Bila tiba cuti sekolah...

sekarang ni sekolah sedang bercutikan..pada masa inilah ramai yang naik pelamin, kenduri kawen sana sini

mengikut laman web jabatan Agama Islam Selangor, mengadakan kenduri kahwin adalah sunnah Rasulullah dan hukumnya adalah sunat muakkad.

Antara hikmah Islam mengalakkan diadakan kenduri kahwin adalah:

~Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
~Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
~Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
~Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim

Jika diperhatikan amalan dalam masyarakat kita, jarang sekali kedengaran ucapan selamat atau mendoakan pasangan yang baru berkahwin. Apa yang biasa didengar adalah "Selamat Pengantin Baru", "Semoga bahagia hingga ke anak cucu" dan sebagainya.

Sebaliknya Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh doa yang terbaik untuk diamalkan seperti mendoakan kebaikan, keberkatan dan memohon keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan pengantin mendapat berkat yang selayaknya dan kita juga mendapat ganjaran kerana mengamalkan sunnah baginda.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW jika memberikan ucapan doa kepada pasangan yang berkahwin, baginda berkata

‘Semoga Allah memberikan keberkatan padamu, dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.' (Riwayat Abu Daud)


ok, selamat pengantin baru kepada Aina Mardhiah dan pasangannya Semoga Allah memberikan keberkatan padamu, dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan

kepada musuh ketat, Husna, telah selamat bertunang dah. tahniah Husz. yeayy!!!


kepak kepong pakk ponggg!!!kompang dipalu....


Hukum tetamu tidak diundang makan kenduri

ini adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus...

1) kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan, kawan kita tu tak boleh makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput... jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah, WAJIB BERTAUBAT dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan...

2) WAJIB ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan... bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama... SUNAT tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tidak diundang itu..

Download siri Charmed

Charmed. pernah tengok tak cerita nih. dulu NTV7 ada siar sampai season berapa ntah. lupa. TV series ni ada 8 musim semuanya.

kisahnya mengenai 3 beradik pompuan Prue Halliwell, Piper Halliwell, Phoebe Halliwell dan Paige Matthews yang mempunyai kuasa magis yang tersendiri.

Paige Matthew tu diorang punya long lost sisterlah. emak sama ayah je lain. dia muncul dalam season 4 apabila Prue mati dibunuh dalam season 3.

projek aku bila ada masa terluang adalah mendownload cerita nih hehehe. baru je aku habis dowload untuk season 3. ada 5 lagi untuk didownload. tak taulah bila nak siap.

so kalau ada sape2 yang nak download boleh cari kat sini...

http://jieazzmovie.net/

Halliwell manor. tempat tinggal Halliwell sister's


Halliwell sister's. season 1-3 Prue yang kat tengah tu adalah oldest sister dan paling powerful
sebelah kiri tu pulak Piper dan yang paling kecik Phoebe. aku suka Phoebe hihihi


setelah Prue mati, Paige muncul. dengan kemunculannya Phoebe bukan lagi adik bongsu dan telah menjadi kakak dah manakala Piper menjadi lebih berkuasa dan kakak kepada adik-adiknya.


malam karang aku nak sambung dowload lagi.

Ayam bersaudara dengan T.Rex?

T-rex, reptilia raksasa purba yang hidup jutaan tahun lalu, bersaudara dengan ayam. percaya tak? Ini dibuktikan dari hasil perbandingan struktur kimia protein jaringan kolagen yang tersimpan di dalam tulang kedua jenis haiwan itu.

Kolagen merupakan komponen utama jaringan penyambung di tubuh haiwan dan manusia. Komponen ini ditemukan di jaringan tulang rawan, ligamen, tendon, kuku, tulang, dan gigi. Ia akan berubah sifat menjadi agar-agar jika dididihkan di dalan air. Kolagen mengandung protein yang merupakan pembentuk sel-sel hidup.

para pengkaji menemui jaringan kolegen dalam fosil tulang t-rex yang mana protein kolagennya masih dalam keadaan baik di dalam fosil tulang kaki T. rex betina yang dipercayai mati ketika masih muda.

"boleh anda bayangkan tulang yang terkubur di dalam tanah selama 68 juta tahun diangkat dan kemudian dapat diperoleh urutan proteinnya?" kata ketua pengkaji John Asara dari Beth Israel Deaconess Medical Center di Boston

penemuan ini tidak lepas dari kontroversi. Sebab, menurut penyelidik lainnya, Mary Schweitzer, ahli paleontologi molekul dari Universiti Negeri Carolina Utara, saintis pada umumnya meyakini bahawa umur protein dan DNA ada batasnya.

namun, Matthew Carrano, kurator dinosaur di Institut Smithsonian di Washongton DC, AS, tetap menilai penemuan protein dalam tulang kaki T.rex ini sangat sempurna.

bahkan, ketika dibandingkan dengan database sifat genetik spesies moden terlihat bahawa struktur asid amino dari kolagen T.rex sangat mirip dengan struktur asid amino pada ayam. Organisme memerlukan sekitar 20 jenis molekul asid amino untuk membentuk protein dan pembentukannya disimpan dalam kod DNA.

penemuan ini mendukung pendapat bahawa ayam dan T.rex berasal dari garis keturunan yang sama. Selain itu, hubungan tersebut juga mendukung teori bahawa burung memang muncul sebagai hasil evolusi dinosaur dan burung layak disebut dinosaurus hidup.

walaupun demikian, bagaimana proses evolusi itu terjadi masih menjadi pertanyaan yang tebuka untuk dijawab siapa saja termasuk pertanyaan bagaimana pembentukan fosil terjadi


macam tak percaya pulak binatang yang gedabak dan ganas tu berevolusi menjadi ayam...wallahualam


http://www.usatoday.com/tech/science/discoveries/2007-04-12-trex-protein_N.htm
http://news.bbc.co.uk/2/hi/6548719.stm
http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2007/04/12/AR2007041202043.html
http://www.LiveScience.com

The disappearance of the Aral Sea

The Aral sea sits between Kazakhstan and Uzbekistan, and was once the fourth largest sea in the world. Most people today haven’t even heard of it. What was a 68,000 square kilometer sea, and thriving fishing industry, is now a sea that is 10 % of the original size, too salty and polluted to support fish. In fact the third largest sea in the world, is now considered to be three lakes.

