Hukum Hudud

Somalia

Di Somalia, hukum Hudud dikatakan menjadi hukuman kepada mereka yang beragama Islam. Jadi, apa yang kami paparkan kali ini adalah beberapa gambar seorang pesalah yang menjalani hukum Hudud sambil disaksikan oleh penduduk


MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye

MOGADISHU – Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam. (Dec 09)

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

“Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain,” kata seorang pekedai, Halima Osman.

“Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

“Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

“Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri,” tambahnya.

SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

“Ini merupakan hari penghakiman,” kata Osman kepada orang ramai.

“Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku,” tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.

Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

“Saya tidak sanggup untuk melihatnya,” kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. – Agensi


,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Afghanistan


Gambar di atas adalah hukuman hudud yang dilaksanakan oleh Taliban di Afghanistan suatu ketika dahulu.

Cuba bayangkan kalau Malaysia laksanakan hukuman hudud di atas. Confirm beribu-ribu orang datang nak tengok secara live atau pun di tv..

Agak-agaklah, berani ke perogol nak rogol orang? Berani ke pencuri nak mencuri? Berani ke perompak nak rompak orang? Kalau nak jawapan kepada persoalan ni, kita kena laksanakan hukuman di atas..

Inilah Islam.. Hukuman di atas sudah termaktub dalam Al-Quran. Sungguhpun nampaknya agak kejam tetapi pelaksanaannya merupakan sesuatu yang rumit. Saksi harus didatangkan dan penjenayah disoal siasat tentang mengapa mereka melakukan jenayah..

Kalau dilihat pelaksanaannya, sudah tentulah ramai yang akan menyatakan hukuman tersebut adalah kejam. Contohnya Liberalist seperti SIS laknatullah..

Kita jangan melihat CARA pelaksanaannya tetapi KESAN pelaksanaannya.. Kalau hukuman ni dijalankan, polis-polis boleh relax.. Tak ade orang yang berani nak buat jenayah lagi.. Tak ade lagi loving couple sanggup berkepit macam belangkas. Padan muka!

Cuba bukak mata dan lihat.. Adakah kes jenayah di Malaysia semakin menurun atau pun meningkat? jawapannya ialah meningkat.. Rogol, zina, buang bayi, rompak, bunuh dan sebagainya merupakan sesuatu yang wajib mengisi ruang muka hadapan akhbar arus perdana..

Wallahualam..



............................................................

3 comments: