri sejak lebih 10 tahun lalu tentang bagaimana tasik besar dengan berbilion gelen air yang berada di atas kepingan ais di Greenland boleh hilang sepenuhnya dalam beberapa jam.

Menurut Live Science, pada tahun 2006, North Lake Greenland seluas 5.6 kilomerer persegi, melenyapkan hampir 45 bilion liter dalam tempoh hanya dua jam.

Dalam satu kajian diterbitkan dua tahun kemudian, penyelidik menyimpulkan bahawa fenomena itu mungkin terjadi kerana keretakan hidro di bawah kepingan ais menyebabkan lautan air menjadi kosong.

Menerusi imej satelit, jelas menunjukkan kira-kira 13 peratus daripada air tasik mengalir dengan cepat dan menjadi kosong sepenuhnya dalam tempoh 24 jam.

Dalam kajian pada tahun 2008 yang diketuai Laura Stevens, seorang saintis Woods Hole Oceanographic Institution (WHOI) menunjukkan bahawa keretakan hidro sementara menyebabkan aliran berlaku pada skala besar.

Bagaimanapun, kajian gagal mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan keretakan hidro tersebut.



Sumber: Sinar Harian

Al-Quran 1,370 Tahun Ditemui

Analisa terhadap manuskrip al-Quran ini mendapati usianya mencecah lebih 1,300 tahun.

LONDON: Manuskrip al-Quran tertua di dunia berusia 1,370 tahun yang ditemui dipercayai ditulis individu yang mengenali Nabi Muhammad SAW.

Tinggalan sejarah berharga yang dipercauyai ditulis kurang 20 tahun selepas kewafatan Rasulullah itu milik Universiti Birmingham di sini.

Analisis radiokarbon yang dilakukan di Universiti Oxford menunjukkan naskhah itu dihasilkan sekitar 568 hingga 645 Masihi dengan ketepatan 95.4 peratus.

Profesor Agama Kristian dan Islam universiti berkenaan David Thomas berkata: “Ujian itu memang penemuan mengejutkan di dalam koleksi universiti kami, malah manuskrip ini tidak mustahil dihasilkan dalam tempoh beberapa tahun pengasasan Islam.

“Nabi Muhammad menerima wahyu antara 610 hingga 632 Masihi bererti kemungkinan besar orang yang merekodkan manuskrip ini juga hidup pada masa itu, malah mungkin turut mengenalinya.

“Tulisan ini mampu menyokong pandangan bahawa teks al-Quran tidak diubah dan ditulis tidak lama selepas diwahyukan.”

Manuskrip berkenaan sebahagian daripada koleksi Mingana bagi manuskrip Asia Barat merangkumi dua kekulit serta ditulis menggunakan bentuk tulisan ‘Hijazi’ Arab lama.

Manuskrip itu akan dipamerkan di Institut Seni Halus Barbaer universiti terbabit, Oktober depan.



Sumber: mstar.com.my

Lelaki China tumbuh payudara gara-gara terlalu banyak makan ayam goreng


Seorang lelaki China yang hanya dikenali sebagai Li membuat pemeriksaan di hospital kerana merasa keganjilan di bahagian dadanya.

Alangkah terkejutnya dia apabila doktor menyatakan bahawa payudara telah tumbuh di bahagian dadanya.

Doktor mendiagnosis bahawa payudara itu tumbuh kerana lelaki berumur 26 tahun tersebut mengambil terlalu banyak ayam goreng.

Hormon yang berada di dalam ayam yang dimakannya menjadi penyebab utama terjadinya perubahan di bahagian dadanya itu.

Doktor itu meminta Li untuk menghentikan pengambilan ayam goreng dan memakan lebih banyak sayur dan buah-buahan.

Tumbuhnya payudara di dada lelaki disebut juga dengan istilah perubatan gynecomastia iaitu pembesaran tisu dada lelaki yang disebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosteron.

Bayi yang baru lahir, kanak-kanak lelaki yang memasuki masa akil baligh dan orang tua boleh mengalami gejala ini akibat dari perubahan kadar hormon.

Para lelaki yang mengalami Gynecomastia boleh menyebabkan sakit dada dan berasa malu ketika membuka baju atau berenang.

