Blogger Hina Islam Maut Ditetak

 Dr Avijit maut ditempat kejadian manakala isterinya parah dalam kejadian tetak di Dhaka, Bangladesh.

SEORANG blogger terkenal warga Bangladesh-Amerika Syarikat (AS) ditetak sehingga mati di tepi jalan oleh kumpulan militan selepas dia lantang mengutuk Islam.

Dr Avijit Roy dari Atlanta, Georgia maut dalam serangan oleh sekumpulan lelaki menggunakan parang pada Jumaat malam di Dhaka manakala isterinya Rafida Ahmed parah.


Setakat ini kumpulan militan yang dikenali sebagai Ansar Bangla 7 mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu sambil menyifatkan ia sebagai pembalasan kerana jenayah menentang Islam.

Kumpulan berkenaan juga memberitahu, serangan itu juga dilakukan kerana mangsa merupakan warga AS - negara yang bertanggungjawab menyerang Syria.

Polis Bangladesh memberitahu, pihaknya percaya dua suspek yang mempunyai kaitan dengan Universiti Dhaka terlibat dalam kejadian itu.

 Dr Avijit dan isterinya.

Hal ini kerana, kejadian berlaku di hadapan universiti itu selain mangsa pernah mendapat ugutan bunuh daripada mahasiswa pusat pengajian tinggi berkenaan beberapa tahun sebelum ini.

Dalam ugutan berkenaan, mahasiswa terbabit dilaporkan berkata Dr Avijit akan dibunuh sebaik sahaja pulang ke negara itu.


Jelasnya, terdapat tiga kesan tetakan kuat di kepala mangsa serta kesan luka pada isterinya, Rafida yang turut cedera.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan yang dikawal ketat oleh polis.



Sumber: mstar.com.my

Wanita China buka pakaian lalu bergaduh dengan polis


Seorang wanita bertindak membuka pakaiannya sebelum bergaduh dengan polis di  bandar Wenzhou, wilayah Zhejiang, China.

Menurut laporan media tempatan, peristiwa itu bermula ketika Xiao Chen Li (30) dan suaminya, Sying Hseuh (28), tengah mengantarkan kawan-kawan mereka yang mabuk selepas menghadiri sebuah pesta.


Akibat memandu dalam keadaan mabuk, mereka kemudian ditahan oleh anggota polis trafik. Huru-hara bermula apabila Sying menumbuk polis yang hendak menahannya.

Kemudiannya kawan-kawan Sying keluar dari kereta dan membantu lelaki itu melawan anggota polis, sementara para pejalan kaki hanya terpana menyaksikan adegan tersebut.


Apabila beberapa anggota polis tiba bagi membantu mengawal keadaan,isteri Sying, Xiao Chen Li membuka seluarnya sebelum terlibat dalam pergaduhan itu.

"Suasananya sangat ramai, aneh, dan sekaligus sangat mengganggu. Semuanya tak terkawal," kata Liang Yao, seorang penduduk yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

"Para pemabuk itu berjatuhan, dan polis seolah-olah kebingungan. Di saat itulah, si perempuan menjerit-jerit sambil melucutkan pakaiannya," tambah Yao.

Polis akhirnya menangkap enam orang yang terlibat dalam pergaduhan itu. Mereka dituduh menyebabkan kekacauan, mengganggu ketenteraman awam, memandu sambil mabuk, dan khusus untuk Xiao Chen Li, dia akan didakwa atas tuduhan berbogel di tempat awam.



Sumber: Kompas.com

Fenomena Ombak Beku Melanda Pantai Timur Amerika

Ombak pun turut beku di pantai timur Amerika Syarikat Rabu lalu. Menurut nelayan tempatan inilah pertama kalinya mereka melihat fenomena sedemikian rupa.

NANTUCKET (AS): Ini bukan alunan ombak rindu tetapi ombak beku.

Fenomena yang jarang-jarang dilihat ini telah dirakamkan oleh seorang peluncur, Jonathan Nimerfroh di pantai Nantucket, Massachusetts, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Februari telah mencatatkan suhu paling sejuk melanda pantai timur Amerika Syarikat sejak beberapa tahun ini.

Bagaimanapun, di daerah ini, suhu menjadi tersangat sejuk sehingga ombak pun telah mula membeku.

Ia adalah fenomena yang jarang-jarang berlaku tetapi ombak beku yang digelar 'slurpee waves' ini telah berjaya dirakamkan oleh Nimerfroh.

Nimerfroh yang ke pantai untuk bermain luncur ombak sebaliknya dia melihat di ufuk pantai fenomena pelik iaitu ombak yang membeku.

Nimerfroh kemudiannya memuatnaik gambar yang diambilnya itu dalam laman Instagramnya pada Rabu.

Pada keesokan harinya, dia sekali lagi ke pantai yang sama dan mendapati ombak yang membeku itu masih berada di situ.

Dia kemudiannya bertanya kepada para nelayan tempatan dan mereka berkata, inilah pertama kalinya mereka melihat fenomena ombak beku.



Sumber: mstar.com.my

Buah zakar presenter TV dicuri sindiket perdagangan organ

 
Seorang presenter televisyen dari Moscow, Rusia, Dmitry Nikolaev mengalami kejadian menyakitkan apabila buah zakarnya dicuri baru-baru ini selepas berpoya-poya dengan seorang wanita misteri.

Lelaki berusia 30 tahun tersebut awalnya sedang menikmati minuman di sebuah bar sehingga pandangannya tertarik dengan seorang wanita. Keduanya berbual dan akhirnya mereka berdating di sebuah sauna terdekat. Mereka minum bersama, kemudian Dmitry mengaku tak ingat lagi apa yang berlaku.

Dmitry hanya tersedar keesokan paginya di sebuah tempat menunggu bas dalam keadaan kesakitan dan seluar dipenuhi darah.


Menurut doktor, Dmitry telah diberi dadah dan penjenayah yang mengambil buah zakarnya merupakan seorang yang pakar.

Ketika dikejarkan ke hospital, presenter tersebut mengalami pendarahan teruk sehingga perlu menjalani pembedahan dan rawatan intensif. Pakar bedah percaya pelakunya sangat arif tentang perubatan kerana potongan yang dilakukan sangat bersih.

Sementara itu, polis Rusia percaya bahawa Dmitry telah menjadi mangsa kumpulan penjenayah yang menjual organ manusia di pasaran gelap. Saat menjalani rawatan, Dmitry mengaku berbohong pada isteri dengan mengatakan dirinya mengalami penyakit serius dan perlu dibedah.



