Uji Rashid, Rakan-rakan Dipenjara 10 Tahun Cuba Rompak Kapal

JOHOR BAHARU, 30 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki Indonesia bernama Uji Rashid dan lima rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Jumaat.

Uji, 33, Rudiarto, 39; Andagunawan, 27, Edi, 45, Saleh, 45, dan Khairu Fahmi, 25, semuanya berasal dari Dumai, Indonesia, mengaku bersalah cuba melakukan rompakan secara berkumpulan di kapal MT Sky Jupiter pada 12.49 pagi hari berkenaan.

Mereka yang bekerja sebagai buruh dituduh melakukan perbuatan itu pada kedudukan garis lintang satu darjah 15.44 minit Utara dan garis bujur 103 darjah 28.26 minit Timur di dalam perairan Malaysia pada jarak lebih kurang 2.65 batu nautika perairan berkenaan.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan dan senarai barang kes.

"Kesalahan yang dilakukan ini adalah berat, oleh itu setiap kamu dijatuhi hukuman 10 tahun berkuatkuasa dari tarikh tangkapan dan empat kali sebatan," katanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mirza Muhamad, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.


http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=616879

Mesej tersembunyi

hanya perlu lipat-lipat secara lintang-pukang maka muncullah mesej tersembunyi di wang kertas Amerika nih..

boleh terfikir pulak diorang ni yer huhuhu

moh kita tengok...

united we stand


trust no one


the kids are alright


the heat is on


the end is near


the american idol


holy shit


ahahaha tu dia wehh....

apa kata cuba lipat2 duit kertas ringgit kita
agak2 ada muncul tak mesej2 tersembunyi camtu

cer lipat tengok huhuhu


Siti Nurhaliza - All Your Love

All Your Love....album terbaru dari Siti Nurhaliza

satu perkembangan yang baik dari Siti yang berani mengeluarkan album inggeris walaupun ada
yang memprtikaikan kemampuannya.


“Lagu Melayu menjadi ‘makanan’ saya. Berilah apa pun saya dapat melakukannya.
Tetapi album ini sama sekali berbeza. Bukan saja dari sudut bahasa tetapi melodinya dan imej ditampilkan. Semua baru dan berbeza. Jika saya tidak melakukannya saya tidak akan tahu kemampuan diri.

jika dia tidak menghasilkan album Inggeris sekarang, dia tidak tahu kemampuannya. kata Siti lg


bagus Siti..pedulikan apa orang nak kata

moh layan lagu falling in love


Sedapnya batu-bata

TERRY HAUTE: Seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut.

Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan.

Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.

Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat

Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati.

Colleen berkata: “Dia tidak mencuba makan kaca begitu banyak kerana ia mencederakannya. Tetapi dia akan cuba makan batu dan kayu yang ditemuinya di taman.

“Dia boleh makan bata seperti orang biasa makan biskut coklat. Dia sedar benda tu tidak bagus untuknya. Tetapi keinginan itu begitu tinggi bagi seorang kanak-kanak untuk menanganinya.”

Natalie menghidap Pica, sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya terhadap bahan yang tidak berzat.

Colleen, dari Terre Haute, Indiana, Amerika Syarikat menceritakan bagaimana penyakit itu hampir menyebabkan dia mati.

“Saya menidurkan Natty sebelum pergi ke dapur untuk membasuh. Tiba-tiba dia masuk dan memegang seutas wayar kecil. Mulutnya berdarah dan saya tahu apa yang terjadi.

“Dia makan mentol lampu, semua sekali kecuali wayar itu. Saya serta-merta membawanya ke pusat perubatan.

“Saya begitu cemas,. Mujur dia tidak apa-apa,” katanya.

Sejak kejadian itu, Natalie sentiasa diperhatikan oleh Collen, suaminya, David, dan anak lelaki mereka, Andrew.

Colleen, pengurus pejabat berkata: “Natalie tidak menunjukkan keganjilan setiap hari.

“Ada ketika, dia hanya sekali-sekala cuba memakan sesuatu yang berbahaya. Tetapi pada masa lain, dia sentiasa berkeinginan untuk memakan benda itu.