Namun, setakat ini, belum ada kajian rasmi yang mengesahkan hubungan gynecomastia dan makanan yang dimakan seperti yang dialami oleh Li.



Sumber: Tribunnews.com

Ribuan wanita diseksa dan dibunuh di istana ini


TIDAK ramai yang mengetahui wujudnya sebuah istana indah, Istana Moosham yang terletak di Salzburg, Austria.

Kepada yang pernah berkunjung ke Austria, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke istana yang megah berdiri sejak abad ke-13 ini.

Istana ini dibina oleh Putera Biskop Salzburg dan dibina 1,079 meter dari aras laut.

Bagaimanapun, istana indah ini menyimpan sejarah yang aneh dan jahat.

Menurut sejarah, istana ini dikatakan menjadi lokasi pembunuhan kejam ke atas ribuan wanita yang didakwa mengamalkan ilmu sihir pada zaman tersebut.

Pada masa itu, wanita-wanita hidup ketakutan kerana bimbang dituduh mengamalkan ilmu sihir oleh pemerintah mereka.

Penganiayaan yang sangat kejam ini berlaku antara tahun 1675 dan tahun 1690.

Sejarah mengatakan, sesiapa sahaja yang ditangkap dan dituduh sebagai ahli sihir akan dibicarakan di istana tersebut.

Ada di antara mereka yang mati dirantai di dalam kurungan, selebihnya akan mati ketika diseksa atau ketika hukuman mati dilaksanakan.

Wanita-wanita yang dituduh sebagai ahli sihir akan diarahkan kepalanya dipenggal.

Mangsa termuda yang dituduh sebagai ahli sihir adalah seorang budak miskin yang merupakan seorang pengemis jalanan.

Dia tidak mampu membela dirinya dalam perbicaraan, menyebabkan dia diseksa sebelum dijatuhi hukuman.

Kaedah yang digunakan untuk menyeksa mangsa-mangsa pula dianggap sangat mengerikan dan meninggalkan kesan ke atas diri mereka sepanjang hayat mereka.

Ada yang dipotong jari dan tidak kurang juga ditekap besi panas di bahagian tubuh badan bagi menandakan mereka pernah dituduh sebagai ahli sihir.

Akibat tidak dapat menahan derita dan mahu kesakitan dihentikan, kebanyakan mereka terpaksa mengaku mengamalkan ilmu sihir.

Kini Istana Moosham diubah menjadi muzium dan buka kepada umum untuk lawatan harian.

Ramai di antara pengunjung dan pekerja muzium mendakwa pernah mengalami beberapa siri aneh di dalam istana tersebut.

Menurut Pemilik semasa istana, Theresita Wilczek berkata, Bilik Toni adalah bilik yang paling menyeramkan bagi semua pengunjung yang pernah melawat istana tersebut.

Katanya, bilik tersebut pernah dihuni oleh lelaki yang bertanggungjawab menyeksa wanita-wanita berkenaan sebelum menjalankan hukuman mati ke atas mereka.

Istana Moosham juga dipanggil Istana Ahli Sihir kerana sejarahnya yang hitam dan panjang.



Sumber: Sinar Harian

Seorang gadis ditanam hidup-hidup dalam dinding istana


MATSUE Castle atau Istana Hitam yang dibina pada tahun 1611 dilaporkan merupakan salah sebuah binaan tertua di Jepun.

Tidak seperti kebanyakan istana lain di Jepun yang musnah atau rosak akibat peperangan, istana lama ini merupakan salah sebuah istana  yang masih tersergam kukuh di tempatnya.

Namun ada rahsia di sebaliknya.

Walaupun sering menjadi tarikan pelancong, siapa sangka istana keenam tertua di Jepun ini menyimpan 1001 misteri semasa pembinaannya.

Menurut legenda Istana Hitam, pembinaan istana tersebut yang dikatakan bermula sejak tahun 1607 telah menjadikan seorang gadis sebagai korban bagi mengekalkan kekuatan binaan istana.

Hitobashira atau ‘Tiang manusia’ adalah kepercayaan lama yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu kala.

Masyarakat zaman dahulu percaya bahawa pembinaan tersebut akan menjadi lebih kuat dan kukuh sekiranya manusia ‘ditanamkan’ di dalam tiang atau dinding binaan.

Sebuah portal melaporkan, dengan ‘menanam’ manusia ke dalam setiap dinding dan tiang, mereka percaya bahawa pembinaan  tersebut mendapat keberkatan daripada tuhan-tuhan mereka dan apa yang dibina akan kekal dan tahan dari kerosakan.

Bagaimanapun, binaan yang mengamalkan kepercayaan ini dikatakan dihantui oleh manusia yang ‘diabadikan’ dalam tiang dan dinding.

Berbalik kepada legenda Istana Hitam ini, sejarah mengatakan seorang gadis telah ditanam hidup-hidup di dalam dinding istana semasa pembinaannya. Pada masa itu, kontraktor binaan yang dikatakan mencari gadis yang sesuai untuk dijadikan korban menjumpai seorang gadis yang sedang menari di sebuah festival.

Mereka kemudiannya memukul dan menculik gadis itu sebelum menanamnya hidup-hidup dalam dinding istana.

Gadis tersebut yang namanya tidak pernah direkodkan, dianggap sebagai korban kepada istana; dan pengorbanannya adalah untuk memastikan istana kekal utuh dan stabil.

Khabarnya, gadis tersebut merupakan gundik diraja Matsue yang sangat cantik dan gemar menari.

Setelah istana tersebut siap dibina, pihak diraja mengeluarkan larangan ke atas mana-mana gadis untuk menari di jalanan di Matsue kerana istana tersebut akan mengalami gegaran setiap kali gadis menari di jalanan.



Sumber: Sinar Harian

"Mama, Bangunlah..." - Anak Kejutkan Jenazah Ibu

Sharul Raziman Osman menatap buat kali terakhir wajah jenazah isteri Mahfuzah Ishak,28, dan anak Mohamad Harraz Zafran,1, setibanya di Felda Lepar Hilir Satu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk, Pekan malam Isnin. Shahrul Raziman dan seorang lagi anaknya, Nur Adni Afeefa,3, (kanan) terselamat dalam kemalangan di Kilometer 403.9, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Lembah Beringin, Hulu Selangor awal pagi Isnin.

KUANTAN: "Mama, bangunlah...ramai orang datang rumah kita," kata Nur Adni Afeera Shahrul Raziman, 3, cuba mengejutkan jenazah ibunya Mahfuzah Ishak yang disangka sedang tidur.

Melihat ibunya tidak memberi sebarang reaksi, Nur Adni Afeera beralih melihat jenazah adiknya Muhammad Harraby Zafran, setahun, sebelum berpaling ke arah orang ramai dan menyatakan adiknya 'sakit'.

Keletah Nur Adni Afeera menyebabkan orang ramai mengalirkan air mata, manakala ayahnya Shahrul Raziman Osman, 33, tergamam melihat jenazah dua beranak itu di ruang tamu rumah keluarga Mahfuzah di Kampung Lepar Hilir 1, dekat sini, malam ini.

Mahfuzah, 28, seorang kerani di kilang automotif di Pekan dan Muhammad Harraby Zafran meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan dada selepas kenderaan yang mereka naiki mereka terbabas dan merempuh pembahagi jalan awal pagi Isnin.

Kemalangan berlaku di KM403.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat Lembah Beringin, berhampiran pekan Hulu Selangor, pukul 6 pagi ini. Kereta dipandu Shahrul Raziman.

Turut berada dalam kenderaan itu ibu Shahrul Raziman, Razimah Chik, 63.


Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke sini bagi menunaikan permintaan ibu arwah, Norhikmah Abdullah Sani, 54, yang lumpuh untuk melihat mereka sebelum dikebumikan di kampung Shahrul Raziman di Kampung Telok, Pekan, lewat malam Isnin.

Shahrul Raziman yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat berkata, mereka dalam perjalanan untuk bercuti dan melawat saudara mara sebelah ayahnya di Jeniang, Kedah semasa kemalangan berlaku.

"Kami bertolak dari Pekan pada pukul 11 malam semalam. Ia tidak dirancang kerana rancangan untuk ke sana hanya difikirkan pada raya ketiga. Tambahan pula ayah saya telah bertolak ke sana (Jeniang) sehari sebelum dengan menaiki bas," katanya.

