Lagu Dari Aku


update akhir kot...mungkin untuk seminggu.. nanti kita jumpa lagi !!!

Assalamualaikum

Telan 2 kg dadah jadi jutawan?


Hanya dengan menelan dua kilogram dadah untuk diseludup ke luar negara, seorang 'keldai dadah' boleh bergelar jutawan.

Bagi dua kilogram dadah jenis syabu yang mempunyai harga pasaran antara RM400,000 hingga RM500,000 di negara ini, pengedar dadah mampu mengaut keuntungan mencecah RM2 juta apabila berjaya menyeludup bahan terlarang itu ke negara seperti Australia, New Zealand dan Indonesia.

Pendapatan lumayan diperoleh itu menyebabkan ramai rakyat tempatan dan warga asing menjadi 'gelap mata' dan sanggup memperjudikan masa depan menjadi penyeludup dadah ke luar negara.

Keadaan itu dikenal pasti oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai punca utama menyebabkan aktiviti penyeludupan dadah sukar dibendung meskipun banyak tangkapan dan kisah penderitaan 'keldai dadah' disiarkan dalam media massa selama ini.


sumber: Utusan Malaysia

Hukuman penjara bagi 'kaki intai'


Mengintai atau mengekori telah menjadi satu kesalahan jenayah khusus di England dan Wales dalam usaha meningkatkan kawalan keselamatan di negara itu.

Kerajaan negara terbabit memperkenalkan dua kesalahan iaitu mengintai dan mengekori dengan melibatkan suatu ketakutan akan keganasan.

Beberapa kempen sebelum ini mendakwa, undang-undang yang melibatkan gangguan seumpamanya tidak mencukupi.

Di Scotland misalnya, mengintip telah menjadi kesalahan sejak 2010.

Satu siasatan yang dilakukan oleh Parlimen awal tahun ini mendapati kira-kira 120,000 mangsa, kebanyakannya wanita, diganggu menerusi perbuatan itu setiap tahun.

Bagaimanapun hanya 53,000 insiden direkodkan sebagai jenayah oleh polis dan hanya satu dalam 50 laporan terbabit membawa kepada pesalah dipenjarakan.

Penyelidikan bagi kesalahan baru yang akan diperkenalkan ini mendapati gangguan dan ugutan sering boleh bertukar menjadi pembunuhan.

Selepas bertemu mangsa dan mereka yang berkempen mengenainya di Downing Street awal tahun ini, Perdana Menteri negara terbabit menyifatkan mengintai sebagai "jenayah hina" yang "membuat kehidupan seperti neraka kepada mangsa."

Undang-undang baru ini, jika didapati melakukan perbuatan tersebut akan membawa hukuman penjara maksimum enam bulan manakala mengintai sehingga melibatkan ketakutan keganasan atau kesusahan yang serius akan membawa hukuman maksimum lima tahun penjara.

Wartawan BBC, Clive Coleman berkata, kerajaan berharap dengan menambah kesalahan secara spesifik dapat memberi gambaran yang lebih jelas untuk setiap kesalahan kepada pihak polis bagi meningkatkan tahap keselamatan dan membawa pesalah ke muka pengadilan.

Pembaharuan ini timbul selepas satu siri pembunuhan melibatkan kerja-kerja mengintai dan menghendap termasuk dalam kes Clifford Mills, 49 tahun, yang telah diekori bekas kekasihnya Lorna Smith di Facebook sebelum menikam mati  di flat di Brixton, selatan London, Februari tahun lepas.

Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup Februari lalu, dengan tempoh minimum 21 tahun selepas didapati bersalah.


sumber: Sinar Harian

Labah-labah Trantula jadi makanan kanak-kanak Kemboja

Di kebanyakan negara, tarantula dikenali sebagai labah-labah beracun. Bahkan ramai yang takutkan binatang tersebut.

Tetapi di Kemboja, khususnya di Desa Trov Pheang Ctas, tarantula menjadi buruan kanak-kanak. Dengan tangan tidak berpelindung, mereka menangkap tarantula. Kemudian, haiwan itu dibersihkan serta disapu dengan mentega. Lalu dimakan!!

Photographer Inggeris, George Nickles, yang memotret kehidupan di Desa Trov Pheang Ctas, hanya terdiam melihat hal itu.

