Lelaki dan bilik air

~Hari dlm seminggu lelaki byk menghabiskan masa dlm bilik air ialah ahad manakala paling singkat hari khamis

~secara keseluruhan lelaki mengepam tandas dlm setahun 3,250 kali

~kebanyakan lelaki selalu lupa meletakkan semula bingkai mangkuk tandas (toilet seat) setiap kali selepas buang air kecil

~dlm keadaan darurat ada lelaki menggunakan berus gigi atau peralatan mandi org lain

~lelaki bujang jarang membersih tandas mungkin tdk pernah

~benda yg selau jatuh dlm tandas awam adalah kunci

~peratusan lelaki membasuh tangan sebelum keluar tandas 58%

~bilangan lelaki yg membaca dlm bilik air: 1 dalam 2

~bilangan lelaki yg bercakap dlm telefon di bilik air: 1 dalam 3

~lelaki yg mengatakan bilik mandi adalah tempat paling istimewa dlm rumah: 99 daripada 100

apa yg lelaki buat di bilik air

~pembuangan segala bahan kumuhan dan toksik termasuk di telinga, hidung dan gigi

~tempat paling aman utk bertafakur dan mendapatkan idea

~tempat paling selamat utk menyelamatkan diri dri leteran isteri atau gangguan anak2

~bilik tido tambahan pd waktu pagi atau waktu bekerja. sekadar melelapkan mata seketika tanpa diketahui org

~bilik bacaan khas utk bahan2 berunsur rahsia dan sx

~bilik mekap atau pentas lakonan. disinilah mereka akan berlatih berkata-kata sebelum berjumpa seseorang yg penting, mencuba segala fesyen, gaya rambut atau mimik muka

~bagi lelaki macho tetapi sensitif, di bilik airlah tempat mereka melepaskan kesedihan dan kekecewaan. menangislah tu ahaks

~bilik karaoke dan gynasium. suara yg sumbang boleh jdi merdu, badan yg kurus boleh nampak berketul (perasan dan syok sendiri) huuuuuuuu

~yg ni hanya dilakukan di tandas awam. tandas awam dianggap sbg pusat teknologi maklumat. pelbagai informasi baik politik, seks, luahan rasa, nombor telefon dan peluang perniagaan boleh didapati di dinding tandas. kadang2 di sertakan juga cerita bergambar walaupun tidak secantik di majalah


sumber: maskulin

Liverpool Ladies FC

Liverpool Ladies F.C.


pasukan ni telah ditubuhkan sejak tahun 1989 lgi. pada awalnya dikenali sbg Newton L.F.C kemudian ditukar menjadi Knowsley United L.F.C dua tahun selepas tu.

pada tahun 1994 namanya bertukar lgi kali ini dikenali sbg Liverpool FC.





sekarang ni pasukan Liverpool Ladies beraksi dlm FA Women's Super League (FA WSL). ia adalah liga semi-pro Inggeris bgi pemain2 perempuan dan telah ditubuhkan pada tahun 2010

bagi tahun 2011 ini liga telah pun bermula pd bulan april.

perlawanan pembuka tirai WSL, 14 april lepas Liverpool Ladies seri dgn Everton 3-3 yg berlangsung di Skelmersdale.

seramai 835 org penonton yg dtg menyaksikan perlawanan tu huhuhuuuu kira ok lah tu.

hanya mempunyai satu divisions dan dianggotai oleh 8 pasukan iaitu:

1. Liverpool

2. Birmingham City

3. Arsenal

4. Doncaster Rovers Bellers

5. Everton

6. Chelsea Ladies

7. Lincoln Ladies

8. Bristol Academy Ladies


aikkk mana team 'Setan Merah' kenapa tak ambil bahagian...ke takde pemain yg nk join team tu ahahahaha


~YNWA~


Malam jumaat dah

malam ni malam jumaat..........

malam utk beramah mesra..ada juga yg cakap malam
permintaan kaum ibu huhuu

aahh dah lah bagi yg dah double buleh lah nak beramah mesra pon
yg belum dok diam2 sudaaaa

klu dh xde bnda nk buat tu
meh temankan aku layan citer nih

Terminator: The Sarah Connor Chronicles

drama bersiri ni dh 2 tahun aku download
bru malam ni berkesempatan nak menontonnya

meh la sama2 tengok...jajan, air milo dah tersedia

jom..layannnnnnnn




Sutera atau rayon

korang minat search tak. bagi aku inilah artis yg paling aku minat. al-maklumlah membesar dengan lagu2 diorang. Search adalah band terbesar yg pernah wujud di Malaysia. populariti mreka bukan saje di Malaysia bahkan mengjangkau ke Indonesia, Brunei, Singapura, Jepun, Holland.

