Penggali kubur pengsan keranda tiba-tiba terbuka

 Gambar hiasan

GELSENKIRCHEN - JERMAN. Seorang penggali kubur pengsan selepas terkejut apabila penutup keranda tiba-tiba terbuka dan kemudiannya mendengar 'mayat' bertanyakan di manakah dia berada.

'Mayat' wanita warga emas yang berusia 92 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh doktor di rumah orang-orang tua dan kemudiannya dibawa ke tempat pengebumian untuk disemadikan.

Anehnya, dia 'hidup semula' sebelum dikebumikan dan membuatkan penggali kuburnya pengsan.

Pengurus rumah pengebumian kemudiannya menemui wanita tua tersebut berbaring dalam keranda dengan kedua-dua mata terbuka sebelum membawanya ke hospital.

Dia turut memeriksa nadi wanita berkenaan dan mendapati dia masih hidup.

Memetik laporan Mirror.uk, polis sedang menjalankan siasatan ke atas jururawat dan doktor yang mengesahkan kematian wanita tersebut.

Menurut laporan, wanita itu ditemui di tempat tidur di rumah orang-orang tua oleh penjaga, dan dia menyangka wanita tersebut sudah tidak bernafas.

Seorang doktor telah dipanggil dan kemudiannya mengesahkan wanita berkenaan telah meninggal dunia sebelum dia dibawa pergi oleh seorang pengurus mayat.

Sementara itu, pengurus rumah orang-orang tua tersebut, Lother Burger berkata ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan sukar untuk diterangkan



Sumber: Sinar Harian

Majlis 'Kahwin Bogel' Jadi Viral


SEPULUH pasangan menyertai majlis perkahwinan dengan hanya memakai pakaian dalam dan 'menutupi' badan dengan pelbagai lukisan berwarna-warni.

Majlis yang diadakan di taman rekreasi Hangzhou Paradise pada Ahad yang dirakamkan itu kini menjadi viral di laman media sosial.

Kebiasaannya, mengikut tradisi rakyat China, 'perkahwinan bogel' adalah perkahwinan yang menyaksikan pasangan pengantin disatukan atas dasar cinta, namun tidak mempunyai rumah mahupun kereta yang didaftarkan atas nama mereka.

Ia sebagai lambang cinta terhadap pasangan masing-masing, bukannya kerana harta benda.



Sumber: mstar.com.my

Nora Danish sering terima komen lucah dari kanak-kanak di Instagram


 Komen Lucah: Nora Danish Anggap Anak-Anak Semakin Biadab

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish meminta ibu-bapa agar melakukan pemantauan terhadap anak-anak mereka ketika melayari Internet termasuklah laman sosial untuk mengelak mereka menjadi biadab.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, perkara tersebut bakal mendedahkan kanak-kanak untuk menulis secara terbuka dengan komen yang biadap dan berunsur lucah.

"Saya juga mempunyai seorang anak, jangan biarkan teknologi moden membuatkan mereka menjadi biadap. Terlalu awal untuk mereka menerima benda-benda sebegini. Di Instagram banyak benda-benda lain juga, gambar lucah pun banyak.

"Kalau orang dewasa yang komen begitu, saya akan block sahaja. Tetapi ini kanak-kanak yang sangat mengecewakan saya," ujarnya seperti ditulis di laman Instagram miliknya pada pagi Selasa.

 Nora meluahkan rasa kecewanya di Instagram pagi Selasa

Nora berkata demikian kerana sering menerima komen berunsur lucah dan biadap daripada kanak-kanak di laman sosial instagram miliknya tanpa perasaan malu.

Dia yang mempunyai 1.7 juta pengikut di laman Instgram menganggap tindakannya untuk menegur perkara itu adalah sebagai satu tanggungjawab dan keperihatinan terhadap masalah tersebut.

"Setiap hari saya menerima komen berunsur lucah dan biadap daripada kanak-kanak. Jika instagram ini membuatkan mereka biadap janganlah beri mereka telefon.

"Anda mungkin tidak sedar kerana bukan anda yang menerima komen setiap hari dengan banyak," ujarnya.


Sumber: mstar.com.my

Sam, kucing berkening yang sentiasa susah hati


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Sam merupakan seekor kucing berkening yang kelihatan sentiasa mempunyai masalah besar dan susah hati, membuatkan peminat kucing menjadi sayu dan mahu membantu.

Menurut pemilik Sam, Amanda Collado, ia tidak perasaan apa-apa keistimewaan pada Sam ketika mula-mula terjumpa kucing tersebut.

"Kawan saya yang perasan 'kening' kucing tersebut.

"Perangai Sam seperti anjing, ia sentiasa mahu bermain. Jika biarkan atas sofa, ia akan menyentuh anda, memberitahu anda bahawa ia bersedia untuk bermain," kata Collado dipetik ABC.

Collado kemudian membuat akaun di laman Instagram dan memuatnaik gambar Sam ke laman tersebut dan menarik perhatian lebih 150,000 pelayar.


Sumber: Sinar Harian

Liverpool datang ke Malaysia julai ini


Liverpool confirm return to Malaysia for July friendly

The first team will play a friendly match in Kuala Lumpur upon their first visit to the city since a successful trip in 2011.

A Malaysian XI will provide the opposition for Brendan Rodgers' side on Friday July 24 at the Bukit Jalil National Stadium.

The fixture in Kuala Lumpur is just one element of a programme of activity that the club is delivering in 2015 to bring Malaysian fans closer to the team they support.

As well as a full Reds squad, the touring party will include coaching staff from the club's official charity, the Liverpool FC Foundation, to carry out work in the community throughout the visit as well as taking part in events with official supporters' clubs.

Ian Ayre, Liverpool's chief executive officer, said: "We visited Kuala Lumpur as part of our 2011 pre-season tour and the support we received was incredible.

"Not only from the 80,000 fans that turned out to watch us play at Bukit Jalil, but all our fans in Malaysia throughout our visit.

"Pre-season is an important time for the team as they prepare for the upcoming season and the match against the Malaysian XI is an exciting part of that preparation.

"The tour gives our supporters a chance to see the team up close, no matter how far away from Anfield they might live."

The match will be organised by the Football Association of Malaysia (FAM) and promoted by ProEvents International Sdn Bhd.

The FAM general-secretary, Dato' Hamidin Haji Mohd Amin, said: "The national football governing body is truly honoured to host Liverpool once again and are excited by the upcoming fixture.

"It's not that we often get to see English Premier League stars. We watch them in awe on our television sets as they take on their opponents, mesmerising them with their gifted football skills.

"Watching our Malaysian XI play Liverpool is going to be an enthralling experience for all fans."

ProEvents chief executive Julian Kam said: "Securing one of the world's greatest football clubs to return to play a match in Kuala Lumpur is a testament to the way Malaysian football fans have embraced Liverpool FC.

"We're very much looking forward to welcoming Brendan Rodgers and the team to Malaysia and providing LFC fans in the country with an amazing opportunity to see their favourite players in action."


http://www.lfctour.com/news/latest-news/liverpool-confirm-return-to-malaysia-for-july-friendly

Kutipan Filem 'The Red Warriors The Movie' Dijangka Cecah RM3 Juta

 Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa (kiri) bersama Ketua Pasukan The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Mohd Radzi menunjukkan jersi baru pasukan pada Majlis Memperkenalkan Edisi Terkini Jersi TRW 2015, Jumaat. -foto BERNAMA 

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan kutipan filem 'The Red Warriors (TRW) The Movie' yang dihasilkan oleh pihaknya mampu mencecah RM3 juta.

Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata filem berkenaan dijangka dapat ditayangkan pada September depan.

"Kalau diluluskan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ia akan ditayangkan minggu ketiga September ini dan sekarang ia tertakluk kepada kelulusan yang diberi oleh Finas.

"Kita tidak ada sasaran tertentu untuk filem ini tetapi kita jangka kutipan filem boleh mencecah RM3 juta dan ada kemungkinan lebih," katanya kepada pemberita selepas Majlis Memperkenalkan Edisi Terkini Jersi The Red Warriors (TRW) 2015 di sini, Jumaat.

Beliau berkata proses penghasilan filem berkenaan mengambil masa hampir setahun dan kosnya mencecah RM2 juta.

"Kos agak tinggi dan ini merupakan kaedah untuk memperkasakan TRW, ia juga untuk membina imej pasukan itu sendiri.

"Selain itu, filem ini amat menarik kerana pemain berlakon dan saya turut berlakon walaupun kami bukan pelakon utama dan jalan cerita menceritakan mengenai bola sepak," kata Annuar.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata pihaknya bercadang untuk bekerjasama dengan pengusaha hotel bajet bagi menghasilkan sebuah hotel yang bertemakan bola sepak di Kelantan dan Kuala Lumpur.

"Kita sedang berbincang dengan pengusaha hotel dan ini merupakan sesuatu yang baharu contohnya setiap tingkat akan ada imej bola sepak seperti Piala Dunia ataupun Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Kita berharap hujung tahun ini ia dapat beroperasi kerana ia sangat unik dan ia mungkin yang pertama di sini (Malaysia)," katanya.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Annuar berkata jersi yang dilancarkan hari ini akan menjadi jersi rasmi untuk pasukan Kelantan dan digunakan sepanjang musim ini.


Sumber: mstar.com.my

Pengantin wanita tinggalkan pengantin lelaki kerana gagal jawab soalan matematik


New Delhi: Seorang pengantin perempuan meninggalkan majlis perkahwinannya selepas bakal suaminya gagal menyelesaikan soalan matematik paling mudah.

Wanita berkenaan menguji kemahiran matematik pengantin lelaki itu dan meninggalkan majlis berkenaan apabila dia tersilap memberi jawapan.

Soalan yang ditanya pengantin perempuan itu ialah: Berapa jawapan 15 campur enam?

Lelaki itu menjawab: 17.

Keluarga pengantin lelaki itu memujuk wanita berkenaan supaya meneruskan majlis itu, tetapi dia enggan.

