How to paint the Mona Lisa with MS Paint



"Painting of the Mona Lisa using Microsoft paint.
Original painting time 2hrs 30mins.
Plays in under 5 minutes"


gempak giler

Barca menang lagi

yeay kalah jugak Manchester United
suka..suka...suka ahaha
Husz, sabo jela, xde rezeki team ko tu

xmo cakap panjang
moh nengok aksi2 menarik final


Biarlah gambar yg bercerita...layannn



1 - 0

1 - 1

2 - 1

3 - 1

pritttttttt..tamat..Brca menang

yeahhh kami monang lagi
(alangkah baiknya kalau THE REDS
yg menang huuuuu)

..........................................................................

Luar Wembley..sebelum game


pergghh ramai..kalau dpt dtg sini mesti best


sape tu yg bawak bendera Malaysia tu


http://www.dailymail.co.uk/

dua tahun dari sekarang diharapkan THE REDS akan kembali beraksi di final...yeahhh

~YNWA~

Yeay Barca menang liga juara

Barcelona menang 2-0 keatas MU dlm final liga juara2 eropah, suka..suka...suka ahahaha tpi itu final 2 tahun lepas di Rome.

apa kes pulakkan penyokng tegar REDS minat dgn Barca lak nih. yela, apa nak buatkan, LIVERPOOL xdpt masuk final, terpaksalah sokong Barca. takkan nk sokong MU lak. musuh ketat tu huhuuu

28 mei 11 waktu di London atau awal pagi ahad 29 mei waktu di KL kedua team tersebut akan berentap sekali lgi dlm final yg akan berlangsung di Wembley, London.

tahun ni lagi sekali terpaksa jdi penyokong kpd Barca. lebih2 lagi ada bet dgn si Husna nih. kalau MU menang aku terpaksa letak logo MU kat penjuru atas blog tu selama seminggu dan klu MU yg kalah dia kena kena buat benda yg sama, pasang logo REDS di blog dia tu hehe

so, Husz, cepat cari logo REDS. aku dah dpt bayangkan, MU kalah final nanti hahaha

korang semua, moh pakat sokong Barca...


ramalan: Barca 1 MU 0...cukuplah tu.lebih2 lgi sebab main di England, rumah MU sendiri


bila agaknya dpt tgk LIVERPOOL kembali beraksi dlm Champions League. musim depan xdpt masuk pon huhuhuu sedih.


Can't stop lovin' you



Hey!
There's a time and place for everything. For everyone
We can push with all our might, but nothin's gonna come
Oh no, nothin's gonna change
An' if I ask you not to try, oh could you let it be?

I wanna hold you and say
We can't throw this all away
Tell me you won't go, you won't go
You have to hear me say

I can't stop lovin' you (Ooooo)
And no matter (Ooo-ooo-ooo) what I say or do
You know (Ooo-ooo-ooo) my heart is true, oh
(Ooo-ooo-ooo) I can't stop lovin' you

You can change your friends, your place in life
You can change your mind
We can change the things we say, and do any time
Oh no, but I think you'll find
That when you look inside your heart
Oh baby, I'll be there. Yeah!

Hold on. I'm holdin' on
Baby, just come on, come on, come on
I just wanna hear you say

I can't stop lovin' you (Ooooo)
And no matter (Ooo-ooo-ooo) what you say or do
You know (Ooo-ooo-ooo) my heart is true, oh-oh!
I can't (Ooo-ooo-ooo) stop lovin' you

Oh, I'm so twisted and tied
And all I remember, was how hard we tried
Only to surrender

(Guitar Solo)

(Ahh-ahh) And when it's over
(Ahhh-ahh) I know how it's gonna be
And true love will never die
Or, not fade away

And I can't (Ooo-ooo-ooo) stop lovin' you
And no matter (Ooo-ooo-ooo) what I say or do
You know (Ooo-ooo-ooo) my heart is true, oh
I can't (Ooo-ooo-ooo) stop lovin' you

And I know (Ooo-ooo-ooo) what I got to do
Hey Ray, what you said is true, oh
I can't (Ooo-ooo-ooo) stop lovin' you, oh no
(Ooo-ooo-ooo)
Oh, can't (Ooo-ooo-ooo) stop lovin' you


.....................................

van halen

Moh buat senaman kempis perut

dah petang dah...apa kata habis kerja karang sama2 buat senaman kempiskan perut huhuhuuu senaman ni sesuai bg mereka2 yg dh maju ke depan.

kalau dh xsabar nk tunggu..apa kata buat senaman ni sekarang jugak. pastikan dulu bos korang tak nampak. atau pon ajak bos korang join sama sebab aku rasa org2 yg bergelar bos ni lebih maju perutnya ke depan haha

mereka yg pregnant xyah susahkn diri buat senaman nih. takkan kempis punya.

ok, jommmmmmmmm kempis perut

berikut adalah 4 jenis senaman yang boleh anda amalkan setiap hari;

Knee Circle 1

1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.



Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.


4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.

5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.


knee circle 2

Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.


Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.

Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.


selamat mencuba...selamat kempiskan perut

Lelaki lebih subur ketika cuaca sejuk

hasil perguruan aku dgn Lebai Google telah ditemui satu fakta yg boleh dikira agak penting juga lah. bagi mereka2 yg ingin melangsungkan perkahwinan atau yg dah kawen elok ambil tahu pasal ni. ok

begini ceritanya....

menurut Lebai Google, pd tahun 1997 yg lalu di New York telah terjadi satu peristiwa yg luar biasa iaitu kadar kelahiran di kota tersebut telah meningkat dgn mendadak.

yg menariknya ramai ibu yg telah lama tdk mengandung turut sama melahirkan anak hihi.

disebabkan ia satu peristiwa yg agak ganjil ia telah menarik minat mereka2 yg suka megkaji untuk melakukan kajian mengenai fenomena tersebut.

setelah bertungkus-lumus akhirnya pada November 1999 pakar telah memperolehi jawapannya.

"lelaki lebih subur ketika cuaca sejuk" kata ketua pengkaji kesuburan Dr Grace Centola ketika itu berkihidmat di University of Rochester Medical Center.

kenyataan itu merujuk kpd satu fenomena yg luarbiasa melanda New York iaitu selama 10 bulan lamanya kota itu dilanda musim sejuk.

agaknya musim2 sejuk kerja diorang semua tu hanya duduk kat rumah berselimut dgn bini masing2 ye tak..sejuk katakan. nak buat kerja lain tak boleh. so, kerja itu je la yg mampu dilakukan ahaks hehe

sambung Lebai Google lagi, Grace mendapati apabila kesejukan organ pembiakan lelaki lebih aktif menghasilkan sperma berbanding musim panas.

malah dalam keadaan tertentu jika suhu terlalu panas sperma mudah mati

"bagi yg menghadapi masalah kesuburan adalah lebih baik jika selalu berada dlm persekitaran yg sejuk" tambah Dr Grace lagi


erm ermmm musim2 hujan sangat lahhhh sesuai bgi org yg dh kawen beramah mesra dgn pasangan masing2 ye...yg belom tu jgn cuba pulak mesra2 dgn pasangan korang..haram..kawen dulu, pastu bolehlah nak buat apa pon hehe


ok, adiosSS

Penyokong MU cari gaduh

Manchester United fans unveil '19 times' banner at Anfield

saje je ni...memang nak cari gaduh ni. sanggup penyokong MU dtg ke Anfield minggu lepas semata-mata nak pasang banner tu huuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhh

sementara itu Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mencabar MU menyamai rekod lima kejuaraan Liga Juara2 yg di menangi The Reds

"Jika penyokong United boleh membawa kain rentang yang tertulis perkataan 'United juara 19 kali' di Anfield minggu lalu, mungkin kami boleh bawa kain rentang tertulis lima kejuaraan Eropah milik Liverpool ke Old Trafford musim depan


ahahahaaa kalau xde sape yg sanggup pasang banner tu kat Old Trafford biar aku je yg buat. tapi bkn kat sana la....gantung banner tu kat area Serdang pon dh kira ok dah biar ada org sakit hati ahaks


"Pada saya, tak kiralah apa yang difikirkan oleh United. Bagi saya, Liverpool tetap kelab paling penting buat jutaan penyokong di seluruh dunia" kata Dalglish

yeahhhh Liverpool tetap hebat

~YNWA~

Kisah Mat Moto

Mamat moto

ni perihal sorang mamat yg baru dpt motor.. so g kekedai la nak beli minyak..dia singgah jap kedai..survey minyak..

