[Gambar] Anak pengutip sampah dinobat sebagai Miss Thailand melutut depan ibu jadi viral


Beberapa keping gambar yang mengisahkan seorang gadis yang dinobatkan sebagai Miss Thailand, Miss Uncensored News Thailand 2015 menjadi viral di media sosial.

Gadis tersebut, 17, yang dikenali sebagai Mint merupakan anak seorang pengutip sampah dan pencuci jalan.

Selepas dinobatkan sebagai Miss Thailand semalam, Mint tanpa perasaan segan silu dengan latar belakang keluarga pergi melutut dihadapan ibunya sebagai tanda terima kasih untuk kasih sayang, pengorbanan dan motivasi yang tidak putus-putus diberikan.











Kredit: Siakapkeli.my

Gadis Rusia jatuh cinta dengan Malaysia


Bak kata pepatah,'tak kenal maka tak cinta', itulah kata-kata yang boleh digambarkan mengenai seorang gadis cantik manis kelahiran Rusia ini.

Beliau yang bertugas sebagai pegawai akhbar Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur dikatakan tidak mahu pulang ke negaranya selepas telah 'jatuh cinta' dengan Malaysia.

Beliau yang merupakan naib johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012, Polina Matveycheva, jika pulang ke negaranya, keadaan cuaca di negaranya yang sering sejuk dan bersalji membuatkan dia rindu untuk kembali ke Malaysia.

“Saya sudah biasa dari kanak-kanak tidak suka salji, tidak suka hujan. Bila saya balik Moscow pada musim salji, tidak boleh tahan.

“Saya suka salji tetapi hanya pada hari pertama. Lepas itu, rasa hendak balik Malaysia. Tidak boleh tahan,” katanya ketika ditemubual ProjekMMO.


Menurutnya, tempoh perkhidmatanya di kedutaan akan tamat lagi dua tahun, tetapi hatinya terasa begitu berat untuk pulang ke negaranya kerana sudah jatuh cinta dengan masyarakat dan budaya Malaysia.

Beliau memberitahu, semasa menuntut di Moscow University of Oriental Studies tiga tahun lalu, pensyarahnya pernah bercerita tentang Malaysia di dalam kelas di mana memberitahu negara ini sememangnya indah dan mempesona.

“Mungkin saya akan balik Rusia dua tahun lagi tetapi saya sangat suka di sini dan sekarang saya tidak mahu balik.

“Saya suka Malaysia. Di sini semua orang senyum kepada orang yang tidak kenal. Di Rusia tidak begitu. Kalau tidak kenal orang, kalau senyum mereka, rasa pelik. Di sana tidak sama,” katanya.


Ditanya perbezaan ketara antara budaya Malaysia dan Rusia, gadis 24 tahun itu berkata warga Rusia sangat mementingkan masa dan segala perkara mahu disiapkan segera.

Matveycheva yang merupakan anak tunggal kelahiran Moscow berkata menetap di Malaysia memberikannya sedikit ruang dan tidak perlu tergopoh-gapah dalam melakukan sesuatu.

“Gaya hidup di Moscow sangat berbeza, semua mahu cepat. Di sini relaks sedikit. Di Rusia sangat menepati masa. Bila saya baru datang ke sini sangat luar biasa.

“Saya telefon ke salah sebuah jabatan kerajaan, mereka kata akan telefon semula lima minit, tetapi tidak. Saya harus panggil balik sendiri. Ia sudah macam budaya tempatan. Saya sudah biasa.

“Di Rusia, kalau tidak panggil balik, orang akan marah. Kenapa tidak panggil balik sebab sudah berjanji. Perkataan paling popular di sini, ‘tak apa’,” katanya, sambil tersenyum manis.


 Beliau juga mengakui amat seleas dengan makanan pedas dan kuih karipap namun cuba mengelak menikmati nasi lemak kerana bimbang menjadi gemuk.

“Saya suka karipap dan sambal. Nasi lemak juga suka tapi tidak baik untuk badan; saya takut jadi gemuk. Hanya sekali dalam beberapa bulan,” katanya, yang menghabiskan masa di gimnasium tiga kali seminggu.