“Yang paling membimbangkan ialah mungkin satu hari kelak dia memakan sesuatu yang beracun dan kami tidak sempat untuk bertindak menyelamatkannya.”


wordless wednesday # 3




Gaun pengantin terpanjang

Seorang wanita Itali Elena De Angelis memakai gaun sepanjang 3 kilometer di hari pernikahannya.

perjalannannya dari rumah ke gereja diraikan oleh seluruh warga Casal di Princice dengan sama-sama mengangkat gaun tersebut.

bagi pencipta gaun itu Gianni Molaro beliau berharap gaun pengantin itu dicatatkan dalam Guinness Book of World Records.


dah macam ular dah rupanya

Wake me up when September ends

as my memory rests,
but never forgets what I lost.
wake me up,
when September ends









-greenday

Hugh Jackman tetap Wolverine

minat dengan X-Men? tak kiralah sama ada komik atau movienya. aku salah seorang peminatnya dan salah satu watak yang diminati adalah Wolverine.

telah empat filem X-men diterbitkan dengan actor hugh jackman membawakan watak Wolverine bagi empat siri filem tersebut. Pihak 20th Century Fox dijangkakan akan memulakan penggambaran sekuel X-men origins: Wolverine tidak lama lagi.

namun, ada perkhabaran yang mengatakan bahawa Jackman tidak akan kembali memegang watak tersebut lantaran kesibukannya.

tetapi, bagi Jackman, dia menafikan perkara tersebut dan memberitahu filem sekuel itu tetap akan dijalankan walaupun pengarahnya, Darren Aronofsky sudah menarik diri.

"Semuanya masih lagi berjalan dengan baik dan skripnya juga sudah hampir siap. Kalau ditanya kepada saya, memang saya tetap mahukan Aronofsky mengarahkan filem ini.

"Memandangkan dia sibuk dengan projek lain, maka mahu atau tidak filem sekuel ini akan tetap diteruskan dan penggambarannya dijangka pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

"Apa yang boleh saya katakan, projek filem sekuel yang menggunakan judul sementara The Wolverine ini hanya akan dijalankan selepas saya menamatkan penggambaran filem terbaru saya, Les Miserables," kata Jackman dalam satu temu bual baru-baru ini

Liverpool FC dan MUFC...siapa lebih hebat?

moh kita tengok rekod2 kejuaraan dua kelab terhebat liga Perdana Inggeris nih


-DOMESTIC-

Football League First Division (English football champions)/First Division (until 1992) and Premier League:

Liverpool FC: 18 kejuaraan
(1900–01, 1905–06, 1921–22, 1922–23, 1946–47, 1963–64, 1965–66, 1972–73, 1975–76, 1976–77, 1978–79, 1979–80, 1981–82, 1982–83, 1983–84, 1985–86, 1987–88, 1989–90)

MU FC: 19 kejuaraan
(1907–08, 1910–11, 1951–52, 1955–56, 1956–57, 1964–65, 1966–67, 1992–93, 1993–94, 1995–96, 1996–97, 1998–99, 1999–2000, 2000–01, 2002–03, 2006–07, 2007–08, 2008–09, 2010–11)


FA Cup

Liverpool FC: 7
(1965, 1974, 1986, 1989, 1992, 2001, 2006)

MU FC: 11
(1908–09, 1947–48, 1962–63, 1976–77, 1982–83, 1984–85, 1989–90, 1993–94, 1995–96, 1998–99, 2003–04)


League Cup:

Liverpool FC: 7
(1981, 1982, 1983, 1984, 1995, 2001, 2003)


MU FC: 4
(1991–92, 2005–06, 2008–09, 2009–10)



FA Charity Shield/FA Community Shield

Liverpool FC: 15
(1964*, 19658*, 1966, 1974, 1976, 1977*, 1979, 1980, 1982, 1986*, 1988, 1989, 1990*, 2001, 2006 (* shared))

MU FC: 18
(1908, 1911, 1952, 1956, 1957, 1965*, 1967*, 1977*, 1983, 1990*, 1993, 1994, 1996, 1997, 2003, 2007, 2008, 2010 (* shared))



-EUROPEAN-

European Cup/UEFA Champions League

Liverpool FC: 5
(1977, 1978, 1981, 1984, 2005)


MU FC: 3
(1967–68, 1998–99, 2007–08)