Sumber: WowKeren

Pakar Bedah Itali Dakwa Boleh Lakukan Pembedahan Pindah Kepala Lagi 2 Tahun


> Pakar bedah Itali, Sergio Canavero percaya dia boleh melakukannya

> Kos pembedahan dianggarkan sekitar £7.5 juta

> Pesakit lumpuh seperti mendiang Christopher Reeve (Superman) boleh mendapat faedah daripada prosedur ini

> Mendakwa dia memiliki teknik dan pengetahuan untuk melakukannya

> Dr Canavero berkata apa yang diperlukan ialah penderma dan persetujuan pesakit

> Teknik perekat akan turut digunakan


LONDON: Ia kedengaran seperti plot cerita seram atau Frankenstein tetapi kini seorang pakar bedah dari Itali percaya yang beliau mampu melakukan pembedahan perpindahan kepala dalam tempoh dua tahun lagi.

Dr Sergio Canavero berkata jika prosedur itu dapat dilakukan ia bakal mencatat sejarah sebagai yang pertama seumpamanya di dunia.

Menurutnya, prosedur itu akan membolehkan seseorang yang menghidapi penyakit yang tidak dapat disembuhkan, memindahkan kepalanya ke badan seorang penderma organ (iaitu badannya).

Ia memerlukan persetujuan daripada penderma dan juga penerima.

Doktor itu mendakwa, dia akan dapat melakukan prosedur itu dalam tempoh dua tahun lagi.

Dr Canavero berkata, bagaimanapun, kos pembedahan itu akan memakan belanja sehingga £7.5 juta.

"Prosedur ini akan membolehkan seseorang yang mempunyai otak yang sihat tetapi lumpuh dari badan ke bawah mendapat faedah daripadanya begitu juga dengan mereka yang menderita sakit kanser," ujarnya sepertimana yang terkandung dalam laporan Jurnal New Scientist yang diterbitkan minggu ini.

Laporan itu kemudiannya dipetik dan disiarkan oleh akhbar British, The Daily Mail.

Mereka yang menderita sakit saraf tunjang, sepertimana yang pernah dideritai oleh pelakon popular, mendiang Christopher Reeve dikatakan akan turut mendapat faedah daripadanya.

Begitu juga dengan pesakit otot dan 'motor neurone' sepertimana pakar fizik terkemuka, Dr Stephen Hawking juga dikatakan boleh mendapat faedah daripada prosedur baru ini.

Prosedur ini kini dinamakan ‘pembedahan kosmetik yang terulung’.

Bagaimanapun pengkritik menyifatkan prosedur ini sebagai fantasi semata-mata.

Namun Dr Canavero yang berkhidmat dengan Turin Advanced Neuromodulation Group percaya yang beliau memiliki segala teknik yang diperlukan untuk pembedahan seumpama ini dan hanya perlu memahirkan dirinya selama dua tahun lagi sebelum melakukan prosedur yang pertama.

Malah Dr Canavero mendakwa yang beliau telahpun mempunyai senarai klien yang sanggup dan bersedia menjalani pembedahan ini.

Beliau akan mengumumkan rancangannya pada satu persidangan perubatan pada musim panas akan datang dalam usaha untuk memperolehi sokongan daripada rakan-rakan perubatan yang lain bagi membolehkan prosedur yang pertama dilaksanakan pada 2017 sebagaimana yang dirancang.

Menjelaskan lanjut tentang langkah-langkah yang diperlukan bagi prosedur pembedahan kepala itu dilakukan, badan yang diperlukan akan datang daripada penderma normal yang mengalami 'kematian otak'.

Kedua-dua penderma dan penerima kemudian akan dibedah serentak di bilik pembedahan yang sama menggunakan pisau yang ultra-tajam bagi memastikan kesan luka tidak terjejas.

Kepala pesakit yang sanggup menjalani pembedahan ini selepas itu akan dipindahkan ke badan penderma dan dicantum menggunakan teknik perekat atau 'polyethylene glycol'.

Selepas itu, otot dan pembuluh darah dari leher dan kepala akan dijahit dan dicantumkan sebelum pesakit diletakkan dalam keadaan koma untuk sekurang-kurangnya empat minggu.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan pesakit menggerakkan badan dan kepala sementara menunggu dua organ baru itu 'berinteraksi' dan 'menyesuaikan' dengan keadaan baru.

Jika prosedur itu tidak cukup pelik, dalam tempoh empat minggu dalam koma itu, pesakit akan diberikan 'kejutan elektrik' yang kecil untuk meransang tunjang belakang badan yang baru diterima dengan kepala pesakit yang dipindahkan ke badan baru berkenaan.

Kemudian, selepas pesakit disedarkan dari koma, dia sepatutnya sudah boleh mula menggerakkan badan, merasai muka dengan menggunakan tangan baru malah sepatutnya boleh bercakap dengan suara yang sama.

Sejenis dadah yang kuat dinamakan 'immunosuppressant drugs' akan membantu badan baru itu menerima kepala baru dan pesakit selepas itu akan melalui proses terapi saikologikal untuk membantunya menyesuaikan diri dengan 'persekitaran' baru.

Dr Canavero berkata, dia percaya apa yang bakal diperkenalkannya itu adalah sesuatu yang beretika dalam dunia perubatan moden kerana objektif seluruh prosedur baru ini hanyalah bertujuan untuk menyelamatkan nyawa seseorang.

Bagaimanapun, akhbar The Daily Mail bertanya, sejauh manakah etika itu mampu bertahan kerana pembedahan perpindahan kepala ke badan yang baru juga bermakna, jika pesakit berkenaan selamat dan kemudian mendirikan rumah tangga dan memperolehi zuriat, zuriat itu adalah anak siapa? Badan yang diderma atau milik pesakit yang memindahkan kepalanya ke badan baru.

Dr Canavero bagaimanapun berkata, jika suatu masa nanti dunia sains mampu menghasilkan klon manusia dengan mudah, seorang pesakit yang berusia 60 tahun berupaya untuk menghasilkan klon menggunakan DNAnya sendiri dan kemudian melakukan prosedur perpindahan kepala ke badan yang baru tanpa perlu risau tentang soal personaliti berbeza dan sebagainya.

Pengerusi Akedemi Neurologikal dan Pembedahan Orthopedik Amerika Syarikat, William Matthews berkata, beliau boleh menerima konsep pergabungan spinal sepertimana yang dikemukakan oleh Dr Canavero itu tetapi pembedahan perpindahan kepala adalah sesuatu untuk difikirkan pada masa depan bukan sekarang.

Seorang lagi pakar bedah, Dr Harry Goldsmith, dari California Amerika Syarikat yang beberapa kali berjaya melakukan pembedahan tunjang belakang sehingga membolehkan pesakit yang lumpuh berjalan semula berkata: "Saya tidak fikir prosedur Dr Canavero boleh dilaksanakan."



Sumber: mstar.com.my

Pelanduk Putih Ditangkap Di Langkawi Jadi Tumpuan

Pengumpul madu lebah dan pengamal perubatan tradisional, Jasmini Hasan, 41, memerhatikan gelagat Awang Putih, seekor pelanduk putih dan seekor pelanduk biasa yang ditangkapnya di dalam hutan berdekatan Kampung Buluh Penyumpit di sini. - Foto BERNAMA

LANGKAWI – Seekor pelanduk putih yang ditangkap seorang pencari madu lebah kini menjadi tumpuan ramai.

Rumah Jismani Hasan, 41, yang terletak di lerang bukit di Kampung Buluh Penyumpit menjadi tumpuan sejak seminggu lalu.

Pelanduk ini yang dinamakannya “Awang Putih’ merupakan yang kedua ditemui di Langkawi dalam tempoh 14 tahun, selepas seekor lagi ditemui pada tahun 2001 di Hutan Simpan Bukit Tekuh.

Menceritakan bagaimana beliau menangkap pelanduk itu, Jismani berkata pada mulanya pelanduk atau napuh setinggi kira-kira 17 sentimeter itu ditemuinya sedang minum di sebuah anak sungai, ketika beliau masuk ke dalam hutan berdekatan kampungnya bagi mencari madu.

“Saya pada mulanya rasa seram juga apabila terserempak dengan pelanduk itu sebab hari sudah senja. Sebelum ini saya selalu jumpa pelanduk, tetapi yang biasa berwarna perang,” katanya yang juga seorang pengamal perubatan tradisional.

Namun Jismani yang ditemani seorang anaknya bertekad untuk menangkap haiwan itu dengan menggunakan pukat yang kebetulan turut dibawanya.

“Pada mulanya pelanduk itu berjaya memboloskan diri, namun saya dan anaknya terus mengejar sebelum berjaya menangkapnya,” katanya.

Mungkin sudah rezekinya, pada masa yang sama beliau turut berjaya menangkap seekor pelanduk biasa yang kebetulan berada berhampiran pelanduk putih berkenaan.

Sejak tertangkap pelanduk putih itu, rumahnya sering dikunjungi orang ramai.

Menceritakan lebih lanjut, Jismani berkata kira-kira 14 tahun lepas, datuknya yang merupakan pengamal perubatan tradisional menemui seekor kera putih berdekatan kawasan kebun getah di Bukit Temin.

Ditanya sama ada berlaku sebarang kejadian pelik kepadanya selepas menangkap pelanduk itu, beliau berkata: “Tidak ada perkara pelik-pelik, cuma saya rasa rezeki saya bertambah sedikit”.

Pelanduk putih turut mempunyai kaitan dengan sejarah pembukaan negeri Melaka, apabila Parameswara iaitu putera raja dari Palembang yang melarikan diri dari peperangan di Majapahit sehingga sampai ke muara Sungai Melaka, telah menyaksikan kehebatan seekor pelanduk putih menendang anjing perburuannya, sehingga menyebabkan baginda memutuskan untuk membuka negeri di situ mengambil sempena nama pohon Melaka tempat baginda sedang bersandar. – BERNAMA

Gajah Afrika Selatan Pakar Hidu Bom, Pemburu Haram


JOHANNESBURG — Jika tentera Israel bangga memiliki sepasukan tikus dilatih sebagai pengesan bom pejuang berani mati Palestin sejak 2012, kini Afrika Selatan juga boleh megah ada sekumpulan askar gajah yang mahir menjejak perkara sama.

Lebih dahsyat, mamalia darat terbesar di dunia itu juga seperti anjing polis K9 yang mahir hidu dadah, dan paling unik; gajah ini ada kemahiran tambahan – mengesan pemburu haram yang mahu membunuh hidupan liar dilindungi undang-undang.


Projek dikendalikan sebuah badan penyelidikan tentera Amerika Syarikat (AS) itu bermula lima tahun lalu bagi membentuk deria bau super tajam menerusi belalai dan sebagai ganjaran haiwan tersebut diberi upah buah marula yang amat diminati gajah.

Idea projek timbul selepas askar-askar AS yang terlibat sebagai pasukan pengaman bagi misi konflik perang saudara di Angola melihat cara gajah mengelak periuk api jerangkap samar yang dipasang puluhan tahun di bawah tanah dengan hanya ciuman belalai.

“Belalai gajah sangat luar biasa. Bayangkan moyangnya sendiri mammoth yang mampu cari makanan di bawah lapisan ais ribuan tahun lalu,” kata Sean Hensman, pengelola taman pelancongan terkenal, Adventures with Elephants dekat Johannesburg.


Dia memberi contoh, seekor gajah jantan berusia 17 tahun bernama Chisuru dilatih berjalan melintasi barisan kotak dengan salah satu dipasang bahan letupan TNT dan kaki haiwan itu berhenti sebaik mengesan kotak bahaya tersebut di depannya.

Setiap kali ujian, Chisuru tidak pernah salah dalam memilih kotak mengandungi TNT namun, atas faktor keselamatan, gajah cuma mengesan bom manakala tugas mematikan bahan peledak itu masih menggunakan tenaga robot atau manusia sendiri.

“Kami pernah bawa benda curiga yang dikumpulkan oleh robot kawalan jauh kepada gajah untuk diperiksa, dan terbukti haiwan itu juga berhenti di depan objek itu seperti tahu ada bahaya di dalam,” kata Stephen Lee dari pasukan penyelidik AS.

Biarpun gajah memiliki deria bau yang sangat tajam, penyelidik masih bingung menentukan haiwan mana yang mempunyai keupayaan hidu paling baik, sama ada anjing atau gajah; tetapi Lee mendakwa, gajah adalah terbaik dari segi memori.

Ujarnya, terdapat banyak fakta saintifik malah pepatah lama golongan tua di Afrika bahawa gajah tidak pernah lupa sesuatu perkara dan kuat ingatan terhadap bau tertentu tanpa banyak latihan seperti terpaksa dilakukan ke atas anjing. – Agensi

Berdasarkan kajian, 4 dari 5 wanita Inggeris tidak mandi pagi


LONDON – Jika anda mempunyai rakan wanita berbangsa Inggeris atau lama menetap di England, kajian terbaharu sebuah agensi bebas tempatan, Flint + Flint pasti membuatkan anda serba salah untuk berada dekat dengan mereka selepas ini.

Hasil kajian itu yang melibatkan lebih 2,000 responden berusia dari 18 sehingga 50 tahun mendedahkan, wanita Inggeris umumnya memang tidak terlalu mempedulikan aspek kebersihan dan keharuman tubuh badan diri mereka sendiri.

Firma itu malah mendapati, empat daripada lima wanita Inggeris mengaku tidak mandi setiap hari manakala 33 peratus mengatakan mereka pernah tidak mandi selama tiga hari dan 67 peratus tidak membersihkan solekan wajah sebelum tidur.

Alasan mereka kerana berasa terlalu penat setelah sibuk dengan aktiviti seharian dan lebih teruk, satu daripada lapan wanita tidak menggosok gigi sebelum tidur selain 21 peratus responden mandi waktu pagi dengan cepat pada setiap hari.

Anehnya walaupun tidak mandi, 57 peratus wanita Inggeris mengaku memilih cara untuk membersihkan diri dengan hanya mengelap tubuh menggunakan tisu basah biarpun tahu cara tersebut pastinya sangat tidak bersih dari segi kesihatan.