The demise of the Aral Sea was caused primarily by the diversion of the inflowing Amu Dar’ya and Syr Dar’ya rivers in 1960's to provide irrigation water for local croplands. These diversions dramatically reduced the river inflows, causing the Aral Sea to shrink by more than 50%, to lose two-thirds of its volume, and to greatly increase its salinity. At the current rate of decline, the Aral Sea has the potential to disappear completely by 2020.








Gurauan bodoh bawa padah

WASHINGTON - Sepasang suami isteri panik selepas anak lelaki mereka terperangkap selama lima minit di dalam sebuah mesin basuh automatik di sebuah kedai dobi layan diri di Amerika Syarikat.

Difahamkan sebelum kejadian, kedua suami isteri itu dipercayai sedang bergurau dengan meletakkan anak mereka ke dalam mesin basuh di kedai dobi Laundromat tersebut.

Perbuatan itu turut mengundang kemarahan pelanggan lain.

Tindakan bodoh yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup premis tersebut turut dimuat naik ke laman web perkongsian video, Youtube dan telah ditonton lebih 26,000 pengguna Internet setakat ini

masukkan si anak kedalam mesin basuh

tutupkan pintu dan biarkan si anak berada kat dalam

alamakkkkk!!! tak dapat bukaaa...tolonggggg!!!!

nasib baik ada orang yang menolong kedua dua si bangang nih

akhirnya budak itu dapat diselamatkan....

tengok videonya...




Ilmu ghaib lima saat

KUALA LIPIS: Dia seorang guru silat yang terkenal di Merapoh dan andainya dia berkata bahawa tidak perlu menaiki kenderaan untuk ke Kelantan, pasti ramai yang mengaitkan kenyataannya itu dengan ilmu serta kehandalan yang dimilikinya.

“Memang saya boleh ke Kelantan dalam tempoh tidak sampai lima saat. Kalau tidak percaya, saya boleh buktikan,” kata Ismail Abdullah, 68, yang menetap di Kampung Mentara Baru, Merapoh, dekat sini.

Bukan niat Ismail bermegah dan berbangga dengan ilmunya, tetapi memang bukan sesuatu yang sukar baginya ke negeri jiran itu.

Selepas diselidik, rupa-rupanya rumah Ismail terletak di garisan sempadan Pahang-Kelantan dan dalam beberapa langkah saja, Ismail boleh berada di Kelantan dan pulang ke Pahang dalam sekelip mata.

“Saya tidur di Pahang dan memasak di Kelantan. Saya tidak perlu menaiki kenderaan ke Kelantan. Kadangkala, saya sendiri keliru sama ada saya orang Pahang atau Kelantan.

“Kalau mengikut sijil kelahiran, saya orang Kelantan, tetapi saya merasakan saya orang Pahang kerana sebahagian besar dari hidup saya dihabiskan di negeri itu,” katanya.

Ismail yang juga bekas Ketua Kampung Mentara Baru berkata, keadaan itu sudah dialaminya sejak kecil lagi dan dia hanya mengetahui rumahnya terletak di sempadan Pahang-Kelantan apabila Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) meletakkan batu sempadan pada tahun 1962.

Dia yang sudah kematian isteri sejak lebih lima tahun lalu menetap di rumah berkenaan bersama dua daripada lapan anaknya.

“Alamat saya menunjukkan saya menetap di Pahang, tetapi tidak sampai 5 saat, saya boleh berada di negeri Kelantan. Kalau orang lain, mereka memerlukan masa paling tidak 5 jam untuk ke Kelantan tetapi tidak bagi saya,” katanya sambil bergurau.

Itulah istimewanya kediaman Ismail dan dia tidak berhasrat mengubah lokasi rumahnya kerana selesa dengan keadaan itu walaupun pernah terfikir berpindah.



mati-mati aku ingat dia ada mengamal sesuatu ilmu, rupa-rupanya..ceh!!! pakcik..pakcik hahaha


sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Ilmughaiblimasaat/Article

Iguazu Falls

pernah dengar tak Iguazu Falls? air terjun ini termasuk dalam tujuh keajaiban baru dunia terletak di sempadan Brazil dan Argentina.

air terjun terdiri daripada 275 air terjun di sepanjang 2.7 kilometer Sungai Iguazu. Beberapa air terjun mencecah ketinggian 82 meter walaupun sebahagian besar darinya adalah sekitar 64 meter.

kalau ada duit lebih bolehlah ke sana nak honeymoon pon ok juga









Subhanallah cantiknya ciptaan Tuhan

Bersama Warrior kita berjuang

Jersi terbaru The Reds bagi musim 2012/13. tiada lagi Adidas sebaliknya digantikan oleh Warrior sehingga tahun 2018.


tiada logo Liverpool tetapi digantikan oleh Liver Bird

Steven Gerrard kelihatan hensem dengan jersi terbaru reds


yang di bawah ni pulak jersi baru musuh ketat,
si setan merah

hmmm nampak macam kain pelikat pun ye
macam kain alas meja pun ye jugak huhahaha


minggu paling menyedihkan bagi kipas susah mati MUFC. gelaran liga terlepas kpd ManCity. tiada lagi glory..glory...glory kahkahkah