layan lagu


kalau ada yg tersesat masuk sini, meh sama2
kita layan lagu

~if i knew~
HELLOWEEN

lagu ni ada kat playlist tu...layan jer
best apa lagu balada rock nih..vocal Andi Deris memang power

aku sesaja update blog nih...sbb dh seminggu terbiar.
bila aku rajin aku buat citer lain.
ada ke org masuk sini..dh lama tak gi komen2 kat
blog korang.

p/s: lagu ini.........hmm

songsang

tau tak, tanpa kita sedari banyak lagu popular yg selalu kita dengar ada yg menyelitkan mesej tersembunyi dlm lirik diorang. ada yg disengajakan & ada juga yg secara kebetulan. malangnya mesej2 ini banyak membawa unsur2 negatif. mesej2 ini tak dpt didengar kalau dimainkan macam biasa, tapi dpt dipeolehi kalau ianya dipercepatkan atau dilambatkan temponya & yg selalau diorang buat ialah diputarkan secara terbalik.

dimainkan terbalik
apabila sesebuah lagu dimainkan secara terbalik, kita akan dengar sound pelik cam kartun, tapi kalau diamati betul2, sound nih ada yg menghasilkan bunyi perkataan yg difahami. tapi kita tak dpt dengar hasilnya dgn pemain audio biasa, melainkan kita ada kelengkapan studio muzik.
backtracking, reversed atau backmasking merupakan kaedah memasukkan mesej ke dalam lagu yg hendak digubah.

kalau korang ada pc, korang boleh try buat ngan menggunakan software audio editing cam soundforce, cakewalk & macam2 lagi lah asalkan ia ada fungsi reversed/invert. yg akan menterbalikkan lagu yg korang nak eksperimen tu.

ok..nih ada beberapa buah lagu yg ada mesej tersembunyi

michael jackson - man in the mirror
biasa>
"i'm starting with the man in the mirror"

terbalik< "come on yeah satan yeah just like me exact"


led zeppelin - stairway to heaven
biasa>
"when she gets there she knows"

terbalik< "one chance i hate you"

biasa>
"your stairway kies on the whispering wind"

terbalik< "because i live with satan"


the eagle - hotel california
biasa>
"there were voices down the corridor thought i heard them say welcome to the hotel california"

terbalik< "yeah satan he organized oh oh he heknows he should how nice it was delicious he put in vet fixes it for his son which he gives away"

...ada yg mengatakan hotel california sebenarnya bukan hotel tapi asalnya adalah pusat pemujaan syaitan yg telah diubahsuai menjadi hotel di califotnia street, los angeles


u2 - with or without you
biasa>
"and i wait without you with or without you"

terbalik< "we slap you too we slap you"


queen - another one bites the dust
biasa>
"another one bites the dust"

terbalik< "its fun to smoke marijuana"


fakta
-the beatles dikatakan kumpulan pertama yg melakukannya ngan sengaja tapi pada awalnya mereka hanya cuba2 nak dengar apa hasilnya
-pernah digunakan sebagai effek khas dlm filem & siri tv (airplane & twin peaks)



tak diketahui samada ia disengajakan atau tak ianya digubah sebegitu, tapi tak dpt dinafikan terjemahannya merupakan maksud yg paling hampir ngan apa yg di dengar.

korang jgn ikut lirik terbalik tu pulak, terpesong akidah kang!...aku tak nak tanggung...papehal pon 'keep on rockin' yeahhh..



p/s: malam tadi setan merah dah patahkan sayap liverbird..teruk kena kutuk ngan MU fans...hampeh

Syurga Dihujung Jarum


Susila yang tersipu
Memandang lagak lucu
Menyorok malu disebalik debu

Rangka-rangka merangkak
Ingin menjadi sampah
Mencipta syurga dikaki neraka

Seorang iblis tersenyum
Membelai lembut jiwamu
Menyambut cinta dimulut neraka

Terbentang hamparan dunia
Dari sisa neraka
Bayangan diri disejadah hati

Iblis menghulur mimpi
Indahnya..neraka
Syurga akan kuberi
Bersama…neraka

Syurga dihujung jarum
Iblis bangga tersenyum
Jeritan dijiwa yang kian kosong


kepada anak bangsa ku....jauhi najis dadah

jgn jadi mayat hidup...


p/s: mood dh kurang nak terus blogging

Ratah bangkai gajah

GAMBAR ini mungkin memilukan — seekor gajah jantan mati kerana usia tua. Namun bagi kebanyakan rakyat Zimbabwe yang kebuluran, ia adalah rahmat.


Dengan menggunakan parang, kapak dan pisau yang diperbuat daripada tin, mereka melapah bangkai seberat enam tan itu, yang ditemui di kawasan pedalaman taman berkenaan.



Pergaduhan meletus apabila penduduk berebut-rebut untuk memotong bangkai itu dan membawa pulang bagi dijadikan makanan untuk keluarga masing-masing.



Hanya sejam 47 minit diambil untuk melapah hingga ke tulang. Semua bahagian dijadikan makanan, termasuk belalai dan telinga haiwan itu.




Tulang gajah berusia 70 tahun itu diambil untuk dibuat sup dan dalam tempoh 24 jam, tidak ada apa yang tinggal kecuali tompokan darah pada tanah tempat bangkai gajah itu ditemui.