Ironi, 92 peratus responden wanita mengaku sedar mengenai kepentingan dan manfaat memiliki kulit bersih terawatt, bahkan 76 peratus responden faham bahawa kurang tidur dan dehidrasi memberikan pengaruh buruk pada kecantikan kulit.

Mujur kajian itu mendapati 89 peratus wanita berjanji akan lebih menjaga kebersihan diri pada waktu akan datang dan firma Flint + Flint mendedahkan, kesibukan tugas menyebabkan ramai wanita tidak mandi sebelum pergi bekerja.

“Kami mendapati, ramai responden tidak sedar melewatkan mandi pagi, dapat membuat diri mereka jadi antisosial dan sangat tidak sihat. Mereka amat sibuk sehingga terpaksa tidak mandi sebagai cara hidup,” kata pemilik Flint + Flint, Maxine Flint.

Firma penyelidik yang turut terlibat dalam penjagaan kesihatan kulit di Britain itu mendakwa, jika trend tidak mandi berterusan, wajah wanita Inggeris akan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar akibat tubuh kering air dalam badan. – Agensi

Lelaki cuba 'rogol' peti surat ditemui mati

Gambar hiasan
 
GREATER MANCHESTER - BRITAIN. Lelaki yang pernah menggemparkan dunia dengan ‘cubaan mengadakan hubungan seks dengan peti surat’ bulan lepas ditemui mati di belakang sebuah restoran Cina, lapor portal metro.co.uk, semalam.

Pihak berkuasa Greater Manchester berkata, mayat Paut Bennet, 45, ditemui di belakang restoran tersebut pada awal pagi Ahad.

Bennet yang berasal dari Worsley, Greater Manchester dipercayai meninggal dunia akibat mengambil dadah berlebihan.

Januari lalu, Mahkamah Wigan Magisrates mengenakan hukuman 12 bulan khidmat komuniti setelah didapati bersalah menonjolkan perilaku seks terhadap sebuah peti surat di tepi jalan.

Dia juga dilarang mengambil alkohol dan diperintah menjalani program pemulihan serta membayar pampasan sebanyak £260 kepada mangsa.

Sementara itu, seorang kenalan Bennet bagaimanapun menyifatkan Bennet seorang rakan yang baik.

“Dia mungkin mempunyai masalahnya sendiri, tapi dia sebenarnya seorang rakan yang baik,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.



Sumber: Sinar Harian

Bekas Aktres Porno Rusia ‘Ditawan, Dipancung’ Askar Ukraine


BERLIN — Kisah viral menerusi laman Facebook versi Rusia, VKontakte baru-baru ini benar-benar mengerikan apabila seorang jururawat muda yang juga bekas aktres lucah dari etnik Rusia, Sasha Serova maut dibunuh kejam tentera Ukraine.

Akhbar-akhbar tempatan pada Selasa melaporkan, akaun laman sosial itu menggunakan nama Aid fir Donbas dan tidak jelas sumbernya menyiarkan rakaman Serova, bertugas di barisan hadapan dalam konflik berdarah Ukraine dengan puak pemisah Rusia.

Wanita itu yang bakal menyambut hari lahir ke-27 tahun pada bulan depan, dipercayai ditawan tentera Ukraine di timur negara itu lalu diseret ke sebuah khemah askar Ukraine dan dia diseksa teruk sebelum kepalanya dipenggal dengan kapak.


Meskipun rakaman video aksi ganas itu merujuk mangsa sebagai Sasha Serova, pentadbir akaun tersebut juga menyiarkan foto wajah seorang perempuan cantik berambut gelap dengan sorotan mata yang agak seksi menggoda kepada lelaki ‘miang’.

Ironi, foto itu amat mengejutkan Sasha Grey (dalam bahasa Rusia: Serova), wanita dalam foto tersebut, kerana bekas pelakon pornografi dengan nama glamor Marina Ann Hantzis masih sihat dan kini menetap di California, Amerika Syarikat!

Rupa-rupanya itu adalah propaganda Rusia dan bukanlah rahsia lagi konflik perang saudara di Ukraine menyebabkan stesen televisyen negara itu sering menyiarkan drama bertema polis dengan watak si penjahat biasanya mesti muka orang Ukraine.

Program siri penyiasatan menerusi televisyen Rusia bahkan akhir-akhir ini menggambarkan orang Ukraine sebagai pembunuh, perogol dan pencuri bagi menyaingi propaganda Barat yang selalu memberi imej watak Rusia sinonim dengan karakter jahat.


Serova dalam pada itu hanya menyedari dia ‘mati dibunuh’ setelah melihat lebih 7,000 like dan kira-kira 1,000 komen menerusi laman sosial VKontakte, sebelum bergegas mengirim mesej pencerahan melalui akaun Twitter milik dirinya sendiri.

“Saya mencintai jutaan peminat saya di seluruh Rusia, tetapi propaganda kali ini sudah pergi terlalu jauh,” jelas Serova yang pernah membintangi filem porno terkenal berjudul Nurses mengisahkan aksi ‘panas’ jururawat seksi pada 2009 lalu.

Dia yang telah membintangi 171 filem lucah, malah memenangi banyak anugerah antarabangsa antaranya Best Group Sex Scene pada 2007, Best Oral Sex pada 2008 dan Best Anal Sex pada 2010; nyata amat marah dengan ‘perang saraf’ Rusia itu.

Akhbar berpengaruh Jerman, Die Welt pada 2013 pernah menyiarkan artikel dengan merujuk Serova sebagai ‘wanita paling kotor di dunia’ susulan tindakan beliau bersara daripada industri pornografi global mulai tahun tersebut.  — Agensi

Bayi lahir dalam ketuban yang belum pecah

Saat Silas dilahirkan, dia masih lagi berada di dalam ketubannya yang masih belum pecah.
 
SEORANG bayi lelaki yang dilahirkan dengan ketubannya yang masih belum pecah disifatkan sebagai 'keajaiban dalam perubatan' oleh doktor yang menyelamatkannya.


Silas dilahirkan menerusi kaedah Caesarean tiga bulan lebih awal di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di California.

Namun, doktor terkejut apabila mereka menemui Silas masih lagi berada di dalam ketuban dan berupaya mendapat oksigen menerusi plasenta tersebut.

Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yang belum dilahirkan membesar.

Ia juga disebut sebagai membran kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yang dikenali sebagai amnion dan chorion.

Silas dilaporkan berada dalam keadaan baik.
 
Sebaik sahaja Silas dilahirkan, Dr Binder mengeluarkan bayi itu daripada ketubannya.

Ibu Silas begitu teruja melihat kelahiran anaknya itu.

"Sebaik sahaja saya melihat proses kelahiran Silas begitu unik, saya rasakan dia adalah bayi istimewa," katanya.

Walaupun dilahirkan tidak cukup bulan, Silas menunjukkan tanda positif dan akan dibenarkan keluar wad pada hujung bulan Mac ini.