"Mereka begitu santai memburu tarantula" kata Nickles. "Saya takjub."

Tarantula, tikus, katak, dan kalajengking merupakan menu biasa yang kerap dimakan warga Kemboja. Namun tidak di ketahui sejak bila mereka memakan haiwan beracun atau berbisa.

"Beberapa sumber mengatakan kebiasaan itu muncul sejak pasukan Khmer berkuasa di Kemboja," kata Nickles.

 "Ramai rakyat yang kelaparan, hingga nekad memakan haiwan berbahaya."

Ketika memburu tarantula, kanak-kanak Kamboja akan membawa buluh atau cangkul. Dengan alat itu, mereka gali sarang tarantula. Bila haiwan itu keluar, mereka akan menangkapnya

"Mereka pegang bahagian punggung tarantula agar terhindar dari gigitannya,'' kata Nickles.







sumber: dailymail.co.uk

Maya Karin cari lelaki berani

Beliau umpama jinak-jinak merpati, apabila didekati ia semakin terbang tinggi. Tidak mudah menagih cinta aktres jelita, Maya Karin Roeckle, 33 kerana selepas bercerai, hatinya kini belum terbuka menerima lamaran manamana lelaki.

Bukan jual mahal atau serik dengan kegagalan silam, sebaliknya pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu lebih bahagia hidup tanpa genggaman lelaki. Baginya, tidak sukar mencari cinta, tapi untuk mendapatkan pasangan serasi, berdikari dan lasak bukan kerja mudah.

Andai tertulis di loh mahfuz dirinya bercinta dan berkahwin lagi, anak kelahiran Bayreuth, Bavaria, Jerman yang mencipta gelombang kemasyhuran menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu itu tidak mampu menolak ketentuan takdir.


Jujurnya, Maya akui:

“Bohonglah kalau saya katakan tiada lelaki cuba merapati, tapi biarlah dulu... Pengembaraan saya ke luar negara menemukan saya dengan beberapa lelaki, tapi sukar buat saya menjalinkan hubungan cinta jarak jauh. Mungkin tiada halangan untuk berkawan tapi mahu menjalin dan mengekalkan hubungan apabila bercinta, susah sikit.

“Diakui saya menemui lelaki yang disukai, tapi saya seorang yang agak praktikal. Saya malas nak bercinta seperti zaman remaja dulu. Nak hubungi dan bertemu setiap hari, kena cakap saya rindu awak, letihlah. Saya tiada masa untuk perhubungan cinta seperti itu.

“Jadi, saya tetap memilih hidup solo buat masa ini. Saya bahagia dan tenang dengan kehidupan hari ini. Tidak nafikan, saya pernah terfikir mahu hidup berkeluarga dan punya cahaya mata seperti pasangan suami isteri lain, tapi perasaan itu datang hanya sesekali.

“Lagipun, hidup saya tidak pernah rasa kesunyian, malah ada ketikanya, saya rasa seperti tidak cukup masa buat diri sendiri.

Saya tinggal bersama ibu dan banyak masa dihabiskan dengan teman baik. Ada saja teman yang mengajak saya keluar setiap masa.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh menolak ketentuan takdir jika bertemu jodoh suatu ketika nanti. Tapi, buat masa ini, saya mahu menikmati hidup bersendirian sepuas-puasnya.

Saya mahu mengembara ke negara yang disukai dan melakukan aktiviti lasak yang jarang dapat dilakukan dulu.”

Sungguhpun begitu, Pelakon Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2012 itu berkata, dia tetap mengimpikan seorang lelaki yang berdikari dan tidak bergantung hidup dengannya.

“Selain berdikari, saya suka lelaki lasak dan boleh menemani saya mengembara. Saya tidak pernah memandang darjat atau pangkat, apatah lagi kemewahan.

Cukup sekadar memiliki lelaki yang berani dan memiliki pendirian yang tinggi,” katanya yang baru saja pulang dari menawan puncak Gunung Tserkori di Langtang, Kathmandu, Nepal, baru-baru ini.


sumber: BH

Meninggal dunia setelah 42 tahun koma


 Setelah terbaring koma selama 42 tahun, seorang wanita di Amerika Syarikat, Edwarda O'Bara meninggal dunia pada usia 59 tahun.