Gambar yang dirakam memang mengejutkan. Namun ia menggambarkan keadaan sebenar rakyat Zimbabwe.


Baru-baru ini, Persatuan Palang Merah memberi amaran, keadaan di bekas tanah jajahan itu sangat kritikal dengan 2.17 juta penduduknya memerlukan bantuan makanan segera.


Jurucakap Persatuan Palang Merah Zimbabwe, Emma Kundishora, berkata: “Di beberapa bahagian di negara ini, keadaan dijangka bertambah buruk tahun ini berikutan kemusnahan dasar pertanian yang disebabkan oleh rampasan tanah yang dilakukan kerajaan terhadap ladang petani kulit putih sejak 2000.” Di samping itu, keadaan cuaca merosakkan tanaman jagung. Penuaian tahun ini dijangka hanya menghasilkan 500,000 tan bahan itu, kurang sepertiga daripada yang diperlukan oleh penduduk Zimbabwe.


Jurugambar, David Chancellor, yang mendakwa berada di Taman Negara itu secara kebetulan, berkata: “Dalam tempoh 15 minit, beratus-ratus penduduk tiba dari semua arah. Wanita membentuk bulatan mengelilingi bangkai gajah itu sementara lelaki yang berada dalam bulatan melapah. Pergaduhan berlaku.


“Ada yang bertikam sesama sendiri kerana berebut bangkai itu. Daging dibawa pulang. Ada yang memakannya serta merta kerana terlalu kebulur. Bagaimanapun, sebahagian besar dibawa pulang, dibasuh dan dikeringkan untuk dimakan kemudian.


“Selama dua malam penduduk kampung sekitar taman itu bersuka-ria, seolah-olah mengadakan pesta.”

sumber: harian metro online & www.dailymail.co.uk


p/s: bersyukur kpd Allah SWT..kita lahir di Malaysia

trivia yg pertama tentang wanita

ok...kali ni meh kita tengok trivia tentang beberapa org wanita ...

malas nk tulis panjang2...baca sendiri..huahuahauh..


fran philips - wanita pertama menjejak kaki di kutub utara pd 5 april 1971

junko tabei - wanita pertama yg sampai ke puncak everest pd tahun 1975

alice hyde - pemenang pertama pertandingan ratu cantik miss world pd tahun 1911

sally kristern ride - wanita pertama berada di angkasa pd tahun 1983

charlotte cooper - wanita pertama yg menang pingat emas sukan olimpik (sukan tenis) pd tahun 1900

alice wells - polis wanita pertama di amerika syarikat pd tahun 1910


p/s: siapa wanita pertama yg jadi blogger ek?...korang tahu

makhluk tuhan yg comel


aku ske minatang nih...comey wooo..

klu la dpt bela sekor huhuh..

p/s: tiada kata

opera sang bara


i'm just a little bit caught in the middle
life is a maze and love is a riddle
i dont know where to go i can't do it alone i've tried
and i don't know why...


ini adalah part of lirik lagu lenka-the show. aku bukan apa, bila dengar je lagu ni akan mengingatkan aku pada seorang kawan. lirik lgu tu xde kena mengena pon saje je..huhuh

sebabnya 1st time aku kenal dia dulu secara tetiba aku terdengar lagu nih. so, sebab itulah kalau teringatkan dia aku pasang je lagu the show nih.

dah hampir setahun kenal. aku dapati dia seorang yg baik, ambil berat hal kawan2 & err rasanya dah banyak kali juga kena marah ngan dia nih...huhauhauah.

emm..you..harap persahabatan ini terus berkekalan..insyaAllah.

ok..dah lah....aku bukannya rajin sangat nak menulis

tajuk xde kena mengena ngan entri...saje suka2 letak tajuk tu

pape pon meh layan lgu the show nih



adios......

hantu untuk dijual

Woodbury menunjukkan salah satu botol kecil mengandungi hantu yang ditangkap

Penduduk New Zealand gempar apabila seorang wanita dari Christchurch, Avie Woodbury menawarkan mahu menjual dua buah botol kecil didakwa mengandungi hantu yang ditangkap di rumahnya pada pertengahan Julai tahun lalu.

Dia membuka bidaan menerusi laman web lelongan tempatan TradeMe yang kini sudah mencecah nilai NZ$2,000 (RM4,661) untuk dua botol itu dan dijangka mampu menghampiri sehingga harga NZ$2,180 (RM5,073) apabila tawaran ditutup esok.

Woodbury dalam laman tersebut berkata, hantu-hantu ditangkap itu dipercayai roh dua orang yang meninggal dunia dan pernah tinggal di rumahnya pada tahun 1920-an serta sering mengganggu kehidupan keluarga wanita itu.

"Saya menggunakan air suci untuk melemahkan hantu terbabit dan memerangkap mereka di dalam botol, namun terpulang kepada bakal pembeli untuk berbuat apa sahaja termasuk jika berani, membebaskan hantu ini," katanya. - Agensi

...........................................................................................


bola itu bulat

mlm tdi kedah bawa balik telur ayam ke alor setar apabila dibelasah oleh selangor 4-0 dlm liga super.

huahuahuaha

so, arin...jgn sedih2 ok..dok diam2..ilek2 layan lgu ke ape2 je lah...minggu depan cuba lgi & sure kalah lgi k.....

dan

hehehe

kelantan menang 1-0 ngan t-team ok la tu huhuhuh....