(Video) Haiwan Pelik Ditemui di Sibu Sarawak


SIBU: Sekumpulan pekerja warga Indonesia terkejut melihat satu haiwan pelik yang cuba menerkam mereka di ladangkelapa sawit pagi semalam.

Khuatir dengan keselamatan mereka, salah seorangdaripada mereka bertindak memukul haiwan itu hingga pengsan.

Apabila haiwan itu sedar semula, mereka menghalaunya kembali ke dalam hutan.

Menurut mereka lagi, ini adalah kali pertama mereka melihat haiwan pelik yang tidak diketahui spesiesnya dan mereka berpendapat haiwan tersebut seakan-akan beruang yang sudah tua, yang sudah gugur bulunya. - Siakapkeli.com.my, Sumber - The Borneo Post


Anjing menangis kembar mati

Brutus
 
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Reaksi Brutus, seekor anjing jenis Rottweiler yang menangis apabila kembarnya, Hank, mati menarik perhatian ratusan pelayar laman video YouTube.

Dalam video tersebut, keadaan Brutus menyayat hati apabila dia menangis dan tidak berganjak walaupun ditenangkan tuannya, Brett Bennett.

Menurut laporan Dailymail UK, Hank, kembar kepada Brutus, mati ketika tidur dan punca kematian haiwan berkenaan tidak diketahui. Hank disahkan mati 20 Januari lepas.

Brutus dilihat jelas menitiskan air matanya ketika baring di atas kepala Hank dan reaksi anjing berkenaan menarik simpati pencinta haiwan anjing dan seumpamanya.


Sumber: Sinar Harian

Wanita tua jadi sasaran perogol bersiri

SEORANG wanita berusia 75 tahun yang ketakutan jika menjadi mangsa serangan perogol bersiri.

Nenek Takut Dirogol Perogol Bersiri Di Thailand

NAKHON PATHOM - Ancaman perogol bersiri yang mengganas di wilayah Nakhon Pathom menyebabkan golongan warga emas – yang kebiasaannya berasa lebih selamat – dibayangi ketakutan sentiasa.

Dalam kalangan wanita berusia 70-an, mereka sentiasa bimbang dan tertanya-tanya siapakah bakal menjadi mangsa perogol itu seterusnya.

Kebimbangan itu tercetus selepas polis – tanpa sebab yang jelas – memaklumkan suspek masih diburu walaupun media kelmarin melaporkan dia sudah ditangkap.

Peniaga buah-buahan di pasar Thana di Nakhon Chaisi, Sunant Thongtabtim berkata perogol terbabit mengganas dua kali di daerah itu baru-baru ini.

“Kejadian pertama berlaku Disember tahun lalu sebelum dia muncul lagi baru-baru ini,” katanya.

Polis sebelum ini mendedahkan seorang lelaki diburu kerana merogol sekurang-kurangnya 12 wanita – kebanyakannya berusia 70-an – dan membunuh dua daripada mereka.

Kata polis, perogol itu mula mengganas sejak 2011.

Sebagai langkah pencegahan, polis mengedarkan lakaran wajah suspek di seluruh wilayah Nakhon Pathom.

Seorang sami, Manop Sapsaendee berkata, pihaknya didatangi ramai wanita warga emas yang mengadu ketakutan menjadi mangsa terbaru perogol terbabit.

“Kami meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan berisiko, terutama rumah di tepi terusan dan wanita warga emas yang tinggal bersendirian,” katanya.

Penduduk Lan Tak Fa, Mon Sangbonnrue yang tinggal berhampiran rumah mangsa yang diserang Ahad lalu berkata, dia amat bimbang dengan keselamatan ibunya.

“Saya terpaksa membawa ibu ke tempat kerja walaupun dia sudah berusia 82 tahun,” katanya. – Agensi

Fosil manusia purba jenis baru ditemui


Seorang nelayan Taiwan menemui sebuah fosil tulang rahang manusia purba, yang dipercayai merupakan manusia purba yang belum dikenal pasti sebelum ini.

Dikutip dari CNN, Khamis (29/1/2015), fosil tersebut sempat dijual ke sebuah kedai antik, sebelum ditemui oleh para saintis. Dianggarkan fosil itu berusia 200 ribu tahun, dan sempat mendiami wilayah Asia, jauh sebelum Homo sapiens hidup.

