best pulak rasanya hmmm...
Menanti bersama berganding tangan kita berdua
Menyanyi seirama menuju cinta yang bercahaya
Yang masih terpendam dalam sanubari yang rindu dan sepi
Walaupun baru bermula
~Lipanbara~
Mari bersajak
Hari ni rasa nak bersajak pulak. meh kita sama-sama bersajak..baca kuat-kuat dalam opis.. hilangkan mengantuk kalau bos marah ajak dia join sekali..tapi aku berani jaminla bos tak marah..dia pon tak nak bazirkan air liur dia...puasa katakan
ok, sajak ni aku kopi pes dari http://puteribayu.proboards.com/index.cgi?board=karya&action=print&thread=33
baik, mari kita mulakan...1,2,3..
(puisi alam)
Bila angin
kehilangan desirnya
daun-daun kering
takkan mau
meluruhkan tubuhnya
Bila langit
kehilangan kebiruannya
burung-burung
takkan mau
mengepakkan sayapnya
Bila sungai
kehilangan kejernihannya
ikan-ikan
takkan mau
mengibaskan ekornya
Bila bulan
kehilangan sinarnya
malam-malam
akan gelap tanpa cahaya
Bila hutan
kehilangan pohon-pohon
hewan-hewan
kehilangan tempat tinggalnya
Bila bukit
kehilangan kehijauannya
sungai-sungai
akan kering selamanya
Bila petani
kehilangan sawah ladangnya
kanak-kanak
akan menitikkan air mata
Bila manusia
kehilang kemanusiaannya
alam semesta
akan tertimpa bencana
dan bertanya angin kering
"Perlukah memanusiakan manusia?"
.................
WW #12
Jangan disebarkan hadis palsu
Satu peringatan untuk diri sendiri dan anda semua
HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
~Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
~Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
~Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
~Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
~Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
~Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.
Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya.
Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.
Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.
Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa.
Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
Wallahualam
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor
http://www.jais.gov.my/ramadhan/fadhilatterawih.php

Alam rumahtangga: Kahwin cara terbaik berjimat
Pasangan berumahtangga lebih cenderung menabung: Kajian
London: Langkah untuk berkahwin mungkin cara terbaik untuk menyimpan duit kerana pasangan yang mendirikan rumah tangga pada umumnya menggalakkan sikap berkorban dan tabiat menabung daripada berbelanja untuk suka-suka. Satu kajian terbaru di Britain mendapati, mereka yang menjalin hubungan secara dasarnya akan mempunyai sekurang-kurangnya £68 (RM337) sebulan atau hampir £800 (RM4,000) setahun.
Pasangan suami isteri juga biasanya mempunyai sasaran bersama seperti menyimpan wang untuk membeli rumah, untuk membiayai kehidupan berkeluarga atau bertujuan untuk tabungan menjadikan cara berbelanja juga terkawal.
Kira-kira 57 peratus daripada setiap pasangan mengakui bahawa suami atau isteri mereka memainkan peranan, termasuk berleter, untuk menggalakkan mereka menabung, menurut kajian Pelaburan dan Tabungan Kebangsaan.
“Adalah sesuatu yang baik melihat mereka yang mempunyai hubungan saling memberi motivasi kepada pasangan supaya menyimpan sejumlah wang,” kata pengarah institusi terbabit, John Prout yang dipetik The Daily Mail.
Bagi sebilangan orang, pengaruh pasangan mereka memberi kesan besar. Ia berdasarkan kajian bahawa seorang setiap lima orang menyimpan sekurang-kurangnya £200 (RM1,000) atau lebih setiap bulan menjadikan angka keseluruhan simpanan £2,400 (RM12,000) setahun.
Malah, kebanyakan lelaki yang boros berbelanja untuk membeli kereta atau berhibur di waktu malam, akan lebih merasa tertekan bagi menabung sebaik saja mereka menemui pasangan hidup.
Lelaki akan menabung secara purata £85 (RM420) atau lebih setiap bulan berikutan pengaruh pasangan mereka berbanding £50 (RM250) bagi wanita. Bagi lelaki muda berusia dalam lingkungan usia 25 hingga 34 tahun, mereka lebih terpengaruh oleh pasangan masing-masing dengan menabung sekurang-kurangnya £100 (RM500) lebih setiap bulan.
Kajian juga mendapati bahawa bagi sesetengah wanita, mereka akan lebih banyak menyimpan apabila mendapati pasangan lelaki mereka gemar untuk boros berbelanja. - Agensi
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kahwincaraterbaikberjimat/Article/artikel