Selain makanan, cuaca dan masyarakat, beliau juga merupakan peminat setia filem arahan Tan Sri P.Ramlee seperti filem “Ibu Mertuaku” dan “Penarik Beca” dan beliau juga suka melancong di mana Malaysia adalah ditangah-tengah Asia tenggara membolehkannya ke negara-negara jiran sepeti Singapura, Indonesia, Thailand dan negara-negara Asia Tenggara lain.

“Saya sudah melawat Bali, Kemboja dan Thailand. Lokasinya hampir dengan Malaysia. Tidak seperti di Rusia, negaranya besar; terpaksa terbang lapan jam untuk ke Vladivostok dari Moscow,” katanya, merujuk kepada dua kota besar Rusia yang jauhnya hampir 9,300 km.

“Di sini, saya sudah melawat Langkawi, Redang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Baru. Belum ke Sabah dan Sarawak tetapi mahu ke sana.

“Saya orang Rusia. Di Moscow tidak ada laut. Bila saya di Rusia beberapa tahun tentulah saya mahu ke laut, berjemur. Orang Rusia suka begitu,” katanya.

Dari penelitian kami di laman Instagaram Polina, ternyata beliau memang betul-betul ajtuh ahti dengan Malaysia kerana begitu banyak gamabr-gambar mengenai keindahan dan sosio masyarakat Malaysia dimuatnaik dan dikongsi bersama-sama rakannya dari Rusia.



Kredit - Siakapkeli.my

Realitinya #03

 Hujan paling lebat pernah direkodkan dalam setahun ialah 25.4 meter (1000 inci) di Cherrapunji, India.

 Otak menggunakan lebih daripada suku oksigen yang digunakan oleh badan manusia.

 Dinosaur pertama yang diberi nama secara rasmi ialah Megalosaurus pada tahun 1824.

 Kucing apabila ia berjalan tapak kaki belakangnya hampir memijak tepat pada bekas tapak kaki hadapan.

 Ketulan hujan batu paling berat pernah direkodkan ialah 1.0 kg (2.25 Ib) dan jatuh di Daerah Gopalganj, Bangladesh pada 14 April !986.

 Matahari adalah 300,000 kali lebih besar dari bumi.

Gurun yang terbesar di dunia ialah Sahara. Ia meliputi kira-kira satu per tiga benua Afrika. 

[Video] Ikan Zombie masih bergerak meskipun sudah dimasak


IKAN ‘zombie’. Ia adalah gelaran yang diberikan kepada seekor ikan yang telah dimasak, tetapi masih bergerak.

Kejadian ini berlaku di sebuah restoran di daerah Yuexiu di Guangzhou, China.

Ikan itu dimasak masam manis atas permintaan pelanggannya dan apabila dia mahu mencuit ikan itu dengan chopstick, dia terkejut apabila mendapati kepala ikan itu masih bergerak.

Lebih aneh, ikan itu telah disiang dan dibuang semua perutnya sebelum dimasak.

Video ikan ‘zombie’ berkenaan bergerak kemudiannya telah dirakamkan. – MYNEWSHUB.CC




Terminator bertemu Najib di KLCC


 KUALA LUMPUR: Selebriti terkenal dunia, Arnold Schwarzenegger yang hadir ke Malaysia untuk Forum Transformasi Global (GTF) bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada malam tadi.

Memetik The Malay Mail Online, kedua-dua personaliti tersebut dilihat bersalaman dan berbalas senyuman ketika mereka menghadiri majlis makan malam sempena program itu.


Schwarzenegger yang juga merupakan bekas Gabenor California akan mengambil bahagian dalam forum berkenaan dengan ucapan bertajuk "Discipline of Action" pada petang esok.

Beliau juga terkenal sebagai bintang utama dalam filem "Terminator".

Bukan sahaja Schwarzenegger, turut sama akan menyampaikan ucapan di pentas yang sama adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez dan bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong.

Forum Transformasi Global (GTF) dianjurkan untuk menggalakkan dialog antara negara dalam usaha memperkukuhkan lagi dasar transformasi.



Kredit -Siakapkeli.my

Gambar Pelancong Bogel Dipercayai Di Semporna Jadi Viral

 Gambar sekumpulan pelancong yang berbogel di sebuah pulau di Semporna menjadi viral.

