7 suku kanibal paling ganas di dunia

Berikut ini tujuh suku kanibal paling ganas di dunia, baik yang yang pernah dan masih berlaku sehingga kini.
 
 1. Suku Caribbean

Suku Caribbean, yang berada di wilayah Amerika Utara, disebut-sebut sebagai suku pertama di dunia yang diketakui melakukan amalan kanibalisme.

Para pelaut di masa ekspedisi Christoporus Colombus biasa menyebutnya sebagai "The Carib, people of the Lesser Antilles". Nama ini diberikan Colombus dalam catatannya, dengan menyebut nama "caniba", sebuah kata lain dari Caribbean yang bererti "orang yang memakan orang".

Warga Suku Caribbean biasanya melakukan kanibalisme kepada musuhnya. Namun semenjak masuknya agama Kristian di sana, perlahan-lahan budaya kanibal mula hilang.

 2. Suku Aztec

Meski mempunyai peradaban tinggi, Suku Aztec pada maza lalu tetap dianggap sebagai suku yang paling brutal. Ini terjadi sebelum Colombus menemui benua Amerika.

Suku Aztec setiap tahun rutin melakukan ritual pengorbanan dengan menggunakan beribu-ribu manusia sebagai mangsanya.

Para korban biasanya dicabut jantungnya yang masih dalam keadaan berdetak (selagi hidup), lantas tubuhnya dijadikan masakan untuk dimakan beramai-ramai.

 3. Suku Indian

Pada masa awal penaklukan benua Amerika, banyak sejarahwan bercerita bahawa suku-suku Indian melakukan amalan kanibalisme. Sampai sekarang masih menjadi perdebatan, banyak saintis yang mempunyai bukti adanya amalan kanibalisme yang dilakukan suku-suku Indian saat itu.

Contohnya suku Indian Karankawa di Texas, pada tahun 1768. Seorang pendeta asal Sepanyol melihat dan merakam ritual yang dilakukan Karankawa terhadap musuhnya yang dijadikan tebusan.

Mereka mengelilingi tubuh korban, lalu secara bergantian memotong kulit / daging korbannya, dan memakannya di depan mata para mangsa lain.

 4. Suku-suku di Afrika

Afrika mungkin merupakan benua yang masih melakukan amalan kanibalisme sampai saat ini. Meski secara kasat mata tidak pernah dilihat, banyak saksi mata melaporkan ada aktiviti perdagangan organ tubuh manusia di sana.

Selain itu, banyak bukti di mana warga pendatang yang hilang semasa bercuti atau melintas disana. Biasanya penculikan dilakukan oleh geng-geng jenayah.

Disebutkan juga, saat berlangsung Perang Congo II, serta perang saudara di Liberia dan Sierra Leone, aksi kanibalisme juga selalu dijumpai.

 5. Suku Fiji

Budaya kanibalisme juga diketahui telah tersebar di kawasan Polinesia dan Melanisia. Contohnya di Fiji yang diketahui sebagai pulau para kanibal.

Bahkan seorang kepala suku Fiji pun mengakui telah memakan 875 orang dan dia sangat membanggakannya.

 6. Suku Korowai

Suku Korowai di Papua, Indonesia, diketahui juga menjadi salah satu suku tersisa yang masih melakukan kanibalisme hingga saat ini. Mereka biasanya memakan anggota sukunya yang disyaki sebagai ahli sihir.

Biasanya, penduduk tempatan akan memakan otak mangsanya selagi masih dalam keadaan hangat. Kediaman mereka biasanya berada diatas pokok yang tinggi, untuk melindungi diri dari musuh-musuhnya.

7. Suku Maori

Suku Maori di New Zealand merupakan suku kanibal yang pernah didokumenkan dengan sangat baik. Kanibalisme sudah menjadi sebahagian dari kebudayaan Maori, dan mereka tidak pernah berhenti memakan musuhnya.

Ketika kapal Inggeris, The Boyd, berlabuh dan para anak kapal telah membunuh anak kepada kepala Suku Maori, para pejuang suku tersebut langsung membalasnya. Mereka telah membunuh 66 anak kapal tersebut.

Setelah melihat musuhnya mati, sekumpulan warga Suku Maori ini langsung memasak tubuh mereka dan memakannya beramai-ramai. Kejadian ini akhirnya terkenal sebagai "Body Massacre".


MH370: Bukti Baharu Dakwa Wujud Gangguan Di Kokpit Pesawat

 Gambar hiasan

PENYIASAT nahas udara, kehilangan pesawat MH370 telah menemui bukti baharu mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat Boeing 777 yang hilang mengalami gangguan kuasa misteri pada peringkat awal penerbangan, yang membuatkan pakar-pakar percaya ia boleh menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.

Menurut laporan itu, unit data satelit pesawat telah melakukan permintaan 'log masuk' yang tidak dijangka kepada satelit, dalam tempoh kurang dari 90 minit semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Laporan menyebut mengenai permintaan 'log masuk' yang dikenali sebagai 'handshake' yang dilihat mungkin muncul disebabkan gangguan kuasa elektrik di atas kapal pesawat.

"Permintaan log masuk ketika penerbangan bukan perkara biasa.

"Analisis telah dilakukan yang menentukan bahawa ciri-ciri dan masa permintaan 'logon' adalah padanan terbaik sebagai akibat daripada gangguan kuasa," Menurut laporan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

David Gleave, seorang pakar keselamatan penerbangan dari Loughborough University, berkata gangguan bekalan kuasa muncul sebagai hasil apabila seseorang di kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.

Tindakan itu, katanya, adalah selaras dengan usaha untuk menjadikan komunikasi pesawat dan sistem terpadam dalam usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.

"Seseorang mungkin berlegar-legar di dalam kokpit yang akan membawa kepada gangguan kuasa," katanya.

"Ia boleh menjadi satu tindakan yang sengaja bagi mematikan kedua-dua enjin untuk beberapa ketika. Dengan kerunsingan di dalam kokpit anda mungkin boleh mematikan kuasa buat sementara dan menghidupkannya semula apabila anda memerlukan sistem lain untuk menerbangkan pesawat."

Inmarsat, syarikat yang secara rasmi menganalisis data penerbangan dari MH370, telah mengesahkan penilaian ini tetapi berkata tidak mengetahui mengapa pesawat itu mengalami kegagalan kuasa.

"Ia kelihatan seperti terdapat kegagalan kuasa pada kedua-duanya.

"Ia merupakan satu lagi misteri kecil. Kita tidak boleh menerangkannya. Kita tidak tahu mengapa. Kami hanya tahu ia berlaku," kata Chris McLaughlin, dari Inmarsat, kepada The Telegraph.

Laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Australia mendedahkan bahawa Boeing 777 cuba untuk membuat 'log masuk' ke satelit Inmarsat pada pukul 2.25 pagi, tiga minit selepas ia dikesan oleh radar tentera Malaysia.

Ketika itu pesawat sedang terbang di utara pulau Sumatera Indonesia.

Pesawat itu telah menyimpang dari laluan sebenar untuk ke destinasinya iaitu Beijing, tetapi tidak lagi menukar arah ke selatan Lautan Hindi.

Pesawat itu mengalami satu lagi permintaan log masuk hampir sama kira-kira enam jam kemudian, walaupun ini adalah 'handshake' satelitnya ketujuh dan terakhir di mana dipercayai pesawat kehabisan bahan api dan kuasa elektrik sebelum terhempas, di suatu tempat di selatan Lautan Hindi.

Lima 'handshake' lain mula dikenalpasti oleh stesen satelit bumi dan tidak dianggap luar biasa.

Ketika ditanya sama ada gangguan kuasa yang boleh disebabkan oleh kerosakan mekanikal, Gleave berkata: "Terdapat kegagalan mekanikal yang boleh dipercayai menjadi sebab. Tetapi anda tidak akan terbang sejauh beratus-ratus batu dan hilang di Lautan Hindi kemudiannya."

Sumber: mstar

Pelanggan temui ekor tikus dalam burger McDonald's


SANTIAGO - Sebuah restoran makanan segera McDonald 's di Chile harus membayar ganti rugi selepas seorang pelanggan menemui ekor tikus di dalam sebiji burger.

Mahkamah rayuan di bandar Temuco mengukuhkan keputusan mahkamah sebelum ini untuk raksasa makanan segera itu untuk membayar denda 3,600 dolar AS untuk insiden yang berlaku pada Jun 2012 itu.

Selain membayar denda utama, mahkamah juga memerintahkan McDonald 's membayar denda tambahan yang jumlahnya tidak didedahkan.

Hakim mahkamah rayuan menyatakan hukuman denda itu mencerminkan kegagakan McDonald 's menjaga kualiti perkhidmatan mereka. Selain itu, McDonald 's juga dianggap mengabaikan proses kawalan kualiti.

Menyusul insiden ini, pihak berkuasa kesihatan Chile untuk sementara menutup restoran McDonald 's di Temuco, yang terletak 700 kilometer sebelah selatan ibu kota Santiago.

Kes ini bermula selepas seorang pelanggan McDonald 's Temuco, Pedro Valdes mengaku menemui sepotong ekor tikus di dalam burger yang dipesannya.

"Saya sedang makan dan menemui benda aneh di dalam burger dan saya langsung memuntahkannya," kata Valdes.


Sumber: kompas.com

Warga emas dicekup beli nombor ekor di bulan puasa

Rahimin menampal poster kempen kesedaran Ramadan di sebuah premis di Pulau Sebang, semalam.

ALOR GAJAH - Seorang warga emas lelaki dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas membeli nombor ekor di sebuah premis agensi nombor ramalan di Pulau Sebang, di sini semalam.

Lelaki berusia 57 tahun itu ditangkap kira-kira jam 11.15 pagi oleh anggota yang secara kebetulan melalui kawasan berkenaan bagi operasi pemantauan kedai makanan di daerah ini.

Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, lelaki itu dilihat berdiri di hadapan kaunter premis berkenaan sebelum ditahan pihaknya yang membuat pemeriksaan di kedai makanan berhampiran.

“Lelaki yang berasal dari Paya Datuk itu kemudian disaman mengikut Sesyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berjudi,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan, semalam.

Rahimin berkata, operasi itu merupakan kempen kesedaran Ramadan kepada masyarakat beragama Islam supaya patuh kepada suruhan agama untuk berpuasa di bulan Ramadan.

“Kita membuat pemeriksaan di 14 premis makanan di daerah ini antaranya di Pulau Sebang, Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru.

Setakat ini kita belum melihat individu Islam tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Wanita dicampak keluar kereta api

 
Howrah, India: Seorang lagi penumpang kereta api di India cedera parah selepas terjatuh dari kenderaan itu yang sedang bergerak laju di stesen Bagnan semalam.

Penduduk tempatan menuduh insiden itu berlaku apabila pemeriksa tiket menolak wanita terbabit selepas memukul mangsa serta dua lagi rakannya. Berang dengan kejadian itu, penduduk setempat merusuh dan menyerbu stesen kereta api, menyebabkan perkhidmatan di situ tergendala lebih sejam.

Kejadian berkenaan berlaku sehari selepas seorang wanita lagi dicampak keluar dari tempat simpanan barang di stesen Eklakhi berhampiran Malda kerana tidak memiliki tiket. Penduduk tempatan mendakwa pemeriksa tiket sengaja menolak Arpita Samanta, 22, keluar dari kereta api. Arpita berasal dari Kampung Parbaharpota Panskura dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kolkata.


Pegawai kereta api setempat pula mendakwa, Arpita nekad melompat keluar untuk mengelak pemeriksaan tiket khas.

Malangnya, dia tidak menyedari platform berada di bahagian lain dan terjatuh di atas trek.


Difahamkan, ada saksi melihat Arpita bertengkar dengan pemeriksa tiket apabila dia gagal menunjukkan tiketnya. “Arpita diminta membayar denda namun mangsa tidak mempunyai wang. “Pemeriksa tiket kemudian bercadang membawa Arpita ke stesen Bagnan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata saksi, pemeriksa tiket itu kemudian menolak Arpita ketika kereta api memasuki stesen Bagnan. - Agensi

Sumber: myMetro

Kes pukau popular ketika Ramadan

 
Jakarta: Polis Metropolitan Jakarta Raya mengingatkan masyarakat agar lebih berwaspada terhadap peningkatan kadar jenayah seperti rompakan menggunakan pukau pada bulan Ramadan.

Seperti tahun sebelum ini, jenayah berlaku pada Ramadan terjadi dengan pelbagai modus operandi.


Justeru polis meminta orang ramai tidak menjadikan diri mereka sasaran dengan mengelak daripada memakai barang kemas atau membawa barangan berharga ketika berada tempat awam.

Jurucakap polis berkata peningkatan kadar itu didorong keperluan harian yang mendesak pada bulan puasa.


Melalui data yang diperoleh polis, katanya, pukau antara jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan. “Kes pukau biasanya terjadi kepada pengguna pengangkutan awam,” katanya.

Sumber: myMetro

Sekumpulan wanita jual ciuman di Singapura

Wanita ini menjual ciuman. (Foto: Stomp)

Sekumpulan wanita berpakaian sebagai pengantin menjual "ciuman" di sepanjang jalan Chevron House di Singapura. Hal ini dilakukan mereka untuk mengumpul dana.

Aksi unik ini adalah kempen yang dilakukan oleh mahasiswa dari National Junior College, yang membantu mengumpul dana bagi program penderma sumsum tulang.

"Saya sedang berjalan sepanjang Chevron House di kawasan CBD ketika gadis-gadis muda yang mengenakan gaun pengantin cantik itu berteriak 'Match For Live'," ujar salah seorang pejalan kaki. Demikian dikutip dari Stomp, Sabtu (28/6/2014) .

"Gadis-gadis ini membantu mengumpul dana bagi Program Penderma Sumsum Tulang. Mereka mengatakan untuk mencari penderma memerlukan padanan kerana ini seperti mencari cinta sejati anda," tambahnya.

Sumber: okezone.com

Mencari lelaki idaman, wanita ini buat video unik

Wanita ini mencari lelaki idamannya. (Foto: Stomp)

SEORANG wanita asal Filipina membuat sebuah video pernyataan cintanya terhadap seorang lelaki kacak yang dia temui di MRT di Singapura.

Video yang disebar oleh akaun Harlene Azuela, ini telah menjadi popular di jejaring sosial Facebook dan di laman kongsi seperti All Singapore Stuff.

Dalam video tersebut, Azuela mengatakan bahawa dirinya menyukai seorang lelaki yang baru saja dia temui di dalam MRT. Namun, dia tidak berani untuk berkenalan.

"Apakah anda pernah mempunyai seseorang yang sangat menarik hati anda, tetapi anda tidak melakukan apa-apa apabila melihatnya? Yah hal itu terjadi kepada saya dan malangnya saya tidak berbuat apa-apa," ujar Azuela. Demikain dilapor Stomp, Jumaat (27/6 / 2014).

"Jadi saat ini saya akan melakukan sesuatu. Saya perlu bantuan anda semua untuk menemuinya," tambahnya.

Selain membuat kenyataan yang sangat menyentuh, Azuela juga menyertakan foto si lelaki kacak yang dia sukai itu.

Para pengguna internet memuji aksi Azuela untuk keberaniannya dalam membuat video tersebut dan sempat menghebohkan dunia maya.

Sumber: okezone.com

Elak dicekup, remaja terjun tingkat 4 tinggal kekasih

Penguatkuasa Jaim membuat pemeriksaan terhadap remaja perempuan berusia 18 tahun ini di sebuah hotel, semalam

BANDA HILIR - Seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) sanggup bergadai nyawa, terjun dari tingkat empat sebuah hotel di Melaka Raya, di sini, meninggalkan teman wanitanya dalam bilik bagi mengelak dicekup penguatkuasa dalam serbuan, semalam.

Remaja lelaki berusia 18 tahun itu, bagaimanapun, berjaya ditahan selepas penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) membuat tinjauan semula di hotel sama sembilan jam kemudian.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, pihaknya yang menyertai operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu membuat serbuan di hotel berkenaan kira-kira jam 1 pagi.

“Bilik yang diduduki pasangan remaja berusia 18 tahun itu hanya dibuka setengah jam selepas diarah berbuat demikian dan mendapati gadis yang merupakan penuntut IPT luar Melaka berada di dalam bilik itu.

“Bagaimanapun, dalam pemeriksaan menyeluruh di hotel terbabit, kami menjumpai sebuah beg mengandungi telefon bimbit, kunci kereta dan baju milik lelaki tersebut di tingkat dua hotel berkenaan dipercayai dicampak remaja perempuan itu,” katanya.

Menurut Rahimin, remaja lelaki itu berjaya melarikan diri dalam tempoh setengah jam dipercayai mengikut tingkap bilik lalu terjun ke tingkat dua hotel berkenaan.

“Lelaki (berasal dari Johor) itu dan kekasihnya (Selangor) mendakwa berkenalan di sekolah menengah sama di negeri ini sebelum masing-masing melanjutkan pelajaran di Perak dan Pahang.

“Kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau keduanya sekali,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Pekerja restoran melampau peluk kanak-kanak perempuan 10 tahun

Gambar dipercayai suspek dengan tangan bergari mula disebarkan di Facebook.

SEREMBAN – Seorang wanita terkejut apabila dua pekerja warga asing sebuah restoran, di sini dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air, Khamis lalu.

Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu anaknya turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan.

Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun.

“Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan.

“Dari dalam kereta saya lihat pergerakan anak. Tapi tiba-tiba saya pelik apabila salah seorang pekerja di situ memeluk anak saya dari belakang,” katanya.

Malah katanya, seorang lagi pekerja turut bertindak di luar batasan apabila dengan sengaja mengusap leher dan pipi anaknya.

Berang dengan keadaan itu, dia membunyikan hon kereta beberapa kali sebagai tanda amaran sebelum pekerja terbabit melarikan diri dan bersembunyi di bahagian belakang kedai.

“Saya turun berjumpa dengan penyelia restoran terbabit kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kurang sopan tersebut.

“Tapi dia memujuk saya agar tidak membesarkan hal itu dan meminta maaf mewakili pekerjanya. Saya memang bengang sangat sebab dia berani usik anak perempuan saya macam itu. Memang dia masih kanak-kanak tapi janganlah sesuka hati mahu memeluk dan mengusik anak orang,” katanya.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Senawang.

Sementara itu, Sinar Harian mendapati, gambar dua lelaki warga asing dengan tangan bergari dipercayai suspek  mula disebarkan di laman Facebook, sejak Khamis lalu.

Malah ia turut mendapat pelbagai maklum balas orang ramai yang ternyata sangat terkejut dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku.

Sumber: Sinar Harian

Sejumlah artis, model terkenal jual tubuh terbongkar

 
Surabaya: Sejumlah model dan artis terkenal Indonesia diyakini terbabit dalam sindiket pelacuran yang mengenakan bayaran antara Rp15 juta (RM4,000) hingga Rp25 juta (RM6,680)

Kegiatan itu terbongkar selepas polis Jawa Timur menahan seorang model berasal dari Surabaya di sebuah bilik hotel empat bintang.

Jurucakap polis berkata, model berusia 25 tahun itu mengenakan bayaran Rp15 juta sebelum bersetuju melayan kehendak seorang lelaki tempatan.

“Selepas ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, model itu mengaku tidak beroperasi sendirian, malah ada ejen yang mencari pelanggan,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata, ejen terbabit juga bukan sembarangan, sebaliknya seorang penyampai televisyen dan pengelola majlis keraian.

Hasil maklumat berkenaan, katanya, penyampai televisyen itu juga ditangkap.


Selain suspek, polis juga merampas pelbagai barang bukti, termasuk wang tunai, dua telefon BlackBerry dan kondom terpakai.


Kata jurucakap terbabit, penyampai televisyen itu mendakwa model yang ditangkap itu bukan satu-satunya selebriti yang ditawarkan untuk ditiduri.

“Dia mengaku ada stok model dan artis yang boleh dibayar untuk memuaskan nafsu.

“Sekurang-kurangnya ada 25 selebriti yang boleh disewa melalui penyampai televisyen berkenaan,” katanya.

Pegawai kanan polis Jawa Timur, Heru Purnomo pula berkata, kes berkenaan sedang diteliti.

“Kami masih cuba mendapatkan maklumat lanjut untuk mengetahui sejauh mana aktiviti ini beroperasi,” katanya.

Sumber pula berkata, kegiatan penyampai televisyen itu sudah berjalan sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, sebahagian besar pelanggan mereka ialah lelaki golongan atasan atau ahli perniagaan.

“Kebanyakan urusan mereka berjalan melalui Facebook atau telefon, termasuk penetapan harga dan lokasi,” katanya.

Sumber: myMetro

Bapa tak restu perkahwinan kelar pengantin

 
Lahore: Sepasang suami isteri muda ditemui dalam keadaan diikat dan terdapat kesan kelar di leher akibat daripada perkahwinan atas dasar cinta, lapor polis tempatan, semalam.

Gadis berusia, 17 dan suaminya 31 tahun dikatakan melangsungkan perkahwinan pada 18 Jun lalu tanpa persetujuan keluarga mereka di kampung Satrah, Punjabi, timur Pakistan.
Jurucakap polis tempatan, Rana Zashid berkata, ibu dan bapa gadis itu memujuk rumah pasangan terbabit supaya balik dan memperdaya mereka dengan janji bahawa perkahwinan mereka akan mendapat restu.

    "Bapa gadis itu mengelar leher keduanya menggunakan sabit. Ketika ditahan kedua-dua suspek memberitahu mereka malu dengan tindakan anak gadis mereka, Muafia Hussein yang mengahwini lelaki dari keluarga tidak ternama,” Rana Zashid, Jurucakap polis tempatan


“Malangnya sebaik pasangan itu tiba di rumah, mereka mengikat pasangan itu dengan tali. Bapa gadis itu mengelar leher keduanya menggunakan sabit.

“Ketika ditahan kedua-dua suspek memberitahu mereka malu dengan tindakan anak gadis mereka, Muafia Hussein yang mengahwini lelaki dari keluarga tidak ternama,” katanya.

Tradisi budaya di kebanyakan daerah di Pakistan rata-ratanya tidak menghalang tindakan membunuh wanita yang dianggap tidak pandai menjaga maruah dan tingkah laku.

Antara tingkah laku yang menjadi larangan dan punca kebanyakan pembunuhan antaranya menyanyi, menjenguk keluar tingkap dan bercakap dengan lelaki yang tiada pertalian saudara.
Malah tindakan mana-mana wanita yang berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri dianggap sebagai satu penghinaan yang tidak boleh diterima kebanyakan keluarga.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan mendedahkan sebanyak 869 pembunuhan yang dikenali ‘pembunuhan maruah’ telah dilaporkan dalam media sepanjang tahun lepas tetapi angka sebenar dipercayai lebih tinggi kerana banyak kes yang tidak dilaporkan. - Reuters

Sumber

Piala Dunia: Brazil layak suku akhir tewaskan Chile selepas sepakan penalti

BARISAN pemain Brazil menunggu sebelum sepakan penalti dimulakan pada perlawanan pusingan kedua 16 pasukan antara Brazil dan Chile di Stadium Mineirao di Belo Horizonte, awal pagi ini. Brazil menang 3-2 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 1-1. - Foto AP

BRAZIL 1
(David Luiz, m-18)

CHILE 1(Alexis Sanchez, m-32)

(Brazil layak sepakan penalti 3-2 selepas masa tambahan)


BELO HORIZONTE: Brazil menewaskan Chile 3-2 menerusi sepakan penalti untuk layak ke suku akhir Piala Dunia dalam satu perlawanan penuh dramatik di Stadium Mineirao, di sini, sebentar tadi.

Pemain Chile, Gonzalo Jara terlepas sepakan penting selepas Neymar menyempurnakan untuk Brazil.
Brazil mendahului pada minit ke-18 selepas Thiago Silva menanduk bola Neymar hasil sepakan sudut sebelum disudahkan baik oleh David Luiz walau pun ulang tayang menunjukkan pemain pertahanan Chile, Jara membuat sentuhan terakhir.

Chile kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-32 menerusi Alexis Sanchez yang menewaskan penjaga gol Brazil, Julio Cesar dari jarak dekat.

Brazil turut kecewa selepas gol Hulk dibatalkan selepas didakwa dia mengawal bola dengan lengan.

Tuan tumah mendominasi babak kedua dan masa tambahan namun Chile nyaris tampil menjaringkan gol kemenangan apabila rembatan padu Mauricio Pinilla terkena palang pada minit-minit terakhir permainan.

Brazil yang menewaskan Chile 3-0 pada peringkat sama Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan akan berdepan Colombia atau Uruguay dalam suku akhir. - Reuters

Sumber

Liverpool Jual Suarez, Dapatkan Adam Lallana, Lazar Markovic

 Adam Lallana

MUNGKIN bosan dengan drama gigit yang dibawa Luis suarez, Liverpool kini sedia menjual penyerang mereka dengan bidaan sebanyak £80 juta kepada Barcelona.

Penjualan pemain yang menggondol kasut emas bagi saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu itu akan membolehkan Liverpool merombak bahagian serangan.

Bagaimanapun, pergantungan selama empat bulan yang dijatuhkan keatas Suarez oleh Fifa mungkin membuatkan Barcelona menarik diri daripada memndapatkan pemain terbabit.