Beliau menyatakan kesal, semasa kemalangan tiada kenderaan yang berhenti untuk membantu meskipun beliau memberi isyarat meminta bantuan.

Hanya dua penunggang motosikal yang berhenti selepas 10 minit beliau berdiri di tepi jalan.

Sementara itu, ayah mangsa, Ishak Muhammad, 56, berkata kali terakhir beliau bertemu anak ketiga dari lima beradik itu ialah pada pukul 3 petang semalam, sebelum anaknya bergegas pulang ke Pekan.

"Saya pula ditahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan) akibat keracunan makanan pukul 4 petang semalam. Saya juga tidak tahu mereka akan pulang ke Kedah.

"Saya diberitahu anak meninggal dunia pada pukul 10 pagi ini. Saya bersyukur dibenarkan pulang ke rumah pada pukul 3 petang. Sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka untuk kali terakhir," katanya. -- Bernama

Cicak boleh tukar jantina sebelum menetas


HASIL kajian terbaharu saintis mendapati terdapat spesies cicak yang boleh 'menukar' jantina sebelum ia menetas. Spesies bearded dragons dikatakan mengalami proses pelik itu mengikut suhu panas dan populasi betina didakwa semakin meningkat akibat fenomena cuaca panas ketika ini.

Menurut The Mirror, Clare Holleley di Universiti Canberra berkata, keputusan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Nature menunjukkan fenomena itu adalah pertama kali dilihat dalam dunia reptilia.

 "Kajian kami mendapati ia sistem kawalan genetik spesies cicak tersebut mudah berubah dengan kawalan suhu sekeliling. Oleh itu, jantina seks haiwan tersebut ditentukan sepenuhnya oleh suhu pengeraman telur," katanya.

 Katanya lagi, fenomena pelik itu membolehkan haiwan tersebut menyesuaikan diri dengan perubahan iklim yang semakin tidak menentu. - The Mirror/Sinar Harian

Megan Fox hot mama Hollywood

Usianya kini telah menginjak 29 tahun namun Megan tetap cantik dan memiliki tubuh ramping bak seorang supermodel walaupun telah memiliki 2 orang anak. Kali ini salah satu kamera media berjaya mengabadikan potretnya ketika berjalan di kawasan Sherman Oaks, California pada Isnin.

Megan tampil stylish dengan outfit yang sangat simple. tanktop dan legging hitam yang dikenakannya benar-benar sempurna dan ditambah dengan outer berwarna peach.
 
Foto: fameflynet.com

Ikan emas tertua di dunia sambut hari jadi ke 38


SEEKOR ikan emas yang tinggal bersama sebuah keluarga sejak 1970, mencecah usia 38 tahun pada Rabu sekali gus menjadinya haiwan dari spesies itu yang tertua di dunia.

Ikan emas itu diberi nama Splash.

Ia kehilangan temannya yang diberi nama Splish yang mati dua tahun lalu pada usia lebih 30 tahun.

Anak-anak kepada pemilik ikan emas itu, Richard dan Ann Wright yang kini sudah dewasa memenangi Splash di sebuah funfair di Brockworth, Gloucestershire pada 1977.

Mereka membawa pulang Splash menggunakan plastik beg berisi air.
 

Keluarga tersebut menjangkakan ikan emas itu akan mati dalam tempoh beberapa bulan tetapi pelik apabila ia terus bernyawa sehingga hari ini.

"Splash kelihatan ok tetapi saya tiada idea bagaimana haiwan itu masih hidup sampai ke hari ini.

"Kami merasakan ia akan wujud selama-lamanya dan akan tinggal bersama anak-anak kami," kata Wright yang kini berusia 71 tahun.


Anak pasangan suami-isteri itu, Hayley dan Matthew masing-masing berusia enam dan sembilan tahun semasa mereka membawa pulang Splash.

Kini, mereka berusia dalam lingkungan 40-an.

Ikan emas dikatakan hanya mampu hidup dalam tempoh beberapa bulan jika diletakkan dalam keadaan yang tidak sesuai.

Namun, haiwan itu boleh hidup selama 10 tahun atau lebih dengan ikan emas tertua yang diberi nama Tish berusia 43 tahun apabila mati pada 1999.



Sumber: mstar.com.my