KOTA KINABALU: Sekumpulan pelancong didakwa berkelakuan tidak sopan dengan berbogel di sebuah pulau di Semporna, Sabah.

Pegawai Daerah Semporna, Dr Chacho Bulah telah meminta Taman-Taman Sabah dan pihak polis untuk menyiasat dakwaan gambar sekurang-kurangnya tujuh atau lapan pelancong beraksi bogel di pantai yang menjadi viral di media sosial.

"Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini oleh seorang ahli persatuan pelancongan yang berkata dia ternampak gambar tersebut di Facebook.

"Ia hanya satu dakwaan buat masa ini, jadi kita tidak tahu sama ada ia benar-benar berlaku di salah sebuah pulau di sini walaupun latar belakang gambar kelihatan seperti di Semporna," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Dr Chacho berkata beliau telah menulis surat kepada pihak berkuasa berkaitan selepas dimaklumkan mengenai perkara itu pada 19 Oktober lalu.

Beliau menggesa mereka untuk menyiasat insiden tersebut.

"Kami tidak memandang ringan perkara itu dan tidak mahu perbuatan tersebut berlaku di Sabah," katanya.

Difahamkan polis telah memulakan siasatan mereka terhadap dakwaan itu dan sedang mengenal pasti gambar-gambar tersebut.

Pada 31 Mei lalu, gambar sekumpulan pelancong Eropah yang berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu menjadi viral dan mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Sabah dengan menganggap perbuatan itu kurang sopan.

Empat pelancong yang dikenal pasti termasuk seorang warga British, dua Kanada dan seorang Belanda didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara tiga hari kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

Mereka juga diperintah meninggalkan Sabah dengan segera.


Sumber: mstar.com.my

Kisah wanita tersenyum di samping jenazah suaminya


 Seorang wanita asal Ohio, Amerika Syarikat, Eva Holland bergambar di sebelah keranda jenazah suaminya dengan ekspresi tersenyum. Dia kemudiannya memuat naik gambar itu di Facebook dan Instagram.

Eva mengaku bahawa dirinya sangat sayang dan mencintai suaminya. Baginya, suaminya adalah sahabat, teman, saudara, ayah dan lelaki yang benar-benar istimewa dalam hidupnya. Suaminya, Mike Settles, 26 , meninggal dunia pada 2 September 2015 kerana ketagihan dadah.

Memetik laporan Metro,co.uk, pada Krismas tahun lepas, Mike baru sahaja keluar dari pusat pemulihan setelah dia disahkan sembuh daripada ketagihan. Sejak keluar dari pusat pemulihan, Mike mempunyai kehidupan yang sihat. Dia sangat menyayangi isteri, orang tua dan pastinya anak-anak. Tetapi, beberapa bulan terakhir, Mike kembali mengambil dadah hingga akhirnya  dia menghembuskan nafas terakhir.

Sebelum jasad si suami dikebumikan, Eva dan kedua anaknya, Lucas dan Ava bergambar dengan tersenyum di samping mayat Mike. Gambar ini diambil kerana dia ingin menyampaikan kepada semua orang tentang bahaya dadah.


Di akaun media sosialnya Eva menulis

"Saya yakin gambar ini membuatkan ramai orang tidak selesa. Namun, gambar ini kami ambil untuk menunjukkan realiti ketagihan. Bagi kami, suami saya adalah segala-galanya. Kami sangat mencintainya dan begitupun dengan dia. Dia adalah lelaki yang baik, ia bahkan telah cuba untuk berhenti mengambil dadah. Dia telah berusaha keras untuk memiliki hidup yang sihat dan normal seperti orang lain pada umumnya. Saya sangat menghargai usahanya selama ini. "

"Dia melakukan semuanya dengan begitu baik. Dia juga telah berjaya keluar dari ketagihan. Namun, beberapa bulan yang lalu dia memakan satu biji ubat sakit gigi. Percaya atau tidak, ubat inilah yang kembali membawanya menjadi penagih. Dia mengatakan bahawa dia boleh mengatasinya. sayang, akhirnya dia meninggal kerana hal ini. "

"Bagi saya, dia tak pernah salah. Dia adalah seseorang yang saya cintai sejak saya masih remaja. Saya telah bersamanya sejak 11 tahun yang lalu. Waktu berkahwin dengannya saya masih berusia 15 tahun. Tapi kami bahagia, apapun dan bagaimanapun dia. Dia adalah orang baik yang akan selalu ada di hati saya dan anak-anak. Di sini, saya hanya ingin berkongsi cerita. Memberitahu kepada semua orang bahawa dadah begitu berbahaya. Saya harap cerita ini boleh membantu.