mamat motor : bang minyak mana yg ok ni..

tokey kedai : hah.. abg syorkan guna minyak max5 ni.. pelinciran dia bagus..

mamat motor : yg lain bang..

tokey kedai : hah.. castrol ni pun ok gak.. jauh bleh pegi ni..

tokey kedai : takpun.. amik shell ni murah skit..

mamat motor : emm..

tokey kedai : kalau motor adik ni.. pakai petronas je pun dah ok..
tokey kedai : so.. adik nak beli yg mana satu ni?

mamat motor : emm..sory la bang..mak adik pesan suruh beli minyak masak seri murni je takdi..

tokey kedai : %^&*%^..aku bakar jugak budak ni ngan minyak tanah kang..



kita bako...kita bakoooooooooo huhahahaa

selamat hari minggu

tak kiamat rupanya semalam huhuh


Esok kiamat

hahaha amacam..gerun tak tajuk tu

kejap tadi dok belek2 Harian Metro tetiba mata aku terpandang tajuk ni


Sekumpulan paderi New York ramal dunia kiamat esok

NEW YORK: Berbekalkan kemeja-T, brosur, buku dan poster, seorang paderi bersama rakan rakannya tekun memberi amaran kepada orang ramai di New York bahawa dunia akan kiamat esok.

Menggunakan perkiraan daripada Bible, Manny mendakwa akan berlaku gempa bumi di seluruh dunia pada 21 Mei, tetapi dia sendiri tidak pasti sama ada kejadian itu berlaku serentak atau tidak.

Katanya, dia tidak pasti bagaimana ‘bencana’ itu berlaku atas faktor perbezaan masa sesuatu tempat di seluruh dunia.

“Bagaimanapun, sepatutnya gempa bumi itu berlaku pada waktu sama di seluruh dunia,” katanya.

Manny, 56, berkata walaupun tarikh 21 Mei kelihatan rambang, dia merujuk kepada analisis Presiden Family Radio - sebuah komuniti penyiar keagamaan di California, Harold Camping.

Ketika sibuk berceramah, teman Manny, Borce, 43, mengedarkan risalah mengenai ramalan kiamat mereka. Melalui risalah itu, mereka mendakwa orang ramai mempunyai beberapa jam untuk bertaubat. - AFP


so, tunggu je la hari esok haha...


sbg org beragama islam kita hendaklah sentiasa bertaubat dan memohon keampunan dri Allah. tentang kiamat tu biarlah Allah yg tentukan bila masanya.

yg pasti janji tuhan adalah benar...harinya akan tiba jua

Wallah hua'lam

Silent Killer

korang merokok tak? aku bukan perokok. so, nak tanya sikit kpd sape2 yg merokok tu, best ke sedut asap masuk ke dalam paru2 tu.

haaaaaaa best ke?..sedap ke?...nikmat ke?...

aku tension gak bila duduk dekat2 dgn smokers ni. asap rokok yg dihembus keluar tu kalau berlegar-legar kat muka diorang sndiri xpelah jugak..lantaklah

ini tak, asap tu tersedut juga oleh kita yg berada berhampiran. ia lebih bahaya org cakap

hurmm k lah,

aku nk highlightkan skit pasal rokok. pasal skrng nih ramai sgt teenagers kita yg dh addicted ngan rokok. nape?? k u all sit tight & meh discover the truth bout smokin'


berdasarkan pertanyaan aku kepada Lebai Google di dapati ada beberapa sebab seseorang remaja itu menjadi perokok.

antaranya ialah ingin bereksperimen. yela, selama ni hanya dok tengok je org2 tua dan org2 tak berapa tua hisap rokok berkepul-kepul asap. nampak syok jekan. sebab tu dorang pon nak cuba.

bebudak ni jugak ingin..apa org cakap, ingin menunjukkan personaliti mereka kononnya bila merokok mesti nmpk macho, adventurous, glamer, popular...ceh, banyak cara lain lagi la

diorang ni juga ingin cepat jadi dewasa sebab tulah mereka merokok. ia akan buat mereka nmpk matured..hmm ye ke?? kpd budak2 skolah tu, xguna nmpak matured klu duit beli rokok pon mak bapak yg kasi...hampeh

dan yg biasa didengar adalah pengaruh dari kengkawan. mereka yg brgaul ngan geng perokok biasanya akan mudah trpengaruh. agaknya klu kawan2 diorang terjun lubang taik pon diorang akan ikut....pengaruh kawan2 katakan huhuh bengong

aku pon bergaul juga dgn perokok ni..xdelah sampai nk ikut diorang hisap asap tu. semuanya bergantung kpd diri sendiri la..kena kuat


kata Lebai Google lagi, rokok sangat bahaya kpd kesihatan. silap2 boleh bawa maut. aku pernah tanya kpd sorang kawan yg perokok tegar ni.

"tak takut mati ke" boleh pulak dia jawab, "ko yg xisap rokok tu ingat boleh hidup smpai 100 tahun ke" pehh baik punya jawapan. rasa cam nak cepuk kepala dia tu laju2 je.

banyak lagi la bahayanya, antaranya risiko mndapat sakit jantung, kanser & penyakit kronik yg lain.

bagi org pompuan akan menghadapi kesukaran masa pregnant & penyakit pernafasan kanak2, gandakan risiko ketidaksuburan. silap2 boleh mandul. isk

gigi juga boleh rosak klu dh lama sangat hisap rokok...bila dh rosak ggi tu nak senyum kat org pon rasa malu ye tak...


aku tanya lagi Tok Lebai Google tu apa yg terkandung dlm asap rokok tu..

dia jawab, asap rokok ada 4000 bhn kimia yg bahaya to ur heart. yg paling bahaya ialah nikotin & karbon monoksida

4000?..terkejut aku

klu nak tau bahan apa smpai 4000 tu korang tanya sendirilah Lebai Google...malas dh aku nak tanya...letih tau tak huhuh



so, bgi u all yg tengah merokok, cuba nk blaja merokok, baru start merokok..think twice..life is short & akan jadi shorter klu u all hisap rokok. lbih macho & bijak klu u all x merokok. ur choice huhuh


aku minta diri dulu, adiossSSS

Assalamualaikum

Al-Fatihah utk arwah Abdul Hakim

agak lewat aku dpt berita ni...xpelah

takziah kpd keluarga Abdul Hakim
dan Al-Fatihah untuk Arwah Abdul Hakim B Mohd Kamal.

Arwah telah kembali ke Rahmatullah kerana jangkitan paru-paru
semasa dirawat di Hospital Putrajaya

Semoga arwah ditempatkan di tempat orang-orang beriman.
Amin~


beliau adalah pemilik blog:

http://telordibasuh.blogspot.com/

~FOREVER AND ONE~

What can I do?
Will I be getting through?
Now that I must try to leave it all behind
Did you see what you have done to me?
So hard to justify
Slowly it's passing by

Forever and one I will miss you
However, I kiss you yet again
Way down in Neverland
So hard I was trying
Tomorrow I'll still be crying
How could you hide your lies
Your lies

Here I am
Seeing you once again
My mind's so far away
My heart's so close to stay
Too proud to fight
I'm walking back into night
Will I ever find someone to believe?

Forever and one I will miss you
However, I kiss you yet again
Way down in Neverland
So hard I was trying
Tomorrow I'll still be crying
How could you hide your lies
Your lies

helloween - forever and one


Wanted: suspek penyimbah asid

Message From IPD TUN RAZAK,
motor suspect simbah acid, dapat dikesan :

"HONDA EX5 WPV 4963"

Please be alert & share this to all..



Inilah wajah suspek yang dapat dirakamankan oleh CCTV.
Mangsa terbaru yg disimbah asid adalah anak seorang anggota polis
di Seksyen 10, Wangsa Maju.

sebelum ni kejadian simbahan asid dilaporkan berlaku
di Bangsar, Brickfields, Bukit Bintang dan Pudu

mamat ni berbagsa india. kalau ada ternampak
di mana2 call rakan cop dgn segera.

kpd semua wanita di sekitar KL tolong hati2

kredit gambar: http://www.kujie2.com/isu-semasa/wajah-suspek-kes-simbah-asid.html

Gergasi akan bangkit

musim 2011/12 akan bermula kebangkitan

THE REDS


Flashback 2005

Liverpool menang Final Liga Juara-Juara Eropah










Peringatan kpd semua

Terkini teknik baru yang digunakan bagi menjadikan pemandu jalanraya pada waktu malam menjadi mangsa mereka, iaitu dengan melempar telur di cermin hadapan.

Jika anda sedang memandu diwaktu malam, secara tiba-tiba cermin kereta anda dilemparkan telur ayam. Jangan suis on wiper dan pancutkan air. Teruskan memandu dengan apa yang mampu dilihat sehingga anda berada di tempat yang selamat.

Ini kerana, telur ayam bercampur dengan air akan menjadikan cecair seperti susu (sukar dihilangkan dengan mudah) dan menyebabkan tahap penglihatan mata kita menjadi kabur sehingga 92.5 peratus. Anda akan menjadi mangsa sekiranya anda berhenti sebaik saja mengalami kejadian tersebut. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa dengan gaya baru sipenjenayah.


Pesanan daripada PDRM.
Sebarkan untuk kebaikan ...kita bersama

Pizza

pizza ini telah dicilok dri Lebai Google


suka makan pizza? ahaaa mesti lah suka, ye tak

bagaimana agaknya lempeng mat salleh ni bermula ye. aku pon tanpa segan silunya bertanyalah Lebai Google tentang asal-usul pizza nih.

menurut kata Lebai Google ni, pizza dikatakan telah dicipta oleh org di Itali sana sekitar tahun 1600 yg lampau. pizza pd masa tu sangatlah koman apa taknya ia hanya mengandungi sos putih..Lebai Google tak pasti pulak apa bendanya, garam dan takde lgi kot yg di bubuh atas doh roti pizza itu.

sebab tu lah kata Lebai Goole, pizza pd zaman tu makanan org2 miskin papa kedana. org2 kaya jeling pon tidak apatah lgi nak melantaknya huuuuuu sadisnya. pd masa sekarang nih dh terbalik pizza seolah-olah makanan org2 banyak duit je. org miskin telan air liur.

sambung Lebai Google lgi, sekitar tahun 1889 seorang chef yg bernama Raffaele Esposito telah mencipta satu resepi pizza yg diberi nama Pizza Margherita bagi dipersembahkan kpd Ratu Itali Ratu Margherita Of Sovay.

kandungan bahan2 yg ditempek di atas pizza margherita ni melambangkan bendera Itali iaitu sos tomato-merah, putih-keju mozarella dan hijau-daun basil. maknanya chef Raffaele adalah org pertama yg taruk cheese kat pizza tu.

begitula secara ringkasnya bagaimana pizza dicipta. Wallahualam

mari makan pizza ajak Lebai Google sambil mengakhiri kuliah maghribnya pd hari ini.

Nak bertunang tapi duit tak cukup huuuuuuu

Tahun ni nak bertunang tapi duit tak cukup. disebabkan terdesak seorang pemuda telah bertindak memperdayakan bakal isterinya kononnya dia diculik dan memerlukan RM42,000 sbg wang tebusan

Tindakan pemuda berusia 26 tahun itu menyebabkan si gadis, 25, menjadi kelam-kabut dan terus membuat laporan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, teman wanitanya bekerja di sebuah hospital pakar di Damansara melaporkan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasihnya, kira-kira jam 6.30 petang, Ahad lalu.

Dalam SMS itu mengatakan teman lelakinya diculik, diikat tangan dan matanya ditutup.

“Kira-kira jam 9 malam, satu lagi SMS diterimanya dan penjenayah meminta wang tebusan sebanyak RM42,000 dan sebuah kereta milik wanita itu.

“Berikutan itu, dia membuat laporan polis bagi menyelamatkan kekasihnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tun Hisan berkata, susulan itu, polis menahan teman lelakinya di KL Sentral, kira-kira 10.15 malam kelmarin yang dipercayai adalah mangsa dan suspek bagi drama penculikan terbabit.

