Remaja Amerika lebih rela hilang kereta dari handphone


Detroit - Gadget kini dianggap lebih menarik dibanding dengan kereta bagi remaja Amerika. Ketika disuruh memilih antara iPhone atau sebuah kereta, maka iPhone yang akan dipilih.

"Aku sentiasa duduk di rumah kecuali untuk latihan bola sepak, dan kemudian ibu atau ayah yang memandu," kata gadis 16 tahun bernama Allison Katz seperti dilapor Detroit News.

Pergeseran budaya di kalangan remaja ini merupakan hasil dari teknologi yang membuat remaja berhubung antara satu sama lain dan hal-hal lain tanpa perlu masuk ke kereta.

Bagi remaja terdahulu, memandu adalah bentuk kebebasan kerana boleh pergi ke mana saja dan melaku apa yang di mahukan serta bertemu dengan orang yang dikehendaki. Namun internet telah membuat hal itu tidak perlu dilakukan dengan keluar rumah. Di bilik pun boleh.

"Internet telah membuat kebebasan datang dengan antiklimaks," kata perunding trend marketing dan marketing syarikat perisian HubSpot Lindsey Kirchoff.

Kurangnya minat generasi muda dalam memandu ini akan memberi kesan jangka panjang yang serius untuk jualan automotif di masa depan.

Hal itu memang serius. Sebab, menurut data CNW Research, pemandu berusia 15-20  tahun pada tahun 1985 di Amerika telah menyumbang 3.4 peratus daripada jumlah jualan kereta baru atau kira-kira 500,000 kenderaan. Kini angka itu turun. Pada tahun lalu hanya 2 peratus yang disumbangkan remaja dalam jualan keseluruhan di Amerika atau 300,000 kenderaan.

Dahulu status sosial dilihat dari kereta apa yang digunakan, kini status itu sudah beralih. Bukan lagi membicarakan berapa horsepower yang dimiliki sebuah kereta, tapi berapa gigabite yang dimiliki sebuah alat iPad terbaru dengan paparan Retina lebih seksi berbanding BMW.

Menurut kaji selidik yang dilakukan Zipcar, tiga perempat daripada orang berusia 18-34 tahun kini lebih suka berbelanja online daripada ke kedai. Bila disuruh memilih antara lebih baik kehilangan telefon bimbit atau komputer atau kereta, maka 65 peratus menjawab lebih baik kehilangan kereta.

"Ini adalah generasi Xbox," kata Scott Griffith, bekas ketua eksekutif Zipcar. "Mereka mengatur kehidupan sosial mereka dengan mudah di jalan raya maklumat seperti yang kita lakukan di jalan raya berturap," katanya.

Pada tahun 1983, 69 peratus daripada remaja 17 tahun sudah mempunyai lesen. Angka itu kemudian turun menjadi hanya 46 peratus pada tahun 2010. - detik


Syarikat penerbangan sedia pramugari berpakaian seksi

Pramugari Spring Airlines

Pramugari berkostum seksi menjadi strategi syarikat penerbangan tambang murah memikat penumpang. Sebagai bentuk promosi, Spring Airlines merancang memakaikan kostum pelayan seksi kepada pramugarinya. Ini adalah kostum pelayan hitam putih dengan topi dan apron, kasut tinggi serta skirt mini.

Kostum seksi ini dipaparkan Spring Airlines di laman rasmi Facebook dan Weibo mereka. Beberapa pramugari tampil bergaya sambil membawa dulang dengan gaya yang menarik.

Spring Airlines juga memberi peluang kepada orang ramai mencadangkan kostum yang mereka idamkan, ada kostum pelajar sekolah perempuan, super hero atau baju tradisional. Bahkan pilot juga akan diberikan kostum.

Tapi rupanya, dengan idea seperti ini Spring Airlines telah dikecam. Pemakaian skirt mini, kasut tinggi membuat pramugari seperti perempuan murahan dan boleh mengganggu aspek keselamatan kerja.

"Pramugari dijadikan strategi promosi dan pemasaran," protes seseorang seperti dilapor News.com.


Jurucakap Spring Airlines mengatakan promosi ini hanya untuk meningkatkan perkhidmatan kepada penumpang.

"Spring Airlines merancang melancarkan beberapa tema penerbangan untuk menarik penumpang tahun ini. Pramugari berkostum pelayan adalah agenda yang pertama," kata jurucakap Spring Airlines.

Dasar pramugari berkostum seksi bukanlah yang pertama kali. Syarikat penerbangan Ryanair dari Ireland membuat kalendar seksi dengan model pramugari mereka sendiri. Sedangkan syarikat penerbangan Nokair dari Thailand juga membuat kalendar pramugari seksi, tapi dengan model dari majalah Maxim.

travel.detik.com


Tiga wanita ditipu RM9.5 juta

 
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menumpaskan sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selepas menahan 14 pelajar kolej swasta warga Afrika yang menjadikan Malaysia sebagai ‘markas’ penipuan mereka.

Serbuan di empat premis di Taman Mutiara Indah, Puchong, di sini, Khamis lalu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kegiatan sindiket terbabit melalui pihak polis China, Disember tahun lalu.


Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata, polis negara itu bertindak selepas menerima laporan daripada tiga wanita warga negara berkenaan yang membuat laporan polis selepas mereka ditipu sehingga RM9.5 juta.

“Mereka berkenalan melalui laman sembang Yahoo Messenger dengan seorang lelaki yang menggunakan nama samaran Good Man sebelum jatuh cinta.


“Mangsa dijanjikan hadiah berupa emas dan berlian yang dikirimkan lelaki itu kononnya sebagai tanda cinta mereka sebelum memberitahu mangsa perlu membuat bayaran kerana barang itu ditahan kastam,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, semalam.


Syed Ismail berkata, siasatan lanjut mendapati suspek meminta mangsa memasukkan wang secara berperingkat ke dalam beberapa akaun tempatan sebelum mereka menghilangkan diri.

“Ekoran itu, serbuan dilakukan JSJK dan 14 anggota sindiket berkenaan yang juga warga Afrika berusia 25 hingga 33 tahun ditahan. Semua mereka memasuki Malaysia pada 2007 menggunakan visa pelajar,” katanya.


Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk melakukan kegiatan penipuan terbabit antaranya komputer riba, komputer meja, telefon bimbit, kad bank dan alat membuat panggilan telefon menggunakan Internet dikenali sebagai Magic Jack.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan semua mereka direman hingga esok. - MyMetro

Seorang tentera diculik dan diperk0sa perempuan


Seorang anggota tentera telah diculik dan diperkosa perempuan selama empat hari sebelum dibebaskan di kawasan pergunungan.

Nasib malang tentera berusia 25 tahun itu bermula ketika tengah malam 19 April di kawasan pusat perniagaan di Birchenough Bridge, Zimbabwe, apabila dia menumpang sebuah Mercedez Benz untuk ke bandar Mutare, juga di Zimbabwe. Ketika itu, dua perempuan dan seorang lelaki berada dalam kereta tersebut. Setelah memandu selama kira-kira satu jam menuju bandar, pemandu mengalihkan keretanya dari laluan yang sebenarnya.

mangsa mengeluh. Namun, dia telah diancam dengan sebilah pisau.

Jurucakap polis Manicaland, Naib Inspektor Nuzondiwa Clean, mengatakan kepada harian Zimbabwe, Newsday, "Setelah menyimpang dari laluan, mangsa bertanya mereka menuju ke mana dan mereka mengatakan kepadanya bahawa mereka mahu mencari makanan. Tentera itu minta untuk diturunkan, tapi pemandu mengeluarkan pisau dan mengancamnya dengan pisau tersebut. Salah seorang dari penumpang perempuan itu menutup matanya dengan kain hitam. "

Menurut Clean lagi, mereka kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah yang tidak diketahui. Di sana mereka menanggalkan pakaiannya, lalu mengambil telefon dan wang tunai sejumlah 35 dollar AS.

Berdasarkan pengakuan mangsa, suspek kemudian memerintahkan tentera itu untuk mengadakan hubungan seks dengan salah seorang dari perempuan tersebut.

Mangsa dikurung dari tarikh 19 hingga 23 April. Ketika hendak dibebaskan, tentera itu ditutup lagi matanya dan diturunkan di pergunungan Dangamvura. Menurut polis, ketika diturunkan, kaki kiri si tentera dilempari batu sehingga menyebabkan kecederaan serius. Suspek kemudian berlalu pergi.

Tentera yang tidak disebutkan namanya itu membuat laporan di Balai Polis Sakubva. Polis kini melakukan siasatan dan memburu suspek. - Kompas

Harimau lari selepas ditendang warga emas

Manap menerima jahitan di dada dan ibu jarinya yang putus di Hospital Kuala Lipis sambil ditemani anaknya

KUALA LIPIS – Tindakan berani. Seorang warga emas nekad menendang harimau sekuat hati setelah haiwan itu cuba mengheretnya ke hutan sebelum lari menyelamatkan diri.

Kejadian itu menyebabkan Manap Busu, 77 nyaris maut setelah putus ibu jari tangan kanan akibat diserang ketika masuk hutan di Kampung Ganding, dekat sini untuk melihat ternakan kerbau miliknya.

Mangsa yang merupakan pesara polis zaman British berkata, dia mendapat tahu daripada seorang rakannya bahawa ada kerbau miliknya hilang dipercayai dibaham harimau.

Bagi mendapatkan kepastian katanya, dia mengambil keputusan untuk ke hutan sendirian kira-kira jam 3 petang, 27 April lalu. 

“Sehari sebelum kejadian (Jumaat), seorang kawan beritahu ada kerbau yang hilang dibaham harimau.

“Esoknya (Sabtu) pakcik ke hutan seorang diri dan tak bawa apa-apa senjata,” katanya.

Manap berkata, tanpa diduga dia diserang seekor harimau yang muncul secara tiba-tiba dari arah hadapan.

“Harimau itu terkam pakcik dari arah depan dan cakar dada serta tangan kiri pakcik. Pakcik cuba tolak harimau tu dan tumbuk beberapa kali tapi hujung ibu jari tangan kanan pakcik digigit hingga putus.

“Pakcik tidak mampu buat apa-apa sebab tak bawa senjata, tapi dengan kudrat yang ada, pakcik bergelut untuk lepaskan diri,” katanya.

Menurutnya, dia mempunyai kekuatan yang luar biasa akibat terlalu panik sehingga bertindak menendang haiwan terbabit.

“Nasib baik harimau itu lari selepas kena tendang, kalau tidak pakcik tak tahulah apa akan jadi.

"Pakcik selepas itu cepat-cepat selamatkan diri dan pecut motosikal pulang ke rumah,” katanya.

Akibat kejadian itu Manap menerima beberapa jahitan di bahagian dada dan ibu jari tangan kanannya yang putus.

Mangsa kini ditempatkan di Hospital Kuala Lipis dan dilaporkan stabil. - Sinar Harian

Sekolah untuk belajar main Lego akan dibuka di Denmark


Lego bukan hanya sekadar mainan bagi kanak-kanak namun juga disukai orang dewasa. Kerana popularitinya yang tinggi sehingga di Denmark dibuka sekolah khusus mempelajari lego. Mengikut perancangan sekolah unik itu akan dibuka di bandar Billund pada akhir tahun ini.

The International School of Billund akan menyediakan program akademik berkualiti untuk pelajar berusia 3 tahun. Sistem pendidikan di sekolah ini tidak seperti bermain di waktu luang namun lebih berstruktur. Kjeld Kirk Kristiansen berkata sistemnya akan menggabungkan kurikulum dari kerajaan dan International Baccalaureate.

"Meluangkan masa untuk kreativiti, bermain dan bersosial adalah inti dari falsafah Lego. Kami akan bereksperimen dengan ini dan idea lain dalam proses belajar," ucap seorang guru, Richard Matthews. "Namun kami juga mempunyai tanggungjawab, pendidikan yang utama dan melaksanakan kaedah lama dirasa yang terbaik."

Sekolah unik ini disokong oleh pemilik Lego Denmark yang bercita-cita menjadikan Billund sebagai "ibu kota kanak-kanak". Ditubuhkan sejak 1986, kegiatan yayasan Lego berdasarkan pada keyakinan bahawa semua anak seharusnya mempunyai akses bermain dan belajar.


Kisah cinta Cesc Fabregas dengan Daniella yang hot


Daniella Semaan, pasangan Cesc Fabregas yang kontroversi ini mula menjalin hubungan semasa dia masih menjadi isteri jutawan Elie Taktouk.

Hubungan Daniella dan Fabregas diketahui suami Daniella pada tahun 2011. Kemudian suami Daniella itu menceraikannya.