Menurut wanita itu, dia ditipu lelaki itu mengenai tahap pelajarannya.

Polis terpaksa dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu dan kedua-dua pihak kemudian menyerahkan semula hantaran yang diberikan sebelum majlis berkenaan.

Kebanyakan perkahwinan di India diatur keluarga lelaki dan perempuan.

Pasangan biasanya tidak dapat mengenali lebih rapat sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan. - Agensi

Kerana Curi Telur Dan Wang, Budak Diseksa


SEORANG kanak-kanak berusia sembilan tahun telah dikurung di dalam sangkar dan direjam ke dalam kolam sebagai hukuman kerana mencuri.

Dalam kejadian di sebuah kampung di China itu, Jin Hung pada mulanya ditangkap oleh jiran kerana mencuri sejumlah wang dan telur ayam.


 Bagaimanapun bagi memberi pengajaran kepada budak tersebut, dua lelaki yang juga jiran mangsa iaitu Yuan Kang, 35, dan Cheng Yeh, 40, telah mengurung Hung di dalam sangkar.

Tidak cukup dengan itu, mereka bertindak memcampak budak berkenaan ke dalam kolam dalam keadaan tangan terikat ke belakang.


Media tempatan melaporkan, ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang panik kemudian menghubungi pihak polis untuk menyelamatkan anak mereka daripada mati lemas.

Tindakan kejam dua lelaki terbabit turut dikecam oleh netizen selepas ia dimuat naik ke laman sosial Weibo.


Sumber: mstar.com.my

Pengantin 'nikahkan' jurunikah

 Kerana terlalu gementar, Rahmat ‘nikahkan’ juru nikah ketika menjawab lafaz akad nikahnya.

KUANTAN - Mungkin kerana terlalu gementar ketika menjawab lafaz akad nikah, salah seorang pengantin lelaki tersasul ‘menikahkan’ kembali juru nikah hingga mencuit hati tetamu termasuk orang kenamaan yang hadir.

Namun selepas lima kali mencuba, seorang saudara baharu Orang Asli, Rahmat Awang, 27 dari Pekan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Rohani Samat, 21 dari Kampung Orang Asli Sungai Mas, Sungai Lembing dekat sini, kelmarin.

Rahmat dan isterinya antara lima pasangan pengantin Orang Asli yang diraikan dalam majlis pernikahan sempena perasmian Surau Al- Falah, Kampung Sungai Mas dekat sini anjuran Unit Dakwah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip).

Turut diraikan pasangan Nasrizan Ngah 20 dan pasangan, Kamariah Misi, 19, Ali Batas, 20 dan isteri, Hamidah Putih, 23, Najib Alip, 23 dan pasangannya Luma Putih, 27 serta seorang seorang duda bersama pasangannya.

Majlis akad nikah pasangan tersebut dijalankan Ketua Penolong Kadi Daerah Kuantan, Rosli Mamat dan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Mukim Ulu Kuantan, Mohd Jaya Rani disaksikan Timbalan Yang Dipetua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Norhayad Ahmad dan Adun Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah.

Rata-rata pengantin terpaksa menjawab lebih sekali kecuali Najib Alip yang lebih berkeyakinan dengan sekali lafaz.

Rahmat ketika ditemui berkata, dia amat gementar ketika itu memandangkan dikelilingi ramai tetamu termasuk orang kenamaan.

Menurutnya, pada mulanya dia yakin dapat menjawab dengan lancar memandangkan persediaan untuk upacara itu dilakukan sejak pagi.

“Tapi bila  berada di hadapan juru nikah, perasaan mula berkecamuk dan agak gementar namun atas bantuan juru nikah dan sokongan rakan, saya akhirnya berjaya menjawab biarpun terpaksa mengulanginya sebanyak lima kali, katanya yang memeluk Islam sejak 2012.

Dia yang bekerja sendiri tidak menyangka rancangannya untuk berkahwin dengan isterinya, Rohani Samat dari Kampung Sungai Mas secara kecil-kecilan bertukar menjadi majlis yang ‘luar biasa’ baginya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipetua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, majlis meraikan pengantin itu dirancang sebagai salah satu pengisian dalam majlis perasmian surau baharu kampung itu, kelmarin.

Menurutnya, usaha itu juga sebahagian daripada usaha dakwah dalam mendekatkan saudara baharu kepada Islam selain memberikan pendedahan mengenai keindahan Islam kepada  masyarakat Orang Asli yang bukan beragama Islam.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar apabila kelima-lima pasangan ini selamat diijabkabulkan malah ramai dari kalangan penduduk yang bukan Islam turut hadir memeriahkan majlis,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Kemunculan alligator gergasi kejutkan pemain golf

Seekor alligator yang panjangnya sekitar 4 meter berjalan di lapangan golf di Myakka Pines Golf Club, Englewood, Florida, 11 Mac 2015.

Para pemain golf  yang sedang bertanding terkejut dengan kehadiran haiwan tersebut. Menurut pengurus kelab golf tersebut, belum pernah ada laporan pemain golf digigit alligator sepanjang 37 tahun sejarah kelab golf tersebut.  

 Foto: REUTERS/Bill Susie/Handout via Reuters

 Foto: REUTERS/Bill Susie/Handout via Reuters

 Foto: REUTERS/Dick Huber/Handout via Reuter

Foto: REUTERS/Dick Huber/Handout via Reuters



Sumber: Tempo.co

'Gadis cantik jadi penjenayah'


CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang gadis yang memiliki rupa paras yang cantik dan menawan, kini menjadi terkenal di laman sosial Twitter selepas gambarnya disebar kepada umum apabila ditahan polis kerana mencuri.

Memetik laporan portal MTV.COM, gadis yang berasal dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Alysa Bathrick, 18, juga pernah ditahan beberapa kali di atas pelbagai kesalahan termasuk menyerang orang.

Alysa atau nama gelarannya ‘cute mugshot girl’ berasal dari wilayah North Carolina sebelum ini dengan bangga memuatnaik gambar wajahnya di dalam lokap di laman Twitternya yang mana gambar itu dikongsi lebih 1,000 kali. - Sinar Harian

[Gambar] Jasad 2 pendaki gunung yang bertukar menjadi mumia ditemui

Jasad pendaki yang hilang muncul selepas kecairan salji di gunung Pico de Orizaba, gunung tertinggi di Mexico, 28 Februari 2015. Diyakini mereka merupakan pendaki yang hilang akibat gelongsoran salji pada tahun 1959.

Jasad pendaki pertama ditemukan 310 meter dari puncak Gunung Pico de Orizaba yang tingginya 5610 meter. Manakala Jasad pendaki kedua ditemukan hanya berjarak 152 meter dari rakannya.

Mayat mereka menjadi mumia kerana terawet secara semulajadi akibat kebekuan salji.

 Foto: AP/Israel Mijangos Q.

Foto:  REUTERS/Hilario Aguilar

 Foto: AFP/Getty Images

Foto: AFP/Getty Images

Foto: ALFREDO ESTRELLA/AFP/Getty Images

Lokasi Gunung Citlaltepetl atau Pico de Orizaba, tempat penemuan dua jasad pendaki yang menjadi mumia. Jasad ini akan dibuat ujian DNA agar ia dapat diserahkan kepada keluarganya.



Sumber: Tempo.co

[Gambar] ISIS gantung 8 mayat di gerbang Kota Hawija


Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), Sabtu (7/3/2015), mengeluarkan sejumlah foto mengerikan yang memperlihatkan lapan mayat digantung dengan kedudukan terbalik di gerbang bandar Hawija, wilayah Kirkuk, Iraq.

Di atas pintu gerbang itu kelihatan bendera hitam ISIS, sementara penduduk sekitar termasuk kanak-kanak menyaksikan kelapan orang yang digantung itu.


Di antara kelapan mayat itu beberapa memakai pakaian tentera. Namun sejauh ini belum diketahui apakah mereka memang anggota tentera Iraq.

Dalam salah satu foto terlihat seorang ahli ISIS yang diyakini adalah Abu al-Rahman bergambar di depan kelapan jasad tergantung itu sambil memberikan penghormatan khas ISIS.


Diyakini, Hawija akan digunakan ISIS sebagai pangkalan terkuat mereka di saat Amerika Syarikat tengah melatih pasukan Iraq untuk merebut kembali Mosul yang ketika ini dijadikan "ibu kota" ISIS.

Di bandar ini pula sejumlah tahanan berpakaian seragam oren diarak keliling bandar di dalam sangkar. Perarakan tebusan itu dikeluarkan ISIS melalui sebuah video pada Februari lalu.


Video itu dikeluarkan tak lama selepas ISIS melaksanakan pilot Jordan Muath al-Kassasbeh dengan cara dibakar hidup-hidup di dalam sebuah kurungan.

Hawija adalah bandar dengan sebahagian besar penduduknya adalah Sunni Muslim. Bandar ini sangat strategik kerana mempunyai jalan raya yang menghubungkan Mosul dan Baghdad.




Sumber: Kompas.com
Foto: Dailymail.co.uk

Misteri patung cantik La Pascualita


La Pascualita merupakan sebuah patung yang sudah berusia kira-kira 80 tahun yang berada di sebuah kedai pakaian pengantin di bandar Chihuahua, Mexico. Patung ini benar-benar cantik, sesiapa yang melihatnya akan terpesona.

Sebenarnya La Pascualita menyimpan misteri. Kononnya, La Pascualita adalah mayat anak pemilik kedai pengantin terdahulu, Pascuala Esparza. Anak Pascuala itu meninggal dunia  kerana digigit labah-labah hitam. Mengapa mereka membuat kesimpulan demikian? Hal ini kerana wajah patung tersebut mirip sekali dengan anak pemilik kedai tersebut.

Selain itu, bila kita perhatikan, La Pascualita berbeza dengan patung pada umumnya. Ia mempunyai mata yang besar, lengkap dengan saluran darah, begitu juga dengan tanggannya yang dilengkapi dengan garis tangan yang nampak terperinci dan jelas. Sonia Burciaga, pekerja kedai yang bertugas menggantikan pakaian La Pascualita, mengaku sering menggigil hingga tangannya basah kerana melihat bentuk tangan yang benar-benar sempurna itu.

Ternyata apa yang dirasakan oleh Sonia itu  juga dirasai oleh ramai orang yang berkunjung ke tempat tersebut. Mereka mengaku saat memilih-milih barang di dalam kedai, seolah La Pascualita tengah memandangnya. Ada juga yang mengatakan bahawa patung cantik ini berpindah kedudukan di malam hari.








Banyak spekulasi mistik mengenai La Pascualita yang misteri ini. Jika benar patung tersebut adalah mayat, maka proses pengawetannya terlalu sempurna.

Sehingga kini misteri La Pascualita  masih belum dapat diselesaikan.

Penduduk Pecah Masuk Penjara, Pukul Suspek Rogol Hingga Mati


NEW DELHI: Keganasan seksual yang semakin menghantui penduduk India ketika ini mendorong sekumpulan masyarakat di timur laut negara itu untuk memecah masuk sebuah penjara bagi mendapatkan suspek kes rogol yang ditahan pihak berkuasa.

Lelaki berusia 35 tahun itu yang didakwa merogol seorang gadis berulang kali sebelum ditahan pada 24 Februari lalu telah diheret keluar dari penjara di Nagaland sebelum dipukul sehingga mati.

"Satu perhimpunan besar-besaran oleh pelajar dan penduduk telah diadakan di Dimapur (ibu negeri Nagaland) pada pagi Khamis, mereka kemudian telah memecah masuk penjara dan mengheret suspek keluar," lapor akhbar tempatan.

Dalam laporan lain pula mendakwa, peserta demonstrasi itu berjaya memecah pintu pagar utama penjara sebelum menceroboh untuk mendapatkan suspek.


Suspek yang dipukul sehingga mati telah diheret dan digantung di bandar itu bagi memberi peluang kepada peserta demonstrasi melepaskan geram dan bergambar.

"Keadaan amat tegang, kami cuba mengawal keadaan," jelas polis bandar itu, Supritendan Meren Jamir.

Kemarahan penduduk terhadap pesalah seksual di negara itu meruncing dan  tidak dapat dikawal apabila sebuah saluran televisyen asing menyiarkan dokumentari melibatkan kes rogol yang mendapat perhatian baru-baru ini.

Pesalah dalam dokumentari berkenaan turut menyalahkan gadis yang suka keluar malam tanpa menyesal akan kesalahan yang telah dilakukan. - mstar.com.my

Pesawat Aktor Indiana Jones, Star Wars - Harrison Ford Terhempas


 HERO filem Indiana Jones, Harrison Ford, 72, dimasukkan ke hospital selepas pesawat ringan latihan perang dunia ke-2 dipandunya terhempas ketika membuat pendaratan di sebuah padang golf yang terletak di California pada Khamis.

Menurut pihak berkuasa, Ford berada dalam keadaan sedar apabila anggota penyelamat tiba di tempat kejadian untuk memberi rawatan awal sebelum membawanya ke hospital.


"Pelakon berusia 72 tahun itu didapati mengalami pendarahan pada muka apabila anggota penyelamat tiba di tempat kejadian.

"Terdapat banyak darah diwajahnya dan dua doktor telah merawat beliau serta menjaganya dengan baik," kata seorang pekerja golf  kepada NBC News.

Menurut laporan Daily Mail, seorang saksi dilapor ternampak  pesawat ringan itu dipandu rendah sebelum terbabas.


"Kapal terbang berwarna kuning dipandu rendah dan pada masa itu keadaan cuaca sangat baik.

"Ford seolah-olah sedang menikmati pandangan daripada penerbangan di sepanjang kawasan pantai sebelum pesawat tersebut terbabas," kata seorang saksi kepada Daily Mail Online.

Selain Indiana Jones, Ford juga terkenal membawa watak sebagai Han Solo seorang penyeludup dalam filem-filem Star Wars. - mstar.com.my

Malaysia tidak lari dari garisan khatulistiwa


SHAH ALAM - Cakap-cakap yang mengatakan bahawa cuaca panas ekstrem sekarang berpunca daripada ‘larinya’ Malaysia daripada garisan khatulistiwa adalah tidak benar.

Pegawai Jabatan Meteorologi, Ambun Dindang menjelaskan bahawa kedudukan Malaysia pada garisan khatulistiwa adalah tidak pernah berubah.

“Tidak pernah berubah, ia hanya atas sedikit ke utara garisan khatulistiwa,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Dalam pada itu beliau turut menafikan bahawa negara mengalami cuaca panas yang ekstrem, sebaliknya beliau menjelaskan bahawa cuaca panas yang kita alami sekarang adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Cuaca panas yang kita alami adalah ‘panas biasa’, ia normal di mana negara akan mengalami cuaca panas sepanjang Februari hingga Mac terutama di bahagian Semenanjung Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu,  Ambun menasihati orang ramai agar minum banyak air kosong, serta mengurangkan aktiviti luar bagi ‘menjaga’ keselamatan.

