Rihanna upload foto penari boge! di Instagram


Rihanna memang juara membuat sensasi. Baru-baru ini dia memuat naik foto tiga penari bogel di akaun Instagramnya.

Rihanna menggambarkan foto itu dengan caption "I love my job #3girlzon1ph***inpole". Foto ini diambil ketika dia berpesta di Calgary jumaat lepas.

Di foto lain, tampak penari bogel itu posing dengan menunjukkan bahagian depan tubuhnya. Manakala di foto lain ada penari yang memamerkan punggungnya.

Namun foto itu hanya dimuat naik beberapa saat saja, kerana selepas itu Rihanna telah memadamkannya.

 "Ini sangat buruk," tweet Rihanna kemudian. Namun sayang, foto sensual itu sudah tersebar luas. - wowkeren


Sabah diceroboh: Lelaki Bergelar Datuk Seri dicari bantu kes Op Daulat

Hamza menunjukkan gambar lelaki yang bergelar "Datuk Seri" pada sidang media di Felda Sahabat pada Ahad. Foto MUGUNTAN VANAR / THE STAR

LAHAD DATU - Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

Beliau berkata tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.

Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - Bernama


Gambar Lisa Surihani disalah guna sebuah syarikat produk kecantikan


SELEPAS kes kecurian wang dari bank, pelakon jelita Lisa Surihani kini berhadapan dengan masalah lain apabila gambarnya digunakan tanpa kebenaran oleh sebuah syarikat produk kecantikan luar negara.

Menurut Lisa, gambarnya telah disalah gunakan untuk melariskan produk mereka.

Melalui laman Facebook, Lisa berkata, dia sudah memberi amaran kepada syarikat tersebut agar tidak terus mempergunakan dirinya.

"Saya masih duta produk Garnier dan saya berharap agar pihak berkenaan memperbetulkan kenyataan mereka mengenai isu ini," kata Lisa. - Sinar Harian


Penduduk nekad gantung motosikal penyangak atas pokok kekabu

Pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan untuk melihat motosikal yang tergantung.

KUALA TERENGGANU - Pengguna di laluan utama Darat Batu Rakit menghala ke Tepoh di Kampung Wakaf Chagak, di sini,  gempar  apabila melihat sebuah motosikal yang digantung pada pokok kekabu, di sini.

Tidak cukup menggantung motosikal berkenaan, penduduk turut meletakkan satu nota pada  pokok  dengan mendakwa pemilik motosikal sebagai 'kaki pecah rumah, kaki curi motosikal, kaki curi lembu dan sebagainya'.

Motosikal  dipercayai milik penjenayah yang cuba memecah masuk sebuah rumah penduduk di sini, namun terpaksa membatalkan hasratnya apabila mengetahui tindakanya ketahui penduduk terus melarikan diri tanpa sempat mengambil motosikal  ditinggalkan tidak jauh dari  tempat kejadian.

Menurut seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Din, tujuan penduduk  menggantung motosikal  berkenaan adalah untuk memberi pengajaran kepada penjenayah terbabit, meskipun gagal menangkapnya.

“Penjenayah ini sememangnya diketahui sering terlibat dalam pelbagai kegiatan tidak bermoral di kampung, namun kerana tiada bukti kukuh, dia sering terlepas hukuman.

“Namun, kami ingin memastikan dia (penjenayah) sedar bahawa segala tindakan dan kelakuannya sering menjadi perhatian dan kami akan memastikan dia akan menerima hukuman yang setimpal nanti,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sinar Harian turut difahamkan penjenayah terbabit yang juga penduduk di kampung berkenaan sering keluar masuk penjara  itu masih mengulangi kesalahan sama.

Tindakan  nekad penduduk yang menggantung motosikal pada sebatang pokok di jalan utama adalah untuk memberi peringatan kepada penjenayah yang lain bahawa penduduk sememangnya sentiasa bersatu hati bagi memerangi gejala tidak bermoral terutamanya kes pecah rumah yang sering berlaku di kampung berkenaan. - Sinar Harian


Remaja 14 tahun terjun kereta elak dirogo!


ALOR GAJAH 30 Mac - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menerima tujuh jahitan di kepala setelah dia nekad terjun dari sebuah kereta bagi mengelak dirogol, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan lelaki berusia 17 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Perdana Jernih, Kuala Sungai Baru menaiki sebuah motosikal.

Menurutnya, motosikal yang dinaiki kedua-dua remaja itu bagaimanapun kehabisan minyak menyebabkan mereka terpaksa berhenti di tepi jalan sementara menunggu bantuan bapa remaja lelaki itu.

"Semasa sedang menunggu, sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna jingga berhenti dan pemandunya menawarkan bantuan untuk menghantar mangsa pulang ke rumah.

"Mangsa kemudian bersetuju menumpang kereta itu kerana mendapati ada seorang remaja perempuan turut berada dalam kenderaan tersebut yang didakwa suspek sebagai anaknya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Umar Ali berkata, rakan lelaki mangsa pula tidak menaiki kereta tersebut kerana menunggu kehadiran bapanya yang akan datang membawa petrol untuk motosikalnya.

Katanya, setelah beredar, pemandu kereta itu tidak menghantar mangsa terus pulang ke rumah dengan memberi alasan sudah terlambat menghantar anaknya ke sekolah.

"Setelah menghantar anaknya ke sekolah, suspek memandu ke arah Linggi dan enggan menghantar mangsa pulang, malah mula bercakap perkara lucah menyebabkan mangsa bimbang," katanya.

Menurutnya, kira-kira 12 kilometer selepas itu, mangsa nekad terjun dari kenderaan berkenaan setelah cubaannya membuka pintu kereta tersebut gagal kerana berkunci.

Berikutan tindakan beraninya itu, beliau berkata, mangsa cedera di kepala dan terpaksa menerima tujuh jahitan, selain lebam dan luka di badan.

Tambahnya, polis yang menerima laporan mengenai kes itu telah menahan suspek pada pukul 5 petang hari yang sama di sekitar Kuala Sungai Baru.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan seseorang dengan niat hendak mengurung dengan sulit dan dengan salah. - Utusan Malaysia



Sabah diceroboh: Pengganas Sulu lepas geram

JABBARmenenangkan isterinya, Norhaya yang sedih melihat rumah kedaimereka yang musnah angkara pengganas di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu semalam
LAHAD DATU - Kehidupan kira-kira 1,400 penduduk di Kampung Tanjung Labian di sini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila mereka terpaksa menghadapi masa depan suram dan beban hutang gara-gara pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Februari lalu.

Selepas sebulan meninggalkan rumah dan menghuni pusat pemindahan ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu, sebahagian penduduk dibawa memasuki kawasan kampung itu sebelum dikejutkan dengan penemuan banyak harta masing- masing yang musnah terbakar atau dirosakkan.

Tidak cukup dengan rumah, kedai runcit dan bengkel kenderaan, peralatan untuk mencari sesuap nasi seperti bot nelayan turut dimusnahkan.

Sedih dengan apa yang dilihat, beberapa orang penduduk meraung, menangis, menjerit, terduduk dan bertakbir.

Siti Aminah Hiya, 21, berkata, kehidupannya kini sudah tidak bermakna apabila rumah yang dihuni beberapa tahun lalu musnah.

Lebih memburukkan keadaan apabila bot dan enjin yang diguna oleh suami ke laut menangkap ikan turut terbakar.

"Bot dan enjin ini saya dapat hasil pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM1,500 beberapa bulan lalu dan baru sekali saya bayar balik pinjaman.

"Sekarang bot sudah hancur, bagaimana saya dan suami hendak mencari rezeki bayar balik pinjaman? Rumah juga dibakar dan apa yang ada sekarang hanyalah baju yang kami pakai ini," katanya. - Kosmo


Inilah pizza paling pedas di dunia

Pizza Saltdean Sizzler

Pizza dikenali dengan rasanya yang tersendiri dan biasanya tidak begitu pedas, namun berbeza dengan yang satu ini. Dinamakan Saltdean Sizzler, pizza ini didakwa sebagai yang paling pedas di dunia. Pedasnya menyamai 3 kali ganda cili terpedas di dunia.

Paul Brayshaw yang membuat pizza terpedas itu di restoran Paul Pizza di Britain. Ketika membuka restorannya sendiri Paul terfikir untuk membuat menu unik dan tercetuslah idea pizza pedas. Akhirnya ia menggabungkan cili terpedas dengan pasta sambal dan ekstrak cabai.

Menu itu dijual Paul sejak tahun lalu dan sudah berjaya dijual 1300 keping. Namun hanya ada 8 lelaki dan seorang perempuan yang berjaya menghabiskan pizza tersebut. Jumlah itu hanya 0.1 peratus dari seluruh pembeli yang menempah pizza dan Paul sendiri hanya sanggup makan 2 potong.

Hanya 8 lelaki dan seorang perempuan yang mampu menghabiskan pizza ini

Lelaki berusia 32 tahun itu telah mengemukakan pizzanya untuk direkodkan Guinness Book of Records. Ia mengaku pedasnya mempunyai nilai 1 juta dalam skala Scoville. Namun setelah diuji Warwick University diketahui nilai sebenarnya adalah 3.2 juta Scoville.

"Tidak ada kenikmatannya. Hanya rasa pedas yang tak tertahan. Saya sangat takut ketika menelannya," ungkap seorang pembeli, Christopher Barnard. "pedasnya reda dalam 20 minit tapi kemudian perut mula terasa seperti dihancurkan. Saya tidak mahu makannya lagi." - wowkeren


LIMA diiktiraf ketiga terbesar selepas pertunjukan udara Farnborough, Paris


Pertunjukan Aerobatik
Pengunjung menyaksikan lebih dekat pertunjukan aerobatik pada hari terakhir Lima 2013, hari ini.- Foto Bernama
  
LANGKAWI: Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) 2013 kini diiktiraf sebagai pameran pertahanan yang ketiga terbesar di dunia, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, LIMA 2013 kini di tempat ketiga selepas Pertunjukan Udara Farnborough di United Kingdom dan Pertunjukan Udara Paris di Lapangan Terbang Le Bourget.
Ahmad Zahid juga meminta pihak yang memperkecil LIMA dengan dakwaan kononnya pameran itu semakin tidak mendapat sambutan serta jumlah aset pertahanan seperti kapal terbang dan kapal perang yang hadir semakin kurang, supaya datang sendiri ke pameran berkenaan pada masa akan datang.


"LIMA kita unik pasal di tempat lain mereka pisahkan pameran udara dan maritim, tetapi di sini, kita gabungkan aeroangkasa dan maritim sekali, ini adalah kejayaan yang cukup besar negara kita," katanya pada majlis penutup LIMA 2013.

Pameran LIMA, antara lain, menghimpunkan pembuat keputusan pertahanan dan perdagangan serta pemain utama industri pertahanan.

Russian Knight dari Tentera Udara Rusia
Pesawat dari pasukan Russian Knight dari Tentera Udara Rusia semasa memulakan pertunjukan aerobatik pada hari terakhir Lima 2013. - Foto Bernama

Ahmad Zahid berkata, matlamat LIMA 2013 sudah tercapai dan pameran itu mencatat kehadiran lebih 40,000 pelawat profesional serta pedagang selain menarik 632 petugas media iaitu 337 tempatan dan 295 antarabangsa.

Jumlah pengunjung, termasuk penduduk tempatan dan pelancong, yang menghadiri LIMA ialah 180,000 orang.

Pertunjukan Udara Farnborough tahun lalu menarik 100,000 pelawat profesional dan pedagang serta 109,000 pengunjung tempatan.

Beliau mengakui ruang dalaman Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri kini agak sempit dan perlu diperluas bagi menampung jumlah pempamer yang semakin bertambah sehingga menyaksikan perasmian LIMA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin terpaksa dilakukan di tarmac.

"Pusat ini akan dinaik taraf sepenuhnya kelak dan kerajaan telah membelanjakan RM25 juta untuk kerja naik taraf serta meningkatkan kemudahannya dalam fasa pertama tahun ini", katanya. - BERNAMA


Antara Super Hornet, Typhoon, Rafale, Sukhoi, jet pejuang manakah menjadi pilihan TUDM

Sukhoi SU-35

KUALA LUMPUR 29 Mac - Dalam keghairahan orang ramai melihat pertunjukan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013, tanpa disedari berlaku ‘peperangan sengit’ di belakang tadbir melibatkan syarikat pengeluar pesawat tempur.

Peperangan yang dimaksudkan adalah pertarungan sengit untuk memenangi kontrak penggantian pesawat pejuang MiG29 yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika ini.

Antara pesawat yang kini sedang menunjukkan keupayaannya unik mereka di LIMA 2013, sekali gus cuba memikat hati TUDM adalah Sukhoi SU-35 (Russia), Dassault Aviation Rafale (Perancis), Eurofighter Typhoon (Britain), FA-18F Super Hornet (AS) dan JAS Gripen (Sweden).\

Dassault Aviation Rafale

Daripada lima buah pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) berkenaan, Dassault Aviation Rafale, Eurofighter Typhoon dan FA-18F Hornet dilihat begitu menonjol dalam usaha melobi kontrak berkenaan.

Typhoon merupakan pesawat terbaik dengan mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih tetapi harganya yang boleh mencecah RM3 bilion sebuah telah membuatkan kerajaan mungkin perlu menimbangkan pilihan lain.

Manakala Rafale yang merupakan pesaing terdekat Typhoon menawarkan kelebihan dari segi harga yang lebih murah. Baru-baru ini, kerajaan India sedang menimbang untuk pembelian 126 pesawat itu dengan nilai AS$10 bilion atau bersamaan RM30 bilion.

FA-18F Hornet

Sementara itu, pilihan ketiga iaitu FA-18F pula mempunyai syarat yang terlalu ketat, terutamanya dari segi teknologi dan kod sumber (source code) yang tidak mudah untuk dipindahkan kepada pembeli pesawat.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan untuk melupuskan 16 pesawat MIG 29N yang dibeli dari Rusia pada 1995 pada kos AS$381 juta dengan menjualnya kepada negara yang berminat.

Keputusan berkenaan dibuat berikutan kos penyelenggaraan yang tinggi dan jika dilupuskan kerajaan akan jimat sebanyak RM260 juta setahun.

Eurofighter Typhoon

Kontrak berkenaan bukan hanya tertakluk kepada urusan jual beli semata-mata, tetapi kerajaan juga ingin melihat kepada tawaran timbal balik yang boleh diberikan oleh syarikat pengeluar berkenaan seperti pemindahan teknologi.