Saintis telah mengenalpasti tiga jenis manusia purba di Asia, iaitu Homo erectus, yang ditemui di Jawa dan China, Homo Floresiensis di Indonesia, dan Neanderthal di pergunungan Altai Rusia.

Mereka meyakini bahawa saiz rahang dan gigi manusia mengecil dari generasi ke generasi kerana evolusi. Namun tak sama seperti fosil lain, tulang rahang yang baru ditemui mempunyai gigi graham bersaiz besar, menunjukkan ia berasal dari kumpulan yang berbeza.

"Rahang itu jelas berbeza dari populasi Homo erectus yang dikenali dari China utara dan Jawa, dan kemungkinan merupakan kumpulan yang belum dikenali setakat ini," ujar saintis, Dr Yousuke Kaifu. "Ini hanya satu bahagian, tetapi mempunyai erti yang besar."

Para saintis dari Taiwan dan Jepun, menamakan manusia purba jenis baru itu Penghu 1, yang diambil dari nama Terusan Penghu tempat di mana fosil itu ditemui.

Pasukan menghabiskan lima tahun menganalisis tulang, dan mengalami kesukaran kerana fosil itu ditemui di laut.



Sumber: Tribunnews.com

Lelaki Cuba Jual Teruna Kecewa Kerana Tak Laku


ROMANIA: Seorang lelaki mengiklankan terunanya untuk dilelong pada ruangan iklan di sebuah akbar kerana dirinya tidak “laku” yang mana tidak mendapat sambutan kaum wanita.

Seb Ciercies, 29, sangat kecewa dan mengaku yang dirinya tidak sekacak pelakon terkenal Brat Pitt bagaimanapun bukan seorang yang hodoh. Dia telah menetapkan harga lelongan untuk dirinya sebanyak RM3,850 namun tidak mendapat bidaan dari mana-mana wanita.

“Saya tidak faham kerana saya seorang yang berwajah menarik dan menyangka akan ada yang membida lebih tinggi untuk saya.

“Saya sihat tetapi ia mengecewakan apabila ditolak oleh seluruh dunia,’’ katanya yang berbuat demikian bagi menjelaskan hutangnya yang menimbun.

Selain membayar hutang, dia juga berbuat demikian kerana kehilangan pekerjaan dan dalam masa yang sama terpaksa menjaga adiknya yang menghidap kencing manis.

“Saya bekerja keras di ladang selama ini. Ia memerlukan tenaga yang lebih tetapi sekali gus membuatkan badan saya menarik. Saya sangkakan orang mahu mencubanya,’’ katanya. ─ Siakapkeli.com.my

Bapa Gantung Diri Setelah Lihat Gambar Anak Dalam Majalah Playboy

 Leredana Chivu

Seorang bapa bertindak membunuh diri setelah melihat gambar anak perempuannya yang berusia 18 tahun berbogel untuk majalah Playboy.

Loredana Chivu yang berbogel untuk Playboy versi Roman dipulau oleh bapanya setelah aksinya itu diketahui oleh bapanya.

"Dia berhenti bercakap dengan saya, dia seperti sangat kecewa", katan Chivu.

"Apabila dia tahu apa yang telah saya lakukan, dia mendiamkan diri dan cuba menyembunyikan saya dari ahli keluarga lain"

"Saya fikir, masa akan dapat menenangkan diri dan tidak pernah terfikir dia akan membunuh diri", katanya lagi.

Setelah berbulan-bulan dipulau, Chivu akhirnya cuba untuk berdepan dengan ayahnya tetapi terkejut setelah mendapati ayahnya tergantung di loteng rumah.

"Saya menjumpai ayah tergantung di loteng rumah", katanya

Chivu yang kini sudah berusia 25 tahun berkata dia masih lagi dihantui dengan kejadian walaupun sudah bertahun-tahun ia berlaku.

"Kami teramat rapat dan akan bercakap setiap hari dan itu semua terhenti setelah dia melihat gambar itu", kata Chivu yang mengatakan dia kecewa kerana tidak dapat bercakap dengan ayahnya buat kali terakhir.



Sumber: SiakapKeli

Ngeri! Tradisi potong jari suku Dani di Papua

 
Satu tradisi yang sangat mengerikan dilakukan oleh kaum wanita suku Dani di Papua iaitu memotong jari mereka sendiri.

Hal ini dilakukan mereka untuk menunjukan rasa sedih yang mendalam ketika musibah tengah menerpa mereka. Seperti kesedihan kerana kematian suami, maka isteri yang ditinggalkan tersebut hukumnya wajib untuk melakukan atau menjalani tradisi potong jari ini.

Lebih dahsyat lagi, potong jari ini dilakukan oleh ayah atau saudara terdekat wanita tersebut. mula-mula wanita tersebut akan dibawa ke sebuah tempat yang sering mereka gunakan untuk melakukan tradisi ini, kemudian mengikatkan tali di antara sela jari mereka agar tidak mengeluarkan banyak darah. kemudian ayah, ibu atau saudara mangsa yang masih satu keturunan akan mengambil parang, sebelum memotong jari tersebut. Mangsa perlu membaca satu doa ritual khusus. Setelah doa selesai pemotongan langsung dilakukan tanpa menggunakan ubat penahan rasa sakit apapun.

Hal ini dilakukan kerana mereka percaya bahawa seseorang yang sudah mati masih mempunyai hubungan dengan manusia yang hidup, agar hubungan tersebut seimbang, maka manusia yang ditinggal mati harus menyerahkan sebahagian dari rohnya kepada orang yang meninggal tersebut, sehingga jari merekalah yang menjadi sasaran pengorbanan tersebut.

Selain tradisi potong jari ini dilakukan oleh orang dewasa, anak yang baru lahir juga jarinya juga akan ikut dipotong, jika sang ayah telah meninggalkannya sama ada mati atau pergi jauh selama 40 hari. Namun berbeza dengan cara pemotongan jari orang dewasa, sang bayi akan diletakan disebuah batu dan ibunya secara kejam mengigit jari bayi malang tersebut hingga terputus. Salah satu faktor tahap kematian bayi di Papua salah satunya kerana adanya ritual ini.

Kini kerajaan telah memberikan larangan kepada para masyarakat papua khususnya suku Dani untuk tidak melakukan tradisi potong jari ini lagi, kerana tradisi ini sangat tidak berperikemanusiaan. Dengan adanya peraturan tersebut sekarang tradisi itu tidak dilakukan lagi. namun bekas-bekas dari tradisi tersebut hingga sekarang masih ada, kebanyakan ibu-ibu atau nenek-nenek di Papua tidak mempunyai jari kerana telah dipotong.

Polis cari kereta curi namun menemui dua buah kereta kebal

Polis Sao Paulo, Brasil menemukan dua buah kereta kebal dalam sebuah gudang yang diserbu dalam operasi pencarian keretakereta curi. Foto: AP Photo/Andre Penner

Satu operasi polis Brazil di bandar Sao Paulo, Selasa (27/1/2015) untuk mencari kereta-kereta yang dicuri namun berakhir dengan penemuan benda yang lebih menarik iaitu dua buah kereta kebal.

Polis Sao Paulo berkata dua buah kereta kebal yang sudah tak mempunyai enjin itu ditemui di dalam sebuah gudang di kawasan Sacoma, sebuah penempatan penduduk miskin bandar terbesar di Brazil tersebut.

Selain menemui dua buah kereta kebal, polis juga merampas 500 unit televisyen, pelbagai jenis alat ganti kereta dan sebuah lori yang baru saja dicuri.

Tentera Brazil mengatakan bahawa kedua-dua kereta kebal tersebut bukan milik tentera negera itu dan asal usulnya harus disiasat dengan teliti.

Setakat ini polis belum menjelaskan dengan terperinci jenis kedua kereta kebal yang dijumpai dan usia kedua mesin perang tersebut.

Menurut laman UOL, anak-anak pemilik gudang yang diserbu polis itu berkata kedua kereta kebal itu mereka beli secara sah dalam sebuah lelongan pada 2003 dan mereka mempunyai dokumen untuk membuktikannya.



Sumber: Kompas.com

Doktor Jumpa 'Spongebob' Dalam Perut Budak


JEDDAH - ARAB SAUDI. Seorang doktor di Hospital Universiti di Jeddah, terkejut apabila menemui ‘makhluk akuatik’ berada dalam perut seorang kanak-kanak.