“Saya sarankan kalau hendak buat aktiviti luar buatlah di waktu pagi dan lewat petang,” jelasnya. - Sinar Harian

Pesakit Berang Ditempatkan Dalam Tandas Hospital


SEORANG jurujual berang apabila dia ditempatkan di dalam tandas sebuah hospital kerajaan sementara menunggu pembedahan dilakukan.

Darren Walters, 36, (gambar bawah) mendakwa, ketika kejadian dia sepatutnya menjalani pembedahan buasir di Hospital Huddersfield Royal di England itu.


 Bagaimanapun, ketika tiba di hospital, Walters mendakwa dia telah diberi nama pesakit yang salah dan bakal menjalani pembedahan lain.

Jelasnya, apabila kesilapan itu disedari, pihak hospital telah menangguhkan pembedahan dalam tempoh yang lama dan sementara itu dia telah diberikan sebuah katil.

Malangnya, katil itu diletakkan di dalam sebuah tandas yang sempit, dan dia diminta untuk tidur di situ sementara pembedahan dilakukan.


"Saya menghantar gambar itu kepada isteri dan dia meminta saya keluar dari hospital berkenaan, tapi saya enggan dan terus menunggu pembedahan dilakukan.

"Pihak hospital memberitahu mereka telah lakukan yang terbaik untuk saya sebagai pesakit.

"Saya pasti tiada pesakit di dunia ini yang mahu berada di dalam tandas sebuah hospital apabila sedang sakit," jelasnya. - mstar.com.my

Paha reput, punggung pun reput

 Andressa Urach

SAO PAULO - BRAZIL. Bekas ratu cantik Brazil yang sebelum ini dikejarkan ke hospital kerana paha mereput dek pembedahan plastik, dikejarkan ke hospital selepas punggungnya menunjukkan komplikasi sama.

Andressa Urach, 27, berada dalam unit jagaan rapi selepas implan di bahagian punggungnya dijangkiti kuman.

Menurut Dailymail, satu pembedahan kecemasan dijalankan untuk mengeluarkan cecair dari punggung kiri Urach.

Pada Januari lepas, Urach menjalani beberapa pembedahan selepas daging dan otot paha mereput disebabkan jangkitan kuman. - Sinar harian

Lelaki pelik mengamuk tanpa sebab

 Keadaan bahagian kaki lima unit rumah lelaki yang berselerak. Namun pintu rumahnya sentiasa berkunci

KUALA LUMPUR - Tidak banyak yang melegakan hati penduduk meskipun selepas empat hari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan serbuan ke atas sebuah unit di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda yang dihuni sepasang suami isteri didakwa mengaku sebagai bomoh dan membela lebih 40 ekor kucing untuk tujuan pemujaan.

Salah seorang penduduk berkata, walaupun struktur halangan depan unit rumah lelaki itu telah dirobohkan, ia tidak mengubah sikap pelik individu itu yang sering mengamuk tanpa sebab.

Malah pada malam hari selepas serbuan minggu lalu, lelaki itu didakwa menjerit-jerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

“Lelaki itu  disyaki pecahkan saluran paip luar sebuah unit kosong menyebabkan najis kucing yang dibersihkan di kaki lima unitnya mengalir ke bawah dan mengenai unit rumah bawah,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi sumber penduduk berkata, lelaki itu masih membuang sisa pasir najis kucing ke bawah bangunan setiap hari.

Malah perkara berkenaan turut diakui oleh pekerja pembersihan di kawasan berkenaan.

“Dia baling jauh sedikit, tidak betul-betul jatuh di bawah flat, tapi najis itu akan kena kereta orang,” katanya. 

Turut didakwa, lelaki berkenaan bertindak melemparkan botol kaca berisi sos ke salah sebuah unit, tanpa sebab, sehari selepas serbuan.

“Nasib baik tidak kena penghuni kerana pintu bertutup,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian ke unit berkenaan mendapat ia berkunci dan tidak terdapat tanda-tanda ada penghuni di dalamnya.

Bahagian kaki lima unit masih dipenuhi kesan lumut dan terdapat sangkar yang dilonggonkkan di bahagian tepi tangga.

Turut ditemui kuali kecil berisi sisa bara api, yang disangkut menghalangi laluan ke unit berkenaan, tidak diketahui tujuannya.

Sinar Harian cuba mendapatkan reaksi penghuni berdekatan namun mereka enggan mengulas lanjut dan memberi alasan tidak mahu mencampuri urusan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, ada antara mereka mengakui tidak senang dan takut apabila terserempak dengan lelaki itu disebabkan beberapa insiden yang pernah berlaku sebelum ini.