ketika banyak band2 era rock kapak dh lama pupus mereka masih lg mampu bertahan sejak dri tahun 1981 hingga sekarang nih. maknanya tahun ni diorang akan menyambut ulang tahun yg ke 30 fuhhhh dah lama siot.

banyak lagu2 best yg menjadi siulan ramai spt Fantasia Bulan Madu, Gadisku, Isabella, Rozana, Mentari Merah Di Ufuk Timur dan banyak lagi lah.

tapi lagu fav aku lebih kpd lagu2 heavy Search antaranya Melastik Ke Bintang, Manusia Reptilia, Paranoid, Menara Kesesatan, Pawana, Cinta Buatan Malaysia, Neo Romantik etc.

album Fenomena telah dianggap sbg album yg terbaik pernah dihasilkan. dengan jualan mencecah jutaan unit di Malaysia dan Indonesia. hit utamanya tentulah Isabella yg begitu popular hingga hari ni pon masih sedap didengar.

secara peribadinya aku lebih meminati black album Search - karisma. sebab banyak lagu2 fast dlm album ni. dengan Karisma jugalah diorang berjaya membuat persembahan di New York hoooooooo bukan calang2 nk buat konsert kt sana.

lagu ni best.....cuba layan



Sutera Atau Rayon

Jika kau seteru
Pena ini pedang untukmu
Puisiku ini
Hanya racun dalam madu

Dan suaraku
Akan pasti menjadi guruh
Yang menyambar
Dan pastikan membakar
Rayon cintamu

Jika kau seteru
Laguku menjadi peluru
Pastikan meledak
Menembusi telinga itu

Layu bunga
Kerana kehilangan madu
Layu cinta
Tak dapat memenuhi hasrat rindu

Andainya engkau kekasihku
Penaku menjadi seruling
Menghembus irama rindu
Tanda kasih tak berpaling

Rayon palsu
Pasti akan lusuh...
...aahhh

Rayon
Berganti sutera sejati
...aahhh


Khasiat peluk isteri

~Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.



waaaaaaaaaa ni yg rasa nak kawen laju-laju nih huuuuuuuuuuuuuuuuu


15 sebab kenapa lelaki sentiasa happy

klu xnmpak..klik pd image laju2 k

ahaks


aku: no komen hehe

Kelantan dihina lagi

Hanya kerana bola sepak Negeri Kelantan, Sultan dan rakyatnya dihina oleh seorang makhluk Allah di fesbuk.

ini cerita minggu lepas selepas Kelantan dibelasah oleh Perak 4-0 di Ipoh. Aku pon tak tau nak cakap apa. kalau pun marahkan terhadap segelintir penyokong The Red warriors kenapa sampai sanggup menghina Kesultanan Melayu Kelantan dan rakyatnya.

bukan semua org2 Kelantan berperangai buruk dan rakyat negeri lain juga bukannya semua malaikat

apa perasaan korang kalau negeri korang dihina, dicaci sedemikian. aku sedih la. bila berada di luar Kelantan aku dh biasa dengar macam2 penghinaan terhadap negeri kelahiran aku tu.

aku taknak cakap panjang la...korang baca sendiri apa yg mamat ni tulis


....kau dah jolok sarang tebuan....silap besar bro...


WE ARE WARRIORS, WE RESPECT ALL BUT FEAR NONE...WE SHALL FIGHT, FIGHT AND FIGHT...AS TRUE WARRIORS!!!

Bila dah takde 'kemaluan'

Pasangan berkahwin berbogel jimat kos pakaian

Satu pasangan bangang dari Feldkirche, Austria berkahwin dlm keadaan bogel tapi semua tetamunya berpakaian pulak.

Dua ekor makhluk bodoh tu, Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih utk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang boleh diingati buat selama lamanya.

Melanie berkata: "Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami."...
kepala hotak kau


ermm ermmmmm err korang semua bila nak kawen jgn buat camni yer....buat malu jer...
tujuh keturunan jdi bahan bualan org kampung huhuhuuu

[Readmore]



selamat berhujung minggu

Silaturrahim

Engkaulah rohaniku
Mengalir di jiwa
Kau nur berkilauan
Di jantungku
Nafas ku hela menyebut
Indah namamu
Kau yang satu

Aku saksikan ujian
Alam terbentang
Namun dirimu jadi pujaan
Walau diganti di tangan
Bulan dan bintang
Rela denganmu disatukan

Kucari kutanya
Hanya sebut namamu
Ku sedar ku lena
Kau tetap bersama

Kini kau yang kumiliki
Nama rupa dan cara
Bersatu jasad dan nyawaku
Kita serupa

Sempurna janji kita
Bersaksikan bumi
Dan tujuh petala langit tinggi
Aku pasti
Merasai cinta suci
Silatulrahim

Kasihmu tiada dapat ku cari ganti
Hinggaku rela hancur keranamu
Tiada kata dapat kulafazkan lagi
Waktu di syurgawi cintamu

Nama pelik dan panjanggggg

Malam tdi dah xde apa benda nak buat aku merayau-rayau la kat rumah Auntie Wiki. belek punya belek terjumpa la dgn satu artikel yg agak menarik juga la.

ia adalah mengenai nama2 tempat yg terpanjang di dunia nih.

nama2nya dah lah pelik2...nak sebut dah satu hal pulak. boleh tergeliat lidah dibuatnya..panjang woooooo hohoho

aku sure boleh memberi kecederaan parah kpd otak klu nak hafal nama2 nih huhuhuu

ok meh tengok tempat2 tu...klu ada duit lebih buleh gi sana


Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu (85 letters)
lokasi: North Island, New Zealand

Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch (57 letters)
lokasi: Anglesey, Wales, UK

Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg (45 letters)
lokasi: Massachusetts, US

Tweebuffelsmeteenskootmorsdoodgeskietfontein (44 letters)
lokasi: South Africa

Äteritsiputeritsipuolilautatsijänkä (35 letters)
lokasi: Lapland, Finland
aku dah tanya Lebai Google gambar tempat nih tapi takde. so, aku letak jelah pic awek aku nih


hahahaha amacam....buleh tak korang sebut nama2 tu.

itu adalah yg lima terpanjang la. nak tahu lebih2 korang gi la lawat2 rumah Auntie Wiki tu

ni alamat dia

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_long_place_names

Aku suka terjah

ada satu website yg aku suka terjah....nak tau web mana..
ni haaa Life.com hhuhuhu....

laman web ni banyak memaparkn gambar2 menarik dri seluruh dunia.
boleh dikatakan tiap2 hari ada je gambar2 best yg tersiar.

apa kata korang terjah sini

http://www.life.com/

bagi yg x suka atau malas baca artikel panjang2 bulehla jenguk2
sebab xde pun tulisan yg berjela-jela...hanya gambar...layan mata



kat bawah ni sebahagian dri gamba2 yg aku cilok dri web tu
nak tengok lebih2 korang terjah sendiri ke life is a word tu ooopps
life.com hahah

ok layannnnn

Royals on Honeymoon

dia memang cantik


Kate and William: Weird Souvenirs

Sexiest Women of Science Fiction
ahaa awek aku

Today in Sportsapa punya gaya la

Amazing Animalshoh..klu pakai mesti smart gile monyet nih

laju2...xyah terbang dah

Stok ayam mencukupi

jgn makan ayam ni...haram

ahahaaa penggemar2 ayam semua jgn risau yer bekalan ayam dijangka mencukupi utk memenuhi selera anda semua.

kata Persatuan2 Penternak malaysia (FLFAM) dijangka tiada lgi kenaikan harga ayam dipasaran dlm tempoh terdekat krn stok ternakan ayam sedia ada mencukupi.

Ketua Unit Penternak Ayam FLFAM, Kwei Yew Tong, berkata sejak pertengahan Mac lalu, penternak berhadapan masalah kekurangan bekalan ayam hidup berikutan cuaca buruk dan banjir yang berlaku hujung Januari dan awal Februari lalu, serta kenaikan kos makanan ayam.


“Masalah itu menyebabkan harga ayam dinaikkan kerana permintaan pembeli melebihi penawaran.

“Harga sekilogram ayam belum diproses pada hujung Mac lalu ialah RM5.80, kemudian mengalami penurunan kepada RM4.50 sekilogram pada awal April lalu dan kembali naik 50 sen bermula minggu lalu iaitu RM5 sekilogram,” katanya

janganlah pulak bila ayam berkurangan dan semakin mahal ada pihak yg gatal2 tangan buat ayam tiruan ye...


sementara itu, telur ayam tanpa mak bapak telah disahkan tulen oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya.