Bagaimanapun, setelah diamati menerusi imbasan X-Ray, ‘makhluk akuatik’ yang berada dalam perut kanak-kanak terbabit sebenarnya  sekeping pin berukiran kartun animasi ‘Spongebob Squarepants’.

Doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan, Dr Ghofran Ageely Raja Abdulaziz berkata, pin tersebut sebenarnya loket yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.

“Menerusi imbasan X-Ray, apa yang boleh kita lihat adalah sekeping loket kecil yang agak nipis, ia kelihatan seperti pin. Saya hampir menjerit apabila melihat objek tersebut dengan lebih dekat.

“Saya kagum dengan butiran jelas yang boleh kita lihat. Kalau kita teliti dari imbasan tersebut, kita boleh lihat kasut, mata dan wajah Spongebob yang sedang tersenyum; berada dalam perut kanak-kanak ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi sebuah kiriman e-mel.

Memetik laporan oleh portal Metro.co.uk, doktor telah berjaya mengeluarkan loket tersebut dan kanak-kanak tersebut dibenarkan pulang ke rumahnya. - Sinar Harian

Hidangan terakhir banduan sebelum hukuman mati

Berikut ini adalah makanan terakhir yang dimakan beberapa tahanan sebelum akhirnya mereka dihukum mati. Seorang jurugambar bernama Heny Hargreaves "mencipta semula" makanan yang diminta para tahanan sebagai hidangan terakhirnya.

Foto-foto ini diambil dari laman jurugambar tersebut, di Henryhargreaves.com


1. Teresa Lewis, Minta Ayam Goreng dan Kacang Peas
 Teresa Lewis adalah seorang penjenayah berumur 41 tahun. Dia dihukum kerana terlibat kes pembunuhan dan rompakan. Akhirnya, Teresa dijatuhi hukuman mati dengan suntikan beracun. Sebelum hukuman, Terese meminta hidangan terakhir berupa ayam goreng, kacang peas dengan mentega di atasnya, pie epal dan minuman soda.


2. Angel Nieves Diaz, Tidak Mahu makan Apapun
 Ketika hukuman matinya mendekatinya, Angel ditawarkan pihak penjara agar menempah makanan apa saja yang dia inginkan. Namun, Angel menolak. Dia diberi makanan penjara yang seperti biasa dihidangkan. Namun makanan itu juga tidak disentuhnya. Angel, berumur 55 tahun dan berasal dari Florida. Dia dihukum mati kerana terlibat kes pembunuhan, penculikan dan rompakan bersenjata. Dia akhirnya mati dengan suntikan lethal.


3. Ronnie Lee Gardner, Makan Sambil Menonton Lord of The Ring
 Lelaki berumur 49 tahun yang berasal dari Utah ini dihukum kerana merompak dan dua pembunuhan yang dia lakukan. Sebelum dia meninggal, Ronnie meminta menu istimewa di menjelang hari kematiannya. Dia meminta ekor udang galah, steak, pie epal, ais krim vanila dan memakan semua hidangan itu sambil menonton trilogi Lord of The Ring. Ronnie Lee Gardner dihukum tembak sampai mati.


4. Victor Feguer, Hanya Minta Sebiji Buah Zaitun
 Lelaki ini dihukum mati di usia yang sangat muda, 28 tahun. Lelaki asal Iowa ini dihukum mati atas tindakan penculikan dan pembunuhan. Dia meninggal dengan suntikan maut ke dalam tubuhnya. Hidangan terakhir yang diminta Victor sangatlah mudah. Dia meminta sebiji buah zaitun. Victor mengatakan bahawa dia ingin buah zaitun tersebut akan mengakar dan tumbuh dari dalam tubuhnya dan menjadi pohon zaitun. Dia berharap pokok tersebut akan menjadi simbol keamanan.


5. Rikcy Ray Rector, Tinggalkan Pie untuk dimakan "nanti"
Lelaki berumur 42 tahun ini dihukum kerana tindakannya membunuh dua orang. Lelaki asal Arkansas ini akhirnya mati dengan suntikan lethal. Sebelum dia meninggal dia meminta hidangan yang cukup istimewa. Dia meminta steak, ayam goreng, minuman rasa cherry dan pie. Pie itu tidak disentuhnya. Ketika penjaga menanyakan soal pai itu, Ricky mengatakan bahawa dia akan memakan pienya nanti. Dia tidak menyentuh pie itu hingga hari kematiannya.

