Jenazah pejuang Palestin hidup semula

MUHAMMAD menunjukkan kedua-dua kakinya yang dipotong.

Gaza (Palestin): Dia sudah diisytiharkan mati berikutan kecederaan parah yang dialami, namun kira-kira enam jam selepas itu iaitu ketika ‘jenazahnya’ dituntut keluarga untuk urusan pengebumian, tiba-tiba jantungnya berdegup semula, sekali gus mengejutkan semua pihak.

Itu keajaiban dan kekuasaan Allah yang diperlihatkan ke atas Ketua Tentera al-Qassam kawasan Zaitun, Muhammad al-Hasanad, 32, yang dikongsikan dengan wartawan Harian Metro pada pertemuan dengannya di sini.

Muhammad berkata, kejadian itu berlaku selepas dia diserang puluhan pesawat tanpa juruterbang (drone) milik Israel pada 2008 menyebabkan dia cedera teruk termasuk kedua-dua kakinya terpaksa dipotong hingga paras paha.

“Nyata, kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Saya sudah disahkan meninggal dunia namun selepas enam jam, jantung saya tiba-tiba berdenyut semula.

“Anggota keluarga dan sahabat handai yang ketika itu datang menuntut ‘jenazah’ saya untuk dikebumikan semuanya terkejut, lantas bersyukur dengan kekuasaan Allah,” katanya yang ditemani isteri, Fatimah Hasanad, 32. - Harian Metro



2 comments: