3 hari menjelang hukuman pancung, Satinah pasrah

 
Semarang/Riyadh: Beberapa hari menjelang tempoh menjelaskan wang darahnya berakhir, Satinah sempat menghubungi keluarganya dengan masa yang terhad diberikan pihak penguasa penjara Al-Ghazi, Arab Saudi, baru-baru ini.

Satinah yang berasal dari Semarang berdepan dengan hukuman dipancung 3 April ini sekiranya gagal menjelaskan wang darah selepas didapati bersalah membunuh majikannya pada 2006.

Kakaknya, Paeri Al Feri Satinah berkata Satinah memberitahunya dia pasrah dan berserah kepada Tuhan mengenai nasib yang akan ditempuhnya.

Paeri ketika ditemui wartawan berkata, wanita berkenaan juga meminta supaya anaknya, Nur Afriana yang berusia 20 tahun dikahwinkan jika bersedia.

“Beritahu Nur, jika dia sudah bersedia, saya mahu dia kahwin,” kata Paeri, mengulangi kata-kata Satinah kepadanya.

Menurut Paeri, Satinah turut meluahkan rasa rindu kepada keluarga dan jirannya di Susun Mrunten.

Paeri berkata, keluarga Satinah kini hanya boleh berdoa agar dia diampunkan keluarga bekas majikannya.

Satinah didapati bersalah membunuh majikan perempuannya di Gaseem, Arab Saudi serta tuduhan mencuri wang RS39,970 (RM34,000) Dia mengaku bersalah melakukan jenayah itu dan dipenjarakan pada 2009.

Hukuman pancung ke atasnya sepatutnya dilaksanakan pada Ogos 2011 tetapi ditunda tiga kali hingga 3 April depan.

Anggota keluarga majikannya sedia mengampunkannya sekiranya dia membayar wang darah RS7 juta (RM6.11 juta).

Setakat ini hanya RS4 juta (RM3 juta) dikumpulkan untuk membantunya.

“Ramai yang membantu, termasuk kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.


Tetapi keluarga bekas majikannya belum mahu menerima jumlah yang ada,” kata Paeri.

- Harian Metro

Apa Motif Israel Miliki Pesawat Serupa MH370 Ini?


Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.

Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn.


Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara.

Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan.

Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.

Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Pesawat ‘kembar’  MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktobe 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.



Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.

Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.

Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?

Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.

Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:

“What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai).

Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada:

Obama should call Chinese President following today’s incident and say “we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?”
3:50 AM – 8 Mac 2014

777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies.
4:15 PM – 9 Mac 2014

World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden.
2:23 AM – 15 Mac 2014

777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat.
2:26 AM – 15 Mac 2014

Sejak dahulu lagi, Israel sering ‘digosipkan’ sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.

Rancangan ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.


Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.

Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel.

Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan ala 9-11 menggunakan pesawat MAS tidak lama lagi?

Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan ditunjukkan akhirnya.

Wallahu’alam. - REM RAMZI MYNEWSHUB
Sumber: www.bollyn.com/

Wartawan wanita terbunuh ditembak di kepala

Mayada maut ditembak dikepala ketika membuat liputan di Ein Shams, kelmarin.

KAHERAH - MESIR. Lima terbunuh, termasuk seorang wartawan wanita ketika perhimpunan antikerajaan di Kaherah dan Iskandariah, kelmarin.

Media tempatan melaporkan, kesemua mereka terbunuh selepas tercetus pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan ketika demonstrasi menentang pencalonan bekas Ketua Tentera Abdel Fattah Al-Sisi untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang dijadualkan bulan hadapan.

Keganasan tercetus selepas solat Jumaat itu juga berlaku selepas ribuan rakyat tidak berpuasa hati dengan keputusan mahkamah yang menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap 529 penyokong Mursi dan 700 yang lain bakal didakwa minggu depan.

Pegawai Kementerian Kesihatan Khaled al-Khatib berkata, wartawan akhbar milik persendirian Al-Dustour, Mayada Ashraf, 23,  maut ditembak di kepala ketika membuat liputan termasuk tiga individu lain dalam kejadian di Ein Shams.

“Empat orang cedera dalam pertempuran di wilayah utara Damietta,” katanya menurut laporan Agensi.

Di Madinat Nasr, timur Kaherah, polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan pelajar Universiti Al-Azhar menyebabkan puluhan cedera.

Pada kejadian semalam, secara keseluruhannya, lebih 50 penyokong Mursi ditahan di wilayah Damietta dan wilayah Minya selatan atas kesalahan bertempur dengan anggota keselamatan dan mengedarkan risilah berbentuk provokasi.

Pemerhati politik berpendapat, pihak keselamatan sengaja bertindak balas bagi membolehkan lebih ramai lagi penyokong Mursi ditahan.

Sehingga kini lebih, 1,200 penyokong pemimpin itu ditahan dengan prosiding dilakukan tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

Sumber: Sinar Harian

Darth Vader calonkan diri dalam pilihan raya presiden Ukraine

Darth Vader dan dua Stormtroopers di Dataran Kemerdekaan Kiev, Ukraine. Foto: AFP / Sergey Supinsky

KIEV - Menjelang pilihan raya presiden Ukraine yang masih dibayangi keadaan politik yang tegang muncul  seorang aktivis parti yang memakai pakaian Darth Vader - tokoh antagonis dalam filem Star Wars - mencalonkan diri sebagai salah seorang calon presiden negara bekas Kesatuan Soviet itu.

Aktivis yang hingga kini tak diketahui namanya itu kerap dilihat di Dataran Kemerdekaan Kiev , mengenakan kostum Darth Vader dikawal pasukan Stormtroopers .

Darth Vader secara rasmi dipilih sebagai calon presiden Parti Internet Ukraine ( UIP ) yang dikenal dengan aksi - aksi teatrikalnya yang memukau.

" Selepas memenangi pemilihan dalaman parti dengan mutlak , komrad Darth Vader akan menjadi calon parti , " kata pemimpim UIP , Dmitry Golubov , yang saat ini ditahan kerana menggunakan internet untuk melakukan penipuan kad kredit .

Bukan hanya mencalonkan diri sebagai presiden , Darth Vader ternyata sudah beberapa kali terlibat dalam aksi politik di Ukraine . Pada November 2013 bersama para Stromtroopers , pasukan elit empayar galaksi , Darth Vader memasuki dewan bandar Odessa dan di sana dia mengangkat dirinya sebagai datuk bandar Odessa.

Berdasarkan laporan media tempatan , Darth Vader juga meminta disediakan sebidang tanah di sebelah barat daya bandar sebagai tempat untuk meletak pesawat angkasa luarnya.

" Saya boleh mencipta empayar dari republik ini , untuk mengembalikan kejayaannya , untuk mengembalikan wilayah yang hilang dan kebanggaan negeri ini , " kata Darth Vader dalam kenyataan rasminya.

UPI mengatakan sudah menyediakan bajet sebanyak 225,000 dolar AS sebagai wang pendaftaran bagi calon presiden yang unik ini . UIP berdaftar sebagai parti politik pada 2010 dan bertujuan mewujudkan sebuah pemeritahan elektronik Ukraine dan memberikan kursus komputer percuma untuk semua warga Ukraine .

Menurut UIP , Darth Vader mendapatkan tiga peratus suara dalam pemilihan parlimen 2012 , tetapi perolehan suara itu tidak diiktiraf kerana undang - undang Ukraine tidak mengakui seorang calon yang tak berdaftar.

Ukraine akan mengadakan pemilihan presiden pada 25 Mei akan datang selepas parlimen negara itu memecat Viktor Yanukovych menyusul tunjuk perasaan berdarah yang menentang kerajaan yang saat itu pro Rusia.

Pesawat di Brazil mendarat tanpa roda depan, penumpang selamat

Foto: Reuters

Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Avianca Airlines berjaya mendarat tanpa menggunakan roda depan . Mujur semua penumpang selamat tanpa ada seorang pun yang cedera..