Khabar mengatakan Daniella berkenalan dengan Fabregas di sebuah restoran Jepun, dan saling bertukar nombor telefon. Daniella yang berasal dari Lebanon sudah memiliki dua anak dari suami pertamanya. Kini dia dan Fabregas telah pun memperolehi seorang anak perempuan.

tempo.co


Seramnya budaya gothic di Goth Festival

 Liam Murray, salah seorang peserta Goth festival di Whitby, Britain (28/4). Festival ini sudah berlangsung selama 19 tahun dan dikunjungi sekitar sepuluh ribu pengunjung. REUTERS/Nigel Roddis

 Heath Waller mengenakan topeng unik bergaya gothic. REUTERS/Nigel Roddis

 Sebahagian peserta Goth festival mengenakan kostum bergaya gothic hitam in Whitby, northern England April 28, 2013. Festival bertema gothic ini diinspirasi dari budaya punk sejak tahun 1980an. Reuters/Nigel Roddis

 Dua peserta Goth festival  di Whitby. Festival yang bertema Gothic ini dipengaruhi budaya Punk di Britain pada tahun 1980an. REUTERS/Nigel Roddis

 Heath Waller dan anak perempuannya Meagan (10). Budaya gothic yang melanda Britain mewujudkan gaya musik dan fashion tersendiri. REUTERS/Nigel Roddis

Sebahagian peserta mengenakan kostum gothic di Whitby dan menarik perhatian masyarakat. REUTERS/Nigel Roddis

tempo.co

 

Seorang pelanggan restoran di Singapura terkejut harga seekor ketam 600 Dollar


Seorang pengunjung perempuan restoran di Singapura terkejut ketika dihulurkan bil berjumlah 600 dollar Singapura untuk seekor ketam.

Asiaone melaporkan, perempuan itu mengalami "serangan jantung" ketika melihat angka 600 dollar tertera di bil yang akan dibayarnya. Ia makan makan malam dengan enam orang temannya di sebuah restoran makanan laut di Vivocity, salah satu mall terbesar di Singapura.

Selesai melihat menu, perempuan itu memutuskan untuk menempah Ketam Raja Alaska dan kemudian menanyakan harganya. Dia diberitahu, harganya 24 dolar Singapura per 100 gram. Ia mungkin mengira bahawa ketam itu tidak terlalu besar, maka dia memutuskan untuk menempah hidangan 3 kg.

Kekecohan berlaku ketika ingin membayar bil. Salah seorang teman perempuan itu, Winston, menjelaskan bahawa pelayan restoran seharusnya menimbang terlebih dahulu ketam itu dan memberitahu pengunjung berapa harganya. "Kawan saya terlalu sibuk berbual sehingga dia mungkin berfikir seekor ketam tidak akan berharga terlalu mahal."

Pihak restoran menjelaskan, pelayan tersebut, Leong Mooi, telah menegaskan bahawa dia sudah memberitahu dengan sangat jelas harga dan menilai seharusnya si pelanggan dapat menghitungnya sendiri. Harga yang diberikan berdasarkan pada harga harian di pasaran.

"Saya sudah bekerja selama 35 tahun dan mengerti benar tingkah laku para pengunjung, pada dasarnya beliau sangat terburu-buru dan dia hanya mengiyakan ketika saya menanyakan apakah dia bersedia membayar untuk seekor ketam 3 kg dengan harga 200 dolar / kg. Bahkan saya mengulangi kembali pesanannya kepada semua yang ada di meja "jelas Leong.

Pakar kuliner menilai, harga itu sebenarnya masuk akal kerana Ketam Raja Alaska merupakan ketam dengan rasa terlazat di dunia dan sangat wajar saja jika harganya relatif mencekik darah. - kompas

Adik Muhammad Azim yang menderita kanser mata hembus nafas terakhir


KUALA KRAI - Penderitaan pesakit kanser mata, Muhammad Azim Nor Hazri, 4, dari Kampung Keroh, dekat sini, sejak dua tahun lalu berakhir apabila kanak-kanak itu meninggal dunia, semalam.

Muhammad Azim yang kisahnya disiarkan Sinar Harian akhir Februari lalu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, jam 12.25 tengah hari.

Allahyarham yang disahkan menghidap Retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak dimasukkan ke hospital itu sejak 3 Februari lalu selepas keadaan penyakitnya bertambah teruk.

Ibu Muhammad Azim, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, berkata, keadaan anak bongsunya daripada tiga beradik itu tiba-tiba semakin teruk selepas menjalani rawatan kimoterapi, Ahad lalu.

“Rawatan kimoterapi kali ini dibuat berterusan dan kali terakhir Ahad lepas. Selepas rawatan terakhir, saya risau sebab dia asyik muntah-muntah kerana sebelum ini, dia tak pernah muntah selepas kimoterapi,” katanya.

Nik Zuraidah berkata, dia bercadang memohon kebenaran daripada pihak hospital untuk membawa pulang Muhammad Azim ke rumah mereka di Kampung Keroh, Khamis ini, namun nampaknya tak kesampaian.

“Selepas dua tahun menanggung derita termasuk tiga bulan terakhir terlantar di hospital, saya reda dengan pemergiannya,” katanya selepas pengebumian Muhammad Azim, semalam.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keroh, dekat sini, selepas solat Asar.

Penderitaan Muhammad Azim mula mendapat perhatian ramai apabila kisahnya yang terlantar di hospital disiarkan Sinar Harian pada 22 Februari lalu.

Susulan itu, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan, antaranya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut berkongsi kisah Muhammad Azim dalam laman sosial facebook Menteri Besar Kelantan.

Ketumbuhan pada mata kiri kanak-kanak itu mula dikesan pada pertengahan 2011 dan seolah-olah ‘hidup’ apabila semakin hari semakin membesar hingga terpaksa menjalani beberapa pembedahan dan kimoterapi.

Sementara itu, Nik Zuraidah berkata, keluarganya ada menerima sumbangan daripada masyarakat yang prihatin selepas kisah Muhammad Azim disiarkan dan mengucapkan terima kasih atas bantuan berkenaan.

“Hanya ALLAH sahaja dapat membalas segala jasa dan budi baik semua pihak yang menghulurkan sumbangan dan menziarah Muhammad Azim sepanjang dia berada di hospital,” katanya. - Sinar Harian

Saya tikam mata buaya dengan pisau kata mangsa serangan buaya

MANGSA dibawa ke HUS untuk mendapatkan
rawatan, semalam
Kuching: “Saya tikam mata buaya itu dengan pisau sebelum menyelamatkan diri,” kata mangsa serangan buaya dikenali sebagai Micheal, 43 di Sungai Bako, semalam.