UEFA Cup

Liverpool FC: 3 (1973, 1976, 2001)

MU FC: - (telur ayam)


musim 2011/12 kedua-dua pasukan akan bertarung pada

Saturday 15th October 2011
Liverpool v Manchester United 12:45 Anfield


Saturday 11th February 2012
Manchester United v Liverpool 15:00 Old Trafford



agak berat utk mengakui...tapi terpaksa..MUFC lebih banyak kejuaraan dari LFC di kejohanan peringkat domestik.

tapi

LFC tetap boleh berbangga kerana masih mengatasi musuh ketatnya itu dlm UEFA Champions League...tahniahhhh

musim 2011/12 Reds masih dalam pembinaan dan tidak mustahil akan berada dalam kelompok big four seperti yg disasarkan.

~YNWA~

moh kita makan belalang

belalang berpotensi besar untuk dikomersialkan sebagai salah satu makanan eksotik di negara ini kerana kelazatannya.

Seorang peniaga bekalan makanan harian di Pasar Besar Pasir Puteh, Kelantan Bidah Abdullah, 59, berkata, belalang padi memiliki keistimewaan tersendiri dan menjadi antara pilihan wajib peniaga untuk diniagakan menjelang Ogos sehingga Oktober setiap tahun kerana permintaan yang tinggi.

Selain digoreng, belalang padi juga dikatakan lebih enak jika dimasak kerutuk dan dinikmati bersama nasi.

yummyyyyyy sedap tuuuuu

camane?? sanggup makan tak??....

seumur hidup aku baru sekali je aku makan belalang. itu pun tak habis sekor huhuhuuu


nampak sedap je kan belalang goreng nih ahaks


semua gambar dicilok dari lebai google


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

bergambar dalam tandas

Terdapat trend terbaharu dalam kalangan pengguna rangkaian sosial seperti Facebook iaitu bergambar dengan kepala berada dalam mangkuk tandas

Pengguna-pengguna rangkaian sosial itu yang terdiri daripada lelaki dan wanita juga melakukan aksi seperti meniarap di dalam tandas.

Ia merupakan trend terbaharu selepas bergambar dalam keadaan meniarap di pelbagai lokasi, bertenggek seperti burung hantu dan berdiri dalam keadaan terbalik seperti kelawar







try buat camtu kt tandas awam di malaysia nih kalau nak muntah hijau huhuh

besarnya ular

Seorang pengembara, Niall McCann berjaya menangkap seekor ular sawa gergasi sepanjang 5.48 meter dan seberat 100 kilogram di sebuah hutan di Guyana, lapor sebuah akhbar semalam.

McCann yang merupakan seorang ahli biologi dari Cardiff, Britain yang berusia 29 tahun menemui ular tersebut di tebing Sungai Rewa.

Dia menangkap ular tersebut bersama sekumpulan pasukannya yang terdiri daripada penduduk tempatan





errr aku takut ngan ular tak kiralah besar atau kecik
tapi kalau terserempak dengan ular yg gedabak camtu memang
lari laju-lajulah....seram woooo huhuhu

Pesawat pejuang WWII terhempas

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 54 yang lain cedera apabila sebuah pesawat lama terhempas berhampiran penonton yang menyaksikan satu pertunjukan udara di negeri Nevada, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Seramai 12 orang mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas pesawat pejuang P-51 Mustang yang digunakan dalam Perang Dunia Kedua itu terhempas dalam keadaan menegak berhampiran satu tempat duduk grandstand yang dipenuhi oleh orang ramai. Ia dikendalikan oleh juruterbang veteran berusia 74 tahun, Jimmy Leeward.

"Kami amat berdukacita atas tragedi ini," kata ketua Persatuan Perlumbaan Udara Reno, Mike Houghton. Dia enggan memberi komen tentang berapa ramai yang terkorban.

Video amatur yang dirakam di tempat kejadian menunjukkan orang ramai terkejut dan sangat takut apabila melihat pesawat tersebut menjunam ke tanah.

Mike Draper dari Persatuan Perlumbaan Udara Reno menyatakan bahawa pesawat itu baru memasuki pusingan pertama apabila Leeward membuat panggilan kecemasan.