Wanita itu pergi menyusul ibunda tercintanya, Kaye O'Bara yang lebih dulu menutup mata sekitar lima tahun lalu. Selama bertahun-tahun sebelum kematiannya, Kaye terus merawat anaknya, Edwarda tanpa kenal lelah di rumah mereka di Miami Gardens, Florida.

"Dengan kesedihan yang sangat besar, saya memberitahukan semua orang bahawa saudara saya Edwarda kini bersama Tuhan di syurga," demikian statemen saudara perempuan Edwarda, Colleen O'Bara.

"Dia telah menutup matanya dan bertemu ibu saya di Syurga," demikian disampaikan seperti dilaporkan News.com.au, Sabtu (24/11/2012).

Edwarda meninggal pada Rabu, 21 November setelah puluhan tahun terbaring koma. Wanita penderita diabetes itu mengalami flu sebelum Natal 1969. Beberapa hari kemudian kondisinya memburuk dan orang tuanya, Kaye dan suaminya, Joe, membawanya ke hospital.

Beberapa saat sebelum koma, Edwarda yang ketika itu berusia 16 tahun sempat bertanya kepada ibunya:

"Janji ibu tidak akan meninggalkan saya, janji ya?" Kaye pun berjanji tidak akan pernah meninggalkan anak perempuannya itu.

Itulah kata-kata terakhir yang disampaikan pada Kaye sebelum anaknya koma. Dan Kaye menepati janjinya. Dia terus menjaga anaknya sehingga akhirnya dia meninggal pada tahun 2008 lalu.

Kisah mengharukan Kaye yang setia merawat anaknya itu, telah diterbitkan dalam buku karya Dr. Wayne Dyer yang berjudul "A Promise Is A Promise: An Almost Unbelievable Story of a Mother's Unconditional Love and What It Can Teach Us".

Kaye setia menjaga anaknya sehingga dia meninggal dunia pada 2008 lalu


sumber: 
http://www.mirror.co.uk
http://usnews.nbcnews.com

Ambo anok kelate

gambar dicilok dari fesbuk

Muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu

budu….budu…..jelironyo aku

muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu


walaupun orang kata Kelantan miskin, mundur..aku bangga jadi anak Kelantan

Main game komputer lima hari tanpa henti


Seorang pemuda Okan Kaya (28), dari Sydney, Australia ini telah bermain game Call of Duty: Black Ops 2 selama lima setengah hari tanpa henti bersamaan 135 jam dan 50 minit. Aksi Okan ini sekaligus memecahkan rekod dunia bermain game komputer yang selama ini tercatat 120 jam dan tujuh minit.


Okan memulai usahanya ini pada hari selasa minggu lepas, dan dia dibenarkan berehat selama 10 minit setiap jam dan boleh mengambil minuman berenergi dan makanan ringan. Dia juga dibenarkan tidur beberapa jam pada satu-satu masa

"Tangan saya kejang. Saya juga cuba 'pad up' alat pengendali saya," kata Okan yang bekerja sebagai pengurus  jualan bagi online retailer 4Cabling.

Awal tahun ini, seorang remaja Taiwan meninggal dunia setelah bermain game komputer Diablo 3 secara maraton selama 40 jam.

Call of Duty: Black Ops 2 adalah termasuk game komputer terlaris. Di minggu pertama penjualannya, game ini sudah terjual 8 juta salinan





sumber: dailymail.co.uk

Pengintip Israel dihukum bunuh

Enam orang yang menjadi perisik kepada Israel telah dapat ditangkap....hukumannya adalah..BUNUH

mayat salah seorang darinya telah diheret atas jalan raya di sekitar Gaza. Ia bertujuan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengkhianati Palestin







sumber: dailymail.co.uk

Lamborghini Aventador berada di pasaran Malaysia

Pengedar rasmi kenderaan jenama Lamborghini di Malaysia, JH Italia Sdn Bhd, memperkenalkan model Lamborghini Aventador Roadster di pasaran negara pada harga sekitar RM3 juta seunit.

Ketua Pegawai Operasinya, Marcus Chye berkata, JH Italia menyasarkan jualan sekitar lapan unit model berkenaan pada tahun hadapan.

“Setakat ini kami telah menerima satu tempahan dan penghantaran dijangka pada Mei dan Jun 2013. Manakala, bagi pelanggan yang menempah selepas penghantaran pertama dilakukan, penghantaran seterusnya akan memakan masa kira-kira 18 bulan,” katanya selepas majlis pelancaran Lamborghini Aventador Roadster di Glenmarie, Shah Alam, semalam.