Menurut Micheal, dalam kejadian jam 11 pagi itu, dia yang berasal dari Kampung Jagoi Gunung, Bau pergi ke Sungai Bako berseorangan untuk memancing.

Katanya, sebaik memasang umpan pada mata kail, dia turun ke tebing sungai untuk membasuh kaki dan secara tiba-tiba kakinya digigit sesuatu sebelum ditarik masuk ke dalam sungai.

“Saya yakin benda yang menggigit saya itu buaya dan ia cuba mengheret saya ke tengah sungai. Saya cuba berpaut pada pokok di tebing sungai dan pada masa sama menyepak kepala reptilia itu beberapa kali.

“Ketika bergelut dengan buaya itu, mujur saya teringat pisau disimpan dalam poket seluar dan menggunakannya sebagai senjata menyerang matanya,” katanya ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS). - MyMetro


Apa kata pakar sosial tentang sindrom Gwiyomi


Perlu lebih bijak ikut trend

Kuala Lumpur: Pengaruh hebat beberapa laman sosial terkenal menyebabkan budaya luar diminati, terutama dari Korea Selatan, seperti lagu dan klip video Gwiyomi menjadi fenomena dalam kalangan generasi muda.

Pakar Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, medium itu begitu berpengaruh dalam memanipulasi psikologi golongan sasaran supaya mudah tertarik dengan apa juga dipaparkan.


“Sebenarnya ia cuma rutin tarian biasa, tapi pencetus mahupun penggalak kepada fenomena Gwiyomi platform digunakan seperti YouTube mahupun media sosial tertentu yang diprogram untuk mempopularkan individu, lagu mahupun rutin tarian supaya berjaya meraih perhatian anak muda.

“Ini terutama apabila ada komen memuji ‘wow’, ‘menarik’, ‘terbaik’ dan ‘ya’ untuk setiap paparan menunjukkan aktiviti berkenaan menarik lalu menjadi ikutan mereka.


“Dalam teori sosial sendiri menerangkan apa saja berlaku menjadi hebat serta gempak sebaik majoriti masyarakatnya bersetuju. Situasi ini sama, penerimaan Gwyomi menjadi luar biasa disebabkan dimonopoli golongan muda,” katanya.


Shatar berkata, biarpun tidak menjadi kesalahan orang muda mengikuti trend Korea Selatan itu, mereka perlu lebih selektif dan bijak menyesuaikan budaya baru itu mengikut budaya setempat.

“Apa yang datang dari luar tidak semestinya negatif dan apa sedia ada pada budaya kita tidak semestinya ketinggalan.


“Itu pentingnya kita menyedari kepentingan transformasi sosial yang ditekankan kerajaan supaya ketaksuban budaya luar tidak menjejaskan apa yang bagus sedia ada,” katanya. - MyMetro

Rangka Romeo and Juliet ditemui

Rangka dipercayai pasangan kekasih Romeo and Juliet ditemui di Republik Dominican

RANGKA sepasang kekasih berusia antara 1450 dan 1550 tahun ditemui dalam posisi berpegangan tangan di Republik Dominican.

Dipeti MailOnline, arkeologi dari Cluj-Napoca Institute of Archaeology and History of Art, Adrian Rasu mendakwa, rangka itu kemungkinan milik sepasang kekasih Romeo and Juliet.

“Penemuan ini timbul misteri kerana penguburan sedemikian belum pernah terjadi ketika zaman itu. Rangka lelaki berkenaan dalam keadaan luka parah kerana pinggangnya patah berbanding rangka wanita yang masih sempurna,” katanya.

Beliau berpendapat, pasangan itu disemadikan bersama sebagai penghormatan cinta mereka oleh penduduk kampung ketika itu.- Sinar Harian

Penyu berusia 270 tahun mati di Mesir

Penyu tertua di Zoo Giza, Mesir. alarabalaan.com

Seekor penyu diyakini binatang tertua kedua di dunia mati dalam usia 270 tahun di Zoo Giza, Mesir mengikut laporan akhbar tempatan, Youm 7, Khamis, 25 April 2013. Penyu ini merupakan hadiah dari Raja Farouk yang berkuasa di Mesir pada 1936.

Berita kematian penyu ini telah mendapatkan reaksi pelbagai dari pengguna jejaring sosial Twitter.

Salah seorang tweet di Twitter, "Dengan demikian penyu ini hidup di era pemerintahan Raja Farouk, (Gamal Abdul) Nasser, (Anwar) Sadat, dan (Husni) Mubarak, namun tak mampu bertahan di masa (Mohammed) Mursi."

Zoo Giza dibina pada 1891, dianggap sebagai zoo terbesar di Timur Tengah dan Afrika. Youm 7 dalam laporannya menyebutkan, Si Raja Penyu ini dipercayai sebagai binatang tertua kedua di dunia yang pernah hidup di atas bumi setelah penyu "Adwaita" di Calcutta, India, yang mati pada usia 255 tahun. - tempo

Iron Man 3 penuh drama, konflik dan aksi


PENGGEMAR siri komik Marvel Iron Man pastinya menanti-nantikan kemunculan filem aksi penuh mendebarkan Iron Man 3 yang sudah mula ditayangkan sejak semalam.

Selepas menghadapi tekanan oleh kerajaan, media dan orang awam, untuk dia berkongsi teknologinya bersama tentera. Tony Stark kini kembali dengan musuh yang lebih bahaya.

Tidak seperti dua sekuel terdahulu, Iron Man 3 kini diarahkan oleh Shane Black tidak hanya mempertaruhkan teknologi dan aksi semata-mata tetapi turut menggabungkan konflik dalaman Stark kerana trauma ketika kejadian New York di serang (dalam Avengers) dan keinginan dan emosinya untuk melindungi kekasih hatinya, Pepper Potts.

Biarpun sedikit klise-kisah adiwira yang menyelamatkan cinta sejati, namun kelebihan cerita ini adalah teknologi baru yang dibawakan oleh Stark.

Malah, dalam filem ini, anda juga berpeluang melihat pelbagai jenis 'Iron Man' yang diciptakan Stark yang menjadikan hobi masa lapangnya mencipta dan membuat uji kaji mengenai besi yang melindungi dirinya itu.