 Lazar Markovic

Hasil penjualan Suarez dapat membantu Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mendapatkan dua pemain iaitu Adam Lallana (Southampton) dan Lazar Markovic dari Benfica.

Liverpool telah membuat bidaan sebanyak £25 juta bagi mendapatkan Lallana dan £20 juta untuk Markovic.

Kedua-dua pemain itu dijangka akan menandatangani perjanjian bersama Liverpool dalam tempoh terdekat sebelum Suarez dijual.

Sumber: mstar

Binatang purba penghisap darah ditemui di China

Quiyia jurassica binatang penghisap darah (Foto: Metro)

BEIJING - Pasukan saintis antarabangsa berjaya menemui bukti adanya binatang penghisap darah di era pertengahan Jurassic. Penemuan ini berjaya dilakukan usai mereka mengambil dari tiga jenis fosil yang diawet secara sempurna.

Hasil penemuan tersebut di terbitkan oleh jurnal Open Access eLife. Binatang tersebut diduga sudah ada di tasik air tawar, Mongolia sekira 165 juta tahun yang lalu.

Binatang berjenis larva tersebut diberi nama Quiyia Jurassica. Quiyia sendiri dalam Bahasa China bererti aneh. Binatang aneh tersebut mempunyai panjang sekira dua sentimeter (cm) dengan alat penghisap bersaiz besar. Sehingga membolehkan binatang tersebut mampu melekat di tubuh ikan Salamander raksasa kemudian menghisap darah mereka.

Namun, para penyelidik tersebut gagal menemui fosil ikan Salamander.

"Di sisi lain, binatang tersebut hampir tidak dijumpai di tubuh Salamander," ujar Dr. Bo Wang penyelidik dari Universiti Bonn, Jerman, seperti dikutip Metro, Sabtu (28/6/2014).

Para saintis percaya binatang tersebut terus berkembang kerana pemangsa tidak begitu banyak di era tersebut. Penemuan ini juga mendorong asal-usul binatang penghisap darah lebih jauh lagi dari yang kita yakini sebelumnya.

Sumber: okezone.com

Tikam diri hingga usus terburai

Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental menikam dirinya sendiri dengan gunting hingga cedera parah.

IPOH - Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental bertindak menikam perut sendiri menggunakan gunting dan mengeluarkan ususnya di tapak pasar malam Hutan Melintang dekat sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 1 petang itu, lelaki itu, Shurkey, 42, dilihat meracau seorang diri sebelum bertindak mencucuk perutnya berulang kali.

Menurutnya, orang ramai yang melihat kejadian itu cuba menasihati mangsa namun lelaki berkenaan dilihat semakin agresif.

“Orang ramai terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan bagi menenangkan mangsa.

“Bagaimanapun, ketika polis cuba memujuknya, mangsa menjadi semakin ganas dan polis terpaksa memegangnya bagi mengelakkan dia terus mencederakan dirinya.

“Mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan namun meninggal dunia kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zaki berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bukan penduduk tempatan dan dia tinggal bersama keluarga saudaranya di Hutan Melintang.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Sinar Harian

Selamba pikul motor 100kg

BADANG Sarawak mengangkat motosikal daripada bot untuk dibawa ke jeti.

Kapit: Jika menjejakkan kaki ke Terminal Penumpang Kapit, jangan terkejut jika terlihat orang mengangkat motosikal ataupun barangan seberat 100 kilogram di situ.

Bagi mereka yang pertama kali melihatnya, pasti kagum dengan kekuatan fizikal pengangkat barang itu, lebih-lebih lagi jika melihat susuk fizikal mereka seperti orang biasa.

Di terminal pengangkutan sungai itu, mereka bersedia menerima khidmat mengangkat apa saja jenis barang daripada pengguna bot ekspres sehingga ramai yang menggelar mereka sebagai ‘Badang Sarawak’.

Lazimnya, khidmat mereka itu diperlukan penumpang untuk memuatkan barang atau kargo ke dalam bot ekspres yang berulang dari Sibu dan Kapit.


Dalam kalangan penduduk tempatan, sudah menjadi pemandangan biasa sekitar terminal berkenaan apabila melihat mereka ini memikul longgokan besi yang berat, motosikal, mesin basuh, seguni beras atau apa saja jenis barang berat.


Bagi Rantai Ija (gambar), 25, kerja mengangkat barang ini sebenarnya mudah sekiranya tahu cara dan teknik betul mengangkatnya walaupun berat barang berkenaan melebihi separuh berat badannya.

Dia yang bekerja sebagai pengangkut barang di Terminal Penumpang Kapit sejak berusia 18 tahun berkata, teknik yang sering digunakannya ialah memikul barang di atas bahu kerana selain dapat menampung berat, ia juga memudahkannya melangkah, terutama ketika menaiki dan menuruni tangga di jeti berkenaan.

Sumber: myMetro

Felixia peluk Islam 5 Ramadan

Felixia Yeap
"SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis)," kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel  jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam ini.

Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

"...5 Ramadan iaitu jatuh pada  3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," katanya.

Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa.

Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.

"Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Lelaki mengamuk kerana tak dapat pergi ke planet Jupiter


LA PAZ - Seorang lelaki mengamuk dan menikam tujuh orang di sebuah lapangan terbang di Bolivia kerana keinginannya terbang ke planet Jupiter tak dipenuhi.

Kisahnya bermula ketika Javier Cusi Aduviri datang ke lapangan terbang antarabangsa El Alto, La Paz, Bolivia, Khamis (26/6/2014).

Seorang saksi mata mengatakan, Javier pada awalnya menempah tiket ke Chile dari lapangan terbang tertinggi di dunia yang terletak di ketinggian 8.202 kaki atau sekitar 2,500 meter dari permukaan laut.

Namun, lelaki itu mengamuk lalu menikam seorang penjaga kedai dan beberapa orang yang kebetulan melintas di depannya.

"Dia mengatakan ingin pergi ke Jupiter, itulah sebabnya dia dilarang naik ke dalam pesawat," ujar seorang sumber polis Bolivia.

Javier Aduviri ditangkap ketika cuba lari dari lapangan terbang yang terletak di sebelah selatan ibu kota Bolivia, La Paz. Dia kini masih disiasat polis.

Sementara itu, pihak berkuasa lapangan terbang El Alto berkata, setelah operasi terhenti akibat tindakan Javier Aduviri, lapangan terbang itu sudah pulih kembali.

Sumber: kompas.com

Dr Maza nafi sebar gambar bas di Twitter

 
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan beliau memuat naik gambar sebuah bas mewah yang didakwa digunakan untuk Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 di laman mikro Twitter.

“Penyebar gambar inilah yang melakukan fitnah. Ini gambar yang tidak sah,” katanya yang dipetik dari Twitternya, hari ini.

Menurut Mohd Asri lagi, individu yang menyebarkan gambar tersebut didakwa menggunakan akaun palsu dengan nama dan gambar sama dengan akaun sebenar.

Gambar yang dimuat naik tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepsi kurang selesa di kalangan rakyat terutama di Johor.


Beliau menegaskan, gambar yang menunjukkan sebuah bas mewah dilengkapi dengan ruang simpanan kereta mewah itu sebenarnya diambil daripada laporan sebuah portal dari luar negara iaitu Daily Mail di Britain.

Sementara itu, dalam laporan portal Daily Mail, bas mewah berjenama Volkner Mobil Performance berharga 1.2 juta pound sterling itu turut dilengkapi dengan ruang tamu, dapur dan bilik mandi pancuran itu bagaimanapun berbeza dengan bas yang digunakan dalam siri ke-17 KMJ 2014.

Sedangkan model bas yang dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 21 hingga 24 Jun lalu adalah revost Marathon Coach.

Sumber: Sinar Harian

2 warga tua masih mampu selfie walaupun selepas kemalangan

GAMBAR pasangan berkenaan sejurus selepas kereta yang dipandu terbabas.

Bel Air: Nampaknya tiada apa yang mampu menghancurkan kebahagiaan sepasang suami isteri yang berkahwin sejak 60 tahun lalu walaupun selepas mereka ditimpa kemalangan jalan raya.

Pasangan warga emas itu terselamat walaupun kereta mereka terbalik.


Tanpa menunjukkan rasa terkejut, mereka segera mencapai telefon bimbit dan bergaya untuk mengambil selfie sejurus selepas kejadian berlaku.

Kemalangan berlaku semalam Pesiaran Linda Flora kawasan kejiranan elit yang terkenal melalui siri komedi Fresh Prince of Bel Air pada 1990-an. Si suami dilaporkan memandu Honda sedan biru itu apabila ia terbabas dan jatuh di kiri jalan berhampiran pokok.