Menurutnya, bagi tahun ini, JH Italia  menjual kira-kira 50 unit model Lamboghini Aventador Coupe dan Gallardo.

Waranti yang ditawarkan bagi Lamborghini Aventador Roadster adalah selama tiga tahun dengan jadual penyelenggaraan berkala setiap 12,000 kilometer.



sesiapa yang ada duit berkoyan-koyan tu bolehlah beli sebijik dua..RM3 juta aje murahkan hahaha aku hanya mampu tengok gambar je huuuuu


sumber: sinar harian

Laman web Israel digodam, 'anonymous' lancar perang siber


Israel mengumumkan yang mereka turut diserang melalui perang siber sejak serangan ke atas Gaza dilakukan Rabu oleh penggodam yang tidak diketahui nama mereka.

Kerajaan Israel turut mempercayai penggodam bertanggungjawab menggodam beberapa laman web dan kata laluan dengan memberi gelaran “Israel kejam dan keji terhadap rakyat Palestin”.

Kerajaan Israel mula diserang perang siber dengan 44 juta penggodam yang tidak diketahu asal usul mereka.

“Perang sedang dilancarkan dalam tiga cara ketika ini. Pertama, perang secara fizikal, kedua melalui laman sosial dan yang ketiga ialah perang siber,” kata Ketua Pegawai Informasi, Carmela Avner.

“Penyerang juga mula menyerang lama web kerajaan Israel secara berterusan dan kami sedang cuba mempertahankan sistem komputer kerajaan dari sebarang cubaan penggodam,” katanya.

Bagaimanapun, pihak Israel berkata serangan melalui siber itu sebahagian besarnya tidak berjaya.

Manurut Reuters, hanya satu laman web yang berjaya digodam sepenuhnya dan gagal diakses selama 10 minit manakal laman web Israel yang lain tidak mempunyai sebarang masalah.


sumber: Sinar Harian

Konvensyen Tahunan Tatu Antarabangsa

Peminat seni tubuh ekstrem dari seluruh dunia baru-baru ini berkumpul untuk mempamerkan seni tatu dan tusukan tubuh melampau di Konvensyen Tahunan Tatu Antarabangsa Ketiga.

Mereka yang menghadiri konvensyen di Medellin, Columbia itu sudah pasti bukan yang lemah semangat.

Persembahan yang paling menarik perhatian ialah seorang wanita berambut merah berkorset kulit, digantung dengan dua cangkuk besi yang ditusuk pada kulit belakang badannya.

Ada yang sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk melukis tatu pada tubuh mereka sementara yang lain, bertindak lebih jauh dengan apa yang dipanggil pengubahsuaian tubuh.







katanya inilah seni!!!


sumber: Dailymail

Penipuan tawaran kerja di rumah


Pernahkah anda melihat atau terbaca iklan menawarkan pekerjaan menarik yang boleh dilakukan di rumah? Kerja mengisi katalog dalam sampul surat memang mudah dan menarik.

Begitu juga memasang barang permainan, mengirim koleksi setem dan foto bukannya peluang untuk kita mendapatkan wang, sebaliknya peluang mereka untuk membuat wang dengan menipu kita.Kebanyakan iklan sebegini tersiar di akhbar, internet termasuk diedarkan melalui risalah yang dihantar ke peti surat rumah.

Sebahagian daripadanya terbukti benar menawarkan pekerjaan seperti yang diiklankan, namun sebahagian lagi dikesan menipu orang ramai sehingga membabitkan kerugian mencecah ratusan ringgit.

Kegiatan ini bukan perkara baru, namun ia terus berleluasa kerana sukar untuk menjejak penjenayah yang bijak berselindung di sebalik taktik licik. Ikuti kupasan modus operandi minggu ini.

Si Penipu

- Licik dan gemar ambil kesempatan terhadap orang lain

-Tahu akan proses membuka serta menguruskan akaun di bank

-Mempunyai rakan untuk kendalikan panggilan, SMS, penghantaran borang dan lain-lain

Sasaran mangsa

-Individu yang ada masa lapang

-Mahu cari rezeki sampingan

-Suri rumah yang ingin bantu meringankan beban tanggungan keluarga

-Tertarik dengan tawaran lumayan

-Mudah percaya sesuatu perkara, tidak mengesyaki orang lain

-Kurang ikuti perkembangan dunia luar

Modus Operandi

-Suspek masukkan iklan kecil dalam akhbar harian untuk tarik perhatian mangsa

-Alamat digunakan palsu - tidak wujud, pejabat kosong, pejabat orang lain atau alamat peti surat perkhidmatan pos- agar identiti serta kegiatan mereka sukar dikesan

-Orang yang tertarik boleh terus hubungi melalui telefon bimbit atau SMS

-Suspek akan minta nama dan alamat mangsa untuk kirim borang pendaftaran

-Mangsa diminta masukkan wang deposit (wang pendaftaran kerja) ke dalam akaun syarikat atau dibayar melalui kiriman wang, cek serta wang pos

-Mangsa kemudiannya perlu mengirim borang pendaftaran yang diisi bersama slip bank ke alamat syarikat berserta dengan satu sampul kosong bersetem

-Setelah mangsa kirim semua dokumen diminta, suspek akan hilangkan diri

Tip elak jadi mangsa

-Jangan mudah percaya dengan iklan yang disiarkan terutamanya yang meminta berhubung melalui telefon bimbit atau SMS

-Dapatkan pengesahan perkhidmatan tawaran syarikat daripada Kementerian Sumber Manusia

-Dapatkan khidmat nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

-Waspada akan teknik membuat bayaran dahulu, sebelum mendapat atau menerima sebarang perkhidmatan atau kerja yang ditawarkan

-Jika curiga dengan tawaran yang diiklankan, buat laporan polis


sumber: Sinar Harian

Gadis dalam mini

Rekod penumpang paling ramai bersesak dalam Mini dipecahkan baru-baru ini oleh sekumpulan 28 gadis gimnasium yang diketuai Dani Maynard, yang mengambil masa dalam tempoh 18 minit di padang Potters di tengah London.

Kumpulan dari Eastbourne, Sussex Timur itu menyumbat empat orang ke dalam but kereta itu dan memecahkan rekod sebelumnya dengan lebihan seorang gadis apabila mereka bersesak dalam kereta Mini Hatch selama lima saat.

Beberapa wajah saling terhimpit ke cermin depan kereta dan tubuh pula terjulur keluar dari tingkap kenderaan popular itu apabila gadis berkenaan memecahkan rekod sebelum ini dengan 27 gadis di Eastbourne pada November tahun lalu.


“Situasi itu memang hebat, tetapi kelihatan seperti perkara paling buruk pernah berlaku tiada udara, anda hanya perlu bertahan,” kata Jayne Brockwell, yang menyusun kedudukan itu menyebabkan dia mendapat gelaran ‘Gearstick Girl’.


Kumpulan gadis di tebing selatan Sungai Thames itu menyebabkan orang ramai yang lalu lalang di situ ketawa besar ketika mereka mengambil bahagian dalam satu daripada pelbagai acara di seluruh dunia untuk meraikan Hari Rekod Dunia Guiness.








sumber: Dailymail

Lelaki enggan jual 'batu burung Ababil


 Riyadh: Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman.

Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram, sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.


di dalam surah itu, Allah SWT memerintah burung ababil untuk melontar batu sejil bagi memusnahkan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah dalam usahanya meruntuhkan Kaabah di Mekah.

Allah SWT berfirman," Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia? Dan dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong (Thairan Ababil), yang melempari mereka dengan batu dari neraka sijjil. Lalu, Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang di makan (ulat)". QS Al-Fil : Ayat 1-5.

Gamdi berkata dia menemui batu berwarna hitam kelabu itu diselatan lembah Jarb, sebelum ini dikenali sebagai Wadi Hijau, lokasi Abrahah dan tenteranya serta gajah berhenti untuk seketika sebelum menuju ke Makkah.

beliau berkata, pakar menganggarkan bau itu berusia hampir 1442 tahun, sambil menambah beliau menemuinya  sehari selepas bermimpi berjumpa bapa dan datuknya.

"setahun selepas saya menemui batu ini, saya bertanya seorang rakan dari Mesir yang mempunyai saudara bekerja dalam bidang arkeologi. Mereka menghubungi saya dan meminta saya menghantar gambar batu berkenaan.