Kisah penuh konflik

Perjalanan cerita Iron Man 3 ini telah digarap sebaiknya oleh Black dengan mengimbau kembali siapa Tony Stark pada 1999, seorang hartawan, kaki perempuan dan lelaki pintar yang tanpa sedar telah mewujudkan seorang musuh.

Kerana sikap sambil lewanya dalam semua perkara, Stark tidak sedar bahawa teknologi botani dari bekas kekasihnya sebenarnya mampu mengubah dunia.

Malah, kerana menghampakan seorang lelaki yang begitu meminatinya, Stark telah menyebabkan lelaki tersebut membenci dan berjanji untuk memburunya.

Sikap sambil lewanya juga turut menyebabkan Potts mula terasa hati kerana Stark melebihkan robotnya dalam segala hal, namun dalam masa yang sama, Stark mula mengenal erti cinta sebenar cuba untuk melindungi Potts dari sebarang ancaman bahaya.

Dek kerana ego juga, Stark tanpa sedar telah membahayakan dirinya dan Potts kerana mendedahkan maklumat tempat tinggalnya sehingga menjadi sasaran musuh.

Namun, selepas bertemu dengan seorang kanak-kanak pintar, Stark mula sedar untuk bersikap lebih bertanggungjawab dan mengubah dirinya secara perlahan.

Filem terakhir Downey?

Melihat lakonan Downey kali ini, watak Stark atau Iron Man sememangnya amat bersesuaian dengan lelaki berusia 48 tahun ini.

Biarpun hampir mencecah separuh abad, namun karisma, personaliti yang dimiliki oleh Downey membuatkan dia masih kelihatan tampan dan gagah dalam menjayakan watak Iron Man.

Namun, siapa sangka, Downey sudah membayangkan untuk tidak lagi membawakan watak Iron Man kerana faktor usia yang tidak lagi bersesuaian dengan watak tersebut.

Justeru, tidak hairanlah untuk siri terakhir dari Downey, dia memberikan lakonan yang cukup mantap dan diingati selepas anda meninggalkan pawagam.

Bagi mengetahui keseluruhan jalan cerita - dapatkah Stark melawan rasa traumanya? Dapatkah dia melindungi Potts dari bahaya? Berjayakah dia menumpaskan musuh yang sebenar, saksikan filem ini di pawagam.

Nasihat penulis, sebaik 'ending credit' naik melintasi skrin, jangan tinggalkan pawagam terlebih dahulu kerana ada penampilan khas yang akan bersama Stark pada penghujung cerita.


Iron Man 3

PENGARAH: Sean Black
PELAKON: Robert Downey Jr Gwyneth Paltrow, Don Cheadle, Guy Pearce, Rebecca Hall, Stephanie Szostak, James Badge Dale with Jon Favreau dan Ben Kingsley.
GENRE: Aksi/Pengembaraan
DURASI: 131 minit
KLASIFIKASI: P13
TAYANGAN: 26 April 2013

Sinar Harian


20 peserta Miss Korea miliki wajah sama


Korea Selatan dikenali sebagai negara yang mempunyai perniagaan pembedahan plastik terkenal dan sudah menjadi hal lazim bagi warganya. Tampaknya pembedahan plastik juga sudah merebak hingga ke acara pemilihan ratu cantik.

Kini di internet sedang dihebohkan oleh foto 20 peserta miss Korea 2013 yang berwajah seumpama diklon. Seorang user di laman Reddit bernama ShenTheWise yang memuat naik foto itu. "Pembedahan plastik Korea akhirnya memusat pada wajah yang sama," tulisnya dalam caption foto.

Para netizen yang melihat merasa setuju 20 gadis cantik tersebut mempunyai wajah sangat mirip. Bagaimana tidak? Mereka mempunyai bentuk mata, hidung dan senyum yang sama. Tidak hairan mereka berdebat hingga mencapai 3 ribu komen untuk membincangkan apakah para peserta tersebut berwajah sama kerana pembedahan plastik.

"Inilah yang disebut dengan wajah plastik orang Korea," komen seorang netter. "Di beberapa wilayah di Seoul kamu akan berfikir semua orang bersaudara kerana mereka jadi mirip akibat operasi plastik."

"Aku tinggal di Korea dan banyak orang-orang tua mengeluhkan betapa para gadis muda tidak kelihatan serupa orang Korea lagi kerana pembedahan plastik," tambah user bernama Forevertraveling. "Oleh sebab itu setiap kali aku bertemu gadis aku fikir dia sudah melakukan pembedahan."

Bukan hanya tahun ini, Miss Korea 2012 Yu-Mi Kim juga sempat menjadi kontroversi apabila gambar wajahnya ketika masih sekolah beredar di internet. Ketika itu wajahnya tampak sangat berbeza dengan penampilannya sekarang. Akibatnya kemenangannya dianggap tidak adil kerana dia telah menjalani pembedahan plastik. - wk

Wanita diculik along sempat SMS suami


Johor Bahru: Tindakan pantas seorang suri rumah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suami menyelamatkannya daripada dilarikan along.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata polis juga berjaya menahan penjenayah terbabit.
Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, wanita berusia lingkungan 30-an itu didatangi empat lelaki dipercayai along menuntut hutang suaminya di Kampung Suria Muafakat, di sini.


Ugut bawa lari ke KL

Mereka juga meminta mangsa membayar sekurang-kurangnya RM500 dan jika gagal, dia akan dibawa ke Kuala Lumpur, katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Zainuddin berkata, akibat gagal menjelaskan bayaran itu, kumpulan terbabit memaksa wanita berkenaan masuk ke dalam sebuah kereta.

Bagaimanapun, wanita itu sempat menghantar SMS kepada suaminya termasuk memaklumkan jenis kenderaan dan nombor pendaftarannya. Suami mangsa yang bekerja di Larkin segera menghubungi polis.
Polis berjaya mengesan kereta suspek di Taman Nusa Idaman, Bukit Indah di sini,jam 6.45 petang, katanya.

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman di lokap IPD Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut.

Polis menemui beberapa senjata seperti kayu panjang, dua rotan dan satu buku lima dalam kereta suspek yang dipercayai digunakan untuk tujuan kekerasan ketika menuntut hutang, katanya.

Beliau berkata, mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan serta Seksyen 384 kerana menculik dan melakukan ugutan serta pemerasan. - BH

Malaysia ke-13 makan mi segera paling banyak di dunia


KUALA LUMPUR 26 April - Buat pertama kalinya jualan produk mi segera telah mencecah 101 bilion paket pada tahun lalu, menurut Persatuan MI Segera Dunia (WINA) yang berpangkalan di Jepun.