Kejadian itu berlaku pada Jumaat ( 28 / 3 ) waktu setempat . Seperti yang dilaporkan oleh Reuters pada Sabtu ( 29/3/2014 ) pesawat jenis Fokker 100 jet itu tak boleh mengeluarkan roda depan saat akan melakukan pendaratan .

Pilot mula menyedari masalah pada pesawat yang dikemudikannya ketika hampir melakukan pendaratan . Dengan tenang , pilot memutuskan untuk membawa pesawat dengan 49 penumpang dan lima anak kapal itu untuk berputar - putar di atas langit bandar Brasilia untuk menghabiskan bahan bakar .

" Pesawat itu mengalami masalah hidraulik dan landing gear depan tidak terbuka , sehingga pilot melakukan pendaratan menggunakan perut pesawat , " ujar jurucakap angkatan udara Brazil .

Saat mendarat , pesawat hanya mengadalkan roda belakang sebelum akhirnya bahagian muncung pesawat menyentuh landasan .

Akibat pendaratan kecemasan itu , satu daripada dua landasan di lapangan terbang Brasilia ditutup . Beberapa penerbangan di lapangan terbang terbesar ke empat di Brazil itu juga terpaksa ditangguhkan .

Sumber: detik.com

Rahsia dalam pesawat yang penumpang tak tahu

Sebuah laman web viralquake.com, membuat satu status di Reddit meminta maklumbalas dari juruterbang dan kakitangan syarikat penerbangan yang berbunyi begini :-

“Kepada semua anak kru kabin, juruterbang dan jurutera penerbangan, apakah rahsia dalam pesawat yang penumpang tidak tahu apabila mereka menaiki pesawat,”

Laman web berkenaan menerima banyak maklumbalas dan mereka memilih 30 rahsia yang paling menarik untuk pembaca mereka.

Penulis memilih beberapa rahsia yang menarik untuk pengetahuan anda.


TOPENG OKSIGEN

Jika kabin mengalami masalah tekanan udara dan topeng oksigen dikeluarkan dari bahagian atas kabin, tahukah anda, anda ada masa hanya 15 minit bekalan oksigen selepas ia mula digunakan.

Ia sebenarnya masa yang lebih dari cukup untuk juruterbang membawa pesawat ke paras ketinggian lebih rendah di mana bekalan oksigen mencukupi.

Lebih penting, jika kekurangan oksigen anda hanya ada 15-20 saat sahaja sebelum anda akan pengsan, pasangkan topeng oksigen anda dahulu kemudian anak anda, pengsan beberapa saat tidak akan membahayakan anak anda.


BEKALAN AIR DI TANDAS

Apa sahaja anda lakukan, jangan minum air dari tandas di dalam pesawat. Ia juga sebenarnya tidak bagus untuk digunakan untuk membasuh tangan.

Kakitangan penerbangan membersihkan tangki air mengikut jarak masa tertentu, bagaimanapun parasit yang terdapat di tangki tidak kesemuanya berjaya dimusnahkan ketika proses pembersihan.


SEBAB LAMPU KABIN PESAWAT DIGELAPKAN KETIKA MENDARAT

Jika pesawat mendarat di waktu malam, anak kapal akan menggelapkan sedikit lampu di dalam kabin penumpang. Ianya sebagai langkah persediaan sekiranya penumpang perlu dikeluarkan dari pesawat selepas terjadinya masalah ketika mendarat.

Mata manusia memang boleh untuk melihat di dalam gelap, jadi anda akan melihat dengan lebih baik apabila anda berada di luar pesawat.


PETIR DAN KUASA SEORANG JURUTERBANG

Sebuah pesawat sebenarnya selalu disambar kilat ketika dalam penerbangan. Jika seorang penumpang menyebabkan kekecohan di dalam pesawat, seorang juruterbang berhak untuk berlepas tanpa membawa penumpang berkenaan bersama.

Sebaik sahaja pintu pesawat ditutup, juruterbang juga mempunyai hampir kesemua kuasa, mereka dibenarkan untuk menahan orang, mengenakan denda dan juga mengambil wasiat penumpang yang hampir meninggal dunia.


MAKANAN UNTUK JURUTERBANG DAN TELEFON BIMBIT

Tahukah anda, makanan untuk dua juruterbang bertugas disediakan berasingan dan mereka tidak dibenarkan berkongsi makanan. Ia bagi mengelakkan berlaku masalah atau percubaan jenayah seperti keracunan atau diracun.

Selain itu, ada pramugari yang sebaik sahaja selesai mengumumkan supaya semua peralatan komunikasi seperti telefon bimbit mesti dimatikan, mereka SENDIRI akan duduk di belakang pesawat dan mula menggunakan telefon bimbit mereka.


PENDARATAN YANG ‘KASAR’ KETIKA CUACA BURUK

Pasti sesekali anda mengalami pengalaman pesawat mendarat dengan agak kuat di atas landasan. Ia sebenarnya bukan kerana juruterbang berkenaan kurang mahir tetapi ia disengajakan.

Jika landasan dipenuhi air, pesawat berkenaan perlu memecahkan lapisan air untuk mengelakkan ia tergelincir atau ia dipanggil “aqu planing”.


PESAWAT BOLEH DITERBANGKAN TANPA ENJIN

Seorang juruterbang memaklumkan jika kedua-dua enjin pesawat gagal berfungsi, sebuah pesawat boleh melayang sejauh kira-kira 9.6km untuk setiap 5,000 kaki.

Jika pesawat berada pada ketinggian 35,000 kaki, ia boleh diterbangkan secara melayang kira-kira 67km tanpa sebarang enjin. Itulah sebabnya kebanyakan nahas pesawat melibatkan kejadian selepas baru sahaja berlepas atau semasa mendarat. – MYNEWSHUB.MY

Wanita hamil tak pasti siapa bapa anak sama ada suami atau bapa mentua


Kaherah: Seorang wanita berusia 18 tahun yang hamil memberitahu polis dia tidak pasti sama ada bayi yang dikandungnya itu anak suami atau anak bapa mentuanya yang merogolnya.

Wanita yang berasal dari bandar Kafr Al Shaikh, utara Mesir berkata, bapa mentuanya memperkosanya selama dua tahun dengan kebenaran suaminya.

Menurutnya, lelaki tua itu memukulnya berulang kali dan setiap kali dia meminta suaminya menghentikan perbuatan bapanya itu, suaminya pula memukulnya.

Seorang jurucakap polis berkata, bapa mentua wanita itu ditahan untuk disoalsiasat.

Harian Metro

Calon wanita pilihan raya Iraq popular di Internet


Baghdad – Calon wanita bagi pilihan raya Parlimen di Iraq, Ashwaq Talib al-Zughaibi, menjadi tumpuan ramai.

Apa tidaknya gambar posternya memaparkan wanita ini berambut perang dengan memakai gincu berwarna merah jambu.

Ia bertentangan dengan calon wanita dari parti konservatif yang memakai tudung dan berjubah hitam.

Penampilan Ashwaq ini menjadikan dia sebagai calon yang diperkatakan ramai.

Gincu merahnya yang sepadan dengan baju yang dipakai Ashwaq pada poster itu menyebabkan dia menjadi terkenal di media sosial.

““Saya bertaruh kasutnya juga berwarna merah jambu.

“Dia akan menggunakan bajet kerajaan untuk dihabiskan membeli alat solekannya,’’ itu antara komen yang diberikan kepadanya dalam media sosial.

Ada juga yang mengkritiknya dengan lantang dan mempersoalkan kelulusan yang dimiliki oleh Ashwaq untuk bertanding.

Sumber: mynewshub.my

Panas! Video seks aktres dan suami tersebar

 
Islamabad: Satu video seks mempamerkan aktres Pakistan Meera dan suaminya, Navid Shahzad, juruterbang keturunan Pakistan yang menetap di Amerika Syarikat mencetuskan kontroversi selepas ia tersebar di Internet.