Kedua-dua pasangan ini bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, namun si isteri terperangkap di dalam kereta manakala suaminya berjaya memanjat keluar.


Ketika menunggu bantuan, si suami yang berpakaian seluar sukan kelabu menaikkan seluar ke paras dada dan mengambil gambar dengan kereta yang terbalik sementara isterinya selamba di dalam.


Beberapa penduduk setempat yang melintas kawasan kemalangan termasuk jiran mereka berhenti untuk membantu.


Saksi Ryan Steinberg turut bergambar dengan berlatarbelakangkan kereta itu.

Kedua-dua pasangan ini dikatakan mempunyai semangat yang baik kerana mampu bergembira walaupun ketika menghadapi kesukaran. - Agensi

Sumber: myMetro

Minum Jus Buah-Buahan Ketika Sahur Untuk Kekal Cergas

KUALA LUMPUR: Minum jus buah-buahan semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik untuk memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang hari pada Ramadan ini.


Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata, dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.

Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan, katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

"Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.

"Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita," tambahnya.

Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu bagi umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.

Ridzoni berkata, selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik.

"Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus," katanya.

Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hairil Nizam Abdul Hamid turut bersependapat pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa.

Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.

"Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik.

"Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku adalah pening dan pitam," katanya.

Tambah beliau, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang.

Sumber: mstar

'Suarez Dihukum Berat, Kenapa Liverpool Kena Getahnya?

AFP/Miguel Rojo

Liverpool - Bekas defender Liverpool, Jamie Carragher, turut mengulas mengenai hukuman yang dijatuhkan oleh FIFA untuk Luis Suarez. Carragher menilai bahawa The Reds seharusnya tak kena getahnya atas hukuman itu.

FIFA menjatuhkan hukuman sembilan perlawanan rasmi antarabangsa dan larangan bermain di semua pertandingan dan aktiviti bola sepak selama empat bulan, akibat menggigit bahu Giorgio Chiellini semasa Uruguay memperolehi kemenangan atas Itali di perlawanan terakhir Kumpulan D Piala Dunia.

Selain itu, Suarez juga dikenakan denda sebanyak 82.227 euro.

Dengan sekatan yang diberikan oleh FIFA itu, Suarez sekurang-kurangnya tidak dapat beraksi bersama Liverpool sehingga 26 Oktober akan datang. Dia dijangka boleh bermain saat Liverpool berhadapan dengan Newcastle United dalam perlawanan Liga Inggeris yang berlangsung pada 1 November mendatang.

Carragher langsung menilai bahawa hukuman itu tak adil buat Liverpool. Sebabnya, insiden yang dilakukan Suarez itu dilakukan saat mengenakan seragam Uruguay.

Carragher lantas memberi contoh bahawa saat Suarez dihukum kerana menggigit Branislav Ivanovic, dia tetap boleh memperkuat pasukan Uruguay.

"Saya tak setuju dengan hukuman yang belaku di pertandingan piala dunia. Saat terakhir dia dihukum, Liverpool kehilangannya dalam 10 perlawanan, tapi saya fikir dia masih boleh bermain buat Uruguay," kata Carragher di Sky Sports.

"Ini merupakan perlawanan antarabangsa, sebuah pertandingan FIFA, insiden gigitan itu mengenakan seragam Uruguay dan seharunsnya Uruguay dan Suarez yang harus membayarnya."

Saya tak berfikir bahawa Liverpool seharusnya tak kena getahnya, "tambah Carragher lagi.

Sumber: sport.detik.com

Abang kandung jual adik perempuan 16 tahun

Kiab, 16, yang telah dijual oleh abangnya kepada sebuah keluarga di China.

LAO CAI - VIETNAM. Seorang remaja 16 tahun terpaksa menempuh detik hitam apabila dijual kepada seorang lelaki di China oleh abang kandungnya sendiri.

Lebih malang, gadis itu dipaksa untuk mengahwini lelaki tersebut dan tinggal di China selama sebulan sebelum dia berjaya melepaskan diri dan pulang ke pangkuan keluarga di Vietnam.

Kiab, (bukan nama sebenar) ketika menceritakan semula detik pahit yang dialami, menggambarkan perasaan kecewa terhadap abang kandungnya yang sanggup menjual adiknya sendiri kepada sebuah keluarga di China.

“Dia telah menjual adiknya sendiri ke China, dia bukan lagi seorang manusia di mata saya,” katanya kepada pemberita.

Sebaik sahaja Kiab menginjak ke 16 tahun, abangnya berjanji untuk membawanya ke sebuah majlis keraian di sebuah pusat pelancongan di utara Vietnam.

Namun abangnya tidak membawanya ke tempat yang dijanjikan sebaliknya, dia diserahkan sebagai seorang pengantin kepada keluarga lelaki tersebut.

Selepas melarikan diri, suaminya dan meminta bantuan polis tempatan untuk kembali ke negara asal.

Sumber: Sinar Harian

Suarez pulang ke Uruguay selepas digantung FIFA


MONTEVIDEO: Penyerang, Luis Suarez pulang ke Uruguay, semalam selepas dikenakan hukuman paling berat dalam Piala Dunia gara-gara menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.

Menurut kenyataan, Persatuan Bola Sepak Uruguay, penyokong di negara berkenaan membuat persiapan menyambut kepulangan bintang mereka itu ke ibu negara itu, di sini nanti.

Pemain berusia 27 tahun itu yang beraksi untuk kelab Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris dijangka akan berlepas dari Brazil ke Uruguay bersama keluarganya, menurut laporan stesen televisyen Subrayado.

Terdahulu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Suarez sembilan perlawanan antarabangsa dan dilarang terbabit dalam kegiatan bola sepak selama empat bulan selain dikenakan denda 112,000 dolar (RM360,000). - AFP

Sumber

Penyanyi tawar dara supaya mangsa culik dibebaskan

Penyanyi pop Nigeria, Adokiye Kyrian (23) menawarkan keperawanannya untuk Boko Haram demi kebebasan 200 gadis yang diculik kumpulan itu. Foto: citypeoplemagazine.com.ng

ABUJA - Sejak diculik kumpulan Boko Haram, kira-kira 200 orang pelajar bandar Chibok, Nigeria, masih belum dijumpai. Tentera Nigeria dibantu beberapa negara, termasuk AS dan Britain terus berusaha mencari mereka.

Dari selebriti hingga wanita pertama AS, Michelle Obama, juga ikut menyertai dengan merangka kempen online dengan tajuk # bringbackourgirls. Namun, setakat ini ia belum membuahkan hasil positif.

Di tengah kebuntuan itu, seorang penyanyi pop perempuan ternama Nigeria, Adokiye, cuba memberikan bantuan untuk mencari kembali para gadis malang itu.

Adokiye (23) berkata, dia bersedia mengorbankan kesuciannya untuk Boko Haram, untuk ditukar dengan pembebasan beratus-ratus gadis yang diculik itu.

"Ini sungguh tidak adil. Mereka masih terlalu muda. Saya harap saya boleh menukar diri saya untuk kebebasan mereka," kata Adokiye kepada harian terbitan Nigeria, Vanguard.

Adokiye meneruskan, para pelajar yang diculik itu berusia antara 12 hingga 15 tahun sehingga dia tak boleh membayangkan bagaimana perasaan mereka saat ini.

"Saya jauh lebih tua dan berpengalaman. Bahkan, jika saya harus melayani 10-12 anggota Boko Haram dalam semalam, saya tak peduli. Tolong bebaskan mereka dan biarkan mereka kembali kepada keluarganya," kata perempuan berasal dari Imo itu.

Sumber: kompas.com

Bos mafia Mexico ditangkap semasa menonton Piala Dunia

 
MEXICO CITY - Tentera Mexico berkata, mereka berjaya menangkap pemimpin kumpulan mafia Tijuana yang pada suatu masa amat berpengaruh, Luis Fernando Sanchez Arellano.

Dia ditangkap pada Isnin (23/6/2014) waktu setempat di sebuah rumah ketika sedang menyaksikan perlawanan Piala Dunia antara Mexico melawan Cameroon.

Pada masa 1990-an, kumpulan ini menguasai sebahagian besar pengedaran dadah dari kawasan Tijuana, Mexico utara, ke Amerika Syarikat. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan, kartel penyeludup dadah ini semakin lemah kerana pemimpinnya ditangkap atau dibunuh.

Sanchez merupakan anak saudara kepada Arellano Felix yang mendirikan kartel Tijuana. Lelaki yang didakwa berusia 30-an tahun ini dikenali dengan panggilan "jurutera" dan menjadi pimpinan kartel setelah mencapai kesepakatan berdamai dengan bos mafia lain, Joaquin Guzman, yang sudah lebih dulu ditangkap pada Februari.

Kerajaan Mexico, yang melancarkan perang melawan kumpulan pengedar dadah, sudah memberi tawaran hadiah 2,3 juta dollar AS untuk maklumat yang boleh membawa kepada penangkapannya.

Bulan Mac, pihak berkuasa Mexico menembak mati Nazario Morena-yang dikenali sebagai El Mas Loco atau Yang Paling Gila-yang merupakan pemimpin kumpulan mafia Knights Templar.

Sumber: kompas

Orang Sedang Kencing Disangka Makhluk Asing


Beijing – “Saya bukan makhluk asing. Saya hanya kencing di situ!’’ itu penjelasan seorang pelakon cerita fiksyen bagi menyelesaikan dakwaan seorang pelancong bahawa dia berjaya merakamkan gambar makhluk asing di kawasan pergunungan.

Pelakon itu menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya mengunjungi pergunungan berkenaan untuk membuat rakaman filem sci-fi, ketika gambar dia kencing diambil.

“Saya tidak sangka ketika saya kencing, seseorang telah merakamkan gambar saya,’’ katanya.

Perkara itu sebelum ini menjadi perdebatan dalam media sosial selepas gambar berkenaan tersebar di internet.

Gambar itu menunjukkan wajah makhluk asing tersebut yang menyerupai watak dalam filem Lord Of The Ring.

Ia dirakamkan ketika pelancong berkenaan sedang berkhemah di kawasan pergunungan terbabit.

“Saya berjalan keluar dari kem itu kerana ingin kencing dan tiba-tiba saya melihat makhluk asing. Saya kemudian merakamkan gambar dan kini saya takut dengan keberanian saya itu,’’ kata pelancong itu.

Sumber: mynewshub

Megan Fox hanya bekerja 20 hari setahun

 
MELIHAT populariti luar biasa Megan Fox, ramai yang membayangkan aktres itu sentiasa sibuk dengan pelbagai tawaran lakonan.

Menurut laporan Contact Music, rupa-rupanya jadual kerja Megan tidaklah sepadat mana kerana pelakon itu hanyalah bekerja selama 20 hari dalam masa setahun.

Malah beritahu wanita berusia 28 tahun itu, tempoh masa bekerja itu sudah terlalu padat buatnya sehingga dia merasakan waktu bersama keluarga sangat singkat.

"Kalau nak ikutkan saya mahu mengurangkan lagi masa kerja supaya dapat menghabiskan lebih masa bersama suami dan anak-anak.

"Sebab itu saya mahu berlakon satu filem setahun kerana saya mahu bersama anak-anak, membesarkan mereka di depan mata," katanya.

Isteri kepada Brian Austin ini juga memberitahu dia seorang ibu yang bersikap ortodoks dan sangat tegas dalam semua perkara, malah tidak mahu main-main dalam mendidik anak-anaknya itu.

Sumber: mstar

Pengurus minta Zizan tunjuk bukti seleweng wang syarikat

 
SUBANG JAYA: Pengurus Zizan Razak iaitu Marina Juki meminta pelawak itu mengemukakan bukti menunjukkan dia menyeleweng wang syarikat mereka, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd seperti yang didakwa.

Marina berkata, berdasarkan maklumat daripada juruaudit Wire Fame, Azlan Karim setakat ini tiada sebarang penyelewengan berlaku dalam syarikat itu.

"Saya telah dimaklumkan bahawa tiada sebarang penyelewangan telah berlaku dalam syarikat sama ada daripada pihak saya mahupun Zizan.

"Saya tak faham kenapa dia menuduh saya berbuat demikian sampai membekukan akaun syarikat tanpa persetujuan saya.

"Diharap dia dapat bersemuka dengan saya dan tunjukkan bukti bahawa saya menyeleweng wang syarikat itu," katanya.

Marina ditemui pada sidang media khas di hotel Holliday Villa di sini pada petang Khamis.

Selain Azlan, turut hadir pada sidang media itu peguam Wire Fame, Sashalyna Abdul Latif serta peguam Marina, Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana.

Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi, membuatkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan.

Masalah itu berlarutan sehingga  Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat tersebut dan Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat.

Sementara itu, Marina berkata, sekatan akaun bank syarikat mereka membuatkan dia sukar menjelaskan pembayaran kepada artis-artis naungan seperti Johan As'ari dan Kaka Azraf.

"Dua akaun syarikat telah pun dibekukan sejak 4 Jun lalu dan ianya adalah atas arahan Zizan sendiri tanpa sebarang persetujuan daripada saya.

"Perkara ini membuatkan Johan dan Kaka terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya berhubung bayaran mereka yang tersangkut.

"Kami berharap agar kenyataan ini dapat menjawab segala isu-isu yang timbul dan kami juga berharap agar Zizan akan meluangkan sedikit masa bersama kami untuk menyelesaikan kemelut ini secara baik dan professional," ujarnya.

Zizan kini berada di negara Jepun bagi menjalani penggambaran program travelogue Jejak Jepun terbitan Astro.

Sumber: mstar

Saintis Jepun dedah pembaca berita Android

SAINTIS di Jepun mendedahkan Android yang mampu membaca berita yang pertama di dunia.

Android yang hampir menyerupai manusia tersebut mampu berjenaka dan juga mempunyai kemahiran bahasa yang sempurna.

Android yang kelihatan seperti seorang remaja tersebut 'Kodomoroid', merupakan gabungan perkataan 'Kodomo' yakni 'kanak-kanak' dan 'Android' yang bermaksud robot, telah menyampaikan berita gempa bumi dan serbuan FBI kepada wartawan di Tokyo.

"Anda juga kelihatan seperti robot!," Android tersebut mengusik profesor robotik, Hiroshi Ishiguro, dalam nada jenaka.

'Otonaroid' yang bermaksud 'Android dewasa' juga diperkenalkan dalam acara tersebut.

Kedua-dua Android tersebut akan 'bekerja' di Muzium Inovasi dan Sains Baharu di Tokyo.

"Kita akan mempunyai lebih banyak robot pada masa hadapan," Hiroshi memberitahu wartawan.

Hiroshi sendiri mempunyai Android peribadi yang beliau hantar ke luar negara untuk memberi ceramah.

Sumber: Sinar Harian

Wanita maut selepas 'selfie'

 
SEORANG wanita maut selepas berkongsi gambar 'selfie' semasa dalam perjalanan ke sebuah majlis di Amerika Syarikat.

Collette Moreno, 26, yang duduk di tempat duduk penumpang maut dalam insiden itu apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan kenderaan lain ketika pemandu cuba memotong sebuah lori.

Kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan, lapor sebuah portal.

Pemandu kereta tersebut, Ashley Theobald merupakan sahabat baik kepada mangsa. Ketika insiden itu, mereka dalam perjalanan ke Tasik Ozarks di Missouri dan memakai tali pinggang keledar.

Theobald, 26, berkata, dia cuba untuk memintas lori yang mengeluarkan banyak asap semasa kejadian. Moreno merupakan penghidap asma dan asap menyebabkan dia batuk.

"Saya cuba untuk memintas dan sebuah lagi lori datang dari arah depan," ujar Theobald.

Lapan minit sebelum kejadian, Moreno mengambil gambar 'selfie' bersama Theobald, yang menunjukkan mereka sedang menikmati perjalanan tersebut.

Peronda Lebuhraya Missouri berkata, Theobald boleh didakwa atas pemanduan cuai.

Sumber: Sinar Harian

Piala Dunia: Messi tunjuk belang bantu Argentina benam Nigeria

 
NIGERIA 2 (Ahmed Musa, m-4, 47) - ARGENTINA 3 (Lionel Messi, m3 dan 45, Marcos Rojo, m50)

PORTO ALEGRE: Lionel Messi tampil merembat dua kali membantu Argentina menewaskan Nigeria 3-2 dalam satu lagi perlawanan menarik Piala Dunia, sebentar tadi dengan kedua-dua pasukan mara ke pusingan kedua selepas Iran tewas kepada Bosnia dalam aksi terakhir Kumpulan F.

Dalam satu permulaan pantas, Messi merembat masuk bola yang melantun hanya selepas tiga minit perlawanan tetapi Nigeria berjaya menyamakan kedudukan selang seminit kemudian daripada penyudahan cantik Ahmed Musa.

Argentina kembali mendahului pada minit-minit terakhir permainan babak pertama apabila Messi membuat satu sepakan melencong dari jarak 20 meter yang terus menerjah masuk dalam gawang lawan.

Selepas rehat, Musa kembali menyamakan kedudukan untuk Nigeria dengan penyudah yang bijak pada minit ke-47 tetapi Argentina yang sudah pun layak sebelum perlawanan bermula mendapatkan gol ketiga lapan minit kemudian hasil jaringan Marcos Rojo apabila bola terkena lututnya dan masuk selepas sepakan sudut.

Argentina menyudahkan cabaran dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan dan akan menentang naib juara Kumpulan E, kemungkinan Ecuador, Switzerland atau Honduras.

Nigeria menghuni tempat kedua berbekal empat mata dan berdepan juara Kumpulan E, Perancis.

Bosnia menamatkan cabaran dengan tiga mata selepas menewaskan Iran 3-1. - Reuters

Sumber

Video Wanita Nyaris Dilanggar Keretapi Bergerak Laju Diselamatkan Polis

Seorang wanita nyaris dilanggar oleh sebuah keretapi yang sedang bergerak laju berjaya diselamatkan oleh seorang anggota polis.

IA merupakan momen saspens apabila seorang anggota polis cuba menarik seorang wanita yang nyaris dilanggar oleh sebuah keretapi yang bergerak laju.


Kejadian seperti dalam adegan filem Hollywood itu berlaku apabila pegawai polis Richmond, R Morales berjaya membantu menyelamatkan seorang wanita yang baring di atas landasan keretapi di Texas, dengan bunyi keretapi yang sedang bergerak laju dapat didengari dari jauh.

Morales nekad menyelamatkan wanita itu yang meraung dan menangis teresak-esak sebelum itu, dan kemudiannya keretapi meluncur laju di hadapan mata mereka hanya beberapa saat selepas itu.

Insiden itu berjaya dirakamkan oleh kamera yang diletakkan di atas papan pemuka di kereta polis itu pada Ahad selepas beliau mendapat panggilan berhubung tindakan wanita tersebut. - metro.co.uk



Sumber: mstar

Pramugari di China diberi latihan kung fu

Foto: Orange

CHENGDU - Pramugari di China diberikan latihan Fu untuk menjaga diri dari gangguan penumpang. Para pramugari ini nantinya akan dilatih oleh seorang master kung fu terkenal.

Southwest Airline College, telah menandatangani perjanjian dengan master kung fu, Tu Tengyao, untuk menjadikan pramugari di China seperti Bruce Lee.

Latihan ini berlangsung di bandar Chengdu di wilayah Sichuan barat daya China. Tengyao, melatih 20,000 pelajar bagaimana caranya menendang, memukul, dan bergelut dengan lawan yang mabuk bahkan seorang pengganas.

Lelaki berusia 32 tahun ini adalah anak kepada Ye Wen, seorang master kung fu legenda, keturunan dari perguruan kung fu Wing Chun.

"Ancaman keganasan meningkat sehingga pramugari perlu benar-benar bersedia untuk menghadapi situasi seperti itu di atas ribuan kaki di udara," ujar Tengyao, seperti dikutip Orange, Isnin (23/6/2014).

"Tidak mungkin untuk menggunakan senjata api di tempat-tempat tersebut sehingga orang harus mengandalkan kecerdasan mereka dan kekuatan mereka. Saya mengasah mereka untuk mahir seni bela diri, "tambhanya.

Menurut perguruan syarikat penerbangan, kung fu Wing Chun sangat sesuai untuk diajarkan kepada paramugari dan kung fu ini boleh dipraktikkan di ruang yang sempit dan terhad.

Sumber: okezone.com

Franz Muellner, pecahkan rekod tarik pesawat Boeing 777

Foto: NBC News

Vienna - Franz Muellner, berjaya memecahkan rekod dunia dengan menarik sebuah pesawat Boeing 777 dari hangar di lapangan terbang Vienna-Schwechat di Austria.

Seperti diberitakan NBC News, Rabu (25/6/2014), lelaki berusia 44 tahun ini menarik pesawat setinggi 14 meter (m) hanya dengan seutas tali.

Muellner memulakan aksi uniknya ini pada 23 Jun 2014. Walau hanya dilengkapi dengan tali lelaki penggemar sukan ekstrimnya ini berjaya menarik pesawat tersebut.

Selain menarik pesawat Boeing 777 dari hangar, Muellner juga pernah memutar kincir angin seberat 244 tan hanya dengan tangan kosong.

Sumber: okezone.com

Jerung gergaji sesat ke Sibu

PENDUDUK membantu menunda jerung gergaji ke pantai untuk dilepaskan.

Sibu: Sekumpulan nelayan dari Pulau Bruit gempar dengan penemuan seekor jerung gergaji seberat 300 kilogram ketika memukat ikan di sekitar pesisir pantai pulau berkenaan, kelmarin.

Ikan sepanjang lima meter itu ditemui seorang nelayan Azmi Muji, 27, bersama dua rakannya pada jam 6 petang kira-kira tiga batu nautika dari kawasan pantai.

Azmi berkata, dalam kejadian petang itu, bot kecil yang mereka naiki bergoyang kuat berbanding biasa seolah-olah dilanggar objek besar.

Katanya, selepas membuat pemeriksaan, dia terkejut apabila mendapati seekor jerung gergaji tersangkut pada pukatnya.


“Saya panik melihat cahaya bersinar pada pukat dengan bahagian kepala ikan itu amat besar dan kelihatan seperti gergaji.


“Jerung itu masih hidup dan saiznya terlalu besar tetapi dalam keadaan lemah. Kami cuba menaikkannya ke dalam bot tetapi gagal,” katanya, semalam.

Menurutnya, selepas usaha menaikkan jerung berkenaan gagal, dia kembali ke darat dan meminta bantuan penduduk untuk melepaskan jerung itu daripada pukatnya.

“Saya tiada pilihan selain terpaksa menghubungi penduduk kampung bagi membantu menunda jerung berkenaan ke pantai.

“Kami mengambil masa lebih dua jam untuk menarik ikan berkenaan ke pantai Bruit,” katanya.

Jerung gergaji (sawsharks) atau nama saintifiknya Pristiophoriformes adalah spesies jerung di perairan laut dalam tidak kurang dari 40 meter dan hanya boleh ditemui di perairan Jepun, Afrika dan Australia.

Sumber: myMetro

Gigit, Suarez digantung perlawanan 2 tahun?

 
PENYERANG Uruguay, Luis Suarez mungkin akan digantung dari sebarang perlawanan selama dua tahun jika pemain tersebut dibuktikan menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini dalam pertemuan Uruguay menentang Itali, malam tadi.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa, Fifa hari ini mengesahkan kenyataan tersebut dan telah mengarahkan kedua-dua pemain hadir memberi keterangan serta menunjukkan bukti berhubung insiden terbabit.

Suarez sebelum ini direkodkan terlibat dalam insiden menggigit sebanyak  tiga kali dan dia telah pun digantung 10 perlawanan akibat tindakannya itu.

Menurut pihak Fifa, ianya merupakan satu kesalahan atas padang yang serius dan Suarez boleh dikenakan hukuman yang lebih berat dari sebelumnya.

Rakaman ulang tayang insiden itu di televisyen menunjukkan Suarez menggigit bahu Chiellini selepas kedua-duanya bergelut di kawasan kotak penalti.

Insiden itu dilaporkan berlaku dalam tempoh seminit sebelum Uruguay menjaringkan gol kemenangan menerusi Diego Godin pada minit ke-81 sekali gus melayakkan Uruguay ke pusingan seterusnya.

Sumber: Sinar Harian

Akaun FB ibu remaja malang digodam

 
SHAH ALAM - Akaun Facebook wanita yang didakwa ibu kepada remaja malang, Muhammad Firdaus Dullah, 15, telah digodam sejak malam semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, akaun tersebut telah diceroboh sekitar jam 7 petang kelmarin dengan menggunakan nama Syah RilekCrew.

Penggodam turut memuatnaik status yang mengundang kemarahan di akaun Facebook kepunyaan Imashima Lola itu, menyebabkan ramai pelayar Facebook meninggalkan komen dan kata-kata kecaman kepada pemilik asal akaun tersebut.

Pemilik asal akaun tersebut masih dalam tahanan reman polis sejak Ahad lalu, dijangka dibebaskan hari ini.

Wanita berkenaan didakwa ibu kepada Muhammad Firdaus apabila beberapa keping gambar dipercayai Muhammad Firdaus telah dikongsi dalam akaun Facebook berkenaan.

Muhammad Firdaus sebelum ini telah ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan yang diketuai Pengarahnya, Faizal Fazri Omar, ketika mengadakan operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) di Flat Taman Semarak, Nilai.

Remaja malang ini ditemui dalam sebuah bilik rumah yang kotor dan terdapat kesan najis serta air kencing. Keadaannya yang kurus kering, dipercayai kerana kekurangan zat makanan dan dalam keadaan diri yang tidak terurus.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sumber: Sinar Harian

Piala Dunia: Suarez gigit Giorgio Chiellini

PEMAIN Uruguay, Luis Suarez memegang giginya selepas terhantuk di bahu pemain Itali, Giorgio Chiellini (gambar kiri) pada perlawanan Piala Dunia di Arena das Dunas, Natal, Brazil, awal pagi tadi. - Foto AP

NATAL: Penyerang Uruguay, Luis Suarez terus mengundang masalah dan mungkin dikenakan tindakan berat selepas dilihat menggigit pemain lawan ketika pertembungan menentang Itali, awal pagi tadi.

Insiden itu yang beberapa kali diulang siaran televisyen memaparkan Suarez menggigit bahu pertahanan Itali, Giorgio Chiellini selepas kedua-duanya bergelut di kawasan kotak penalti. Dan ia berlaku hanya seminit sebelum Uruguay meledak gol kemenangan menerusi Diego Godin pada minit ke-81.

Uruguay mencatat kemenangan 1-0 dan layak ke pusingan seterusnya dengan Itali yang juga juara dunia empat kali, tersingkir.

Ia adalah insiden menggigit kali ketiga membabitkan Suarez yang juga penyerang kontroversi Liverpool.

Ketika beraksi bersama Ajax dalam Liga Belanda pada 2010, Suarez dikenakan tindakan penggantungan tujuh perlawanan selepas menggigit pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal.

Selepas berpindah ke Liverpool, dia kemudian menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic tahun lalu dan dikenakan penggantungan 10 perlawanan.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) boleh mengenakan tindakan penggantungan sehingga dua tahun seandainya jawatankuasa disiplin memutuskan ada kes untuk dibicarakan.

Sejurus insiden itu berlaku, Chiellini melakukan protes kepada pengadil, Marco Rodriguez dari Mexico sambil menunjukkan bahunya yang bertanda namun tiada tindakan diambil ke atas Suarez.

Empat tahun lalu di Afrika Selayan, Suarez dikenakan tindakan keluar padang pada aksi suku akhir menentang Ghana kerana menampan bola di depan gawang namun Uruguay menang dan melangkah ke separuh akhir namun tewas. - AP

Sumber

Piala Dunia: Itali bungkus selepas kalah kepada Uruguay

PEMAIN Uruguay, Diego Godin melompat tinggi bagi menanduk masuk gol sulung perlawanan yang memberikan kemenangan kepada pasukannya pada perlawanan Piala Dunia menentang Itali di Arena das Dunas, awal pagi tadi. - Foto AP

ITALI 0NATAL: Jaringan tunggal penuh dramatik daripada kapten, Diego Godin membawa Uruguay mara ke pusingan kedua Piala Dunia hasil kemenangan 1-0 ke atas Itali dalam perlawanan penuh kontroversi Kumpulan D di Stadium das Dunas, sebentar tadi.


Kekalahan menyaksikan Itali yang juga juara dunia empat kali tersingkir dan mengulangi derita empat tahun lalu di Afrika Selatan sekalipun hanya memerlukan seri untuk mara dengan gol menerusi tandukan Godin hadir ketika perlawanan berbaki sembilan minit.

Hampir menurunkan skuad sama ketika menundukkan England 2-1, minggu lalu, tiada gol berjaya dijaringkan Uruguay pada babak pertama dengan perlawanan lebih dikuasai Itali sebelum perlawanan bertambah panas di babak kedua.

Detik malang Itali bermula pada minit ke-58 perlawanan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Claudio Marchisio menerima kad merah kerana mengasari Egidio Arevalo Rios.
Dan perlawanan semakin panas apabila penyerang utama Uruguay, Luis Suarez dilihat jelas menggigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini beberapa minit sebelum Godin menjaringkan gol namun tiada tindakan diambil.

Gol Uruguay terhasil selepas Godin yang juga pemain Atletico Madrid melonjak tinggi untuk menyambut sepakan sudut menerusi belakangnya yang menewaskan Gianluigi Buffon.

Kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan gol selepas masing-masing mencatat satu kemenangan dan satu kekalahan kedua-duanya kepada Costa Rica yang sudah mengesahkan slot lebih awal. Kemenangan begitupun sekadar meletakkan Uruguay selaku naib juara juara kumpulan selepas mengumpul enam mata. - Agensi

Sumber

Terjun bangunan selepas kalah ‘betting’ Piala Dunia

 
GUANGDONG - CHINA. Seorang pelajar kolej dilaporkan melompat dari aras tujuh bangunan kampusnya selepas kerugian hampir $3,000 dalam pertaruhan Liga Piala Dunia Fifa 2014, lapor media pada hari ini.

Pelajar tahun kedua kolej tersebut yang hanya dikenali dengan Lin mengambil keputusan untuk terjun dari bangunan selepas menerima satu panggilan telefon yang memaksanya untuk menyerahkan wang taruhan secepat mungkin.

“Saya mendengar dia berkata ‘jangan paksa saya’, dan ‘ berikan saya masa dua hari lagi dan saya akan pulangkan semula duit itu’ menerusi telefon.

“Dia berbual menerusi panggilan tersebut dalam 10 minit, saya nampak dia mematikan panggilan dan berdiri, kemudian dia hilang begitu sahaja,” kata saksi tersebut kepada pemberita.

Lin kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di Panyu, Guangdong namun doktor gagal menyelamatkannya.

Menurut seorang rakan sekelasnya, mangsa telah kehilangan kira-kira 20,000 yuan ($3,200) dalam beberapa pertaruhan Liga Piala Dunia 2014.

“Dia meminjam duit yang banyak dan faedah yang dikenakan terhadap pinjamannya semakin meningkat,” katanya.

Bagaimanapun, pihak media gagal mendapatkan nama pasukan Piala Dunia yang disokong mangsa.

Sumber: Sinar Harian

Pemain tenis wanita kecilkan dada demi juara dunia tenis

 Simona Halep, sebelum melakukan pengecilan payudara

Ramai bintang sukan berkata, mereka akan melakukan apa pun yang diperlukan demi kejayaan.

Dalam konteks itu, pemain tenis wanita Simona Halep telah melakukan pelbagai langkah drastik demi meraih gelaran Wimbledon, iaitu dengan mengecilkan saiz payudaranya agar dapat meningkatkan prestasinya.

Menurut laporan Daily Mail, Ahad (22/6/2014), sejak payudaranya diperkecil dari saiz 34DD ke 34C pada usia 17 tahun, pencapaian Halep telah melonjak dan sekarang berada di urutan nombor tiga untuk meraih Wimbledon, di depan bekas juara Maria Sharapova.

Daily Mail melaporkan, "Dia (Halep) lebih percaya diri, lebih mobile dan pukulannya sekarang lebih bebas kerana pelbagai halangan telah berkurang."

 Halep selepas pembedahan payudara

Pemain Romania berusia 22 tahun itu mencapai separuh akhir Terbuka AS tahun lalu dan suku akhir di Terbuka Australia pada Januari tahun ini, sebelum mencapai final Terbuka Perancis beberapa minggu lalu.

Jurulatih yang baru dilantik, Wim Fissette, berkata, pengecilan teteknya telah menjadi bahagian penting dari kariernya. Dia menambah, "Saya kira itu merupakan keputusan yang tepat. Saya tidak melihat dia dulu. Saya sudah melihat sejumlah foto, tetapi dia membuat keputusan itu dan itu merupakan keputusan yang baik. Saya memahami hal tersebut."

"Itu sebabnya dia terkenal. Mari kita berharap dia akan memenangi Grand Slam dan kemudian orang akan mula bercakap tentang Grand Slam dan bukan sesuatu yang lain."

Ketika dibedah, Halep mengatakan tentang payudaranya, "Saya tidak suka dalam kehidupan sehari-hari saya. Saya tetap melakukan operasi walaupun saya bukan ahli sukan."

Minggu lalu dia berkata, "Beberapa tahun yang lalu saya mencari di internet dan saya melihat bahawa saya berada di laman keempat. Saya katakan, mimpi saya adalah berada di halaman pertama. Sekarang saya berada di sana. Saya ingin menikmati saat-saat ini, tetapi saya ingin lebih meningkatkan permainan saya dan siapa tahu boleh berada di urutan kedua atau pertama. "

Sumber: kompas.com