China (termasuk Hong Kong) merupakan pengguna yang tertinggi dengan merekodkan 44 bilion paket tahun lalu.

Tempat kedua ialah Indonesia dengan 14.1 bilion diikuti Jepun selaku pengasas mi segera dengan 5.4 bilion.

Malaysia menduduki tempat ke-13 pada 2012, dengan permintaan ke atas makanan segera itu sebanyak 1.3 bilion.

Vietnam, India, Amerika Syarikat dan Korea ialah negara yang mempunyai permintaan yang lebih tinggi berbanding Malaysia.

Selain itu ialah Thailand, Filipina, Brazil, Rusia dan Nigeria berdasarkan kedudukan semasa yang dikeluarkan oleh persatuan itu menerusi laman sesawangnya. - UTUSAN


Kumpulan ajaran sesat bakar bayi hidup-hidup


Santiago: Polis Chile semalam menahan empat orang yang dituduh membakar seorang bayi hidup-hidup dalam satu upacara kerana pemimpin ajaran sesat itu percaya akhir zaman semakin hampir dan bayi terbabit adalah seorang antiChrist.

Bayi berusia tiga hari itu dibawa ke bukit di bandar Colliguay dekat pelabuhan Valparaiso, Chile pada 21 November lalu dan dibaling ke dalam unggun api. Ibu bayi terbabit, Natalia Guerra, 25, didakwa membenarkan pengorbanan itu dilakukan dan antara suspek yang ditahan.


“Bayi itu bogel. Mereka melekatkan pita di mulutnya untuk mengelak dia menjerit. Kemudian mereka meletakkannya di atas papan. Selepas memanggil roh mereka melontarnya ke dalam unggun api,” kata Miguel Ampuero daripada unit Siasatan Polis.

Pihak berkuasa berkata, kumpulan ajaran sesat itu ditubuhkan pada 2005 dan diketuai oleh Ramon Gustavo Castillo Gaete, 36, yang masih bebas.


“Setiap anggota ajaran sesat itu terdiri daripada golongan profesional. Kami ada pakar veterinar dan juga yang bekerja sebagai kru kabin, penerbit filem dan pendraf. Setiap orang memiliki ijazah universiti,” katanya ketika ditemui, semalam. 

Anggota polis berkata, ketua rangkaian berkenaan, Castillo Gaete kali terakhir dilihat membuat perjalanan ke Peru untuk membeli ayahuasca, tanaman halusinogenik yang digunakannya untuk mengawal anggota kumpulan terbabit. - AP

Asia berjaga-jaga penularan selesema H7N9

 
BEIJING - Pihak berkuasa di beberapa negara Asia mengetatkan saringan terhadap pelancong dari China dalam usaha mengekang penyebaran virus selesema burung H7N9 di negara masing-masing.

Sehingga kini, H7N9 telah menjangkiti 109 orang di China sejak virus itu mula dikesan pada Mac lalu dengan 23 orang maut.

Terkini, penyakit maut itu telah menjangkiti seorang warga Taiwan.

Susulan perkembangan tersebut, pihak berkuasa Taiwan memberitahu, mereka akan melakukan ujian kesihatan ke atas pelancong di pintu masuk lapangan terbang yang menunjukkan simptom seperti panas badan atau demam.

Pihak berkuasa Vietnam mula menyaring suhu badan penumpang di lapangan terbang negara itu manakala kerajaan Jepun akan membenarkan pihak berkuasa lapangan terbang dan pelabuhan memeriksa suhu badan pelawat dari China bermula bulan depan.

Di Thailand, Menteri Kesihatan Pradit Sintawanarong berkata, negara itu perlu meningkatkan langkah berjaga-jaga dengan pelan menangani wabak itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Yingluck Shinawatra tidak lama lagi.

"Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat risiko virus H7N9 merebak ke Thailand," kata Sintawanarong.

Dalam pada itu, di Singapura, institusi-institusi kesihatan di pulau tersebut kini diletakkan dalam keadaan siapsiaga berhubung penularan wabak H7N9.

Langkah tersebut dilaksanakan sehari selepas seorang pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan, virus H7N9 merupakan virus selesema burung yang paling berisiko membawa maut kepada manusia.

Setakat ini, jangkitan virus berbahaya itu dilaporkan berpunca daripada unggas yang sakit manakala saintis-saintis semakin hampir untuk mengesahkan sama ada H7N9 turut merebak daripada manusia kepada manusia. - Reuters

Presiden Uganda derma seguni wang tunai

Seorang pemuda (kanan) kelihatan gembira sambil menjunjung sejumlah wang di dalam satu guni di atas kepala selepas menerimanya daripada Museveni.

KAMPALA - Presiden Uganda, Yoweri Museveni mendermakan satu guni wang tunai kepada sebuah pertubuhan belia tempatan, Busoga Youth di timur negara itu.

Wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM303,649) itu bertujuan untuk pelbagai aktiviti pembangunan belia.

Karung berisi wang itu diserahkan kepada Menteri Kebajikan Belia dan Kanak-Kanak, Ronald Kibuule sebelum disampaikan kepada wakil pertubuhan belia berkenaan pada satu majlis di ibu kota Uganda di sini.


Penyerahan derma itu pada hujung minggu lalu telah menjadi buah mulut di Uganda sekali gus meningkatkan populariti Museveni.

Bagaimanapun, pihak pembangkang menuduh Presiden itu menggunakan derma tersebut untuk membeli sokongan golongan belia pada pilihan raya akan datang. - Agensi


Terdapat 425,504 jawatan kosong dalam sektor swasta di seluruh negara


SEGAMAT - Sebanyak 425,504 kekosongan jawatan meliputi bidang pengurusan, profesional dan pekerja asas terdapat dalam sektor swasta yang menawarkan gaji antara RM900 hingga RM3,000 sebulan, di seluruh negara ketika ini.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Mohd. Asri Abdul Wahab berkata daripada jumlah itu, sebanyak 311,168 kekosongan adalah dalam bidang pekerja asas, operator (35,109), perkhidmatan dan jualan (25,763), tenaga profesional (11,387) dan pengurusan (2,908).

"Selebihnya adalah terdiri daripada bidang perkeranian, pekerja mahir pertanian, perhutanan, perikanan dan pertukangan,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran program 1Malaysia Support For Housewive (1MS4HW) dan Karnival Azam Kerja Malaysia di Dataran Segamat di sini semalam.

Program yang dihadiri kira-kira 2,000 orang itu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Mohd Asri menjelaskan, di Johor sahaja terdapat 83,666 kekosongan yang belum diisi.

Mengenai program 1MS4HW, Mohd. Asri berkata sehingga 10 April lalu sebanyak 5,737 orang wanita berkahwin menyertai program tersebut yang menyasarkan 40,000 akan memperoleh pekerjaan melalui program tersebut, sepanjang tahun ini.

Katanya, sempena program itu, sebanyak 32 syarikat swasta di daerah ini menawarkan sejumlah 3,243 kekosongan jawatan dalam pelbagai kategori yang didaftarkan ke Jabatan Tenaga Kerja.

Dari jumlah tersebut katanya, 647 kekosongan adalah pekerja siswazah dan 2,596 orang bukan siswazah yang menawarkan gaji antara RM900 hingga RM3,000 sebulan.

Beliau menasihatkan pencari kerja di negara ini supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dan bersedia menerima sebarang tawaran kerja. - Bernama

Kerana cinta seorang wanita murtad 21 tahun


Seremban: Dua puluh satu tahun lamanya dia tersesat apabila keluar daripada Islam dan menganut agama lain semata-mata kerana cinta, namun kini lafaz kesyukuran tidak putus diungkapkan kerana Allah tetap mengurniakan hidayah untuk dia kembali ke pangkal jalan.

“Syukur Allah membuka pintu hati saya kembali kepada Islam selepas menziarah ibu yang sakit hujung bulan lalu. Ketika itu, terdetik di hati bagaimana saya mahu membaca surah Yasin sekiranya ibu bapa saya meninggal dunia kelak. “Persoalan itu yang akhirnya membawa saya kembali kepada Islam selepas 21 tahun menganuti agama lain,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Ros, 46.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia bertindak bodoh keluar daripada Islam selepas mahu berkahwin dengan suaminya yang kini berusia 50-an walaupun mendapat tentangan keluarga.

“Kerana cinta, saya ketepikan perasaan keluarga dan berkahwin di sebuah gereja di Kluang, Johor. Ketika itu saya mengambil keputusan tanpa berfikir panjang dan nekad memeluk agama dianuti suami saya,” katanya.

Bagaimanapun, kata Ros, tindakannya kembali kepada Islam menghadirkan dugaan amat hebat apabila suaminya kini mengganggunya, malah dia terpaksa berpisah dengan dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya yang berusia 11 hingga 20 tahun. - MyMetro



5 kes kematian aneh yang pernah terjadi


Semua orang akan mati kerana mati adalah akhir dari perjalanan hidup. Namun tentu  tiada seorang pun manusia yang ingin meninggal dunia dalam keadaan yang aneh atau tak wajar.

Ternyata ada beberapa orang yang meninggal dunia secara aneh. Berikut 5 kematian yang aneh di dunia seperti yang diambil dari Oddee.com, Selasa (23/4/2013)

1. Meninggal ketika mengambil gambar pra-perkahwinan

Seorang wanita meninggal semasa menjalani penggambaran pre-wedding-nya sendiri pada bulan Ogos 2012. Wanita ini terjatuh dari tebing yang ia pilih sebagai background untuk foto perkahwinannya.

Ia terjatuh dalam keadaan masih memakai pakaian pengantin dan hanyut ke air terjun Dorwin Falls di Rawdon, utara Montreal, Kanada. Mayatnya ditemui empat jam kemudian.

2. Terjun ke dalam sungai penuh piranha

Dalam keadaan mabuk, seorang remaja berusia 18 tahun dari Bolivia melompat dari kenunya dan terjun ke dalam sebuah sungai yang dipenuhi ikan piranha. Ia meninggal dalam keadaan mengerikan kerana ratusan gigitan yang ditemui pada tubuhnya.

Polis menduga remaja itu sengaja bunuh diri kerana ia adalah seorang nelayan yang tahu sungai itu penuh dengan piranha yang  memakan daging.

3. Tidak sengaja disuntik sup

Ilda Vitor Maciel dari Rio de Janeiro meninggal dunia pada bulan September 2012 pada usia 88 tahun. Ironisnya, wanita ini meninggal kerana jururawat tak sengaja menyuntik cecair sup ​​ke dalam lengan kanan si nenek, bukannya ke infusion.

Anak perempuan Maciel yang ketika itu bersamanya ketika si jururawat menyuntik ibunya memberitahu ibunya mulai menggeliat-geliat dan menjulurkan lidahnya keluar. 12 jam kemudian ibunya meninggal.

4. Mati kerana threesome semasa bersetubuh

William Martinez meninggal dunia pada bulan Mac 2009 ketika tengah threesome bersama seorang wanita yang bukan isterinya dan seorang lelaki.

5.  Mati dihiris pisau pemotong rumput

Seorang lelaki berusia 40-an meninggal dunia ketika tengah asyik memotong rumput di pekarangan rumahnya sendiri di Sweden bahagian selatan. Kata salah seorang saksi, lelaki itu memotong rumput di dataran yang cukup curam dalam keadaan mesinnya masih berjalan.

Akibatnya ia terjatuh dan tubuh lelaki ini tak sengaja masuk ke bahagian bawah mesin lalu ia pun meninggal akibat dihiris pisau-pisau yang ada di bawah mesin.

detik.com

Lelaki ini memasak dan makan jarinya sendiri


Seorang lelaki dari Britain telah kehilangan satu jari setelah terlibat kemalangan motor. Namun bukannya membuang atau menanam jarinya, David Playpenz telah memasak dan memakannya.

Lelaki dari Colchester, Essex, ini mengaku sudah lama ingin tahu bagaimana rasanya daging manusia. Namun kerana memakan daging orang lain adalah haram membuatkan dia tidak pernah melakukannya. Akhirnya setelah membawa pulang jarinya tersebut David memutuskan untuk memakannya dan menyimpan tulangnya sebagai souvenir.

"Aku tahu ini kedengaran gila, tapi itu bukan hanya rasa ingin tahu yang yang menjadi alasanku memakan jariku sendiri," ucap David pada majalah Love it!. "Aku pun memutuskan demikian. Jika aku memakan dagingku sendiri dan menyimpan tulangnya maka aku tidak akan merasa kehilangan sebahagian diriku."