Wanita sedang mendayung di laut tak sedar ada makhluk besar di belakangnya

Seorang pelancong wanita yang sedang mendayung di Hout Beach, Cape Town, Afrika Selatan,   tidak menyedari ada makhluk bawah air terbesar di dunia mendekatinya iaitu seekor ikan paus yang besar bersama anaknya.

Setelah wanita tersebut menyedari ada sesuatu di belakangnya, dia berusaha mendekati dan melihat lebih dekat namun dia panik apabila paus tersebut menghampirinya. Dia berusaha mendayung sekuat tenaga menjauhi paus tersebut. Mujur paus tersebut berpusing dan meninggalkan wanita tersebut.

John Gerrets, 53, seorang pegawai waran dalam Dutch Army yang menyaksikan kejadian itu berpendapat, hal tersebut sangat berbahaya kerana induk ikan paus sangat agresif ketika bersama anak mereka. Ikan paus itu boleh membunuh wanita yang tidak dikenali itu dengan ekor mahupun siripnya.








dailymail.co.uk

Minah Arab dikecam berlakon filem dewasa pakai jilbab

 Screenshot salah satu adegan filem Mia Khalifa mengenakan jilbab yang memicu kecaman dan kemarahan di Timur Tengah.

Seorang pelakon berdarah Arab, Mia Khalifa (21 tahun) menjadi perbincangan ramai di seluruh dunia. Wanita muda yang cantik ini didaulat sebagai bintang panas paling digemari oleh sebuah laman web terkenal yang menyajikan kandungan dewasa. Ramai yang ingin tahu akan sosok gadis yang mendapat kecaman di negaranya ini.

Mia merupakan gadis asal Lebanon. Dia lahir dan membesar besar di ibu negara Lebanon, Beirut. Konflik yang tak berkesudahan di negaranya membuat kedua ibu bapanya hijrah ke Amerika Syarikat ketika Mia masih berusia 11 tahun. Mia menamatkan pendidikannya hingga sarjana di negara kuasa besar ini. Namun, tiada siapa yang menyangka bahawa dia diam-diam bekerja sebagai bintang porno tanpa pengetahuan kedua orang tuanya.

Kedua orang tuanya marah teramat sangat bila mengetahui kerjaya anak gadisnya ini, mereka tidak mahu lagi dikaitkan dengan Mia kerana telah memalukan keluarga. Namun hal tersebut tidak membatalkan Mia untuk terus melonjakkan namanya di industri filem dewasa ini.


Walau sudah lama tinggal di Amerika, namun Mia tetap cinta dengan tanah kelahirannya. Mia membuat tatu tulisan Arab di lengan kirinya yang bertulis "Koullouna lil-watan, lil'oula lil-'Alam," yang bermaksud, "Kita semua! Untuk negara kita, untuk bendera dan kemuliaan kami!".  Kalimat tersebut merupakan sebahagian dari lirik lagu kebangsaan Lebanon. Hal ini membuatkan masyarakat Lubnan marah dan menganggap tattoo tersebut sebagai satu penghinaan kerana Mia kerap mempamerkan tattoo tersebut dalam filem-filem yang dibintanginya.

Ditambah lagi, dia kerap menghantar foto-foto yang "memprovokasi" kaum lelaki dewasa di internet.

Gilanya lagi, walau dikecam oleh warga Lebanon dan negara-negara Timur Tengah lain, Mia yang berpayudara besar ini tetap tidak peduli. Bahkan dia semakin nekad dengan memakai jilbab dalam filem porno yang dibintanginya tanpa merasa bersalah.

Perbuatan Mia tersebut memicu kemarahan umat Islam di seluruh dunia yang menganggap ia adalah satu penghinaan terhadap Islam.



Sumber: http://forum.kompas.com

Jumpa Kepala Haiwan Misteri Dalam Tin Tuna

 
NOTTINGHAM, Britain – Seorang wanita terkejut apabila menemui satu kepala haiwan misteri yang lengkap dengan dua mata di dalam satu tin tuna yang dibelinya di sebuah pasar raya di sini baru-baru ini.