Kafe ini tidak terima wang yang disimpan dalam coli

Gambar hiasan. Foto: Corbis

Sebuah kafe di Bandar Carnarvon, Australia Barat yang bersuhu panas dan lembab menuai kecaman kerana melarang pelanggannya membayar dengan wang yang disimpan di dalam bra atau pakaian dalam mereka.

Pemilik Kafe Fascine Coffee Lounge, Robin Weeks berkata, kakitangan serta anak lelakinya sudah muak kerana sering sekali menerima wang yang basah terkena peluh kerana pelanggan mengambil wang itu dari balik bra atau seluar dalam mereka.


Kesal menghadapi tingkah laku pelanggan yang kotor tersebut, Weeks kemudian meletakkan tanda amaran dekat mesin juruwang yang berbunyi: "Kami tidak menerima $$$ yang diambil dari bra dan seluar dalam".

"Kami memasang mesej itu selama dua bulan, tapi masih ada pelanggan yang bergegas menarik wangnya dari bra mereka sebelum masuk ke kedai ini," katanya.

Robin Weeks mengaku dia tidak akan melayan pelanggan yang didapati mengambil wang daripada pakaian dalam mereka untuk membayar dan akan tetap melakukannya, dan ia mendesak perempuan khususnya untuk membawa dompet.

"Saya tahu tabiat ini banyak dilakukan oleh perempuan, ada juga orang lelaki yang mengambil wang dari pakaian dalamnya, tapi saya tahu kebanyakan perempuan yang pakaiannya tidak mempunyai poket," katanya.

Beberapa penduduk mendakwa larangan itu tidak adil.

"Saya rasa orang ramai harus dibolehkan membayar dengan wang yang diambil dari bra atau pakaian dalam mereka, lebih-lebih lagi sebagai perempuan saya sering memakai pakaian yang tidak mempunyai poket," kata Christine dari Meekathara.

"Saya setuju memang wang itu kotor kerana boleh mengandungi bakteria dan yang lain, tapi saya rasa wang yang diambil dari tangan berpeluh dan bra yang berpeluh, itu tidak ada bezanya," tuturnya.




Sumber: Okezone.com

Lelaki ini potong telinga agar mirip burung kakak tua


 Ted Richard, 56,  dari Hartcliffe, Bristol, benar-benar setia pada sahabat-sahabatnya yang merupakan lima ekor burung kakaktua. Dia rela membuat penampilannya menjadi semirip mungkin dengan burung tersebut.

Ted telah melakukan transformasi, mulai dari mentatu wajah dan matanya serta memotong telinganya melalui pembedahan. Dia memberikan daun telinganya kepada "orang yang memerlukan".


Tidak berhenti di situ, Ted juga sudah mempunyai 50 piercing dan memotong hujung lidahnya. Kini dia juga bercadang untuk menjalani pembedahan agar hidungnya berubah menjadi seperti paruh burung.

"Saya fikir ini kelihatan sangat keren. Ini adalah perkara terhebat yang berlaku dalam hidup saya," katanya. "Saya sangat gembira, dan saya tidak boleh berhenti memandang cermin."

Menurut Ted, sebelum ini beliau sering digoda orang kerana telinganya. Namun itu bukanlah alasan utama dia melakukan transformasi.

"Saya harus mengakui bahawa saya selalu digoda kerana telinga saya," ceritanya. "Tapi itu bukan alasan saya melakukannya (pembedahan membuang daun telinga)."