Sumber: mstar.com.my

Ibu muda melacur dalam semak

Kawasan semak yang dipercayai sering dijadikan port pelacuran dimusnahkan penguatkuasa dalam operasi semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang ibu muda yang mengaku janda antara yang ditahan di lokasi pelacuran dekat kawasan semak di Taman Kampian, Jalan Sekerat, jam 11 pagi semalam.

Turut ditahan dua wanita dan seorang lelaki yang berperwatakan seperti perempuan di port pelacuran yang hanya dilengkapi dengan khemah serta alatan lain dipercayai untuk aktiviti pelacuran.

Bagaimanapun, hasil soal selidik mendapati wanita berusia 22 tahun itu masih berstatus isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Pemeriksaan ke sekitar lokasi pula mendapati ia seakan-akan lokasi perkhemahan dalam semak namun dipenuhi alatan kondom digunakan untuk pelacuran.

Kesemua mereka yang ditahan anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda itu dibawa ke pejabat untuk soal siasat selain memanggil waris untuk tindakan selanjutnya.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Alwi Osman berkata, dua perempuan ditahan mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 iaitu melacur manakala seorang lagi wanita bukan Islam dilepaskan selepas diberi khidmat moral.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak melebihi enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

“Manakala seorang lelaki berperwatakan perempuan ditahan mengikut Seksyen 26 iaitu mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan.

“Jika bersalah, boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM1,000 denda atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata, operasi diketuai Pegawai Penguatkuasa MPSPK, Anil Aris manakala PAD diketuai Zaiferi Zainul Abidin.


Sumber: Sinar Harian

National Geographic Akan Tayang Dokumentari MH370 Dengan Bukti Baru Ia Sedang Menuju Ke Antartika Ketika Itu


RANGKAIAN televisyen National Geographic akan menyiarkan satu dokumentari mengenai kehilangan penerbangan MH370 pada 8 Mac iaitu hari ulang tahun pertama kehilangan pesawat tersebut dengan bukti terbaru ia sedang dalam perjalanan ke Antartika pada hari berkenaan.

Menurut portal Mirror Online,  National Geographic dilapor telah menemubual beberapa pakar penerbangan yang mendakwa MH370 secara dengan sengaja telah di bawa ke Antartika oleh seseorang yang berada di Kokpit.

Bagaimanapun identiti pakar-pakar penerbangan itu tidak didedahkan setakat ini dan akan hanya ditayangkan pada 8 Mac.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bejing.

Selain daripada teori baharu daripada pakar, siaran televisyen terkenal itu juga akan mendedahkan data satelit bagi menyokong dokumentari berkenaan.

Dokumentari itu percaya bahawa pesawat MH370 telah membelok sebanyak tiga kali sebelum terus ke Antartika dan bukan Lautan Hindi.

Mirror Online dalam laporan itu turut memetik pakar penerbangan Malcolm Brenner sebagai berkata," insiden yang mendapat perhatian dunia itu tidak pernah saya dengar sepanjang karier saya sejak 40 tahun dahulu.



Sumber: mstar.com.my

Kurangkan Minuman Berkafein, Makanan Pedas Ketika Cuaca Panas


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati agar mengurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing seperti minuman berkafein, kopi, teh dan air berkarbonat ketika cuaca panas.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL) Ridzoni Sulaiman berkata pengambilan minuman berkenaan menyebabkan individu akan kerap membuang air kecil sehingga mengakibatkan badan kekurangan cecair.

"Sudah menjadi kebiasaan, bila bangun pagi minum kopi atau teh, tetapi pada musim cuaca panas ini, ia tidak sesuai kerana akan menyebabkan kita kerap kencing, sedangkan badan kita memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.

"Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan," katanya.

Beliau berkata selain minuman berkafein, pengambilan ubat diuretik terutama di kalangan pesakit darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil.

Sehubungan itu, Ridzoni berkata pesakit dinasihati agar mendapatkan nasihat doktor tentang alternatif atau cara untuk mengurangkan dos ubat berkenaan untuk sementara waktu bagi mengurangkan cecair dalam badan hilang secara paksa (kencing).

"Di samping itu, yang paling utama ialah setiap individu perlu memastikan bahawa mereka meminum air yang cukup iaitu kira-kira dua liter dalam tempoh 24 jam (sehari).

"Boleh minum lima gelas jus buahan-buahan dan lima gelas air kosong kerana selain membekalkan air, buah juga boleh membekalkan zat-zat lain seperti sodium, potassium dan vitamin C," katanya.

Ridzoni berkata bagi golongan berumur 50 tahun ke atas, mereka lebih mudah terdedah kepada dehidrasi kerana faktor umur yang meningkat menyebabkan mereka berasa kurang haus.

"Cara yang mudah ialah memeriksa air kencing kerana kencing yang pekat menunjukkan badan kekurangan air. Selain itu, jika kita melekapkan bibir atas dan bawah, dan jika ia melekit, seperti terkena air gula, itu bermakna mereka kurang air.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula menasihati orang ramai mengurangkan pengambilan makanan yang pedas bagi mengelak peningkatan suhu badan.

"Ambil makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, betik dan tembikai susu, sayur-sayuran contohnya tomato, timun dan sawi, serta masakan seperti sup, tumis air dan masak pindang boleh meningkatkan pengambilan air.

"Kita juga boleh mendapatkan sumber air daripada minuman seperti air kosong, susu dan makanan seperti sup dan yogurt," katanya.

Beliau berkata orang ramai juga boleh melayari laman web Bahagian Pemakanan www.nutrition.moh.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Panduan Diet Malaysia atau kemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan melalui Facebook Bahagian Pemakanan iaitu Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Meteorologi pula berkata suhu maksimum di beberapa bandar utama pada Isnin termasuk Kuala Lumpur mencecah 34 darjah kerana negara pada masa ini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada penghujung Mac ini.

Kebanyakan kawasan terutamanya di utara pantai barat Semenanjung Malaysia kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering.


Sumber: mstar.com.my

Jururawat Bunuh 30 Pesakit Kerana Bosan

Niels H menutup muka kerana tidak mahu dikenali keluarga mangsa.

GARA-GARA bosan ketika berada di dalam hospital, seorang jururawat bertindak membunuh 30 pesakit secara rawak di Jerman.

Tidak cukup dengan itu ketika dihadapkan ke mahkamah, jururawat lelaki itu, Niels H tanpa rasa bersalah hanya memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Lelaki berusia 38 tahun itu juga mengharapkan keluarga mangsa akan memaafkannya berikutan kejadian tersebut.

Suspek sebelum ini mengakui membunuh pesakit di hospital tersebut dengan menyuntik sejenis ubat yang mampu melemahkan jantung.

Dia kemudian akan berlakon menyelamatkan pesakit itu sebelum teruja untuk memberitahu bahawa mangsa telah meninggal dunia.



Sumber: mstar.com.my

Gambar dari satelit NASA tunjukkan Amerika berubah jadi Kutub Utara


Gambar dari satelit NASA, Terra, menunjukkan sebahagian besar kawasan Amerika telah berubah menjadi putih akibat dilitupi salji. Salji yang memutih ini membuatkan AS seolah-olah telah bertukar menjadi Kutub Utara.

