Pesawat kecil tersangkut pada Roda Ferris Sydney

Sebuah pesawat ringan telah melanggar sebuah roda raksasa Ferris yang sedang bergerak di Festival Old Bar di Taree, kira-kira 250 kilometer dari Sydney, Australia dan nyaris membunuh dua orang kanak-kanak.

Pesawat itu tergantung selama beberapa jam di atas struktur itu sebelum juruterbang dan penumpangnya berjaya diselamatkan. Orang ramai nyata sangat terkejut melihat pesawat Cheetah S200 itu merempuh roda terbabit dan tersangkut di atasnya.

"Sangat mengejutkan," kata Gary Jones yang dua orang anaknya baru sahaja menaiki permainan tersebut. Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan remaja perempuan berumur 13 tahun berjaya diselamatkan.

Pihak berkuasa keselamatan udara akan menyiasat punca kemalangan itu






macam-macam hal.....mabuk ke apa pilot nih

3 comments:

  1. haigooooo
    teringin nak main merry go round ke pi langgar teruihh niiii

    ReplyDelete
  2. aduyai..nsib baik semua selamat..

    ReplyDelete
  3. pilot tue tgh online kot hahahahaaaa

    ReplyDelete