Sumber: Wowkeren.com

Budak jual ulam tolong ibu tarik simpati netizen

 
SHAH ALAM - Kegigihan seorang kanak-kanak lelaki yang menjual ulam di sekitar bandar Ipoh mengundang simpati netizen selepas beberapa foto dia berniaga menjadi viral di laman sosial hari ini.

Menerusi perkongsian di beberapa laman di Facebook, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Hafiz membantu menyara keluarganya dengan menjual ulam-ulaman dengan hanya berbasikal di sekitar bandar Ipoh.

Malah, Hafiz yang mempunyai dua orang adik, turut dilihat berniaga di pasar malam dan turut menawarkan harga yang jauh lebih murah dari kebiasaan.

Sementara itu, salah seorang pelayar Facebook yang menggunakan nama Gold Mass memberitahu, melalui lawatan yang dilakukannya, kanak-kanak itu sudah tidak bersekolah kerana ibu-bapanya sudah tidak bekerja.

Menurutnya lagi, ibu kanak-kanak itu terpaksa memberikan air teh kepada adik bongsunya kerana tidak mempunyai duit untuk membeli susu.

Bagaimanapun, sebab ibu-bapanya tidak bekerja masih tidak diketahui.

Sikap tanggungjawab kanak-kanak ini ternyata mengundang simpati netizen dan menjadi inspirasi dengan kesungguhan yang ditunjukkannya.

Zaidi Gedong menulis: “Kadang-kadang aku mengeluh dengan kehidupan aku, tapi ternyata ada lagi yang menghadapi ujian yang jauh lebih perit.”

"Kepada perompak dan penyamun, kamu patut malu kepada adik ini. Sekecil dia boleh cari rezeki halal tapi sebesar kamu hanya tahu buat kerja haram, malu la wei...," tulis Nur Shazwani.


Sumber: Sinar Harian

Lelaki ini makan 2.5 kilogram cili setiap hari

 Li Yongzhi
 
Seorang lelaki di Zhengzhou, China, menjadi terkenal kerana ketagihan terhadap cili. Dia berupaya makan cili sebanyak 2.5 kilogram setiap hari.

Memetik laporan Tribunnews.com, lelaki unik itu bernama Li Yongzhi, di kampungnya dia dikenali sebagai "raja cili" kerana tabiat anehnya memakan cili. Li juga menanam 8 jenis cili dari seluruh dunia.

Li memberitahu wartawan dia memakan cili sejak dari muda dan menjadikannya makanan yang dimakan tiga kali sehari. Dia mengakui boleh makan walaupun tanpa daging ataupun telur, tetapi tidak boleh makan tanpa cili. Baginya, kebahagiaan adalah rasa pedas.

"Setiap pagi, orang lain akan memberus gigi, namun perkara pertama yang saya lakukan adalah makan cili dan membersihkan mulut saya dengan cili," kata Li.

"Makanan tanpa pedas rasanya tidak enak," lanjut beliau.

Setiap malam, sambil santai dia menikmati makanan ringan berupa cili. Dia memakannya satu per satu seperti makanan ringan.

Sepuluh tahun yang lalu anak sulung Li dilanggar kereta dan kakinya harus dipotong. Keluarganya menghabiskan beratus-ratus ribu yuan untuk kos perubatan.

Saat itu, Li menghabiskan seluruh waktunya menunggu anak lelakinya dirawat di hospital. Sesekali dia keluar untuk membeli makanan.

"Pada masa itu, saya makan dua mangkuk cili, minum air dan kemudian kembali ke hospital," katanya.

Li Mendakwa memanakn 2.5 kilogram cili setiap hari sama sekali tidak memberi masalah pada tubuhnya.

"Saya tidak mempunyai kuasa luar biasa. Saya hanya gembira makan cili. Hospital pernah memeriksa kesihatan saya dan tidak ada apa-apa, sama dengan orang lain yang sihat," jelas Li.

Akhirnya adik ini dapat jumpa Ultraman selepas dapat 200,000 like di Facebook

 Sedutan video yang viral di Facebook

PERKONGSIAN seorang kanak-kanak yang 'meminta' 3,000 like untuk ayahnya membawa Ultraman datang ke rumah nyata berbaloi apabila perkongsian tersebut mendapat 200,000 like.

Melalui perkongsian di laman Facebook Ultra Spark, adiwira Ultraman akhirnya datang ke rumah kanak-kanak berkenaan, Darwish yang terletak di Melaka.

Melalui sebuah video, Darwish kelihatan gembira dan riang apabila adiwira tersebut datang bertandang dan mengambil kesempatan tersebut untuk bergambar.

"Satu hari, dia (Darwish) minta saya telefon Ultraman supaya datang ke rumah," kata ayah Darwish, Najmi.

"Pada mulanya saya tak berapa nak layan, tapi hari-hari dia minta.

"Dah telefon ke belum Ultraman? Macam-macam alasan saya bagi," kata Najmi lagi.

Najmi juga mengucapkan terima kasih kepada pelayar yang like perkongsian Darwish dan mengkongsikan lagi perkongsian tersebut.

"Terima kasih Ultra Spark yang sudi menaja seorang Ultraman untuk datang ke sini dan kru-kru Awesome Toys," akhiri beliau.


Sumber: Sinar Harian

Telefon apa yang dipakai oleh orang-orang kaya?


 "Samsung, iPhone, Sony, Xioami, HTC, Motorolla, Nokia"...

Itu mungkin antara telefon yang sering kita dengar menjadi topik perbualan ramai. Tetapi kesemua telefon-telefon yang sering kita dengar itu 'mentargetkan' golongan-golongan sederhana dan kebawah.

Ini sekaligus mencetuskan pertanyaan : "Jadi orang yang benar-benar kaya pakai telefon apa?".

Yup, mereka tidak memilih iPhone sebagai telefon pilihan mereka walaupun harga peranti itu kini sudah mencecah hampir RM 5,000. Mungkin kerana RM5,000 itu masih lagi kecil bagi mereka.

Berbalik kepada soalan, telefon apa yang diguna oleh orang kaya? Ada beberapa jenis telefon yang menjadi pilihan mereka yang berada tetapi antara telefon yang paling popular dalam kalangan mereka yang berada adalah "Vertu".


 Vertu adalah sebuah syarikat yang khusus dalam membuat telefon mewah dan apa yang paling digilai mengenai telefon ini adalah ia BUATAN TANGAN dan setiap telefon mempunyai hanya seorang pereka.

Idea disebalik telefon vertu adalah untuk membuat satu peranti yang berkonsepkan penyatuan antara pertukangan (craftmanship) dan teknologi. Tidak hairanlah telefon ini mempunyai auranya tersendiri apabila dipegang. Selain itu, telefon ini juga diperbuat daripada bahan-bahan terbaik yang wujud diatas muka bumi ini.


Selain dari itu, setiap telefon vertu dipasang oleh seorang pereka sahaja (yang tersangat teliti) dan nama pereka itu juga akan ditulis di bahagian belakang tempat SIM. Sangat ekslusif!


Selain itu?

Apa yang membuat penulis sedikit terkilan adalah telefon vertu yang terbaru menggunakan sistem pengoperasian Android, sama seperti telefon biasa. Jadi 'experience' ketika menggunakan telefon vertu sama seperti telefon biasa?

Jawapannya tidak. Kerana vertu menawarkan servis ekslusif dan peribadi kepada pemiliknya.


 Antara servis ekslusif yang ditawarkan oleh vertu adalah "Concierge" dan "Vertu Life". Concierge adalah satu servis dimana pemilik diberikan servis pembantu 24 jam setiap masa untuk membantu pemilik dan Vertu Life pula memaparkan berita-berita semasa yang menepati cita rasa pemilik.


Ada jual di Malaysia?

Penulis tidak pasti. Cuma tinjauan di Mudah.my ada terlihat telefon vertu terpakai dijual pada harga RM 15,000. Itu pun versi lama. Selain itu ada juga telefon vertu "tak ori" dijual di Mudah.my dengan harga hampir RM5,000.



Telefon Vertu original dijual pada harga dari US$9,000 (RM37,000) hingga US$16,500 (RM65,000).

Jadi jika anda terserempak dengan seseorang yang memakai telefon yang tertulis "Vertu", ya, dia seorang yang betul-betul kaya.