Wanita tersebut, Zoe Butler, 28, berkata, dia membuka satu tin tuna bagi membuat sandwic untuk anak-anaknya dan terkejut melihat satu objek ganjil berbentuk bulat di dalam tin berkenaan.

“Apabila saya membuka tin tuna itu, saya melihat ada satu objek berwarna ungu dan berbentuk bulat di dalamnya sebelum mengambil sudu untuk meneliti objek tersebut dengan teliti.

“Selepas mengambil objek berkenaan saya terkejut dan menjerit apabila melihat ia menyerupai kepala haiwan kecil dan matanya seolah-olah sedang memandang saya,” katanya.

Menurutnya, dia merakam gambar objek berkenaan dan telah menghantar aduan kepada syarikat pengeluar tuna tersebut untuk tindakan lanjut.

“Saya tidak menunjukkan objek berkenaan kepada anak-anak saya kerana bimbang mereka tidak mahu makan tuna lagi selepas itu,” jelasnya. – Agensi

Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral


WASHINGTON: Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu buta di Kanada melihat bayi yang baru dilahirkan untuk pertama kali menggunakan cermin mata khas yang dapat meningkatkan penglihatan telah menjadi viral. 

Video yang disiarkan di YouTube itu menunjukkan Kathy Beitz, 29, sedang melihat bayi lelakinya yang baru lahir dengan bantuan set tersebut yang diikat di kepala. 

 "Untuk bayi pertama yang saya benar-benar dapat melihatnya, saya berasa sangat terharu," kata Beitz dalam video popular itu. 

Beitz mempunyai genetik degenerasi makula dikenali sebagai penyakit Stargardt. Dia dapat melihat anaknya dengan bantuan cermin mata eSight dalam masa nyata. 

Imej-imej yang dipertingkatkan membolehkan orang-orang yang tidak buta sepenuhnya untuk melihat dunia di sekeliling mereka. "Dia melahirkan bayi ini dan dia mahu melihatnya serta-merta," kata kakak Beitz, Yvonne Felix yang menyiarkan video itu.




Sumber: mstar.com.my

Kisah ajaib di sebalik bah kuning

Wan Mohd Zain menunjukkan bilik yang digenangi air jernih di dalam Masjid Kampung Laut.

TUMPAT – "Satu kampung dikepung air bah kuning tapi yang peliknya, bilik imam bergenang air jernih," cerita penduduk kampung, Abdul Hamid Muhammad, 62, mengenai keajaiban berlaku di Masjid Kampung Laut, di sini, semasa kejadian banjir besar, akhir Disember lalu.

Menurut Abdul Hamid, dalam kejadian banjir besar baru-baru ini, Kampung Laut terputus hubungan dengan kawasan lain, sekali gus menyebabkan bekalan air bersih dan elektrik terganggu.

Katanya, air jernih yang bergenang dalam bilik imam itulah dicedoknya untuk diminum selepas dia kehabisan ikhtiar untuk mencari bekalan air bersih di serata kampung berkenaan.

"Air jernih yang bergenang dalam bilik imam itu menjadi penyelamat kepada penduduk di sini selepas masing-masing buntu memikirkan bagaimana mahu mendapatkan bekalan air bersih ketika kampung ini dilanda bah kuning dan terputus hubungan dengan kawasan-kawasan lain.

"Semua yang berlaku adalah kuasa ALLAH SWT. Ketika banjir melanda, kawasan dalam masjid dipenuhi air banjir berwarna kekuningan setinggi 0.5 meter selama seminggu dan ketika itu, secara tiba-tiba kami temui air jernih bergenang dalam bilik imam yang masih dalam pembinaan," katanya.

Abdul Hamid memaklumkan, bilik imam tersebut terletak bersebelahan ruang solat dan air jernih itu pada awalnya disedari oleh pekerja binaan warga Indonesia yang tidur di tingkat atas masjid selepas ia dinaiki air.

"Merekalah yang memaklumkan perkara itu kepada saya. Pada waktu itu saya sedang meredah air banjir untuk keluar mencari bekalan air bersih. Ketinggian air banjir pada masa itu melepasi paras dua meter," katanya.

