SHAH ALAM - Cakap-cakap yang mengatakan bahawa cuaca panas ekstrem sekarang berpunca daripada ‘larinya’ Malaysia daripada garisan khatulistiwa adalah tidak benar.
Pegawai Jabatan Meteorologi, Ambun Dindang menjelaskan bahawa kedudukan Malaysia pada garisan khatulistiwa adalah tidak pernah berubah.
“Tidak pernah berubah, ia hanya atas sedikit ke utara garisan khatulistiwa,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Dalam pada itu beliau turut menafikan bahawa negara mengalami cuaca panas yang ekstrem, sebaliknya beliau menjelaskan bahawa cuaca panas yang kita alami sekarang adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Cuaca panas yang kita alami adalah ‘panas biasa’, ia normal di mana negara akan mengalami cuaca panas sepanjang Februari hingga Mac terutama di bahagian Semenanjung Malaysia,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ambun menasihati orang ramai agar minum banyak air kosong, serta mengurangkan aktiviti luar bagi ‘menjaga’ keselamatan.
“Saya sarankan kalau hendak buat aktiviti luar buatlah di waktu pagi dan lewat petang,” jelasnya. - Sinar Harian

No comments:
Post a Comment