Kredit - Siakapkeli.my

Monyet raba payudara pelancong wanita

 
Seekor monyet di taman hidupan liar di Wilayah Henan, China dengan beraninya meramas payudara seorang pelancong wanita ketika sedang mengambil gambar. Monyet gatal itu juga mencium pipi pelancong wanita tersebut ketika dirinya berada di atas bahunya.

Gambar gelagat monyet tersebut telah tersebar luas di pelbagai sosial media.

Klinik khas untuk lelaki yang jadi mangsa rogol kini dibuka

Hospital Södersjukhuset
 
STOCKHOLM - SWEDEN. Sebuah hospital di Sweden menjadi hospital pertama menubuhkan klinik khas untuk lelaki yang menjadi mangsa rogol dan serangan seksual.

Klinik khas yang dibuka di Hospital  Södersjukhuset adalah sebagai satu strategi untuk memberi kesamarataan jantina dalam penjagaan pesakit.

Sebelum ini,  Hospital Södersjukhuset telah menubuhkan klinik khas untuk wanita yang menjadi mangsa rogol dan serangan seksual di bandar itu dimana hampir 600 hingga 700 pesakit menerima rawatan di situ dalam tempoh setahun.

Kini hospital yang menjadi pusat penjagaan kecemasan terbesar di wilayah Nordic kini membuka pintu kepada lelaki dan remaja yang menjadi mangsa rogol dan serangan seksual menerima rawatan dan perlindungan.

Jurucakap media Parti Liberal yang mengetuai kempen untuk klinik di bandar Sweden,  Rasmus Jonlund berkata, klinik khas untuk lelaki yang menjadi mangsa rogol adalah yang pertama di Sweden dan mungkin juga yang pertama di dunia.

"Kita tidak pasti berapa ramai yang akan menggunakan perkhidmatan ini, namun percaya ramai yang mengalami serangan seperti ini  akan tampil untuk mendapatkan rawatan," ujarnya dipetik The Local

Sementara itu, wakil majlis tempatan penjagaan kecemasan,  Marie Ljungberg Schott dalam  satu kenyataan berkata, penjagaan perubatan kecemasan untuk lelaki dirogol adalah percuma dan ditawarkan sepanjang masa.

"Setakat ini tidak ada tempat khusus untuk lelaki yang menjadi mangsa rogol untuk mendapatkan rawatan dan perlindungan.  Oleh itu kami dalam Perikatan telah membuat keputusan untuk mengubah keadaan ini." katanya.

Menurut Majlis Pencegahan Jenayah Sweden, pada tahun 2014, 370 kes-kes serangan seksual terhadap lelaki atau kanak-kanak lelaki dilaporkan di seluruh Sweden dan pakar-pakar percaya bahawa angka sebenar adalah lebih tinggi.



Sumber: Sinar Harian

Siapa sebenarnya gadis cantik Jepun ini


 Baru-baru ini Jepun dihebohkan dengan sosok gadis remaja cantik dengan rambut paras bahu berwarna kecokelatan. Gadis tersebut berjaya mencuri perhatian, namun siapa sangka  gadis cantik itu hanyalah sebuah karya dari hasil kecanggihan komputer?


Pasangan suami isteri yang merupakan pereka grafik, Teruyuki dan Yuki Ishikawa mencipta sebuah gambar 3D gadis cantik yang diberinya nama Saya. Jika dilihat sepintas lalu, Saya memang nampak seperti manusia sebenar dengan mata besarnya serta seragam sekolah yang dikenakannya.


Pasangan yang bekerja sebagai pembuat gambar 3D CG di Tokyo ini mencipta Saya untuk projek peribadinya. Walaupun sukar, Teruyuki dan Yuki berjaya membuat Saya dengan perpaduan yang sempurna sehingga nampak seperti manusia sebenar.

Teruyuki dan Yuki Ishikawa berharap suatu hari nanti Saya akan menarik minat syarikat produksi dan muncul di layar perak melalui sebuah filem.



Sumber: Wowkeren.com

Lelaki dapat restu dari makhluk asing untuk tanding pilihan raya


MANILA - FILIPINA. Luar biasa! Seorang lelaki yang dikenali sebagai Allan Carreon mengakui telah mendapat restu daripada makhluk asing  untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Filipina.