Ditanya tentang kucing-kucing belaan lelaki itu, tiada penduduk yang mengetahui sama ada ia masih ada dalam unit atau telah dipindahkan, namun tiada yang mendakwa melihat lelaki berkenaan membawa turun kucing dengan banyak.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan pemantauan terhadap unit yang dihuni lelaki itu.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Komuniti, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata, walaupun tempoh 30 hari diberikan untuk memindahkan kucing-kucing yang dibela, pihaknya tetap melakukan pemantauan dan tindakan tamat kontrak sewa akan diambil sekiranya melanggar syarat yang ditetapkan.

Dalam masa sama, pihaknya akan mendapatkan kerjasama agensi-agensi berkaitan agar tindakan lebih serius dapat dilaksanakan bagi menyiasat kedudukan sebenar lelaki itu.

“Jabatan tidak mempunyai rekod kesihatan penghuni namun kita boleh dapatkan bantuan agensi kesihatan untuk tindakan siasatan lanjut.

“Bagaimanapun tempoh telah diberikan, jikadia gagal pindahkan kucing-kucing, kita akan sita,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

'Saya dibelasah anak-anak 30 kali sehari'

Pauline Bubb, Spencer, 11, Sapphire, 9, dan Jorja, 9.
 
SOUTHAMPTON - ENGLAND. Kebanyakan ibu bapa tidak sabar tunggu anak mereka pulang dari sekolah, namun Pauline Bubb, 47, akan sembunyi di dalam bilik dan mengunci pintu.

Bubb memberitahu Metro.uk bahawa beliau dipukul sehingga 30 kali sehari oleh Spencer, 11, Sapphire, 9 dan kembarnya, Jorja.

"Paling teruk, Sapphire serang saya sebanyak 30 kali sehari. Kaki saya lebam-lebam," kata Bubb.

Menurutnya, anak lelakinya Spencer lebih ganas dan pernah menikam perutnya dengan gunting ketika anaknya itu baru berusia 4 tahun.

Menurut pakar, Islay Downey, perkara tersebut berlaku kerana Bubb tidak mempunyai keyakinan sebagai ibu.

"Bila ibu dan bapa tidak mempunyai keyakinan, anak-anak akan mendapat kuasa lebih dari sepatutnya. Perbuatan anak-anak perlu dihadkan dan diletakkan sempadan," kata Downey.

"Anak-anak bersikap sedemikian kerana ibu bapa mereka sendiri," tambahnya.

Menurut Bubb pula, beliau berasa tidak konsisten ketika menjalankan tanggungjawab sebagai ibu.

"Saya tidak kisah dan (mula) hilang kuasa sebagai ibu. Anak saya tidak merasa selamat. Saya cuma mahu menjadi seorang ibu yang baik dan seorang kawan (kepada anak-anak)," ujarnya lagi.



Sumber: Sinar Harian

MC Akibat Chicken Chop Jadi Bahan Jenaka


PETALING JAYA: Sebuah klinik di Sungai Buloh tersilap mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) kepada salah seorang pelajar sehingga ianya dijadikan bahan jenaka di media sosial.

MC tersebut dikeluarkan sebuah klinik swasta bagi mengesahkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh yang menghidap demam campak dan diberikan cuti sakit selama lima hari sehingga Jumaat ini.

Bagaimanapun, MC yang ditandatangani seorang doktor di klinik tersebut ditulis perkataan 'chicken chop' dan bukannya 'chicken pox' iaitu demam campak.

Kesilapan pada MC tersebut menjadi gurauan dan bualan hangat di media sosial.

Malah, gambar surat MC tersebut turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp pada Isnin.

Namun, difahamkan kesilapan tersebut bukan dilakukan oleh doktor tetapi kakitangan di klinik tersebut yang ditugaskan untuk mengisi slip MC berkenaan.

Usaha untuk mendapatkan sebarang komen dari klinik tersebut tidak berjaya.

Bagaimanapun, kakitangan di klinik tersebut dilaporkan memberitahu sebuah portal berita bahawa ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh mereka.

"Ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh pihak kami. Bagi pihak klinik ini, kami memohon maaf di atas kesilapan tersebut dan mahu bangkit daripada kesilapan ini," katanya kepada portal tersebut.

Kakitangan klinik tersebut turut memberitahu klinik itu tidak berhenti dihujani panggilan telefon dari orang ramai yang bertanyakan tentang perkara tersebut.


Sumber: mstar.com.my

Pencuri Dedah Hasil Curi RM11.16 Juta Sejak Hampir Empat Dekad

 Kim Farry dengan kehidupan mewahnya yang gemar berfesyen.

SEORANG pencuri, Kim Farry membuat pendedahan mengenai hasil curiannya kini berjumlah hampir 2 juta pound (RM11.16 juta) sejak dia melakukan aktiviti itu pada usia sembilan tahun.

Malahan katanya, dia turut melatih sebahagian daripada enam anaknya untuk mencuri.

Dengan kehidupan sebagai pencuri itu, wanita berusia 44 tahun berkenaan dapat menikmati hidangan mewah, percutian esotik dan tiga pembedahan plastik payu dara tetapi hidup menyewa di sebuah kediaman di bawah majlis perbandaran dengan peruntukan sebagai wang sara diri sebanyak 556 pound (RM3,103.97).