Lokasi bazar ramadhan di sekitar KL
malam tadi pakcik penyimpan mohor besar raja-raja telah mengisytiharkan pada hari sabtu 21 julai 2012 adalah hari permulaan puasa..yeayy
sempena bulan puasa tahun ni aku senaraikan lokasi bazar ramadhan di sekitar KL... banyak wooo
so, kepada sesiapa yang malas masak bolehlah terjah ke bazar berhampiran anda beli apa yang diingini tapi jangan ikut nafsu tau..
Bandar Tun Razak
-Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan
-Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
-Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
-Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
-Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
-Taman Len Sen
-Jalan Budiman 25, Taman Mulia
-Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
-Parking Bersebelahan LRT Cheras
-Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
-Dataran Padang Permainan
Bukit Bintang
-Jln Benteng
-Siarkaki Leboh Pudu
-Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
-Lorong Berangan
-Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
-No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman
-Jalan Haji Taib
-Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit
-Jalan Masjid India
-Lorong Tuanku Abdul Rahman
Batu
-Tapak Parking Pasar Selayang
-Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
-Sentul Pasar
-Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
-PPR Batu Muda
-Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
-Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
-Taman Wilayah Selayang Fasa 3
Cheras
-Taman Segar
-Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu
Kepong
-Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong
Seputeh
-Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
-Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
-Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama
Lembah Pantai
-Jalan Sri Jati 3
-Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
-Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
-Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat
Titiwangsa
-Jln Cochrane
-Pasar Datuk Keramat
-Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
-Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang
-Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang
Setiawangsa
-Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
-Jalan Wangsa Melawati 3
-Jalan Wangsa Delima
-Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
-Hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak
Wangsa Maju
-Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
-Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
-Jalan Langkawi, Teratai Mewah
-Kaki lima Plaza Idaman
-Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
-Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
-Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
-Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
-Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
-Tapak Pasar Malam Taman Melati
Seri Kembangan
-Tmn Seri Serdang (Jalan 18/35)
-Tmn Universiti Indah (Jalan 2/10)
-Tmn Pinggiran Putra (Jalan PP 1/2)
-Tmn Equine (Jalan PP 1B)
-Puncak Jalil (Jalan PUJ 3/2)
tu diaaaa...ada lagi kot tapi aku malas dah nak tulis huhuhu
esok kita serbu bazar ramadhan ek
selamat berpuasa kepada semua...jangan lupa malam ni tarawih

Nafisa
Dikeheningan malam ini...Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku...Sepanjang hari sepanjang malam
Dibenak ku kau sentiasa...Lalu menukar jiwa
Jadi sentimental hati lelaki ini

Biar dunia beredar...Rentak sama kita berlari..
Menuju titik permulaan...Belum tahu dimana ia berakhir
. . . . . .

Mari kita buat teh tarik
suka minum teh tarik tak? aku suka jugak tapi takdelah sampai tahap ketagih. biasanya tumpuan penggemar teh tarik adalah di kedai mamak. kenapa? sebab rasanya yang sedap lemak berkrim gitu perghh..
apa rahsianya yang geng mamak boleh buat teh yang sedap ek?
kalau tanya mamak rahsia tu aku rasa diorang takkan bagitau punya tapi tak apa kita tanya pakcik google.
akhirnya pakcik google yang baik hati tu telah membongkarkan rahsia teh tarik mamak itu....inilah rahsianya...
Pertama, rahsianya, mereka menggunakan campuran lebih 10 jenis daun teh (dlm kuantiti rahsia yg 'diperfectkan' sendiri oleh mereka). Mungkin ia kombinasi teh cap R, S, T, U, V, W, X, Y, Z… (mampukah kita menyediakan ini di rumah??)
Kedua, mereka hanya menggunakan susu pekat manis dan susu cair. Jika suka manis, lebihkan susu pekat manis. Susu cair akan memberikan "buih" bila teh itu ditarik. Ada juga yg mencampurkan sedikit krimer (dlm bentuk serbuk) utk memberikan rasa lemak.
Ketiga, minuman itu dikacau/dibancuh dengan sebatang sudu yg sengaja dicelupkan di dalam sebuah 'kole' berisi air garam! Sudu ini digunakan berulangkali sepanjang hari, dan titisan air garam yg terlekat pada sudu itulah yg memberikan rasa "ummph" atau "kaw" pada teh tersebut....begitulah alkisahnya
haaaaa itulah rahsianyaaa...terima kasih pakcik google
apa kata try buat sendiri teh tarik tu...tarikkkkk tinggi-tinggi kasi buih
sebelum minum jangan lupa baca bismillah
kalau tak sedap juga teh tarik tu sila ke kedai mamak yang berhampiran.
"mamakkk!! teh tarik satuuuuuuuuuu"
"siapp"
sumber: alaf21.com

Mighty Red muncul buat pertama kali
Subscribe to:
Posts (Atom)