Katanya, setakat ini polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.


tu dia wehhhhhhhhh..sebut betul2 HUKUMAN MATI atau PENJARA SEUMUR HIDUP jika bersalah...jgn buat main2

ni lah padahnya kalau nak buat sesuatu tak pakai otak tapi pakai kepala lutut. dh tau xcukup duit bincanglah elok2 dgn pihak perempuan.

nak menyesal pon tak guna bro...benda dh terjadi



sumber dari Sinar Harian

Kematian Palsu Osama Laden & Tamat Konspirasi 9/11

Artikel ni aku kopi pes dri : http://www.harakahdaily.my/

Inilah muka yang didakwa Osama.
gambar ini sebenarnya telah diedit untuk menampakkan
wajah mirip Osama Bin Laden.


Sumber kajian the truth movement of 9/11 melaporkan, nama Osama Laden tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama Tim Osama. al-Qaeda juga tidak pernah wujud kerana wartawan British pernah mendedahkan bahawa rakyat Afghans sebelum ini tidak pernah mendengar nama Osama Laden @ al-Qaeda.

Kedua-duanya adalah dongeng Amerika (Pax Americana) untuk menjayakan konspirasi 9/11 untuk menjadikan Islam sebagai sasaran. Yang wujud hanyalah Taliban sahaja! al-Jazeera-lah punca kita semua mempercayai bahawa al-Qaeda dan Osama itu benar-benar wujud. al-Jazeera telah disahkan mempunyai hubungan sulit dengan kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti-pengganas.

Berita tentang kematian kononnya mayat Osama Laden hari ini hanyalah sandiwara AS dalam menjayakan misi berangkai (Britannica-Americana-Judaica), yang sebenarnya, kematian tersebut sebagai simbolik yang menandakan telah berakhirnya (telah berjaya) konspirasi 9/11 selepas dijayakan 10 tahun lalu dan AS sudah boleh menutup buku konspirasi tersebut kepada dunia.

Apa yang berlaku hanyalah pembunuhan karektor Osama Bin Laden dan bukan jasadnya sebagai tanda tamatnya misi ‘memerangi pengganas’ dalam dunia Islam dan babak baru akan berlaku sedikit masa lagi.

Persoalannya, tidakkah timbul perasaan ingin tahu dalam diri kita, bahawa segala berita-berita berkaitan Osama Laden hanya al-Jazeera-lah yang paling awal menyiarkan dan mendedahkan video footage atau rakaman percakapan beliau..? hairan…? kita rakyat di Malaysia kebanyakannya percaya oleh kerana kita hanya mendapat info dan berita dari satu sumber sahaja iaitu mainstream media yang menjadi pewaris kepada media propaganda Barat.

Lihatlah, apabila Pejuang Islam dikatakan (RTM, TV3, Utusan) sebagai pengganas. Minda rakyat Malaysia perlu dibuka dan dibasuh kerana sekian lama terpenjara dalam penjajahan minda oleh Barat. Di dalam kita asyik dihidangkan oleh politik lokal, adakalanya kita perlu ada inkuiri terhadap politik luar dari sumber-sumber yang sahih dari internet.

Lagu buat adinda

jiwang2 di hari minggu

Layannnnnnnnnn!!!!!



Khalifah - Lagu Buat Adinda

Dikalaku terbayang wajah mu
Daku terkenang-kenang
Kadangkala pagi siang malam
Jadi gila bayang

Pada mu duhai sayang
Kasih ku hanya pada mu seorang
Hanyalah dikau jadi pujaan
Cinta kanda sayang

Pada mu duhai sayang
Yang jauh dirantau orang
Ingatlah pesanan dari kekanda

Jangan kau bermain mata
Jangan-jangan cuba mendua
Kasih ku cinta ku selamanya

Kurenung bulan bintang
Ku sampaikan kasih salam sayang
Ku serah segala tanda cinta
Buat mu adinda

Pada si rama-rama
Terbanglah dikau padanya si dia
Pesankanlah rindu ku padanya
Rindu ku padanya

Pada mu duhai sayang
Yang jauh dirantau orang
Ingatlah pesanan dari kekanda

Jangan kau bermain mata
Jangan-jangan cuba mendua
Kasih ku cinta ku selamanya

Dikalaku terbayang wajah mu
Daku terkenang-kenang
Kadangkala pagi siang malam
Jadi gila bayang

Pada mu duhai sayang
Kasih ku hanya pada mu seorang
Hanyalah dikau jadi pujaan
Cinta kanda sayang

Adinda

Adinda