David mengalami kemalangan motor yang menyebabkan jarinya menghitam sehingga terpaksa dipotong. Selepas dua hari rawatan ia meminta kepada doktor untuk membawa pulang jari yang telah dipotong. Seelah pulang David terus pergi ke dapur untuk memasak potongan jarinya sendiri.

Cara memasaknya adalah dengan merebus terlebih dahulu agar tidak merosakkan tulangnya. David juga memutuskan tidak memakai perasa agar rasa dagingnya benar-benar yang asli. Bukan hanya untuk kepuasan peribadi, ia pun mempamerkan foto hasil masakannya tersebut di Facebook.

Berbagai macam reaksi yang diterima David. Beberapa temannya mengatakan keputusannya itu menjijikkan sedangkan lainnya menganggap itu biasa-biasa saja. Namun David meyakinkan bahawa memakan daging sendiri tidak menjadikannya kanibal yang ingin makan daging manusia terus-menerus.  - wk



Peniaga kacang rebus gembira hasil jualan mencecah RM1000 untuk satu malam


SHAH ALAM - Pilihan raya merupakan musim limpahan rezeki dan ia terbukti apabila ramai peniaga kacang kuda rebus mencatat hasil jualan sehingga RM1,000 untuk satu malam.

Seorang peniaga bahan kudapan itu, Muhammad Azmi Harun, 48, memberitahu, kebiasaannya dia berniaga di pasar malam dengan pendapatan antara RM200 hingga RM300 satu malam.

"Masa ceramah politik waktu malam, saya boleh dapat sampai RM500 dan jika ada pemimpin besar yang datang, saya boleh dapat sampai RM1,000 untuk satu malam," katanya ketika ditemui pada satu majlis ceramah politik di sini semalam. - Kosmo

Majlis perkahwinan sepasang kekasih bertemakan zombie


Sepasang kekasih memilih konsep perkahwinan yang sangat unik. Mereka berkahwin dengan berpakaian sebagai mayat hidup atau yang biasa disebut zombie.
Jennifer Jones dan Rob Blackmore adalah peminat filem horror dan mereka membuat inisiatif berpenampilan seperti zombie di majlis pernikahan mereka.

Blackmore mengatakan bahawa dia gemar menonton filem zombie. "Sejak saya masih kecil sudah senang melihat filem zombie," ungkap Blackmore, seperti dilapor Mirror, Khamis (25/4/2013).

"Game zombie pertama yang saya mainkan adalah Resident Evil. Sejak dari itu saya menjadi penggemar zombie," tambah lelaki berusia 31 tahun ini.

Selain konsep perkahwinan yang unik, urusetia pernikahan juga memberikan undangan kepada pemain bola sepak Luis Suarez untuk menghadiri majlis perkahwinannya setelah dia menggigit pemain Chelsea, Brainslav Ivanovic di pertandingan Liga Premier pada 21 April.

Lebih dari 250 orang datang ke majlis perkahwinan di Gereja One Mayfair di pusat bandar London. Pasangan kekasih dari Stockbridge, Liverpool, Inggeris ini dapat mewujudkan perkahwinan impiannya tersebut setelah memenangi pertandingan sempena pelancaran game zombie terbaru, Dead Island Riptide.

Jones dan Blackmore berjaya mengalahkan puluhan pasangan yang mengikuti pertandingan Dead Island Riptide tersebut.

Game Dead Island Riptide akan disediakan untuk Xbox 360, PS3 dan platform PC, dan mula dijual pada 26 April.

okezone


Majalah People nobat Gwyneth Paltrow wanita paling cantik dunia


Pemenang Anugerah Oscar, Gwyneth Paltrow, 40, dinobatkan oleh majalah People sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia bagi tahun 2013 semalam.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu mengakui, rutin senaman yang diamalkan banyak membantunya mengekalkan bentuk badan seiring dengan peningkatan usia.

"Ketika mula-mula melakukan senaman, saya sering memandang rendah terhadap keupayaan saya tetapi lama-kelamaan saya mula menyukainya.

"Ia mampu membuatkan saya berasa lebih cantik dan bertenaga," ujarnya.

Paltrow bakal kembali ke layar perak menerusi filem terbaharunya, Iron Man 3 yang bakal menemui penonton pada bulan hadapan. - Reuters

Foto kilang runtuh di Bangladesh yang meragut 127 nyawa

SAVAR (Bangladesh): Seramai 127 orang terbunuh manakala lebih 1,000 parah apabila sebuah kilang pakaian tiba-tiba runtuh di sini, semalam.

Pasukan bomba dan anggota penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap di celah-celah runtuhan konkrit dengan kebanyakan mereka menjerit meminta pertolongan.

“Seluruh bangunan kilang tiba-tiba runtuh dalam hanya beberapa minit. Kebanyakan pekerja tidak sempat melarikan diri,” kata ketua jabatan bomba dan penyelamat, Ahmed Ali.

“Ketika ini, usaha menyelamat masih diteruskan berikutan terdengar suara mangsa yang menangis dan menjerit meminta tolong,” katanya. - AFP











Daily Mail


Harga emas turun, wanita Kelantan serbu kedai emas

ORANG ramai mengunjungi sebuah kedai emas untuk membeli barangan kemas di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Di sebalik kehangatan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sini, orang ramai khususnya kaum wanita Kelantan tidak melepaskan peluang membeli barangan kemas berikutan harga emas turun sejak minggu lepas.

Harga emas jenis 916 yang menjadi pilihan ramai turun kepada RM380 bagi 2.7 gram berbanding RM420 untuk 2.7 gram sebelumnya.

Harga emas di pasaran dunia yang dicatatkan semalam ialah RM140 satu gram.

Tinjauan di sekitar bandar Kota Bharu seawal pukul 9 pagi semalam mendapati pengunjung mula membanjiri kedai-kedai emas, malah ada yang sanggup beratur sebelum waktu perniagaan bermula.

Pekerja sebuah kedai emas di Jalan Post Office Lama di sini, Wan Ahmad Salihan Wan Mohd Zaki berkata, orang ramai mula menyerbu kedai milik keluarganya itu selepas berita harga emas turun disiarkan akhbar pada minggu lepas.

Susulan itu, Wan Ahmad Salihan berkata, operasi kedai itu yang ditutup pukul 5.30 petang setiap hari kini dilanjutkan sehingga pukul 7 malam.

Antara yang menjadi pilihan pelanggan ialah rantai, gelang dan loket selain barangan kemas yang ditempah mengikut kehendak mereka. - Kosmo