Sebuah mahkamah Pakistan di sini semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan berkenaan.

Polis diarah membawa mereka ke mahkamah pada 2 April ini berhubung video seks itu.

Hakim mengeluarkan perintah selepas menerima petisyen yang menuduh Meera dan Navid melakukan dosa dengan merakam babak seks.


Tuduhan itu mendakwa pasangan berkenaan menyebarkan maksiat dan menggesa mahkamah menangkap mereka untuk dijadikan teladan.


David bagaimanapun berkata kes itu sepatutnya tidak timbul kerana mereka sudah berkahwin.

Video itu dimuat naik oleh orang tidak dikenali dan tersebar di beberapa laman web sejak beberapa hari lalu.

Akses untuk menonton video itu bagaimanapun disekat oleh Lembaga Telekomunikasi Pakistan atas permintaan Meera yang pernah berlakon dalam dua filem Bollywood.

Meera mendakwa video itu palsu. -Agensi

Harian Metro

Perang nuklear Rusia Vs Amerika Syarikat di depan mata kerana Ukraine

 
Perebutan pengaruh dan tunjuk kuasa antara Rusia dan Amerika Syarikat di Ukraine kian mendekatkan perang nuklear di depan mata dunia .

Suasana panas dan tegang antara Rusia dan Amerika Syarikat yang disokong Kesatuan Eropah terus meninggi pasca referendum Crimea yang memutuskan ingin menyertai ke Rusia .


Sejak krisis di Ukraine dan Crimea bermula , Rusia terus menunjukkan kekuatan tenteranya , baik di sempadan Ukraine dan di dalam wilayah Crimea sebagai sokongan terhadap wilayah yang baru saja melepaskan diri dari Ukraine itu .

Di sisi lain , Amerika Syarikat dan negara - negara NATO serta Kesatuan Eropah secara terang - terangan menyokong Ukraine dengan mengecam referendum Crimea dan merancang sekatan untuk Rusia .

Tak hanya itu , meski tak semasif Rusia , kekuatan tentera NATO , terutama negara - negara anggota yang bersempadan dengan Ukraine terus diperkukuhkan .

Sebahagian besar negara jiran Ukraine adalah ahli NATO seperti Poland , Romania , Hungary , dan Slovakia . Demikian pula negara - negara Baltik , Lithuania , Latvia , dan Estonia .

Jika salah satu daripada negara - negara NATO itu membantu Ukraine dan terlibat perang dengan Rusia , Amerika Syarikat harus campur tangan .

Bencana nuklear

Meski sejak Perang Dingin perlucutan senjata strategik mulai dilakukan , saat ini Amerika Syarikat dan Rusia masih mempunyai ribuan kepala peledak nuklear siap pakai.

Pelbagai data menyebut , Amerika Syarikat masih mempunyai persediaan peluru berpandu balistik antara benua ( ICBM ) sebanyak 448 buah yang masih mengarah ke wilayah Rusia .

Total , Amerika Syarikat diperkirakan masih mempunyai 7,700 buah peledak , termasuk 1,950 kepala peledak yang boleh dilancarkan melalui ICBM , kapal selam , dan pesawat udara .

Sementara itu , Russia dianggarkan mempunyai 8,500 peledak pelbagai jenis , tetapi hanya kira-kira 1,800 buah yang siap pakai .

Sementara itu , Rusia saat ini dianggarkan mempunyai 845,000 anggota tentera aktif dengan kira-kira 2.5 juta anggota tentera simpanan . Namun sejumlah pengamat menilai , pasukan Rusia tidak mampu mengatasi keupayaan pasukan NATO .

Amerika Syarikat sendiri mempunyai 1.4 juta anggota tentera aktif dan 850,000 kakitangan simpanan. Namun , Amerika Syarikat tak boleh mengerahkan semuanya ke Rusia . Sebahagian perlu menjaga 598 pengkalan tentera Amerika Syarikat dan sebahagian lain harus bersiaga di dalam negara.

Sementara NATO mempunyai NATO Response Force ( NRF ) yang akan langsung terlibat pertempuran pertama dengan Russia . Unit ini mempunyai 13,000 kakitangan yang siap sedia dan ribuan lain sebagai sandaran .

Rusia mempunyai kelebihan kerana Armada Laut Hitam berpangkalan di Sevastopol , tetapi NATO dan Amerika Syarikat mempunyai keunggulan di udara , keupayaan radar yang lebih baik , peluru berpandu , dan peralatan perang elektronik .

Jika perang antara Rusia dan Amerika Syarikat berlaku , tidak penting siapa yang akan menang, namun kehancuran dunia yang diakibatkannya sangat penting dan sangat luar biasa .

Jika Perang Dunia I menewaskan 40 juta orang , Perang Dunia II mengakibatkan 85 juta orang kehilangan nyawa , maka perang nuklear antara Amerika Syarikat dan Rusia ini akan menelan korban jauh lebih besar .-

Sumber: lensaindonesia.com

Lelaki bogel terjun jejambat, sempat nyanyi sebaik jatuh

Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman cedera selepas terjun daripada jejambat setinggi 12 meter berhampiran Kampung Tasek, semalam.

IPOH - Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak nekad terjun dari sebuah jejambat berhampiran Kampung Tasek, di sini selepas dikejar sekumpulan individu kerana berbogel.

Lelaki berusia 30 tahun itu pada mulanya dilihat baring di laluan berhampiran tanpa seurat benang hingga menyebabkan  orang ramai cuba untuk menangkapnya kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, tindakan orang ramai mengejar, menyebabkan lelaki itu lari berbogel  sebelum terjun ke bawah jejambat setinggi 12 meter.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu disedari pemilik  bengkel, Boy yang terkejut apabila melihat seorang lelaki terjun secara tiba-tiba dari jejambat  di hadapan premisnya.

Boy, 34, berkata, lelaki itu cukup dikenali penduduk berhampiran dan sering kelihatan merayau di kawasan tersebut. “Saya pun terkejut sebenarnya, lagipun dia bogel ketika itu.

Dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius. “Sebaik jatuh, dia tak nampak macam orang sakit pun, malah sempat nyanyi lagu ‘hidup ini saya yang punya’, seolah  sedang bergembira,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Boy berkata, mangsa ketika itu hanya mengalami cedera di kepala dan terdapat kesan darah di bahagian itu.

“Mungkin juga kakinya patah, sebab nampak dia tak boleh jalan,” katanya yang memberitahu kejadian itu adalah pertama berlaku sejak bengkel membaiki lori miliknya dibuka  15 tahun lalu.

Difahamkan, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang  Keong berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 6  petang semalam.

Menurutnya, siasatan awal  mendapati lelaki terbabit dipercayai kurang siuman bertindak terjun daripada jejambat yang terletak berhampiran landasan kereta api di Kampung Tasek, di sini.

“Beberapa peronda polis dan anggota trafik dikejarkan di tempat kejadian untuk mengawal keadaan lalu lintas. “Lelaki terbabit telah dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sumber: Sinar Harian

Pesawat India Dipercayai Terlibat SAR MH370 Terhempas

C-130J Hercules

NEW DELHI: Sebuah pesawat kargo C-130J Hercules yang membawa lima anak kapal terhempas pada Jumaat di tengah India, kata seorang jurucakap Tentera Udara.

Kapten kumpulan, Gerard Galway berkata, Tentera Udara sedang melakukan proses pencarian lokasi kemalangan yang berlaku di pinggir Gwalior di Madhya Pradesh.

"Operasi menyelamat sedang dijalankan. Kami cuba untuk mengetahui keadaan mangsa," katanya kepada AFP.