Ini bermakna tawaran mereka bukan hanya fokus kepada teknologi dan harga yang kompetitif tetapi pulangannya kepada keseluruhan industri pertahanan negara.

Pemilihan pesawat baharu menggantikan MIG 29N perlu memberi keutamaan kepada pesawat strategik yang berupaya melakukan penerbangan jarak jauh dan pesawat medium seperti MRCA. - Utusan Malaysia


Besi cerucuk seberat 10 tan hempap kereta, seorang lelaki maut

KEADAAN dua kenderaan yang remuk selepas dihempap cerucuk besi di Jalan Lapangan Terbang Subang, malam ini. Dalam kemalangan itu, seorang mangsa maut manakala seorang lagi cedera parah. - Foto China Press

Subang: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas tiang cerucuk besi seberat 10 tan menghempap dua kereta di Jalan Lapangan Terbang Subang, dekat sini, malam ini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, tiang cerucuk besi yang diangkat kren terbabit dikatakan terlepas sebelum menghempap dua kereta yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.
Mangsa yang menaiki kereta Hyundai Sonata meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda, Nissan Frontier cedera parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, untuk rawatan lanjut.


Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu 10 minit selepas insiden dan tiba di tempat kejadian pada jam 7.53 malam.

Beliau berkata, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya serta Petaling Jaya dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.

“Ketika tiba di lokasi, tiang cerucuk besi yang tumbang itu menghempap masing-masing sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda.

“Seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah,” katanya kepada BH selepas operasi menyelamat selesai, sebentar tadi.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menghentikan kerja bagi penyambungan landasan LRT di KM15 off Jalan Lapangan Terbang, Subang di sini berikutan kematian seorang pemandu kereta di sini malam tadi.

Pengarah Kumpulan Prasarana bagi Pembangunan Projek Zulkifli Mohd Yusoff berkata, syarikat itu kesal insiden membabitkan seorang pemandu maut dan penumpang kereta cedera apabila peralatan pembinaan di bahagian itu tiba-tiba menimpa kenderaan mereka pada kira-kira 7.30 malam.

"Mangsa yang cedera dihantar ke hospital. Kami kesal kemalangan yang terjadi dan menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Projek itu bertujuan untuk meningkatkan lagi pengangkutan awam bandar di Lembah Klang. - BH



UKM berjaya bedah otak ketika pesakit dalam keadaan sedar

Pesakit sedar ketika dibedah

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat satu lagi pencapaian menakjubkan apabila seorang pesakit disedarkan sewaktu pembedahan sedang dilakukan.

Ia adalah pembedahan pertama Awake Craniotomy yang dilakukan di Pusat Perubatan UKM. Pembedahan itu dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan daripada otak pesakit tanpa menyebabkan kerosakan otaknya. Kalau pun ada kerosakan yang dialaminya sangat kecil.

Siapa yang tidak mengetahui mungkin terkejut bahawa pesakit terbangun semasa pembedahan sedang dijalankan. Tetapi dalam pembedahan ini, menyedarkan pesakit kembali adalah disengajakan. Malah pesakit perlu disedarkan untuk memberitahu doktor bedah reaksinya bagi melindungi fungsi otak pesakit.

Pembedahan ini telah dilakukan oleh Pakar Bedah Neurosurgery, Professor Madya Dr Ramesh Kumar dengan dibantu tiga lagi pakar bedah iaitu Dr Toh Charng Jeng, Dr Sanmugarajah Paramasvaran and Dr Ainul Jaffar.

Dr Esa Kamuruzaman adalah pakar bius yang bertanggungjawab bagi melalikan pesakit sebelum menyedarkannya semula sebaik tempurung kepala pesakit telah dibuka. Pesakit disedarkan semasa pembedahan bagi membolehkan ketumbuhan dikeluarkan dengan selamat.

Pembedahan sebegini selalu dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan yang berada di bahagian otak dikenali sebagai ‘Eloquent Brain’. Ini adalah bahagian yang mengawal fungsi penting seperti komunikasi, persepsi, interaksi dan pergerakan.

Bahagian tersebut mengurus deria, pergerakan dan pertuturan yang merupakan fungsi penting untuk kehidupan normal.

Apa yang menakjubkan, pembedahan unik ini ialah pesakit turut mengambil bahagian semasa pembedahan dengan memberi maklum balas kepada pakar bedah. Pakar bedah akan bertindak berdasarkan maklum balas daripada pesakit.

Mereka yang tidak mengetahui mungkin menganggapnya menggerunkan semasa pesakit mula sedar ketika pembedahan dilangsungkan dan menjawab soalan yang diajukan.

Elak jejas pesakit

Mesti ada yang bertanya sebab pesakit perlu disedarkan ketika pembedahan sedang dijalankan.

Dr Ramesh berkata, pesakit perlu disedarkan semasa pembedahan berlangsung kerana ia adalah untuk membolehkan pemotongan maksimum sambil memastikan tidak ada kecederaan ataupun hanya kecederaan minimum berlaku kepada tisu otak yang normal. Ini adalah untuk menentukan pesakit tidak mengalami kehilangan fungsi yang boleh menjejaskan pesakit.

“Cara terbaik untuk memastikan pesakit tidak mengalami kerosakan fungsi tubuh badan akibat pembedahan itu adalah melalui maklum balas dari pesakit sendiri.

“Ini tidak dapat diketahui jika pesakit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” jelasnya.

Tambah Dr Ramesh, pesakit akan ditanya beberapa soalan dan disuruh untuk melakukan beberapa perkara yang mudah semasa ketumbuhan dipotong.

“Ini bagi melihat sama ada bahagian otak yang mengawal fungsi tersebut tidak mengalami kerosakan akibat pembedahan yang dibuat.

“Perubahan fungsi yang dikawal oleh bahagian otak tersebut diperhatikan dengan rapi. Jika terdapat perubahan yang negatif pada fungsi dan reaksi pesakit pembedahan akan dihentikan,” katanya.

Walaupun terdapat teknologi magnetic resonance imaging (MRI) yang dapat mengesan di mana lokasi ketumbuhan tetapi ia masih belum cukup tepat.

Dengan hanya berpandukan imbasan MRI pembedahan boleh diumpamakan seperti meredah kawasan yang penuh dengan perangkap samar.

Justeru kata Dr Ramesh, sebarang kerosakan kepada bahagian ini, walaupun cuma satu milimeter boleh menyebabkan pesakit terpaksa hidup dengan kecacatan yang hakiki.

“Walaupun imbasan MRI dapat menunjukkan bahagian pertuturan dan pergerakan. Ia mungkin tidak menunjukkan bahagian yang penting dengan tepat.

“Oleh itu pemetaan otak dibuat dengan rangsangan elektrik kepada otak semasa pesakit sedar. Ini adalah cara yang paling berkesan bagi melindungi saraf,” katanya.

Pesakit dilalikan ketika tempurung dibuka

Otak tidak mempunyai sistem penyembuhan sendiri jadi jika mana-mana bahagian mengalami kerosakan ia tidak akan pulih atau tumbuh kembali.

Pesakit akan diberi anestesia am sebelum pembedahan dimulakan untuk melalikannya. Pakar bedah akan memulakan pembedahan dengan membuka tempurung kepala untuk sampai kebahagiaan otak.

Pesakit perlu menerima bius kerana kulit kepala dan perikranium (tisu di yang menyelaputi tempurung) berasa sakit sementara otak tidak mempunyai deria sakit.