"Kami tidak tahu kenapa ia terhempas. Dia kemudian keluar daripada perlumbaan sebelum terbunuh apabila pesawat yang dipandunya itu terhempas," kata Draper.

Houghton menolak dakwaan tahap kesihatan Leeward mungkin menjadi punca nahas.

"Semua rekod kesihatannya dikemas kini. Jimmy seorang juruterbang yang mahir dan berpengalaman. Dia menyertai acara ini sejak tahun 1975," tegas Houghton. - AFP









kedeboooommmMMmmm

hancur semuanya

Gadis pontianak gigit lelaki tua ahaks

“Aku pontianak, aku akan makan kamu.”

itulah kata-kata Josephine Smith, 22, yg dituduh menyerang seorang lelaki tua Milton Elis yang berusia 69 tahun dengan menggigit muka dan lengannya sehingga memerlukan jahitan.

serangan itu berlaku di depan Restoran Hooter yang kosong di St. Petersburg, Florida.

Polis berkata, Elis yang menggunakan kereta roda bermotor, tidur ketika Josephine menyerangnya.

Ellis yang berdarah, dapat melarikan diri ke sebuah stesen minyak berdekatan dan menelefon polis yang tiba kemudian menemui Josephine yang hampir berbogel dan berlumuran darah, berdekata restoran itu.


ahahaa apa kes serang orang tua.


mymetro

Plitvice Lakes National Park, Croatia

Subhanallah...cantiknya air terjun dan tasik di Taman Negara Plitvice Lakes Croatia nih.

kedudukannya di kelilingi oleh banjaran Pljesevica, Mala Kapela dan Medvedak adalah sebahagian dari Dinaric Alps yang merupakan taman negara tertua di tenggara eropah.

Air yang mengalir di atas batu kapur sejak beribu-ribu tahun telah mencipta halangan, mewujudkan empangan semula jadi yang seterusnya membantu membentuk gua yang indah, sungai dan air terjun.

air terjun yang tertinggi di sini adalah Veliki Slap setinggi 70 meter.

taman ini telah diisytihar sebagai Taman Negara di Croatia pada tahun 1949 dan telah diberi status world heritage pada tahun 1979.

kerana keindahannya ramai pembaca web pelancongan Trip Advisor memberi komen-komen memuji keindahannya

so, korang tak teringin ke nak pergi??

kalau datang sini tak perlu risau pasal tempat penginapan sebab kemudahan hotel disediakan termasuk juga tapak perkhemahan.

hmmm untuk honeymoon pun sesuai sangat-sangat ni huhuhuuu







tapikan, aku rasa air terjun di Gunung Stong pun cantik juga

Pokok Gharqad sedang giat ditanam di Israel

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman.

Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya.

Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar ini dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam



Besarnya buaya

Sejumlah penduduk kampung yang menangkap seekor buaya gergasi di bandar Bunawan , Filipina pada Sabtu lalu dipercayai yang paling besar pernah ditangkap hidup-hidup, kata beberapa pegawai semalam.

Buaya jantan seberat 1,075 kilogram (kg) dan sepanjang 6.4 meter itu disyaki membaham seorang petani yang hilang pada Julai lalu di bandar Bunawan dan membunuh seorang budak perempuan berusia 12 tahun dengan kepalanya putus dua tahun lalu.

Namun seorang pemburu, Rollie Sumiller yang memeriksa perut buaya tersebut dengan memaksa haiwan berkenaan muntah tidak menemui sebarang petunjuk ia telah memakan manusia itu dan beberapa ekor buaya yang dilaporkan hilang...


omg besarnya...




aku tertarik dgn komen pembaca Dailymail nih..

Go to Sarawak in Malaysia - to be precise the Batang Lupar river and its supporting smaller rivers. Now this is THE place where people get killed by crocs EVERY year. The biggest caught was a 28 foot long croc called BUJANG SENANG about 20 years ago...and there are many, MANY MORE giant crocs there too!!! Even the great and late Steve Irwin as well as that american Dr Brady Barr refused to get involved with crocs there.

- alicia, Singapore, 07/9/2011 00:23

aku pun rasa buaya di Sg Batang Lupar ada banyak lagi yg lebih besar dari buaya tu.



http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2034007/Worlds-largest-crocodile-captured-Philippines-villagers.html

p/s: jgn jadi buaya darat