Walau bagaimanapun, rangkaian berita NDTV India berkata, semua anak kapal yang berada di atas pesawat itu meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

Pesawat itu dalam penerbangan rutin dan berlepas dari sebuah pangkalan udara di bandar pelancongan di Agra.

Pesawat operasi khas berkenaan dilaporkan pernah digunakan semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 baru-baru ini.

Ia juga digunakan dalam operasi bantuan banjir di Uttarakhand dan bagi tujuan pendaratan Daulat Beg Oldie berhampiran sempadan China, kata NDTV.

Sumber: mstar.com.my

MH370 hilang, British Airways buat iklan kontroversi

Iklan British Airways (Metro.co.uk)

London - Pengguna kereta api di Stesen Euston , London dikejutkan oleh iklan syarikat penerbangan British Airways yang mengajak mereka untuk terbang ke Lautan Hindi . Sementara lautan luas di selatan itu menjadi lokasi yang difokuskan dalam pencarian hilangnya pesawat Malaysia Airlines MH370 .

Dalam skrin di stesen , seperti dipetik dari The Independent , Jumaat ( 28/3/2014 ) , terdapat iklan bertuliskan , " Escape the commute and discover the Indian Ocean ", telah  mendapat kecaman daripada ramai orang .

" Momennya tak tepat , iklan dari British Airways itu . # MH370 # advertising # business pic.twitter.com/4MKdq6K6Cbm , " @ danielistwittin . Hal yang sama juga diutarakan pengguna Twitter lain , @ TomEPPayne , " Tak dipercayai ada iklan yang seperti ini , waktunya tidak tepat . "

Belum diketahui sama ada iklan itu sengaja dipasang berkaitan MH370 atau sudah dipasang sebelum ada perkembangan bahawa pesawat nahas itu dinyatakan hilang di Lautan Hindi . Namun jika dipasang sebelum tragedi MH370 ,orang ramai mempersoalkan kenapa iklan itu tak ditarik .

Video iklan tersebut kemudian beredar di jejaring sosial . Namun ada yang mengira itu iklan hoax atau palsu . Tapi hal itu dibantah seseorang yang memposting iklan tersebut di internet .

" Bagi yang kata iklan itu palsu , salah besar , " tulis orang yang memuat naik video iklan itu di laman Reddit . " Video ini adalah iklan yang terpampang di skrin Stesen Euston di London . Iklan lain dilengkapi ikan yang berenang . "

Beberapa jam kemudian , jurucakap British Airways menyatakan permohonan maaf atas beredarnya iklan tersebut . Dia menjelaskan , iklan itu sudah dirancang beberapa bulan yang lalu , sebelum tragedi MH370 .

" Kami mohon maaf atas beredarnya iklan ini . Iklan sedang dalam proses pengeluaran . Promosi ini sudah dirancang beberapa bulan lalu . Dan kami sedar iklan itu tidak sesuai untuk ditayangkan , " ujar jurucakap yang tak disebutkan namanya itu , kepada Metro.co.uk .

Sumber: liputan6.com

Warga emas hampir maut digonggong beruang di Marang

ASMANI terlantar di wad akibat diserang beruang.

Kuala Terengganu: “Saya meronta sambil menjerit kesakitan namun beruang itu terus menggonggong kepala dan leher saya sebelum diseretnya,” kata Asmani Yahya, 60, yang diserang beruang di Kampung Pasir Puteh, Marang, semalam.

Sebelum kejadian jam 8.30 pagi itu, wanita berkenaan bersama suami, Mamat Othman, 63, ke ladang untuk menoreh getah.


Ketika sibuk menoreh, Asmani tidak sedar seekor beruang berada di belakangnya yang kemudian menerkamnya hingga rebah.

Warga emas dari Kampung Gong Balai, Marang, itu berkata beruang berkenaan menggonggong leher dan kepalanya dan menyeretnya ke dalam hutan berhampiran.


Katanya, gigitan taring beruang yang panjang pada leher serta kepalanya menyebabkan dia tidak dapat bergerak dan hanya mampu menjerit serta mengucap.


Menurutnya, beruang itu menyeretnya sejauh beberapa meter untuk dilarikan ke dalam hutan tidak jauh dari situ.


“Nasib baik suami yang berada tidak jauh dari situ sedar dan bergegas datang sambil memegang sabit. Tindakannya itu berjaya membuatkan haiwan berkenaan melepaskan gigitan pada leher saya.


“Suami membaling sabit ke arah beruang itu untuk menakutkannya sebelum memapah saya keluar dari ladang itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Sementara itu, Mamat berkata tubuhnya masih menggigil mengingatkan kejadian yang nyaris meragut nyawa isterinya.


Menurutnya, dia bersyukur kerana tindakan beraninya menghalang beruang hitam daripada mengheret isterinya ke dalam hutan berjaya dipatahkan sebelum haiwan berkenaan melarikan diri ke dalam hutan.


“Pada mulanya beruang itu enggan melepaskan gigitannya pada leher isteri namun selepas badannya terkena sabit yang dibaling, ia melepaskan gigitannya.


“Beruang itu cuba menerkam semula isteri tetapi saya mengambil dahan pokok getah untuk menakutkannya dan tindakan itu berjaya membuatnya lari ke dalam hutan,” katanya.


Mamat berkata, isterinya berlumuran darah hampir seluruh badan kerana leher, kepala, punggung kiri dan tangan kirinya terkoyak digigit beruang.


Katanya, dia memapah isterinya dan meminta bantuan penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Merchang, Marang, sebelum dirujuk ke HSNZ.


Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan daripada penduduk kampung dan sudah menghantar anggotanya untuk menyiasat.


“Kita akan memasang beberapa perangkap di kawasan ladang getah berkenaan dan meminta orang ramai yang melihat haiwan mencurigakan supaya segera menghubungi PERHILITAN serta tidak bertindak melulu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Lelaki Korea Utara wajib punyai fesyen rambut sama dengan Kim Jong-Un

 
Korea Utara selama ini memang terkenal sebagai negara yang cukup autoritarian dalam mengatur aktiviti penduduknya . Kini Korea Utara kembali menunjukkan kekuasaan mereka dengan mewajibkan seluruh penduduk lelaki untuk mempunyai fesyen rambut yang sama dengan penguasanya , Kim Jong - Un .

Peraturan ini telah diumumkan kepada awam dua minggu lalu di ibu negara Pyongyang dan kini mula disebarkan ke seluruh pelosok negeri . Menurut beberapa sumber , dasar ini dikuatkuasakan untuk menghormati Kim Jong - Un . Lagi pula model rambut penguasa Korea Utara ini dinilai mempunyai ciri khas tersendiri .

" Potongan rambut pemimpin kami sememangnya khusus , " ujar beberapa sumber dari Radio Free Asia . " Walaupun ini tidak selalu sesuai untuk semua orang kerana masing - masing mempunyai bentuk muka dan kepala yang berbeza . "

Model rambut Kim Jong - Un dikenali sebagai gaya belah tengah yang sempat popular di tahun 90 - an . Kala itu banyak member boyband barat yang menggunakan model rambut tersebut . Namun kini gaya rambut belah tengah kurang diminati oleh banyak orang kerana dianggap kuno .

Korea Utara sebelum ini memang telah menetapkan model rambut khusus bagi penduduknya . Untuk lelaki disediakan 10 model rambut dan tidak boleh berambut panjang . Manakala  untuk wanita ada 18 pilihan model rambut yang disediakan .

Sumber: wowkeren.com

Tikus gergasi dalam rumah

TIKUS gergasi yang ditangkap di rumah keluarga Bengtsson-Korsås.

Stockholm: Satu keluarga di Sweden terkejut besar apabila mendapati tikus yang selama ini berkeliaran di rumah mereka bersaiz gergasi.

Keluarga Bengtsson-Korsås mula mengesan sesuatu yang pelik apabila kucing peliharaan mereka, Enok enggan masuk ke dapur kediaman mereka di Solna, Stockholm.