“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam.

hahah berita baik...bgi penggemar melantak telur separuh masak kt gerai mamak buleh senyum lebar...xyah risau2 lgi huhu

ini telur itik...selain dibuat telur asin...dibuat gulai pon sedap..

credit: gambar tu dicilok dri lebai google...
manakala artikel diambil dri Harian Metro dan Kosmo Online

Liverpool FC are coming



http://www.lfctour.com/english

akhirnya.....hanya tunggu pengesahan tarikh kedatangan The Reds

YOU'LL NEVER WALK ALONE

Aku mahu terbang!!!


aku mahu terbang

~fly away~

Durian Megan Fox


deghoyan oooohhhh deghoyan

nak makan deghoyan musanggggggggggggg ahaks

pernah dgr x nama durian musang king?

ok, sedikit info pasal durian nih...

durian megan fox Musang King ni dipercayai berasal dri Gua Musang, Kelantan nama lainnya ialah durian kunyit. nama musang tu mungkin merujuk kpd Gua Musang manakala 'King' merujuk kpd gelaran raja buah

isinya warna kekuningan spt kunyit dan rasanya manis. bijinya kecil manakala tekstur isinya cukup halus.

boleh mencapai berat sehingga 3kg sebijik.

tau tak berapa harganya sekilo?

durian megan fox musang king ni boleh mencecah RM28 sehingga RM30 sekilogram...wwoooohhoooo mahalnyaaaaaaaa

manakala isi yg telah dikopek dijual pd harga RM15 setiap tiga ulas huhuhuhuuuuuuuuuu


apa kata balik kerja karang korang cari musang king nih dan cuba rasa sendiri keenakannya.

bgi penggemar durian, harga yg mahal bkn soalnya...yg penting puas hati

pastinya...berbaloi-baloiiii


gambar durian tu dicilok dri lebai google...terima kasih kpd pemiliknya

bye-bye beautiful

It’s not the tree that forsakes the flower
But the flower that forsakes the tree
Someday I’ll learn to love these scars
Still fresh from the red-hot blade of your words ~

Are you gay??

Gay traditionally means "happy", but in Modern English it also means homosexual.

This meaning is more common now. The word "gay" describes a person who is sexually attracted to and romantically interested in people of the same sex instead of the opposite sex. This means males who like other males or females who like other females.


http://simple.wikipedia.org/wiki/Gay



smile if you are gay =) .....

BPA ubah lelaki jadi wanita

Apa bendanya BPA tu?...hurmm ok, BPA adalah Bisphenol A yg banyak digunakan dlm industri plastik terutamnya utk membuat bekas minuman. selain BPA ia juga dicampur dgn Nonylphenol supaya bekas minuman spt botol susu bayi menjadi kuat dan tidak rapuh.

menurut Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM)....BPA memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia

Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.

“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.

“Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.

Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.

Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.

Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.

“Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.

“Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.

“Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.

“Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter,” katanya.

sumber: Kosmo Online

kes minum air tercemar BPA la nih..
muka cam taik lembu kering ada hati nk jdi pompuan...

bluwerkk




Malaysia akan diserang lanun...harap maklum!!!

Berita yg telah di sahkan...negara kita akan diserang oleh lanun2 dari Kepulauan Caribbean yg diketuai oleh Jack Sparrow dan kuncu2nya.

serangan dijangka dilakukan pd 19 MEI 2011 di seluruh negara

ark...ark...ark (bunyi lanun)

Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides

Filem yg berpaksi kpd aksi, adventure, fantasy ini diarahkn oleh Rob Marshall

penerbitnya Jerry Bruckheimer (filem2 dia memang best)

teraju utamanya masih lgi dipegang oleh Johnny Depp, manakala Orlando Blom dan Keira Knightley telah digugurkan....

tak dpt lah nk tgk ex-gepren aku, Keira bergasak lawan lanun2 jahat cess!!! tak puas hati

[Readmore]
Senarai pelakonnya:

Johnny Depp ... Jack Sparrow

Geoffrey Rush... Barbossa

Ian McShane ... Blackbeard

Penélope Cruz... Angelica

Astrid Berges-Frisbey... Syrena - Mermaid

Gemma Ward... Tamara

Stephen Graham... Scrum


ramai lagilah pelakonnya...malas nk tulis n kopi pes huhuh




bila dh kuar.....jom ramai2 serbu pawagam laju2...oraitttTTt