Kim Farry berkata: "Saya tidak malu apa yang telah saya lakukan, saya berbangga.

"Saya dapat berjuta-juta dan mempunyai kehidupan di mana orang kebanyakan hanya mampu untuk mengimpikannya.

"Ia benar-benar menyakitkan hati saya apabila orang mengatakan saya tidak mempunyai pekerjaan kerana saya pernah bekerja menerusi perniagaan saya tanpa henti sejak hampir empat dekad. Namun 'perniagaan' saya itu adalah mencuri."

Kim mendakwa dia terlibat untuk melakukan aktiviti itu bagi memperoleh kehidupan yang lebih baik buat diri dan keluarganya.

Bagaimanapun, Kim enggan untuk melepaskan gaya hidup mewahnya, dan meminta seseorang untuk memberikannya kerja yang baik kepadanya sekiranya dia tidak mendapat peruntukan sara diri yang lebih besar.

Terdapat pihak lain memberitahu bahawa Kim tidak berbuat apa-apa selama lapan minggu setakat ini, tetapi tidak tahu berapa lama ia akan berlanjutan sebelum dia kembali untuk mencuri.

Kata Kim kepada akhbar Sunday People: "Saya akan cuba untuk beralih daripada kekayaan kepada kehidupan susah. Tetapi mengapa saya perlu melepaskan kehidupan mewah itu untuk kesusahan ini? Ia merupakan tempoh paling lama saya tidak mencuri sejak saya melakukannya semasa zaman kanak-kanak.

"Saya sudah biasa hidup mewah dan tidak pernah risau mengenai wang. Kini saya perlu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan makanan saya.

"Hanya satu sebab saya mahu berhenti (mencuri) sekarang supaya anak perempuan saya tidak menerima kesan daripada apa yang telah saya lakukan. Saya sudah cukup kehilangan orang yang saya sayang akibat jenayah yang saya lakukan ini dan saya tidak mahu kehilangan dia.

"Anak saya Paris semakin dewasa membuatkan saya sedar inilah peluang terakhir untuk memperbetulkan keadaan sebagai seorang ibu. Saya mahu dia bergaul dengan teman-temannya tanpa perlu bimbang menjadi mangsa kritikan ekoran tindakan saya.

"Tetapi jika saya tidak dapat lebih banyak wang secara sah, saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh melalui keadaan ini. Jika seseorang menawarkan saya kerja, saya akan menerimanya dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

"Saya benar-benar tidak mahu kehilangan anak perempuan saya tetapi saya sukar untuk meninggalkan kehidupan mewah.

"Saya memerlukan bantuan dan saya berharap seseorang akan mendengar luahan saya ini dan tampil untuk membantu. Jika tidak, hanya masa yang menentukan sebelum saya memutuskan untuk keluar mencuri lagi," katanya. - mirror.co.uk


mstar.com.my

Stik Gajah Hidangan Hari Lahir Ke-91 Mugabe


VICTORIA FALLS: Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-91 dengan menyediakan hidangan stik gajah untuk ribuan tetamu pada majlis yang mencecah kos $1 juta itu.

Majlis pada Sabtu itu yang diadakan di sebuah hotel mewah di sini bagaimanapun mendapat kritikan pelbagai pihak kerana ia dianggap keterlaluan bagi negara yang mencatatkan kadar kemiskinan yang tinggi.

Masing-masing dua gajah, kerbau dan rusa serta lima impala disembelih untuk barbeku gergasi pada majlis itu.

Kebanyakan haiwan berkenaan disumbangkan peternak terkemuka negara itu, Tendai Musasa, lapor Los Angeles Times.

Presiden Zimbabwe African National Union-Patriotic Front (Zanu-PF) parti politik negara itu memaklumkan, wang untuk mengadakan majlis itu dikumpul daripada orang perseorangan dan juga sumbangan syarikat.

Ahli Parlimen Eropah turut mengutuk majlis itu terutama selepas pihak Kesatuan Eropah meluluskan AS$270 juga untuk bantuan bagi menyokong sektor pertanian dan kesihatan Zimbabwe.

 Mugabe (tengah) bersama isterinya, Grace (kanan) serta anaknya, Bona (kiri) pada majlis sambutan hari lahirnya yang ke-91, Sabtu.

Mugabe yang memerintah negara itu sejak ia mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1980 adalah pemimpin paling tertua di dunia.

Ketika menghadiri majlis rasmi awal bulan ini, Mugabe terjatuh selepas gagal melangkah dengan baik apabila terlepas satu anak tangga.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kejadian itu, Mugabe menganggap ia perkara biasa yang tidak seharusnya diperbesar-besarkan.

Malahan, Mugabe juga menafikan isterinya, Grace Marufu yang juga Ketua Liga Wanita bagi parti yang diterajui suaminya sebagai seorang yang 'berkuasa' dalam pentadbiran negara itu.

Mugabe mengahwini Grace, 49 pada 1996 dan dia lebih dikenali dengan panggilan "Gucci Grace" dan "Dis Grace".


Sumber: mstar.com.my