Seperti yang dilaporkan oleh Gizmodo (21/02), cuaca sejuk ekstrem tersebut disebabkan oleh hembusan udara beku dari kawasan Artik atau Kutub Utara dan Siberia di Eropah.


Akibat cuaca ekstrem ini, beberapa rekod suhu paling sejuk dicatatkan di Amerika. Bandar Richmond di Kentucky tercatat sebagai bandar paling sejuk dengan suhu minus 35 darjah Celsius!

Di bandar-bandar lain di Amerika, salji telah menguburkan banyak rumah dan mencapai ketinggian berbahaya, iaitu 5 meter!



Sumber: Merdeka.com

Gambar-gambar Sultan Kelantan ziarah pusara TGNA


 Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat ke kubur bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, hari ini.

Baginda berbaju putih tiba 6.15 petang dan meluangkan masa hampir kira-kira  15 minit membaca surah yasin dan berdoa.

Turut hadir Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Syukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.
Dalam pada itu, anak kepada Allayarham,  Nik Omar Nik Abdul Aziz yang mewakili keluarga berkata, baginda mengucapkan salam takziah kepada ibunya, Datin Tuan Sabarian Tuan Ishak  dan keluarga keseluruhannya.

Beliau mengucapkan junjung kasih kepada tuanku yang sudi meluangkan masa untuk melawat kubur ayahandanya.

Allahyarham  Nik Abdul Aziz, 84,  meninggal dunia pada 12 Februari lalu di kediamannya di Pulau Melaka selepas mengidap kanser prostat.


















Sumber: Berita KL

Tarian gelek di Bazar Karat JB dikecam


JOHOR BAHRU  - Video pertunjukan tarian gelek yang didakwa diadakan di bazar karat, di sini, Ahad lalu, mendapat kecaman pelbagai pihak kerana berpakaian menjolok mata.

Tarian berdurasi 1.23 minit itu ditonton lebih 49,857 pelayar sehingga jam 5 petang semalam, menjadi viral menerusi Facebook.

Menurut jurucakap Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), pihaknya maklum mengenai penganjuran persembahan yang diadakan di Jalan Tan Hiok Nee, di sini.

Jelasnya tarian itu bukan diadakan di bazar karat, sebaliknya berdekatan dengan laluan di situ malah perniagaan di situ tidak terlibat secara langsung dengan penganjuran persembahan tersebut.

“Setiap hujung minggu, sebuah persatuan di sini menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan sejak setahun setengah yang lalu.

“Pelbagai persembahan diadakan antaranya persembahan kipas dan zumba yang bertukar setiap minggu. Kebetulan minggu lalu mereka mempersembahkan tarian yang dimaksudkan, dan pihak kami telah memberi notis secara lisan,” katanya.

Menurutnya, permit hiburan juga dikeluarkan secara sah oleh pihak bertanggungjawab bagi penganjuran aktiviti kebudayaan tersebut dan mendapat sokongan daripada badan pelancongan.

Beliau berkata, pihaknya akan memantau perkara tersebut bagi mengelakkan kejadian sama berulang dan ia kali pertama berlaku sepanjang aktiviti kebudayaan itu diadakan sejak 2013.

Sinar Harian turut mendapatkan maklum balas Persatuan Tiong Hua yang dipertanggungjawab mengenai aktiviti persembahan kebudayaan yang diadakan di situ.

Presidennya, Datuk Seri Tey Kim Chai berkata, beliau mengakui telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan kesal dengan kejadian itu.

“Saya telah diberitahu, kita memang bertanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti di kawasan tersebut, di mana kita membuka ruang dan peluang buat mana-mana persatuan membuat persembahan  di situ.

“Bagaimanapun, kita tidak menyangka, persembahan sebegitu diadakan dan kami akan lebih berhati-hati dan membuat tapisan mengenai penyertaan yang memohon  membuat persembahan di situ,” katanya.

Tegasnya, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana persembahan yang menjolok mata dan tidak menghormati sensitiviti kaum lain di negara ini.



Sumber: Sinar Harian

Potret Mark Zuckerberg dilukis dengan najis manusia

 Foto: nydailynews

Seorang artis dari New York yang dikenali sebagai Katsu melukis wajah pengasas dan CEO Facebook, Mark Zuckerberg dengan najis.

Katsu menggunakan najisnya sendiri bagi melukis potret tersebut. Karya itu dipamerkan di galeri The Hole di New York. Katsu memang dikenali cukup vokal mengkritik Zuckerberg, antara lain kerana pemuda drop out Harvard University itu dianggap terlalu mengawal maklumat.

Sebelumnya, Katsu juga pernah mengkritik Zuckerberg dengan menyebar gambar Zuck bermata hitam di beberapa bahagian bandar New York. Hal itu sebagai tanda protes pada syarikat teknologi seperti Facebook yang menurutnya mengeksploitasi maklumat peribadi.



Sumber: inet.detik.com

Ahli bina badan minum susu ibu demi bentuk otot


Ramai ahli bina badan di UK dan Amerika Syarikat mengambil air susu ibu kerana dipercayai mengandungi banyak protein untuk membina jisim otot.

Laman Mirror, Jumaat, 20 Februari 2015 melaporkan, menurut doktor dari Hospital Mount Sinai Roosevelt di New York, Amerika Syarikat, Jacques mortiz, tidak ada yang istimewa di dalam kandungan susu ibu untuk membina otot. Hal itu diperkukuhkan dengan maklumat dari USDA National Nutrition Database, Amerika Syarikat.

Di AS, harga air susu ibu yang telah diperah dijual pada harga US $ 9 per liter di dunia maya. Malangnya, banyak air susu yang dijual di internet tidak dibekukan dengan baik sebelum dihantar kepada pelanggan. Akibatnya boleh menimbulkan pencemaran bakteria.

Selain susu ibu, para ahli bina badan itu juga membeli makanan tambahan lain untuk menyokong penampilan mereka. Bekas ahli bina badan yang kini menjadi pembantu pengajar di CUNY Lehman College di New York, Brett Schoenfeld menyebut, orang juga banyak mengambil zat mahal lain di dunia maya hanya untuk menambah jisim otot.



Sumber: viva.co.id

Amalan makan uri bayi kian popular di Amerika Syarikat


WASHINGTON: Trend kesihatan datang dan pergi, tetapi satu trend yang kian popular di kalangan ibu baharu di Amerika Syarikat adalah untuk makan plasenta atau uri bayi.

Mereka yakin ia dapat membantu untuk meningkatkan tenaga, menghasilkan susu yang sihat dan menghindari kemurungan selepas bersalin.

Amalan tersebut turut menyebabkan kaum ibu menjauhkan diri dari perubatan moden untuk rawatan semula jadi, atau mengikut trend selebriti Hollywood yang sering mengetengahkan rawatan ‘New Age’ terkini.