Kejutan berlaku selepas mereka melihat sendiri tikus yang membuatkan kucing mereka ketakutan itu berukuran 38 sentimeter.

Tikus itu berjaya masuk ke dalam rumah berkenaan melalui lubang yang dibuat di celahan panel kayu dan konkrit.


Sebelum ini, tikus itu tidak pernah kelihatan sehinggalah keluarga itu mengalihkan tong sampah di dapur rumah mereka.


“Saya ketakutan. Ia sangat besar sehingga saya tidak dapat mengenal pasti apakah benda itu sebenarnya dan sebaik melihatnya, saya terus melompat ke atas meja,” kata Signe Bengtsson-Korsås

Tikus gergasi itu selesa “menetap” di sebalik sinki dan turut menyebabkan salurannya bocor kerana digigit haiwan berkenaan.

Usaha keluarga itu untuk menghalaunya tidak berhasil sebaliknya tikus gergasi itu berani menunjukkan dirinya dan berkeliaran di dapur.

Khidmat kawalan makhluk perosak dipanggil bagi memasang jerat yang digunakan industri untuk menangkap tikus berkenaan dan tidak lama selepas itu satu dari jerat itu mengena.

Bagaimanapun, apabila diperiksa, jerat itu hilang.

Jerat yang dipasang tidak mampu menghalang pergerakan tikus gergasi itu.

“Haiwan itu tidak mati terkena jerat sebaliknya melarikan diri bersama jerat itu. Ia kemudiannya masuk di celah kayu dan tersekat di situ sebelum mati tercekik,” katanya.- Agensi

Sumber: Harian Metro

Boeing, MAS berdepan saman hampir AS$1 bilion

SEBUAH model pesawat Boeing 777 diletakkan di atas meja ketika satu sidang akhbar oleh Ketua litigasi penerbangan global Ribbeck Law, Monica Kelly di Kuala Lumpur semalam. - AFP

KUALA LUMPUR - Sebuah firma guaman di Amerika Syarikat (AS) mahu mewakili keluarga mangsa penumpang pesawat MH370 bagi mengemukakan saman terhadap Boeing dan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Firma Ribbeck Law berkata, pihaknya mahu mengemukakan saman kerana mengesyaki pesawat itu terhempas selepas mengalami masalah mekanikal.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing itu hilang pada 8 Mac lalu sebelum diumumkan terhempas di Lautan Hindi.

Seramai 239 penumpang termasuk anak kapal yang menaiki pesawat jenis Boeing 777-200 itu dipercayai terbunuh dalam kejadian tersebut.

Ketua litigasi penerbangan global Ribbeck Law, Monica Kelly berkata, syarikat itu telah memfailkan satu petisyen terhadap Boeing dan MAS di sebuah mahkamah di Illinois, AS.

Petisyen itu dipohon bagi mendapatkan bukti termasuk kecacatan reka bentuk dan pembuatan yang mungkin menyumbang kepada bencana berkenaan.

"Fokus kes ini adalah pada Boeing kerana kami percaya kemalangan itu berpunca daripada kerosakan mekanikal.

"Teori kami, peralatan di kokpit mengalami kegagalan dan terbakar serta menyebabkan kru pesawat pengsan akibat asap.

"Kami juga mengesyaki ada kecacatan pada badan pesawat yang menyebabkan tekanan kabin hilang dan menyebabkan kru tidak sedarkan diri," katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, syarikat itu percaya pesawat tersebut terbang selama beberapa jam sebelum terhempas akibat kehabisan minyak.

"Kami membuat rumusan ini berdasarkan kemalangan terdahulu dan menolak teori berlakunya rampasan atau juruterbang membunuh diri," tambahnya.

Ketika ini syarikat itu mewakili Chrisman Siregar bapa kepada seorang penumpang dari Indonesia, Firman Siregar.

Sekiranya saman itu difailkan syarikat berkenaan menuntut pampasan berjumlah hampir 1 bilion dolar AS dan meminta Boeing membaiki keseluruhan pesawat jenis 777.

Ribbeck Law juga mewakili 115 penumpang sebuah pesawat Penerbangan Asiana yang terhempas di San Francisco pada Julai tahun lalu. - Reuters

Sumber: Kosmo!

Hollywood pantau tragedi MH370, mungkin bakal difilemkan


Kuala Lumpur : Misteri kehilangan pesawat MH370 menarik perhatian masyarakat antarabangsa termasuk beberapa penerbit filem terkemuka Hollywood dan mungkin bakal difilemkan.


Portal berita The Hollywood Reporter dalam laporannya berkata, beberapa produser ketika ini sedang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat malang itu secara dekat.

"Ia tragedi mengejutkan, bagaimanapun saya jamin terdapat 50 orang berbeza yang sedang bekerja dalam 50 projek berbeza.


"Sama ada mendapat inspirasi daripada insiden itu atau sedang memerhatikannya ketika ini," kata JC Spink , penerbit filem aksi penerbangan yang disiarkan pada 2005, Red Eye.


Kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sejak 8 Mac lalu menarik perhatian seluruh dunia.

Sumber: Harian Metro

Pelawak Datuk Ali Mamak meninggal dunia

 
SHAH ALAM - Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor.

Al-Fatihah.

Penggoreng keropok tersembam dalam kuali

Mangsa dibawa keluar daripada rumah selepas maut melecur di Jalan Ampang Baru 6, di Ipoh, petang tadi.

IPOH - Nasib seorang penggoreng keropok ikan berakhir tragedi apabila maut selepas melecur seluruh badan dalam kejadian yang berlaku di Jalan Ampang Baru 6, di sini, petang tadi.

Mangsa, Lee Oi Lin, 66, dipercayai sedang menggoreng keropok ikan di dapur rumahnya sebelum tertiarap dengan muka tersembam di dalam kuali.

Difahamkan wanita warga emas terbabit ada mengambil ubat darah tinggi dan sejak dua, tiga hari kebelakangan ini mangsa kurang sihat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.34 petang dan jentera pertama tiba sembilan minit kemudian.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian mereka menemui mangsa sudah melecur 100 peratus di bahagian badan dan tiada kesan api ditemui berhampiran mangsa.

"Ketika tiba di tempat kejadian mangsa didapati sudah meninggal dunia berhampiran dapur memasak dengan keadaan tertiarap.

"Difahamkan, jiran mangsa cuba menyelamatkan mangsa dengan menjirus air takungan hujan yang berada berhampiran rumah.

"Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat melecur di seluruh badan namun punca sebenar kebakaran masih disiasat.

"Sewaktu kejadian, mangsa hanya tinggal berseorangan di rumah," jelasnya.

Katanya, sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dengan kekuatan anggota serta pegawai seramai 15 orang dikejarkan di tempat kejadian.

"Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan punca kejadian masih disiasat," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Penyamun sopan, beri salam dan ucap terima kasih selepas menyamun

Imej suspek yang sempat dirakamkan CCTV sewaktu mengambil wang di dalam laci meja hadapan kedai terbabit.

SABAK BERNAM - Seorang daripada lima penyamun berlagak sopan apabila memberi salam dan mengucapkan terima kasih selepas merompak wang tunai RM1,400 di sebuah kedai perkakasan di Batu 37 Jalan Sekendi di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Farah Ayu Jumri, 27, yang tinggal keseorangan di kedai itu melihat sebuah kereta dipercayai Proton Saga BLM berwarna ungu diletakkan di hadapan kedai terbabit.

Farah Ayu berkata, dia yang tidak mengesyaki sesuatu kemudiannya didatangi seorang lelaki lingkungan 20-an bertopi sempat memberi salam dari luar kedai dan kemudiannya menuju semula ke kereta dengan mengajak dua lagi rakannya yang lain.

“Tiga daripada suspek yang keluar daripada kenderaan terus masuk ke dalam kedai. Salah seorang daripada mereka pura-pura tanya nak nak beli gergaji dan saya pun tunjukkanlah] barang tu ada di luar kedai.

“Selepas saya ambil gergaji dan masuk semula dalam kedai, seorang daripada mereka yang bawa beg sandang pura-pura nak bayar. Tapi, saya terkejut apabila seorang daripada mereka yang ikut saya dari belakang terus acukan parang,” katanya.

Menurut Farah Ayu, ketiga-tiga suspek lelaki itu kemudiannya mengugutnya supaya mendiamkan diri sebelum ikat kedua-dua tangannya dengan tali sambil seorang lagi terus mengacukan parang ke arah mangsa.

“Mereka ugut saya supaya beritahu di mana wang diletakkan dan kemudian buka laci. Mereka juga rampas telefon bimbit jenis Samsung milik saya di laci atas. Ketiga-tiga mereka buka laci dan ambil duit tu.

Salah seorang dari mereka juga sempat ucapkan terima kasih sebelum tergesa-gesa tinggalkan kedai,” katanya sambil memberitahu dalam keadaan panik dia sempat memerhatikan gelagat dua lagi suspek yang menunggu di luar kedai untuk meninjau keadaan persekitaran sementara seorang lagi berada di dalam kereta sebagai pemandu.

“Kejadian berlaku dalam tempoh lima minit. Lepas mereka pergi, terus jerit minta tolong pekerja stor belakang untuk buka ikatan dan telefon majikan,” katanya.

Majikannya, Kenny Tee, 47, berkata, ketika kejadian, dia tiada di kedai kerana ada urusan di bank dan hanya dihubungi keraninya itu ketika dalam perjalanan ke Sekinchan.

“Saya terus patah balik ke kedai. Hasil Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), saya nampak lima suspek melakukan jenayah itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, polis menerima aduan daripada kerani terbabit berhubung kejadian itu pada jam 9 malam hari yang sama.

“Semua suspek dianggarkan berumur lingkungan awal 20-an dan tidak memakai topeng semasa kejadian. Lakaran fotofit suspek sudah dibuat,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun berkumpulan menggunakan senjata.

Sumber: Sinar Harian

Malindo Air: Saksi dengar bunyi letupan

Penumpang pesawat Malindo Air selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dengan pesawat lain di Kuala Terengganu, hari ini. Dalam kejadian pukul 7.30 pagi tadi, sebuah pesawat Malindo Air yang yang membawa penumpang termasuk pemain bolasepak Terengganu itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang selepas sebuah daripada enjinnya terbakar.

 Pesawat berkenaan bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat tanpa insiden lain serta tiada kecederaan dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
- Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Seorang penumpang pesawat Malindo Air yang sebuah enjinnya terbakar ketika dalam penerbangan dari Subang ke sini hari ini, berkata beliau terdengar bunyi letupan sebelum melihat api di bahagian itu.
 
"Saya hanya mampu berdoa agar tiada perkara buruk menimpa kami," kata Mohd Fazi Subri, pemain tengah pasukan bola sepak Terengganu, iaitu antara 53 penumpang penerbangan itu.
 
Beliau yang ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, berkata kejadian berlaku ketika pesawat baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Subang.
 
"Kesemua penumpang agak panik namun sikap profesional kru serta juruterbang berjaya mengawal keadaan," katanya.
 
Malindo Air dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur mengesahkan kejadian dan memberitahu pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang serta mendarat dengan selamat. Tiada kecederaan dilaporkan.

Kejadian berlaku ketika pesawat itu berada di ketinggian 7,000 kaki setelah berlepas dari lapangan terbang berkenaan pada 7.30 pagi.
 
Menurut pemain pertahanan pasukan, Mohd Zubir Azmi pula, selepas selamat mendarat mereka pada mulanya mahu pulang ke Terengganu dengan menaiki bas kerana takut dengan kejadian yang dilalui.
 
"Akan tetapi pihak syarikat penerbangan memberi kami penerbangan ganti yang berlepas 11.15 pagi tadi," katanya.
 
Pasukan Terengganu ketika itu dalam perjalanan pulang selepas perlawanan menentang pasukan ATM    di Stadium Selayang semalam. Terengganu membenam ATM 3-0.
 
Sementara itu seorang penumpang warga asing, Dietmar Gierlich, 31, memuji sikap anak kapal yang begitu profesional dalam menangani krisis tersebut.

"Mereka juga bertindak pantas. Penumpang lain juga memberi kerjasama yang baik menyebabkan semuanya berjalan lancar," katanya yang ke sini atas urusan kerja.
 
Beliau juga menegaskan insiden itu tidak akan menghalangnya menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan pada masa hadapan.
 
"Situasi itu boleh berlaku kepada sesiapa atau mana-mana kapal terbang di dunia ini," katanya. - Bernama

Punya dua kaki, lembu ini seperti kanggaru

Seekor lembu berkaki dua telah lahir di desa Wonodadi, Kecamatan Kutorejo, Kabupaten Mojokerto, Jawa Timur di kandang milik Paisan, lelaki yang berusia 70 tahun.

Menurut Paisan, masa pertama kali lembu ini lahir dia tidak melihat kaki lembu tersebut, dia hanya menyedari bahawa kaki lembu itu cuma ada dua selepas empat hari lembu itu lahir. Paisan menganggap bahawa lembu itu membawa berkat untuknya.

Saat baru lahir lembu itu tidak boleh berjalan, namun setelah di latih oleh Paisan, akhirnya lembu itu boleh berjalan, dan cara berjalannya sangat mirip dengan kanggaru.

Ratusan warga datang berbondong-bondong ke rumah Paisan untuk melihat fenomena yang jarang berlaku tersebut.

Paisan mengatakan jika ada yang mahu membeli lembunya itu, dia akan menjualnya dengan harga 10 juta rupiah. Namun, sampai saat ini lembu itu masih dipelihara oleh Paisan.

Sumber: unikdunia.com

Pesawat Malindo Air mendarat cemas di Subang, enjin terbakar ketika di udara

Gambar sayap Malindo Air yang terbakar dimuat naikkan oleh pemain Terengganu, Faiz Subri di laman sosial miliknya.

SUBANG: Sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh pihak Malindo Air dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.

Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Juruterbang, Kapten Y. Y Wong  berjaya mengikut prosedur kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama.

Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi tersebut selamat dan punca kejadian sedang disiasat.

Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri memuatkan gambar enjin yang terbakar di laman sosial miliknya.

Semua penumpang kemudiannya ditukarkan ke penerbangan lain ke Kuala Terengganu.

Sumber: astroawani.com

Pelajar trauma dicabul di depan sekolah

Kelibat suspek yang memakai baju berkolar berwarna putih atau kelabu dan berseluar jeans berwarna hitam dirakam oleh CCTV ketika kejadian, Sabtu lalu. - Foto Sinar Harian

KAMPAR - Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun sebuah sekolah menengah, di sini, trauma apabila menjadi mangsa cabul seorang lelaki tidak dikenali ketika menunggu bapanya di hadapan sekolah di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga sedang menunggu seorang diri di kerusi hadapan sekolah terbabit didatangi seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ng Kong Soon berkata, ketika berada tidak jauh daripada pintu utama sekolah terbabit, secara tiba-tiba lelaki yang tidak dikenalinya itu terus memeluk mangsa.

“Berlaku pergelutan sehingga mangsa jatuh ke lantai. Suspek juga bertindak mengoyak baju yang dipakai mangsa. Mangsa kemudiannya menjerit meminta bantuan menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri dengan sebuah motosikal.

“Mangsa mengalami sakit di bahagian dada terus memberitahu kejadian itu kepada bapanya yang tiba tidak lama kemudian sebelum membuat laporan polis di Balai Kampar,” katanya di sini, hari ini.

Kong Soon berkata, pihaknya telah meneliti rakaman CCTV di kawasan parkir dan masih mengesan suspek berkenaan.

“Orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menyalurkan maklumat dengan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar atau menghubungi talian 05-4650020,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Tragedi MH370: Warkah buat tersayang


Kuala Lumpur: “Saya akan beritahu Iman dia kehilangan bapanya dan Muhammad akan menjadi kekuatan saya untuk meneruskan hidup.

“Ingat tak saya beritahu awak, saya ingin menjadi ketua bidadari di syurga? Saya cemburu awak sudah berada di sana (syurga) tapi saya akan bersama awak satu hari nanti.” Demikian luahan Intan Maizura Othaman, isteri kepada Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, seorang daripada anak kapal pesawat penerbangan MH370 yang disahkan hilang di Lautan Hindi, kelmarin.

Warkah buat Rain itu tajuk luahan Intan Maizura dengan menjadikan media sosial Facebook, Twitter dan Instagram sebagai tempat berkongsi perasaannya.

Menerusi akaun media sosial itu, Intan Maizura mendedahkan dia bakal melahirkan anak kedua bulan depan berjanji kepada suaminya yang dipanggil Rain, dia akan menjaga anak mereka serta memberitahu anak sulung bapanya sudah tiada.

Walaupun akaun media sosial itu diletakkan pada ketetapan peribadi, namun ia dikongsi ramai pengguna lain sejak semalam.

Dalam catatannya, Intan Maizura berkata, dia perlu menjadi lebih tabah untuk menghadapi realiti itu selepas kehilangan suami dalam tragedi mengejutkan.

Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, 33, yang bertugas sebagai pramugara ialah seorang daripada 12 anak kapal bersama 227 penumpang MH370 yang disahkan hilang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media khas malam kelmarin.

“Saya perlu jadi wanita bionik untuk menghadapi realiti ini,” kata Intan Maizura.

Dalam catatan itu juga, Intan Maizura berkata, sejak hari pertama kehilangan pesawat penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, dia sudah menjangka suaminya berada di ‘syurga’ namun masih berfikiran positif dan mengharapkan Rain pulang suatu hari nanti.

Bagaimanapun, selepas mendapat berita mengejutkan itu, dia reda.


“Saya reda dengan pemergian awak...Apa yang berlaku itu terlalu misteri.


Tapi siapalah saya untuk mempersoalkan (ketetapan) Allah yang Maha Berkuasa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Wanita berjalan dalam tidur hilang 22 jam

 
London: Pihak polis semalam melancarkan usaha besar-besaran mencari seorang wanita yang sering jalu (berjalan dalam tidur) selepas dia hilang selama 22 jam dengan hanya memakai baju tidur.

Wendy Richards, 43, keluar dari rumahnya dalam keadaan lena di Stretton, Burton-upon-Trent jam 9.30 malam sebelum ditemui polis Staffordshire pada jam 8.30 malam berikutnya berdekatan rumahnya.

Ketika ditemui, Wendy memakai baju biru dan jubah tidurnya.

Dia diberikan pemeriksaan kesihatan, namun dilaporkan sihat walaupun mengadu kesejukan.


Jurucakap polis berkata, Wendy sering berjalan ketika tidur akibat masalah kesihatan dialaminya.


“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu kami mencari wanita ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya bimbang dengan keadaan Wendy, malah tidak menolak kemungkinan kejadian itu akan berulang.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mac tahun lalu, seorang wanita hilang hampir 24 jam Mac tahun lalu selepas dipercayai memanjat tingkap dapurnya dalam keadaan tidur.

Joy Grigg, 50, dikesan hilang oleh suaminya Richard pada awal pagi dan hanya ditemui hampir 24 jam, lebih 19 kilometer dari rumahnya.- Agensi

Sumber: Harian Metro

Cantik tak bontot Sakinah?


Tak habis-habis lagi dengan kisah kontroversinya pelakon seorang ni.

Terbaharu, Sharifah Sakinah dikatakan sudah melancarkan koleksi pakaian t-shirtnya yang tersendiri.

Namun, apa yang kurang sedapnya, tagline atau ayat yang dicetak di atas tshirt itu dilihat tidak sesuai dengan adat budaya orang timur yang terkenal dengan sifat sopan-santunnya.

Ayat yang dicetak pada tshirt itu adalah ‘cantik tak bontot saya’, sekali gus menerima pandangan negatif peminat-peminatnya.

Tshirt itu dikeluarkan bertujuan untuk menyokong kempen ‘fitness’ yang dijalankan oleh Sakinah.

Rasanya, kalau nak memberi motivasi pun kepada peminat anda untuk melakukan aktiviti kecergasan, gunakanlah ayat-ayat fitness yang manis sedikit..

Tak gitu?

Sumber: mynewshub.my

Gempar! Pengantin tiba-tiba bersilat

Mohd Shahfizal secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi.

SUNGAI PETANI - Orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan di Taman Keladi dekat sini kelmarin gempar apabila pengantin lelaki yang lengkap mengenakan pakaian mempelai meninggalkan kerusi tempat duduk pengantin yang telah dikhaskan.

Tindakan pengantin lelaki, Mohd Shahfizal Muhammad Shahfawi, 27, yang bekerja di sebuah syarikat industri itu turut mengejutkan pasangannya, Nor Hasliza Abd Rashid, 24, yang sedang disandingkan bersama ketika itu.

Bukan sahaja tetamu yang hairan, malah ibu bapa pengantin turut terkejut menjadikan suasana sedikit cemas dan kelam-kabut.

Bagaimanapun, tindakan Mohd Shahfizal itu dilakukan bagi membolehkannya membalas ‘panggilan’ salah seorang ahli pertubuhan silat yang sedang dalam pertunjukan ketika itu.

Dia dilihat mengambil tempat di lokasi pertunjukan silat bersama beberapa ahli pertubuhan berkenaan sebelum mempamerkan kemahiran yang dimiliki dalam seni mempertahankan diri tersebut.

Tindakannya mendapat perhatian pengunjung yang kemudian mengerumuni tempat pertunjukan bagi menyaksikan dengan lebih dekat.

Menurut Shahfizal yang juga Jurulatih Silat Lincah Malaysia, tindakan itu dilakukan bagi ‘membalas’ pergerakan setelah dicabar anak buah yang sedang membuat pertunjukan ketika itu.

Mohd Shahfizal berkata, dia terus memulakan langkah apabila dicabar anak buah yang sedang beraksi.

“Saya juga tidak menyangka akan turut serta membuat pertunjukan kerana mengikut perancangan awal, hanya anak buah sahaja yang terlibat.

“Tetapi, secara tiba-tiba mereka ‘mencabar’ saya untuk turut serta dan saya menyambut cabaran itu tanpa dirancang. Namun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar akhirnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Nor Hasliza yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta turut terkejut dengan tindakan suami yang secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi.

“Saya juga tidak menyangka suami akan membuat persembahan kerana dia pun tidak membuat sebarang persiapan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Pencuri melatah lipas masuk dalam seluar

BAJA disorok bawah lantai kayu lori.

Segamat: Kerja jahat sekumpulan lima lelaki yang disyaki mencuri 25 kampit baja milik Felcra Berhad di ladang sawit di Tebing Tinggi, di sini, kelmarin, terbongkar gara-gara seekor lipas.

Seorang daripada lelaki berkenaan dikatakan tiba-tiba melatah selepas lipas masuk ke dalam seluar pendeknya ketika berhenti untuk pemeriksaan oleh pengawal keselamatan ladang terbabit.


Pengawal keselamatan, Aziz Budin, 42, berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi, dia menahan lori yang dipandu lelaki berusia 30-an ketika keluar dari ladang sawit terbabit untuk pemeriksaan.

Katanya, ketika memeriksa bahagian muatan di belakang lori berwarna merah berkenaan, dia mendapati ada empat lelaki lain yang dipercayai berusia 20 hingga 30-an.