Hadir dengan memakai baju yang tertera perkataan 'duta antara galaksi, di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina baru-baru ini untuk mendaftarkan namanya sebagai salah seorang calon.

Carreon mendakwa, makhluk asing telah ‎memberi nasihat dan amanat kepadanya  untuk 'mensejahterakan' Filipina daripada anasir jahat.

"Makhluk asing memberi restu untuk saya bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada wartawan Filipina, petik laporan AFP.

Sementara pesaingnya ialah lelaki berjangkut, Romeo John Ygonia yang meminta wartawan memanggilnya iblis.

"Saya bertanding atas arahan tuan saya," ujarnya.

Seperti kelaziman, senario ini selalu berlaku di Filipina, digelar sebagai calon pengacau, kehadiran mereka merupakan 'rencah' biasa setiap kali pilihan raya menjelang di Filipina.

Pilihan Raya Presiden bakal berlangsung pada tahun hadapan.



Sumber: Sinar Harian

Misteri kemaluan Firaun tegang ketika jasadnya disemadikan


KAHERAH — Mumia pemerintah terkenal Mesir purba, firaun Tutankhamun terus mencetuskan misteri apabila seorang pakar sejarah ternama mendakwa zakar raja itu masih tegang ketika jasadnya hendak disemadikan.

Pakar Mesir kuno dari Universiti Amerika di sini, Prof. Salim Ikram mendakwa, ia menunjukkan firaun tersebut sedang berereksi nafsu syahwatnya kerana batang kemaluan baginda tegak 90 darjah semasa dimakamkan.

Beliau menjelaskan, ketegangan abadi itu dibuat untuk menjadikan Tutankhamun agar mirip Osiris, dewa kematian rakyat Mesir zaman dahulu dan sebagai tanda protes terhadap iman ayahandanya, Firaun Akjenaten.

Bapanya itu telah menciptakan sebuah agama baharu yang mempercayai hanya satu tuhan iaitu Aten, si dewa matahari malahan mengarahkan dewa-dewa lain dihancurkan daripada jadi sembahan rakyat Mesir kuno.

Ini berbeza dengan Tutankhamun yang kemudian mengubah kembali ideologi ciptaan Akjenaten itu dan mengembalikan semula kepercayaan iman penduduk Mesir untuk memuja kembali banyak dewa berlainan.


Salim yakin jasad Tutankhamun diawet dan dimakamkan dalam keadaan ereksi batang zakar sebagai gambaran bahawa usaha kerasnya itu terus berlanjutan, meskipun baginda sudah lama mangkat dari alam dunia yang fana.

Pakar Mesir kuno itu juga yakin bahawa bahagian atas kemaluan Tutankhamun patah ketika makam firaun tersebut ditemui, di sebalik muncul pelbagai spekulasi konon penis berkenaan telah hilang dicuri penyangak.

Namun beliau enggan mengulas sama ada firaun itu mangkat ketika nafsu sedang memuncak akibat perbuatan seks atau baginda sempat melancap sebelum maut atau sengaja ditegakkan zakarnya oleh petugas mayat di istana.

“Setakat saya tahu, belum ada lagi zakar mumia lain dijumpai dengan keadaan tengah ereksi kecuali Tutankhamun atau nama asalnya, Tutankhaten yang juga firaun dinasti ke-18,” kata Salim kepada portal LiveScience.


Keanehan lain jasad Tutankhamun yang diketahui tempang kakinya itu adalah tidak ditemui jantung baginda dan ketiadaan sejenis kumbang keramat lazim digunakan oleh mumia firaun lain sebagai organ pengganti jantung.

Menurut Salim, misteri ketiadaan jantung Tutankhamun kemungkinan juga dilakukan untuk menggambarkan baginda seumpama dewa Osiris, yang tubuhnya, menurut legenda Mesir, dibelah oleh saudaranya, Seth.

Misteri Tutankhamun tidak pernah selesai sejak makam raja yang mangkat pada 1323 Sebelum Masihi dalam usia muda baharu injak 19 tahun itu berjaya ditemui pakar arkeologi Howard Carter pada 1924. — Agensi/Mynewshub/HAA