Dikenali sebagai "placentophagy," ia memerlukan para ibu untuk makan uri yang kaya dengan zat besi dalam beberapa bentuk: cecair, pepejal atau dimasukkan ke dalam pil.

Sesetengah bidan menggalakkan amalan pemakanan uri untuk ibu juga.

"Uri membantu memulihkan badan anda dengan vitamin, mineral, hormon," kata seorang bidan Claudia Booker.

Untuk $270 (RM984.96) Booker akan memproses organ berkenaan untuk dijadikan pil dan boleh bertahan selama beberapa minggu.

Setakat ini, tiada kajian saintifik tentang bilangan ibu baharu yang mengambil bahagian dalam amalan ini.

Namun amalan ini popular di kalangan selebriti Hollywood termasuk Alicia Silverston dan Januari Jones.

Terdapat juga buku memasak yang mengandungi resipi seperti lasagna dan tqcos yang mengandungi uri.

Amalan ini turut memberikan manfaat emosi.

Seorang ibu Laura Ransom dari Las Vegas, Nevada mengambil pil uri selepas kelahiran anak ketiganya dan berkata ia membantu beliau menguruskan jadual yang sibuk.

"Pil ini memberikan saya tenaga, mengawal emosi saya dan oleh itu saya benar-benar gembira. Ia turut membantu saya untuk menangani beberapa perkara setelah mendapat anak ketiga setelah kita berpindah dan juga sumai saya memulakan kerja baru,” katanya. - AFP



Sumber: SiakapKeli

'Harimau Makan Orang' Ditembak Mati Di India


NEW DELHI: Tentera pengawal hutan menembak mati seekor 'harimau makan orang' di selatan India selepas haiwan itu menyerang dan membunuh seorang petani dan pekerja ladang teh, kata seorang pegawai, Khamis.

Harimau tersebut bertindak menerkam petani yang memasuki hutan di negeri Kerala awal bulan ini dan makan sebahagian besar tubuhnya, kata pegawai hutan C. Badrasamy kepada AFP.

Binatang yang sama kemudian menyerang seorang wanita yang sedang bekerja di ladang pada Sabtu, selepas harimau terbabit dilihat berkeliaran di seberang hutan negeri kejiranan Tamil Nadu, kata Badrasamy.

"Penduduk berasa panik dan marah dan mereka mula menggeledah hutan, menuntut harimau itu dibunuh serta-merta," kata Badrasamy melalui telefon dari Tamil Nadu.

Sebuah pasukan dengan 50 orang yang terdiri daripada pegawai, konstabel dan doktor haiwan telah mengawasi seluruh hutan di Tamil Nadu.

Tetapi harimau itu berjaya melarikan diri di tengah-tengah adegan huru-hara selepas kira-kira 500 penduduk kampung berkumpul untuk melihat haiwan itu, kata Badrasamy.

Selepas itu ia sekali lagi dilihat di dalam hutan dan para pegawai cuba menggunakan senjata dart tetapi terpaksa melepaskan tembakan dengan peluru hidup pada Rabu kerana ia cuba menerkam ahli pasukan.

"Sudah tentu keutamaan kami untuk menangkap dan tidak membunuh harimau itu. Tetapi keadaan seperti menjadikan kami tidak mempunyai pilihan lain, "kata Badrasamy.

"Ia boleh menyerang orang lain selepas ini pada bila-bila masa."

Lebih separuh dari populasi harimau liar di dunia semakin merosot dengan cepat di India menerusi bancian baru-baru ini.

"'Harimau makan manusia' sangat jarang berlaku. Harimau tertentu ini mungkin mempunyai beberapa kecederaan, mungkin telah kehilangan wilayahnya dan diusir, "kata Badrasamy.

Kerajaan India telah berusaha untuk mengurangkan pertembungan maut di antara harimau dan manusia, memandangkan petani sering masuk dan meneroka hutan, memaksa harimau keluar mencari air dan makanan.

Seekor lagi harimau dipercayai telah membunuhlebih 10 orang di utara India Februari lalu. Haiwan itu dipercayai masih belum dibunuh atau ditangkap.



Sumber: mstar.com.my

Vokalis Iron Maiden hidapi tumor di lidah


Vokalis kumpulan heavy metal Iron Maiden, Bruce Dickinson, dilaporkan mengidap tumor di lidahnya. Kejadian itu membuatkan peminatnya yang menunggu konsert jelajah dunia Maiden menjadi gelisah.

Penemuan adanya tumor di lidah Bruce Dickinson diketahui selepas vokalis berusia 56 tahun itu melakukan pemeriksaan kesihatan pada Disember tahun lalu. Bruce sempat melakukan kemoterapi dan rawatan radiologi untuk mengatasi tumor tersebut.

Tumor yang dihidapi Bruce Dickinson meresahkan peminatnya. Hal itu juga kerana Iron Maiden akan mengadakan konsert keliling Eropah pada 27 Mei hingga 5 Julai 2015 yang akan datang.

Lantaran Bruce mengalami masalah di lidahnya, pengurusan kumpulan tersebut meminta para peminat untuk bersabar. Ramai peminat Maiden di seluruh dunia yang resah dan melampiaskannya di twitter dan mendoakan Bruce agar cepat sembuh.

 Bruce Dickinson

Dalam satu kenyataan, band Inggeris tersebut menyebut, sakit yang dideritai Bruce bermula sejak tahun lalu sebelum perayaan Krismas semasa melakukan pemeriksaan rutin kesihatan.

"Kerana itu, pemeriksaan intensif dilakukan, akhirnya ditemui sejenis tumor di belakang lidah Bruce. Lalu dilakukan rawatan kemoterapi dan radiologi yang baru selesai semalam," sebut kenyataan itu seperti dikutip Daily Mail, Khamis (19/2/2015).

Mujur rumor tersebut dikesan dengan cepat. Kerana itu, pasukan kesihatan kemudian meminta agar Bruce menjalani rawatan menyeluruh hingga akhir Mei akan datang.

"Kerana itu, perlu waktu beberapa bulan hingga akhirnya Bruce sembuh," kata kenyataan tersebut.

Iron Maiden meminta kepada para peminat untuk tetap bersabar dan menghormati privasi Bruce dan keluarganya kini menjalani rawatan.

Bruce Dickinson merupakan vokalis yang mempunyai suara nyaring dan menjadi frontman walaupun sempat keluar dari Maiden pada tahun 1993, dan kembali menyertai pada 1999. Bruce juga terkenal sebagai vokalis yang bertenaga ketika konsert.

Bruce juga berkebolehan menerbangkan pesawat ini pernah memboikot acara muzik di Glastonbury lantaran terlalu borjuis.

Adapun, Iron Maiden terkenal sebagai band yang disegani di jalur heavy metal. Band ini sejak tahun 1975 telah menjual 80 juta keping album dan menerima pelbagai anugerah. Hal ini juga yang membuatkan kumpulan mereka paling berjaya sepanjang masa.

Maiden juga terkenal sebagai band yang kerap memuat aksi teatrikal ketika mengadakan konsertnya. Band ini mempunyai ikon, Eddie, yang kerap menjadi cover album mereka.



Sumber: Kompas.com

Polis cuba culik budak kerana terlalu comel


Yoshioka, Jepun: Seorang anggota polis berusia 24 tahun ditahan kerana disyaki cuba menculik seorang budak perempuan berusia 10 tahun.

Polis berkata, Nobuhiro Akiyama dituduh cuba melarikan kanak-kanak itu jam 4 petang pada 15 Januari lalu.

Jurucakap polis berkata, Akiyama menggunakan maklumat sulit mengenai keluarga kanak-kanak terbabit untuk memujuk mangsa menaiki keretanya.

“Akiyama tidak bertugas ketika dia menghampiri kanak-kanak itu yang berjalan bersama seorang rakannya.

“Dia memanggil kanak-kanak itu dengan nama pertama dan memberitahu kononnya bapa budak itu berada di hospital kerana terbabit dalam satu kemalangan jalan raya,” katanya.

Bagaimanapun, kata jurucakap itu, kanak-kanak terbabit bernasib baik kerana terus beredar dari situ.

Dia kemudian mengadu kepada ibunya mengenai kejadian berkenaan.

Kata jurucakap polis itu, siasatan menjadi lebih mudah kerana kanak-kanak terbabit memang sering melihat suspek meronda di kawasan kediaman mereka.

Sementara itu, ketika disoal siasat, Akiyama mendakwa dia hanya ingin berkenalan dengan kanak-kanak terbabit kerana terlalu comel. - Agensi

Makmal rahsia Apple hasilkan kereta elektrik?

WASHINGTON: Apple Inc mempunyai makmal rahsia yang ditubuhkan untuk tujuan mencipta kereta elektrik jenama berkenaan, lapor akhbar Wall Street Journal semalam.


Projek yang diberi nama kod ‘Titan’ itu dilaporkan sedang mereka kenderaan yang kelihatan seperti sebuah van mini dan dijangka mengambil masa bertahun-tahun untuk merealisasikannya.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sejauh mana penglibatan Apple dalam projek berkenaan.

Berita berkenaan memberi isyarat bahawa Apple sedang berusaha mempertingkat kemampuannya dalam teknologi automotif. Bidang tersebut sudah menjadi tumpuan utama dalam kalangan syarikat-syarikat di Silicon Valley seperti Google Inc., Uber dan Tesla Motors Inc.

Kenderaan tersebut dijangka memiliki perkhidmatan Internet dan perisian penuh yang melengkapi upaya navigasi serta komunikasi. Inovasi itu disfatkan sebagai bidang yang menjadi fokus kebanyakan syarikat berasaskan teknologi tinggi.

Bulan Mac lalu, Apple telah memperkenalkan CarPlay, yang membolehkan pemandu kenderaan mengakses senarai nama dalam iPhone, membuat panggilan atau mendengar pesanan suara tanpa perlu melepaskan tangan daripada stereng kenderaan.

Dalam masa yang sama, ketua unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mercedes-Benz, Johann Jungwirth dilihat telah berpindah tugas ke Apple dengan jawatan ketua kejuruteraan Mac Systems.

Penglibatan Jungwirth dalam makmal rahsia Apple itu telah dilaporkan oleh The Financial Times.

Apple yang telah merekrut ratusan pekerja kini dilaporkan sedang memancing pakar robotik untuk turut serta dalam projek berkenaan.

Percubaan untuk mereka bentuk kenderaan disifatkan sebagai anjakan perubahan bagi Apple yang selama ini banyak membuat R&D  dalam pelbagai projek tetapi masih kekal dengan bisnes terasnya iaitu pembuatan peralatan mudah alih dan elektronik. - SiakapKeli

Janin tunjuk isyarat bagus


MANCHESTER - BRITAIN. Sepasang suami isteri terkejut apabila bayi yang dikandungnya 20 minggu menunjukkan isyarat bagus semasa menjalani rutin imbasan. Paul Schofield, 31, dan isterinya Cheryl Stevenson, 32, membuat pemeriksaan rutin di Hospital Saint Mary di sini baru-baru ini.

Menurut Cherly, perkara ini sangat menakjubkan dan ramai orang bertanya sama ada ia adalah tulen atau tidak.

"Ini adalah saat yang membahagiakan dan menunjukkan bayi berada dalam keadaan yang baik," katanya dipetik Daily Mail.

 
Sementara itu, jururawat yang menjalankan imbasan berkenaan berkata, mereka tidak pernah melihat bayi yang masih dalam kandungan menunjukkan isyarat bagus dengan begitu jelas.

Pasangan itu kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan  dan dalam pemeriksaan itu mengesahkan anak yang dikandung adalah lelaki.  - Sinar Harian

Syiling Emas Khalifah Islam Ditemui Di Dasar Laut Oleh Israel


TEL AVIV – Sekumpulan penyelam skuba gempar apabila menemui hampir 2,000 keping duit syiling emas berusia lebih 1,000 tahun ketika menyelam di perairan Mediterranean, Israel, kata pihak berkuasa antikuiti Yahudi kelmarin.

Harta karun itu dipercayai milik khalifah dinasti Islam Fatimiah yang mentadbir sebahagian besar kawasan di Asia barat Timur Tengah dan Afrika Utara dari tahun 909 hingga 1171 masihi.

“Penemuan syiling emas itu adalah yang terbesar di Israel,” kata pihak berkuasa berkenaan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, syiling emas seberat sembilan kilogram itu ditemui beberapa minggu lalu di dasar laut sebuah pelabuhan purba, Caesarea, yang wujud pada era pemerintahan empayar Rom.

“Pada mulanya penyelam-penyelam itu menyangka hanya menemui syiling mainan sehinggalah mereka sedar ia syiling sebenar. Beberapa keping syiling itu diambil untuk ditunjukkan kepada pengarah kelab selaman mereka bagi memaklumkan tentang penemuan itu,” kata pihak berkuasa.

Pengarah Unit Arkeologi Maritim Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Kobi Sharvit berkata, beberapa ekskavasi akan dilakukan bagi mendapatkan lebih banyak petunjuk dalam usaha mengenal pasti asal usul harta karun tersebut.

“Kemungkinan juga itu adalah bangkai sebuah kapal perbendaharaan yang dalam perjalanan ke pusat pemerintahan di Mesir serta membawa hasil cukai yang telah dikutip.

“Terdapat kemungkinan syiling emas itu berasal dari kapal perbendaharaan yang karam ketika menuju ke pusat pemerintahan Dinasti Fatimiah di Mesir dengan membawa hasil cukai,” kata Sharvit.

“Penemuan tersebut sangat berharga dan tidak ternilai,” kata seorang jurucakap, Yoli Schwartz.

Menurutnya, harta karun itu hak Israel dan tiada ganjaran untuk mereka yang menemuinya. – Agensi