"Selepas siri mesej dan panggila telefon, mereka memberitahu mahu membeli batu itu pada harga AS$4juta tetapi saya enggan menjualnya. Tidak lama kemudian jabatan pelancongan di Baha meminta saya menyerahkan batu itu tetapi saya enggan." kata Gamdi


 sumber: BH, www.emirates247.com

Zizan tak mengaku curi kucing

Muhammad Hafeez, Zizan dan Zuhairi, didakwa atas tuduhan memecah masuk dan mencuri pelbagai barangan daripada kedai haiwan peliharaan termasuk dua ekor kucing di Gunung Rapat Perak.

Dua beradik bersama seorang rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam atas tuduhan bersubahat melakukan pecah rumah dan curi di sebuah kedai haiwan di Gunung Rapat, pada Selasa lalu.

Tertuduh, Muhammad Hafeez Mohd Azman, 18, bersama pasangan adik beradik Zizan Zakaria, 22, Zuhairi Zakaria, 29, yang berasal dari Desa Tambun dan Kampung Batu Pulau Tiga, Kampung Gajah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abd Wahab.

Mengikut pertuduhan, mereka bertiga melakukan pecah rumah dan curi dengan memasuki kedai yang digunakan sebagai tempat perniagaan dan menyimpan harta milik Chung Weng Kee @ Stephen Chung, 45. di sini pada 14 November tahun ini.

Antara barangan yang dicuri termasuklah sebuah komputer riba jenama Dell, dua tabung kebajikan, dua beg makanan kucing jenama Smartheart seberat 1.5 kilogram setiap satu, seekor kucing Bengal, seekor kucing Siam dan wang tunai RM300 dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM2,902.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut lebih kurang jam 3 pagi di Kedai Ben Exotic Pet Shop (kedai haiwan) beralamat di 488, Jalan Besar, Rapat Rapat, di sini, 14 November lalu.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Muhammad Hafeez masih belajar perlu menanggung isteri serta anaknya yang baru berusia setahun manakala pasangan adik beradik Zizan serta Zuhairi yang masing-masing bekerja sebagai pencuci kereta dan pemandu lori perlu menanggung kedua ibu bapa yang sudah uzur di kampung.

Timbalan Pendakwa Raya, S Kavitha memohon supaya mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, selepas pertimbangan dibuat, Nur Melati Diana menetapkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin serta menetapkan 18 Disember ini sebagai sebut semula kes.


sumber: Sinar Harian

Tonton rancangan memasak boleh gemuk


Sekumpulan saintis merumuskan bahawa seseorang akan menjadi lebih gemuk sekiranya mereka menonton rancangan memasak berbanding menonton rancangan lain seperti program alam semula jadi.

Dalam satu kajian, penyelidik mendapati bahawa penonton lebih gemar mengambil makanan ringan jika menonton rancangan memasak seperti Masterchef atau Great British Bake-Off berbanding sekiranya mereka menonton sebuah rancangan alam semula jadi, lapor akhbar Daily Mail.

Dalam kajian berkenaan, psikologi Amerika Syarikat merekrut 80 orang dewasa untuk mengenal pasti apa kesan menonton televisyen terhadap selera makan seseorang.

Separuh daripada peserta diminta menonton rancangan memasak manakala yang lain menonton sebuah program mengenai alam semula jadi.


pulak dah!!!aku suka juga layan masterchef......go Che Lah kekeke!!

Tragedi Tahun Baru 1434H

Operasi ketenteraan Israel laknatullah di Genting Gaza







Serangan udara Israel bunuh ketua tentera Hamas

Ketua sayap tentera kumpulan Hamas Palestin, Ahmed Said Khalil al-Jabari terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Gaza, semalam.

Beliau dan seorang pegawai kanan Hamas turut terbunuh apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara.

 Ratusan ribu berhimpun di Gaza bagi menghadiri majlis pengkebumian Ahmed Said Khalil al-Jabari


Saat-saat  Ahmed Said Khalil al-Jabari dibunuh oleh tentera Israel Laknatullah melalui serangan udara





Ya Allah, berilah pertolongan kpd umat Islam di Gaza, Palestine.. Kau hancurkan pakatan musuh, zionis yahudi dan sekutu2 mereka. Amin ya rabbala'lamin..


sumber: Dailymail