Selepas tempurung kepala pesakit dibuka, anestesia dibalikkan menyebabkan pesakit terjaga.

Selepas pemotongan ketumbuhan dibuat, pesakit dilalikan semula untuk menutup kembali tempurung kepala.

Oleh sebab pembedahan tersebut agak menggerunkan bagi pesakit mereka diberi kaunseling yang terperinci sebelum pembedahan dilakukan.

Pesakit pertama yang menjalani pembedahan Awake Craniotomy ini telah pun sembuh dan kini berada dalam keadaan sihat. - Sinar Harian


Lelaki guna zakar palsu untuk ujian dadah

Sydney Levin

ST CHARLES - Seorang lelaki ditahan selepas dituduh cuba untuk memalsukan air kencingnya dengan menggunakan zakar palsu di timur Missouri, Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa tempatan berkata, sampel air kencing Sydney Levin, 34, diperlukan untuk ujian dadah.

“Pegawai kami terlihat beliau menggunakan zakar palsu ketika melakukan ujian itu,” katanya.

Menurutnya, Levin dibebaskan dengan ikat jamin AS$25,000 (RM77,000) dan akan dipanggil semula untuk pendengaran kes.

“Beliau ditahan kerana disyaki menagih dadah dan mencuri,” katanya menerusi laporan AP.


Rihanna menderita sakit Laryngitis


BEBERAPA hari lalu, media melaporkan penyanyi Rihanna sedang menderita penyakit Laryngitis (radang pada kotak suara).

Penyanyi lagu Diamonds ini juga dikatakan terpaksa membatalkan beberapa konsert kerana penyakitnya yang semakin kritikal.

"Khuatir dengan keadaan yang semakin membimbangkan, doktor peribadinya menasihatkan supaya Rihanna banyak berehat.

"Rihanna juga memerlukan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. Kini dia terpaksa membatalkan semua tawaran nyanyian," kata sumber. - Sinar Harian


Sabah diceroboh: Baki pengganas kurang daripada 10 orang


Lahad Datu: Pasukan keselamatan percaya saki baki pengganas kurang daripada 10 orang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan perkara itu pada sidang media sebentar tadi.


Kampung Tanjung Labian selamat daripada ancaman pengganas

Pasukan keselamatan mengesahkan Kampung Tanjung Labian sudah selamat daripada ancaman pengganas selepas operasi pembersihan dan penggeledahan selesai dilakukan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata sehubungan itu pihaknya akan membawa masuk beberapa penduduk esok hari bersama pasukan penilaian.


Pengganas berpangkat panglima mati

Seorang pengganas dipercayai berpangkat panglima ditembak mati ketika menyerang anggota pasukan keselamatan yang membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, pagi semalam.

Pembantu imam tua
Difahamkan, pengganas lelaki berusia 60 tahun itu antara individu dikehendaki pasukan keselamatan berikutan peranannya sebagai pengawal merangkap pembantu seorang pengganas bergelar imam tua yang ditembak mati dalam pertempuran di kampung berkenaan pada 2 Mac lalu.


Dalam kejadian jam 8.45 pagi, dua wanita masing-masing isteri dan anak pengganas terbabit berusia 45 dan 30 tahun turut ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sumber memberitahu BH, ketika kejadian, pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu di Kampung Simunul dan Srijaya bagi mengesan saki baki pengganas yang dipercayai masih bersembunyi di perkampungan atas air berkenaan.

“Sebaik tiba di kampung itu, seorang anggota keselamatan mengetuk pintu sebuah rumah untuk pemeriksaan sebelum dibuka oleh seorang wanita yang memaklumkan dia tinggal sendirian di rumah itu.

Diserang guna barong

“Anggota keselamatan terbabit kemudian memasuki rumah itu untuk pemeriksaan selepas mendapati wanita terbabit dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, sebaik masuk ke rumah, dia diserang dan ditetak dari arah belakang menggunakan barong.

“Sejurus selepas itu, anggota keselamatan menembak mati pengganas terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (gambar), berkata pengganas yang ditembak mati itu dipercayai berpindah randah sejak insiden mengorbankan enam pegawai dan anggota polis dalam insiden serang hendap di Kampung Simunul, 2 Mac lalu.

Beliau turut mengesahkan, anggota keselamatan diserang semalam tidak mengalami sebarang kecederaan kerana dilengkapi pakaian khas yang mempunyai ciri keselamatan.

“Dalam operasi pagi tadi (semalam), kita turut menahan empat lelaki atas beberapa kesalahan lain untuk siasatan lanjut,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, jumlah tangkapan mengikut SOSMA meningkat kepada 141 orang, manakala 443 ditahan atas pelbagai kesalahan dengan musuh yang ditembak mati ialah 68. - Berita Harian


AS hantar pesawat pengebom B-2 ke Korea Selatan

Pesawat B-2 juga melakukan latihan menjatuhkan bom palsu di lokasi strategik di Korea Selatan

 SEOUL - Sekutu kuat Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) menghantar dua pesawat pengebom B-2 ke negara itu dalam usaha meningkatkan ketegangan yang dicetuskan oleh Korea Utara sejak kelmarin.

Jurucakap tentera AS dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pesawat, itu diterbangkan dari pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri sejauh 21,000 kilometer.

Korea Utara melakukan latihan serangan bagi menguji kecekapan senjata nuklear

“Kami juga membuat beberapa siri latihan udara seperti menjatuhkan bom palsu ke pelbagai sasaran di Korea Selatan yang digazet sebagai lokasi latihan,” katanya dalam laporan AFP

Menurutnya, latihan ini menyaksikan keupayaan senjata nuklear AS dalam melakukan serangan jarak jauh, tepat dan cekap,” katanya.

Terdahulu, dua pesawat pengebom AS tiba di Korea Selatan untuk melakukan latihan ketenteraan, namun tindakan itu menimbulkan kemarahan Pyongyang kerana disifatkan sebagai provokasi ke arah serangan nuklear. - Sinar Harian

Bukan daging babi tapi kambing sejuk beku disalut plastik - NSK Selayang

imej yang didakwa daging babi

SELAYANG - NSK Selayang menafikan ada daging khinzir dijual di premis berkenaan seperti mana dakwaan pemilik akaun sebuah laman sosial menerusi gambar yang sebarkan.

Wakil Bahagian Sumber Manusia NSK Selayang, Siti Afilah Che Min berkata, tiada daging babi segar dijual di premis berkenaan sebalik ia terdapat dalam produk tin sahaja.

Menurutnya, imej daging dalam troli yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit adalah kambing sejuk beku dari New Zealand.

“Sejurus mendapat maklumat di laman sosial, semakan mendapati daging kambing itu disalut plastik sehingga dilihat seperti daging babi dan menimbulkan kekeliruan.

“Kita turut menerima banyak aduan berhubung perkara itu dan menegaskan NSK Selayang tidak menjual produk daging babi segar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berharap penjelasan itu akan dapat menepis segala kekeliruan yang timbul sekali gus pengguna tidak ragu untuk terus membeli daging di NSK Selayang.

Difahamkan, gambar memaparkan imej dua ketulan daging didakwa babi mula tersebar di laman sosial, bermula semalam.

Sumber mendakwa, daging itu diletakkan dalam troli tanpa berbalut sementara menunggu untuk dipotong menjadi kepingan kecil.

Sumber berkenaan turut bimbang sekiranya daging babi itu dijadikan kepingan kecil menggunakan mesin pemotong sama dengan daging lain di pasaraya berkenaan. - Sinar Harian


Warga Nigeria mengamuk dan 'menyerang' balai polis Jinjang


 KUALA LUMPUR: Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan ‘menyerang’ Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka.

Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.

Sebahagian mereka yang gagal mengawal kemarahan bertindak menjerit dan mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang’ apabila menjerit ‘we want declare war’ gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka.

Seorang wanita dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam turut menjerit sebelum tiba-tiba pengsan.

Difahamkan, Solomon dipukul penduduk tempatan ketika dia bersama seorang lagi rakan datang ke lokasi kejadian di Kampung Batu Muda, Jinjang pada jam 6.45 petang untuk menolong rakan yang terbabit dalam kemalangan antara kereta Proton Wira dinaiki mereka dengan sebuah motosikal dan lori.


Difahamkan, hampir 100 penduduk tempatan bertindak mengepung kenderaan dan memukul warga Nigeria terbabit.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan terbabit pada jam 6.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui empat lelaki yang sedang dipukul manakala dua wanita dan dua kanak-kanak warga Nigeria tidak diapa-apakan.

Menurutnya, empat unit kereta peronda (MPV) dikerah ke tempat kejadian bagi menyuraikan pergaduhan terbabit.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan rakan-rakannya beberapa minit kemudian dan membawa mereka ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Ketika itu, mangsa dilihat hanya mengalami kecederaan ringan dan sebaik polis ingin mengambil keterangan mangsa, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Balai Polis Jinjang, semalam.

Zakaria berkata, pihaknya kemudian menghubung ambulans yang tiba pada jam 7.20 malam sebelum mangsa disahkan mati.

“Mangsa merupakan seorang penuntut sebuah kolej swasta berusia 29 tahun dan punca kematian awal dipercayai akibat pendarahan dalaman di kepala.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu sudah membuat laporan polis namun penunggang motosikal masih belum berbuat demikian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku menyebabkan tercetusnya pergaduhan itu,” katanya. - Harian Metro


Lelaki tua curi 400 kereta lama diberkas


ALOR SETAR - Polis Kedah berjaya menyelesaikan 400 kes kecurian kereta lama di negeri ini dengan penangkapan seorang lelaki berusia 53 tahun di sini Isnin lepas.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata suspek diberkas ketika cuba mencuri sebuah kenderaan di tempat letak kereta Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
  
Suspek yang berasal dari Yan dan mempunyai empat anak itu dipercayai aktif melakukan jenayah berkenaan sejak 2008 dan sasaran suspek ialah kereta lama yang diletak di tempat sunyi di kawasan hospital serta pasar raya, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
  
Susulan penangkapan itu polis menemui lima kereta curi, 37 set rim dan pelbagai jenis radio kereta, katanya.
  
"Suspek ini bergerak seorang sahaja. Dia ambil barang dalam kereta seperti radio, rim dan pelbagai alat ganti kenderaan lain yang boleh dijual. Kemudian dia letak kenderaan tersebut di tepi-tepi jalan," katanya .

Mohd Nashir berkata pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 24 dan 46 tahun yang bersubahat membeli peralatan kenderaan curi daripada suspek pada hari yang sama.
  
Ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan.
  
Mengulas kes lain, Mohd Nashir berkata pihaknya menumpaskan kegiatan perjudian 'belangkas' dan menahan 30 lelaki serta tiga wanita berusia antara 20-an dan 74 tahun di Jitra.
  
Katanya dalam serbuan oleh sepasukan anggota JSJ negeri dibantu anggota dari JSJ Kota Setar dan Kubang Pasu di sebuah kawasan perumahan di Jitra itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM118,300.
  
Sementara itu, Mohd Nashir berkata pihaknya kini memburu seorang lelaki berusia 52 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan kes samun bersenjata di sekitar daerah Sik, Baling, Kuala Muda dan Kulim.

Mereka yang mengenali Hassan Ariffin, beralamat terakhir di No 63B Kampung Tembak B, Kuala Ketil diminta tampil membantu atau menghubungi balai polis terdekat.
  
Katanya pada 22 Mac lepas polis berjaya menangkap lima anggota kumpulan samun 'Pak Su Hassan' berusia antara 16 dan 36 tahun yang menggunakan senjata tajam ketika melakukan rompakan di sebuah rumah di Teloi, Sik.
  
Katanya empat daripada lima lelaki yang melakukan rompakan tersebut memakai topeng muka dan bersenjatakan parang merompak RM20,000 dan sebuah kereta.
  
"Geng Pak Su Hassan ini aktif sejak 2011 lepas dan merompak di rumah yang terletak di kawasan yang agak terpencil," katanya. - Bernama


Pengarah Star Wars mahu buat filem di Malaysia

Roger Christian

KUALA LUMPUR 28 Mac - Pengarah filem Star Wars yang terkenal di seluruh dunia, Roger Christian menyatakan hasratnya untuk membuat sebuah lagi filem di Malaysia dengan menggunakan peralatan filem tempatan.

Menurut Christian yang sudah dua bulan berada di Malaysia, banyak lokasi menarik yang terdapat di negara ini yang membuatnya tertarik untuk membuat filem di sini.

"Judul filem yang akan menjalani pengambaran di sini ialah Temple Of The Undead tetapi kami masih menunggu skrip filem itu siap dahulu.

"Kami dalam proses untuk menyiapkan skrip itu dahulu dan bila ia sudah siap, baru kami akan pilih lokasi, peralatan penggambaran yang akan digunakan serta pemilihan pelakon sama ada tempatan atau antarabangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Christian melawat studio di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Yang turut hadir ialah Pengerusi Finas, Datuk Afendi Hamdan.

Lawatan Christian itu dilihat amat baik untuk memperkenalkan kemudahan teknologi di Studio Digital Mixstage di Finas supaya dapat menarik lebih ramai produser dan pembikin filem luar negara membuat filem di negara ini.

Mengulas mengenai filem itu, Christian berkata, ia adalah sebuah filem bergenre seram.

"Pemilihan genre dan jalan cerita sebenarnya adalah kunci untuk menarik penonton melihat filem yang ditayangkan di pawagam.

"Filem dengan genre seram sebenarnya mendapat sambutan yang baik di kalangan remaja dan ia mampu menaikkan lagi industri filem tanah air ke peringkat antarabangsa," ujarnya.

Tambah Christian, filem terbarunya itu mungkin akan mengambil masa setahun untuk disiapkan sebelum ditayang kepada penonton. - UTUSAN

Sabah diceroboh: Pengawal peribadi orang kanan pengganas Sulu ditembak mati


LAHAD DATU - Seorang pengawal peribadi kepada orang kanan pengganas Sulu yang dikenali sebagai Imam Mas ditembak mati dalam kejadian di Kampung Simunul, Semporna pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, turut ditahan dalam operasi pukul 8.20 pagi itu ialah enam individu termasuk isteri dan anak pengawal peribadi tersebut yang berusia 45 dan 30 tahun. - Kosmo

Awal Ashaari terkejut dengan berita kematiannya

KUALA LUMPUR 28 Mac - "Saya terkedu!" Itulah jawapan yang diberikan pengacara dan pelakon terkenal, Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari apabila ditanya perasaannya ketika menerima berita "kematiannya" yang tersebar menerusi laman sosial pagi ini.

Menurut Awal, penyebaran berita palsu itu diketahuinya melalui seorang wartawan.

"Isteri saya, Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya) menerima panggilan telefon daripada wartawan itu yang bertanyakan keadaan saya.

"Memandangkan saya dan Scha berada dirumah ketika itu, dia langsung memberikan telefon itu kepada saya, selepas diberitahu baru saya sedar mengenai berita palsu itu di Twitter," katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Awal yang kesal dengan tindakan pemegang akaun Twitter itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan undang-undang keatas individu terbabit.

"Kalau diikutkan soal hidup mati bukan perkara main-main, memang saya terkejut dan kesal. Saya tidak akan buat sebarang laporan polis, cuma buat masa ini saya hanya akan menyekat dia dari akaun saya," ujarnya.

Menurut awal berita palsu yang disiarkan di Twitter itu mengatakan dia yang juga merupakan pengacara rancangan hiburan Melodi meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Ditanya sama ada dia mengenali penyebar fitnah itu, menurut Awal secara jujurnya dia percaya pemegang akaun Twitter tersebut mungkin tidak menyukainya.

"Saya tidak kenal dia, mungkin dia tidak suka saya. Dan saya berharap dia tidak akan mengulangi perkara yang sama," katanya tegas. - UTUSAN



Jepun hasilkan tisu tandas aroma teh


Lazimnya  tisu wangi dihasilkan adalah  untuk digunakan pada tubuh, tetapi tidak dengan yang satu ini. Sebuah syarikat pengeluar tisu di Jepun baru-baru ini menawarkan inovasi baru tisu tandas yang didakwa mempunyai aroma teh.

Tisu tandas ini dijual dengan nama "Flavored Tea Selection" dengan menawarkan aroma harum teh jenis black tea. Aroma itu menawarkan dua varian yang lebih khusus iaitu aroma teh tropika yang berasal dari negara wilayah tenggara dan satunya aroma teh camomile Inggeris.

Untuk "Flavored Tea Selection Southern Countries Tea Time" tisunya berwarna pink manakala untuk teh Inggeris warnanya biru muda. Masing-masing produk ini dibuat dari bahan kitar semula dan  mempunyai tekstur sangat lembut.

Mengikut perancangan, tisu tersebut akan dipasarkan mulai 1 April. Namun Nisshinbo Paper Products sebagai pengeluar masih belum mengumunkan harga tisu yang direka dengan warna dan aroma khas itu. Adakah anda juga tertarik memilikinya?


Tempat mandi terbakar, pengunjung terpaksa lari te!anjang


Sejumlah pelanggan yang sedang mandi sambil telanjang tidak punyai waktu untuk berpakaian ketika api tiba-tiba melanda sebuah tempat mandi di China timur. Orang-orang yang sedang mandi terpaksa melarikan diri dalam keadaan bogel di Leqing, Provinsi Zhejiang, ketika  api membakar bangunan tempat mandi itu.

Para pelanggan harus menutupi diri mereka dengan cara terbaik yang mereka boleh lakukan ketika  api membakar tempat itu. Kebakaran itu telah  mengorbankan seorang pelanggan dan mencederakan enam orang lainnya.

Api bermula di sebuah apartmen berhampiran, tetapi dengan cepat tersebar ke seluruh blok.

"Ketika saya berendam di tab mandi, saya telah tercium asap dan mendengar jeritan," kata salah seorang pelanggan seperti dilapor Mail Online, Khamis (21/3/2013). "Tidak ada masa untuk pakai pakaian saya. Saya hanya berlari demi menyelamatkan nyawa saya," tambahnya.

Seorang jurucakap bomba bandar itu itu menjelaskan, "Satu paip gas pecah di dapur apartmen yang kemudian meledak. Api tersebar dengan sangat cepat dan kami bernasib baik ramai orang yang selamat."  - Kompas


Lagi masjid dibakar di Myanmar

Polis berjaga di luar masjid yang sebahagiannya dibakar dalam rusuhan yang melanda Meiktila, tengah Myanmar pada 22 Mac, 2013

Yangon: Perusuh beragama Buddha semalam membakar sebuah lagi masjid dan kediaman penduduk Islam di bandar di tengah Myanmar.

Ia kejadian keganasan terbaru membabitkan penduduk berbeza agama itu yang setakat ini sudah meragut kira-kira 40 nyawa.

Dalam kejadian terbaru yang berlaku selepas keganasan meletus, polis berkata, sebuah masjid di bandar Nattalin dibakar perusuh.

Penduduk berkata, polis tidak dapat berbuat apa-apa ketika sekumpulan perusuh Buddha tiba di bandar itu dan membakar masjid berkenaan.


“200 perusuh datang ke bandar ini. Polis tidak dapat mengawal mereka...mereka memusnahkan masjid dan beberapa kediaman. Kemudian mereka beredar,” kata seorang penduduk.


Perintah berkurung dari senja hingga ke Subuh turut dikenakan di tiga lagi bandar, lapor media kerajaan ketika pihak berkuasa cuba untuk menghentikan keganasan itu yang mula tercetus di Meiktila 130 kilometer ke utara Naypyidaw, hab komersial Myanmar.

Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Myanmar, Vijay Nambiar yang mengunjungi Meiktila berkata semalam, penduduk Islam menjadi sasaran kekejaman penganut Buddha.

Keganasan bermula 20 Mac lalu berikutan pertengkaran di kedai emas di Meiktila. Ia bertukar menjadi ganas dengan masjid dan kediaman penduduk Islam dijadikan sasaran.

Ia adalah keganasan terburuk sejak penduduk Islam Rohingya di negeri Rakhine diserang oleh penganut Buddha tahun lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 180 orang dan menyebabkan lebih 110,000 kehilangan tempat tinggal. - Harian Metro


6 hotel untuk bulan madu paling popular di dunia

Suasana romantis adalah yang paling dicari traveler yang sedang berbulan madu. Bukan hanya destinasi, hotel romantis juga perlu untuk bulan madu. Inilah hotel-hotel bulan madu yang terkenal di dunia. Romantis!

Bulan madu akan menjadi momen teristimewa untuk pengantin baru. Huffington Post, Selasa (26/3/2013), menyenaraikan 6 hotel paling popular di dunia untuk bulan madu:

1. Marriott Wailea Resort, AS
 Marriott Wailea Resor, terletak di Maui, Hawaii, AS. Hotel ini berada di antara dua pantai dengan luas 22 hektar dan 546 kamar. Apalagi, sejauh mata memandang pasangan traveler boleh melihat  laut yang terbentang luas.

Suasana di hotel ini lebih tenang berbanding hotel lain yang ada di Maui. Marriott Wailea telah mengalami renovasi pada tahun 2008, membuat kamar yang hanya diperuntukan bagi orang dewasa, kolam renang infinity, spa, dan restoran terbaik dan terkenal di Maui. Marriott Wailea Resort telah menjadi hotel bulan madu yang romantis dengan fasiliti lengkap dan harga yang berpatutan.


2. Strawberry Hill, Jamaica

 Strawberry Hill di Jamaica menawarkan tempat tersembunyi dan terpencil untuk bulan madu yang tenang. Hotel ini merupakan bekas kebun kopi yang berada di antara bukit terjal dan berkelok-kelok di Gunung Biru. Ini adalah oasis kecil di Kota Kingston.

Pemilik hotel, pemuzik Chris Blackwell yang pernah bekerja dengan Bono, Stevie Wonder dan Bob Marley menjadi tarikan untuk para selebriti. Walaupun kecil, Strawberry Hill menawarkan banyak privasi. Hotel ini memiliki 12 cottage yang terletak di kawasan seluas 26 hektar.

Ciri yang melengkapi hotel ini terdiri atas spa, restoran, dan bar. Ada juga kolam di atas bukit, taman yang rimbun, serta ruang santai. Strawberry Hill akan menyajikan pemandangan hutan, kota, dan laut yang boleh dilihat dari ketinggian.


3. Four Seasons Resort Nevis, Kepulauan Caribbean
 Nevis adalah sebuah pulau kecil di Saint Kitts dan Nevis. Pulau ini hanya dipisahkan oleh lautan yang berjarak 3,2 km. Pulau ini memiliki perairan yang bersih, penduduk yang ramah, dan hutan hujan yang rimbun. Pulau ini sangat sesuai untuk bulan madu kerana lokasinya yang terpencil.

Four Seasons Resort Nevis mempunyai kamar dengan suasana cantik dan romantis. Hampir semua kamar yang ada di hotel ini punya panorama yang indah, mulai dari pegunungan sampai ke laut. Setiap pasangan yang berbulan madu, boleh menikmati permandangan alam ini dari balkoni peribadi.


4. Solar Do Castelo Hotel, Portugal
 Berbeza dengan hotel-hotel lainnya di Lisbon, Portugal, Solar Do Castelo menawarkan buffet untuk sarapan para tetamunya. Namun, alasan traveler bulan madu di sini kerana lokasinya. Hotel ini tidak kurang menariknya dengan banyak panorama dan lokasinya yang berada di dalam kota. Ini adalah satu-satunya hotel dengan dinding-dinding desa pada abad pertengahan di sekitar Kasti Saint George.

Suasana hotelnya tenang dan sebagian besar arkitekturnya masih dilindungi. Selain itu, hotel ini juga mempunyai museum kecil yang mempamer berbagai artifak di lobi. Yang paling mendapat perhatian di hotel ini adalah kumpulan burung merak yang berkeliaran di luarnya.


5. Salish Lodge & Spa, AS
 Salish Lodge & Spa di Washington, AS menghadap ke air terjun di Snoqualmie. Traveler yang ingin bulan madu hanya memerlukan waktu sekitar 40 minit dari Seattle menuju Salish Lodge & Spa. Awalnya, pada tahun 1916 hotel ini hanya mempunyai 8 kamar. Tapi sekarang, Salish Lodge & Spa telah menjadi hotel romantis yang popular sebagai tempat bulan madu dan majlis pernikahan.

Selain panorama yang cantik, hotel ini juga punya fasiliti spa mewah dengan berbagai macam perawatan


 6. Ballynahinch Castle Hotel, Ireland
40 kamar di Ballynahinch Castle Hotel adalah alternatif dari Ashford Castle. Hotel berlokasi di alam liar sepi di Connemara. Dekorasi yang ditampilkan sangat selesa dan mewah.

Bentuk bangunannya melebihi dari sebuah rumah milik bangsawan. Bentuk bangunan utamanya bergaya seperti bangunan pada abad ke-18. Dengan kawasan seluas 450 hektar, hotel ini menawarkan berbagai aktiviti untuk pasangan yang menginap. Kegiatan tersebut seperti, hiking, fotografi dan memancing. Selain itu, ada juga restoran yang menyajikan berbagai menu ikan dan cendawan dari daerah sekitar.


travel.detik.com


1,000 bangkai itik terapung di sungai


Sekurang-kurangnya 1,000 bangkai itik ditemui terapung di Sungai Nanhe, wilayah barat daya Sichuan, menurut media tempatan, kelmarin.

Dipetik AFP, insiden terbaru itu dilaporkan berlaku seminggu selepas lebih 16,000 bangkai khinzir dibuang di Sungai Huangpu yang membekalkan 22 peratus air kepada penduduk di Shanghai.


Agensi berita Xinhua melaporkan kejadian tersebut telah meningkatkan lagi kebimbangan penduduk berhubung tahap kebersihan sumber air minuman di negara tersebut.

Menurut pihak berkuasa, kesemua bangkai itu sudah reput dan ia pasti menyukarkan mereka untuk mengenal pasti punca kematian misteri haiwan tersebut. - Sinar Harian


Pelukan terakhir ibu selamatkan bayi

Zukanain membersihkan muka Iqram sambil Aqram dipangku ibu saudaranya. Gambar Kecil: Juwainee
HULU BERNAM - Suasana sedih menyelubungi Klinik Kesihatan Tanjung Malim apabila tangisan seorang bayi dahagakan susu arwah ibunya, Juwainee, 35, yang maut dalam kemalangan, pagi semalam.

Aqram Ridwan berusia tujuh bulan turut terbabit dalam nahas itu dan menerima rawatan bersama bapanya, Ridwan, 34, serta abangnya, Iqram Ridwan, 2, di klinik berkenaan.

“Sedih bila tengok anak dia menangis cari ibu nak susu, sebab bayi dia baru tujuh bulan dan menyusu badan,” kata Mohd Zulkanain Majid, 22, anak saudara kepada ibu bayi terbabit yang maut dalam kemalangan di Kilometer 397.8 pagi semalam.

Katanya, Aqram dilihat menangis sekuat hati kerana dipercayai mengalami kesakitan dalaman dan kelaparan sebelum dapat ditenangkan jururawat yang turut memberinya susu formula.

Menurutnya, bayi terbabit bersama abang, ibu dan bapanya serta seorang saudaranya terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 8 pagi selepas susur masuk Plaza Tol Tanjung Malim, arah Utara dekat sini.

Zulkanain berkata, Juwainee terkorban dalam kemalangan tersebut namun bayinya dilihat selamat dalam pelukannya.

“Suaminya mengalami patah tulang bahu kiri, namun anak keduanya serta adik kandung mangsa terselamat dan tak cedera.

“Kesemua mereka dibawa ke KKTM untuk rawatan dan pemeriksaan. Jenazah ibu bayi itu dibawa ke sini (Hospital Kuala Kubu Bharu - HKKB),” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HKKB.

Menurut Zulkanain, kesemua mangsa adalah warga Thailand dan sering datang ke Malaysia untuk membeli kain dan tudung untuk dijual di sana.

Menurutnya, mereka akan singgah ke rumahnya di Kampung Jawa, Klang untuk berehat sebelum pulang semula ke Thailand.

“Kami semua bersaudara dan mereka selalu datang ke sini untuk beli barang dan dijual di sana.

“Tapi, malam tadi (kelmarin) mereka tidak sempat tidur dan terus saja pulang selepas berkemas kira-kira jam 2 pagi tadi (semalam) kerana ibu mertua mangsa sakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Thailand,” katanya.

Bagaimanapun, Zulkanain terkejut apabila menerima panggilan daripada saudara mangsa mengatakan mereka terbabit dalam kemalangan tersebut. - Sinar Harian


Korea Utara dah cukup kuat ke nak serang Amerika Syarikat

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un (tengah) sedang melihat model baru kenderaan tentera di sebuah lokasi rahsia di negara itu. Foto: AFP

PYONGYANG - Korea Utara, semalam didakwa sudah bersiap sedia untuk bertempur dengan mengarahkan unit pelancar roket strategik untuk membuat persediaan bagi melancarkan serangan ke atas tanah besar Amerika Syarikat (AS).

Dipetik Al-Jazeera, Pyongyang turut mengancam untuk menyerang Korea Selatan dan pangkalan tentera AS termasuk di Guam dan Hawaii.

Media melaporkan perintah tertinggi  tentera itu dikeluarkan   sebagai tindak balas terhadap AS dan Korea Selatan yang mengadakan latihan bersama ketenteraan, awal bulan lalu.

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas  Seoul dan Washington menandatangani perjanjian baru berhubung respons bersama terhadap sebarang  serangan atau provokasi Pyongyang pada masa hadapan.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Korea Selatan mengesahkan tiada tanda berlaku aktiviti luar biasa di Pyongyang, namun mereka akan terus memantau perkembangan situasi tersebut.

Sebelum ini, Korea Utara pernah mengancam untuk melancarkan serangan balas ke atas AS selepas mendakwa mereka membuat persediaan perang dengan menggunakan pesawat pengebom B-52  yang dikesan terbang di ruang udara negara terbabit. - Sinar Harian


Orang ramai bertempiaran lari apabila mayat pe1acur hidup semula


Bulawayo (Zimbabwe): Seorang pelacur yang mati ketika mengadakan seks bangkit dan menjerit ketika dia hendak dibawa keluar dalam keranda dari sebuah hotel.

Kejadian berlaku di Hotel Manor di Bulawayo apabila wanita berkenaan, MaNadlo yang melacur di hotel itu pengsan dan dikatakan mati ketika mengadakan seks dengan seorang pelanggan.


Bagaimanapun, ketika mayatnya diletakkan di dalam keranda, dia tiba-tiba terjaga dan menjerit: 

“Kamu hendak membunuh saya?” Orang ramai yang berkerumun untuk melihat mayat wanita itu diusung keluar bertempiaran lari apabila dia bangkit.

“Ia seperti dalam filem. Orang ramai berlari kerana ketakutan. Ia kejadian yang menakutkan kerana kami yakin dia mati memandangkan tubuhnya kaku macam mayat. Sungguh ajaib,” kata seorang saksi.


Menurutnya polis berjaya mententeramkan wanita berkenaan. - Harian Metro



Bunga anggrek bentuk lelaki b0gel buat orang tertawa


Dunia flora memang menawarkan berbagai tanaman yang cantik dan terkadang unik. Salah satunya jenis anggrek monyet dengan nama latin Orchis simia. Uniknya adalah benang sari anggrek tersebut bentuknya menyerupai lelaki telanjang.

Anggrek yang juga tumbuh di Eropah dan Rusia itu sudah lama ditemui namun baru-baru ini fotonya tersebar di web humor Reddit. Rupanya ada netter dengan nama Himasoku menunjukkan bahawa benang sari anggrek itu mirip kemaluan lelaki . Hasil bentuknya yang dinilai vulgar menjadi bahan gurauan para warga internet.

"Aku sekarang berfikir tentang porno apabila melihat bentuknya, padahal dulu terasa biasa saja," komen seorang netter. "Bagaimana jika bunga itu diberikan seorang lelaki pada wanita?" tambah netter lainnya. "Alam memang sungguh luar biasa."

Mungkin bentuknya yang vulgar itu sedikit beralasan jika membaca deskripsi Anggrek Monyet ini di wikipedia. Disebutkan bahwa anggrek itu memiliki aroma tajam menyengat yang mirip najis  manusia.


Ford minta maaf iklan kereta model baru hina wanita


Pengeluar kereta terkenal dunia, Ford dan agensi iklan WPP memohon maaf secara terbuka semalam berhubung karya seni mereka yang menggambarkan tiga wanita diikat di tempat letak barang belakang model Figo, yang boleh didapati di India.

Menurut jurucakap WPP, Chris Preuss, gambaran lukisan kartun itu sebenarnya  latihan kreatif oleh pasukan yang mengemukakan hasrat untuk menyertai pertandingan iklan.

Salah satu imej menggambarkan bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berluscooni dan seorang calon dalam kempen semasa memandu Ford Figo manakala tiga orang wanita diikat di belakang kereta itu.

Imej lain menggambarkan Paris Hilton memandu kereta berkenaan manakala tiga beradik Kardashian diikat di belakang.

“Kami amat kesal dengan perkara ini dan bersetuju dengan rakan agensi kami yang iklan ini tidak sepatutnya disiarkan,” kata Ford dalam satu kenyataan.

“Poster itu juga bertentangan dengan standard profesionalisme dan kesopanan dalam Ford dan agensi rakan kongsi kami,” katanya.

WPP juga tidak ketinggalan mengeluarkan kenyataan dan mengatakan mereka kesal dengan kewujudan poster berkenaan.

Ford telah melancarkan model Figo pada tahun 2009, yang dihasilkan di India dan dieksport ke negara-negara lain di Asia dan Afrika.


metro.co.uk


Pelajar asing dilarang me1acur di New Zealand


WELLINGTON - Pelajar antarabangsa yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, negara yang menghalalkan pelacuran diberitahu bahawa mereka dilarang bekerja sebagai pekerja seks.

Laman imigresen kerajaan, ww.nzstudy work.com semalam menyatakan pelajar asing mempunyai hak untuk bekerja sama seperti rakyat New Zealand. Bagaimanapun ada senarai kerja yang mereka tidak boleh lakukan.

Pelajar asing tidak boleh menawarkan khidmat seksual secara komersial. Maksudnya, mereka tidak boleh menjadi pelacur, terlibat atau melabur dalam aktiviti pelacuran, jelas laman web terbabit.

Pengurus Besar Imigresen New Zealand, Stephen Dunstan memberitahu undang-undang itu bagaimanapun tidak menghalang pelajar daripada menjadi tukang urut. Pelacuran dihalalkan di negara itu pada tahun 2003.

Terdapat kira-kira 70,000 pelajar asing di New Zealand dengan kebanyakannya bekerja sambilan untuk menyara hidup.

Akhbar New Zealand Herald melaporkan satu pertiga daripada 1,700 orang pelacur di Auckland ialah warga China. Namun tidak diketahui berapa ramai di antara mereka memiliki visa pelajar. - Kosmo

Kumpulan ajaran sesat puja gambar mat Bangladesh

PEGAWAI penguat kuasa JHEAIPP merampas pelbagai buku dan kitab yang digunakan kumpulan terbabit
Georgetown: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membongkar kegiatan satu kumpulan ajaran sesat yang taasub menggunakan kitab untuk belajar agama serta memuja gambar seorang lelaki didakwa wali di Bangladesh.

Kegiatan kumpulan itu dibongkar menerusi Ops Akidah apabila sepasukan 20 pegawai penguat kuasa JHEAIPP dibantu enam pegawai Jabatan Imigresen dan anggota polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Batu Maung, di sini, malam kelmarin.


Seramai 15 lelaki warga Bangladesh termasuk tiga lelaki tempatan dicekup kerana disyaki terbabit ajaran mencurigakan.


Kumpulan terbabit menjadikan sebuah rumah sewa sebagai pusat menyebarkan ajaran mereka.

Mereka juga didakwa mengamalkan kegiatan keagamaan yang pelik kerana hanya menjalankan aktiviti setiap Ahad jam 6.30 petang hingga 12 tengah malam. -  Harian Metro