Sementara itu, Imam Masjid Kampung Laut, Wan Mohd Zain Wan Yusof menganggap kejadian itu merupakan pertolongan ALLAH SWT kepada orang-orang ditimpa musibah akibat banjir besar yang melanda negeri ini.

"Ketika penduduk di sini kehabisan bekalan air untuk diminum, ada pula air jernih bergenang dalam bilik berkenaan sedangkan semua kawasan di luar bilik itu dipenuhi air banjir berwarna kekuningan," katanya.

Beliau turut memaklumkan yang air jernih dalam bilik berkenaan kering setelah diambil penduduk.


Sumber: Sinar Harian

Chupacabras si penghisap darah kambing

Bangkai yang dipercayai sebagai Chupacabras

MONTE PATRIA - CHILE. Sekumpulan petani hidup dalam ketakutan selepas menjumpai dua bangkai misteri yang dipercayai haiwan penghisap darah kambing yang digelar "Chupacabra".

Perternak kambing, Javier Prohens, 45, berkata, bangkai tersebut ditemui di sebuah kilang arak.

"Pada mulanya, kami syak ia adalah bangkai kelawar, tetapi selepas diteliti, ia adalah haiwan lain kerana kepalanya lebih besar dari kelawar.

"Ada yang mengatakan ia seperti Chupacabras," katanya.

Chupacabras adalah sejenis haiwan pelik yang dikenali sebagai  "parisit kambing" yang kebiasaannya ditemui di sekitar selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) dan ia dikatakan boleh melompat seakan-seakan kanggaru.

Haiwan ini dikatakan sejenis haiwan dongeng reptilia yang mempunyai kulit berwana kelabu kehijauan dan berduri tajam di bahagian bawah.

Menurut seorang penternak kambing, Querubin Lebron, 38, penduduk agak bimbang dengan keselamatan binatang ternakan mereka kerana ia adalah punca rezeki mereka.

"Walaupun haiwan tersebut dikatakan hanya menyerang haiwan, tapi siapa tahu jika ia akan menyerang anak-anak kita juga, " katanya dipetik Mirror Online.



Sumber: Sinar Harian

Rahsia Perkataan 'A113' Dalam Filem-filem Animasi Disney& Pixar

Dalam sedar atau tidak, terdapat satu perkataan yang telah diletakkan di dalam beberapa filem animasi keluaran Disney atau Pixar iaitu perkataan 'A113'. Perkataan 'A113' ini boleh dilihat dalam beberapa filem animasi terkenal termasuklah Toys Story, A Bug's Life dan Finding Nemo. Disini kami selitkan terlebih dahulu skrin-skrin yang mana perkataan 'A113' itu dikenalpasti :

No plat kereta di filem Toys Story

Tulisan di sebuah kotak di filem A Bug's Life

Kamera di dalam Filem Finding Nemo

Nombor keretapi di dalam filem Cars

Nombor plate Mater dalam filem Cars

Tag telinga di seekor tikus dalam filem Ratatouille

Kod bagi protokol 'Abandon Earth' dalam filem Wall-E

 Nombor mahkamah di dalam file Up

Nombor pesawat di dalam filem Cars 2

Sebenarnya, perkataan 'A113' merujuk kepada nombor sebuah kelas di California Institute of Arts. Kelas ini adalah tempat dimana pelajar tahun pertama bagi jurusan rekabentuk grafik dan animasi karakter belajar tentang animasi dan kebanyakan pelajar-pelajar tersebut akan memenuhi studio di Pixar dan Disney selepas mereka habis pembelajaran mereka.


Dengan meletakkan A113 di dalam filem animasi, pelajar-pelajar yang turut berada dalam kelas 'A113' akan merasa bangga dan juga akan merasa hormat kepada rakan sekelas mereka yang terlibat dalam pembikinan filem berkenaan. 



Sumber: SiakapKeli

Gambar Magdalena Ogorek, calon presiden Poland yang cantik


Wajahnya seperti bintang Hollywood, Magdalena mewakili parti Democratic Left Alliance merupakan calon bagi jawatan presiden negara Poland bagi pilihan raya akan datang.

Wanita berusia 35 tahun tersebut merupakan bekas pengacara di sebuah stesen TV tempatan. Dia juga pernah bekerja sebagai konsultan di Bank Negara Poland







Foto: Magdalena Ogorek Facebook/gtr

Jurugambar miang rakam dada dan seluar dalam model kantoi




Singapura – Seorang jurugambar miang akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila keghairahannya merakam imej seksi model Singapore Motorshow 2015 dibongkar oleh model itu sendiri.

Menggunakan rangkaian media sosial, Miki Ace berkata, insiden itu berlaku ketika dia bertugas sebagai model kereta di pameran berkenaan.

Katanya, dia melihat jurugambar terbabit bukan mengambil gambar seperti sepatutnya, malah menumpukan lensa kamera ke bahagian dada dan pahanya.

“Saya dapat merampas kameranya untuk melihat gambar yang diambil.

“Saya sangat terkejut kerana dia mengambil gambar dada dan seluar dalam setiap model yang ada di pameran ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Miki Ace, itu bukanlah kali pertama lelaki terbabit menyalahgunakan kameranya.

“Saya tak sangka kerana dia juga memiliki gambar sebegitu untuk ekspo tahun lalu!” katanya.

Pendedahan Miki Ace itu ternyata cepat menarik perhatian pengguna Facebook dan imej berkenaan dikongsi ramai dalam tempoh singkat.

Kata Miki Ace, dia mengakui dibayar untuk berpakaian menarik dan melayan permintaan pengunjung untuk bergambar.

“Tetapi ia tidak bermakna kami berhak dilayan begini,” katanya.

Menurut Miki, dia berharap semua lelaki dapat menghormati wanita sewajarnya.

Bagaimanapun, ada juga pengguna Facebook menganggap model seperti Miki Ace memang layak dilayan begitu.

Hujah mereka – model terbabit tidak boleh mengeluh berdasarkan sifat pakaian mereka yang mencolok mata. – Agensi

Hidangan daging buaya di majlis perkahwinan


 China.org.cn melaporkan, para tetamu di sebuah majlis perkahwinan di provinsi Zhejiang, China tiba-tiba menjadi gempar. Sebabnya, pihak penyelenggara majlis tersebut menyajikan hidangan dari buaya.

Hampir semua  tetamu  kaget dan terkejut melihat menu di majlis pernikahan itu. Ramai yang sempat mengabadikan foto hidangan aneh itu.

Menurut salah seorang tetamu, buaya seringkali menjadi hidangan di majlis perkahwinan di wilayah Xiaoshan dan Yuhang, wilayah Zhejiang, China.

Daging buaya dipercayai mempunyai khasiat perubatan.





Foto: Southcn.com

Peha bekas ratu cantik mereput

 
SAO PAULO - BRAZIL. Bekas ratu cantik dari Brazil terpaksa bertarung nyawa dan menanggung derita sepanjang hayat hanya kerana untuk kelihatan cantik.

Andressa Urach, 27, mengakui apa yang berlaku telah mengubah hidupnya, sekaligus memberikan pengajaran paling pahit untuk dikenang sepanjang masa.

“Saya ketagihan pembedahan plastik.

Pada masa itu, saya hanya mahu orang lain memandang saya dengan penuh rasa cemburu,” katanya seperti yang dipetik menerusi Mail.Online.

Menurut Urach, keinginan yang begitu tinggi untuk mencantikkan lagi pehanya membuatkan dia mengambil keputusan untuk menjalankan rawatan kaedah menyuntik pehanya dengan (filler) bahan kimia, hidrogel dan polymethylmetacrylate (PMMA).

Namun bentuk peha yang diidamkan tidak kesampaian apabila doktor mengesahkan bahan kimia yang disuntik ke dalam paha mula mereputkan tisu kulitnya. “Rawatan kecantikan yang dijalankan mula mereput dan memakan tisu peha saya.


Sumber: Sinar Harian

Gambar rumah 'Home Alone' dulu dan kini

Mari lihat rumah yang digunakan dalam filem Home Alone pada 1990 dan sekarang.
 
 Budak nakal, Kevin (Macaulay Culkin).

 Bilik tidur Kevin

 Dapur.

 Tangga

 Ruang makan

Satu lagi ruang makan. Tangga menuju tingkat atas telah dibuang


Foto: Coldwell Banker/gtr