“Pemandu memberitahu lori berkenaan tidak membawa apa-apa muatan, tetapi apabila memeriksa bahagian belakang, saya nampak ada empat lelaki duduk di atas lantai kayu kenderaan itu.


“Apabila ditanya kenapa mereka duduk di atas lantai, seorang daripada mereka menjawab bagi mengelak serpihan kayu lantai lori yang reput itu berterbangan dan boleh membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Aziz berkata, ketika ditanya tujuan mereka memasuki kawasan ladang sawit berkenaan, seorang daripada lelaki terbabit memberikan jawapan yang mencurigakan iaitu sekadar untuk makan angin.


Katanya, mengesyaki sesuatu yang mencurigakan, Aziz meninjau bahagian belakang lori berkenaan sebelum seorang daripada lelaki terbabit tiba-tiba melatah apabila lipas masuk ke dalam seluarnya.

Aziz berkata, selepas membuang lipas dari dalam seluarnya, lelaki berkenaan secara spontan mengambil sekeping papan lantai lori berkenaan untuk membunuh serangga itu.


“Ketika itu saya nampak ada sesuatu di bawah lantai lori dan mengarahkan semua lelaki terbabit turun sebelum mendapatkan bantuan daripada rakan setugas untuk membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan dijalankan, pihaknya mendapati ada 25 kampit baja 50 kilogram setiap satu di bahagian bawah lantai lori berkenaan yang bernilai RM2,500.


Katanya, semua lima lelaki tempatan itu ditahan sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada pengurusan FELCRA Berhad dan seterusnya menyerahkan suspek kepada polis untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan semua lima lelaki terbabit kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 kerana mencuri.

Sumber: Harian Metro

MH370 hilang di Lautan Hindi, China tuntut bukti

 
China mahu Malaysia beri maklumat, bukti mengenai pesawat hilang
 
BEIJING: Kementerian Luar China malam ini menuntut Malaysia memberi maklumat dan bukti mengenai pesawat MH370 yang hilang selepas ia disahkan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi.

" China sudah pun diberitahu oleh Kerajaan Malaysia mengenai pengumuman terbaharu itu dan kami memberi tumpuan sepenuhnya," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

"China sudah pun menuntut agar Malaysia menyalurkan lagi kepada kami semua maklumat dan bukti mengenai bagaimana ia mencapai kesimpulan berkenaan," kata kenyataan itu sambil menekakan agar operasi mencari pesawat tetap diteruskan. - Reuters

Sumber: Berita Harian

Najib Sahkan MH370 Terhempas Di Selatan Lautan Hindi

 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas malam ini mengesahkan bahawa MH370 terhempas di Selatan Lautan Hindi.

MH370 terbang ke koridor selatan dan berakhir di kawasan 2,500 kilometer dari bandar Perth, Australia.

“MH370 terbang ke koridor selatan dan posisi terakhir adalah di selatan Lautan Hindi.

“Dengan sedih saya ingin memaklumkan, dengan data baru ini, MH370 berakhri di Selatan Lautan Hindi,” katanya di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Jelas beliau, sidang media berkaitan perkembangan baru itu akan dibuat eosk bagi memberikan lebih banyak maklumat.

Tambah Najib, berita itu pasti menyedihkan pihak keluarga dan beliau meluahkan rasa simpati yang amat kepada semua waris mangsa.

Sumber: mynewshub.my

Foto buaya dan singa bergaduh di Kenya

Seekor singa terlibat pergaduhan dengan buaya di sebuah sungai di Maasi Mara, Kenya. Kedua pemangsa ini berebut bangkai badak air yang berada di tepi sungai ini

Singa ini telah mengintai kedudukan bangkai badak air ini selama sehari sebelumnya dan menghabiskan waktu berjam-jam menyeberangi sungai untuk mendapatkan santapannya.

 Fotografer Richard Chew mengabadikan peristiwa ini saat sedang berlibur.  

 Foto: Daily Mail





Sumber: tempo.co

Dadah Jenis Baharu Mungkin Punca Kematian Remaja Di Konsert FMFA

 
KUALA LUMPUR: Dadah jenis baharu untuk berpesta yang masih tidak menyalahi undang-undang negara mungkin menjadi sebab kematian enam remaja di konsert Future Music Festival Asia 2014 (FMFA) baru-baru ini.

Dr Mahmud Mazlan, yang mengendalikan 10 klinik pakar dalam rawatan penyalahgunaan dadah berkata beliau berpendapat kematian bukan berpunca daripada pengambilan dadah berlebihan seperti yang dilaporkan secara meluas.

Ia lebih cenderung disebabkan oleh mephedrone, sejenis dadah yang digunakan di Barat sejak kebelakangan ini, yang dikesan telah memasuki Jakarta sejak tahun lepas, katanya.

Dr Mahmud berkata pesakitnya juga telah mengesahkan kepadanya bahawa dadah tersebut dilaporkan telah menyebabkan beberapa kematian di Barat, telah memasuki sempadan Malaysia dan sedang dipasarkan secara bebas dalam talian.

Satu carian dalam talian mendapati beberapa iklan berpangkalan di Kuala Lumpur menjual bahan tersebut.

Peniaga dan pengguna juga dipercayai aktif mempromosikannya melalui media sosial.

Difahamkan, dadah jenis mephedrone dan Eramin-5 telah mengatasi ekstasi sebagai dua dadah yang paling popular kerana mempunyai kesan yang lebih kuat.

"Lebih dari 10 negara telah mengharamkan dadah jenis ini kerana ia menyebabkan kematian. Apa yang berlaku di konsert itu kelihatan serupa dengan kematian yang dilaporkan di Barat yang dikaitkan dengan mephedrone," katanya.

Mephedrone masih sah dalam undang-undang di Malaysia kerana ia tidak diwartakan di bawah Akta Dadah Berbahaya walaupun sebilangan kematian telah dilaporkan di luar negara.

"Ujian air kencing dan darah pada masa ini yang digunakan oleh pihak berkuasa tidak dapat mengesan prekursor mephedrone. Jadi, pihak berkuasa cenderung untuk menyatakan methamphetamine menjadi punca.

"Mephedrone dan beberapa dadah berjenama lain juga tidak dapat dikesan dalam ujian air kencing jika diambil dengan ganja sintetik," kata Dr Mahmud.

Pada 14 Mac, enam maut selepas mengambil dadah semasa konsert FMFA .

Turut dilaporkan, kematian mungkin disebabkan oleh salah satu daripada dadah maut jenis baru yang 'diimport' yang salah satu daripadanya ialah Tab yang hanya mengambil masa 10 minit untuk bertindakbalas terhadap sistem utama seseorang.

Dr Mahmud berkata sumbernya juga mengesahkan ujian darah tidak menunjukkan dos dadah yang tinggi.

"Setiap orang bertindak balas secara berbeza terhadap mephedrone . Kebanyakan pengguna akan mengalami kesan-kesan normal tetapi bergantung kepada kecenderungan mereka, kematian segera boleh berlaku. Pengguna boleh pengsan dan mati walaupun dengan dos yang rendah.

"Mereka boleh jadi orang baru mengambil dadah buat kali pertama," kata beliau sambil menambah kebanyakan kematian berlaku apabila mephedrone diambil dengan sama ada ketamin, ganja atau alkohol.

"Satu perempat daripada kematian berlaku di tempat kejadian manakala selebihnya berlaku selepas mereka meninggalkan parti. Dalam kes di Britain, pengguna meninggal dunia 12 jam kemudian," katanya.

Nama-nama jalanan untuk mephedrone termasuklah MMCAT, Meow Meow, 4MMC , makanan tumbuhan, manakala laman web menjualnya di Kuala Lumpur memanggilnya sebagai Bath Salt atau Fertiliser.

Ia memberikan kesan hampir sama seperti pengambilan kokain.

Lebih mudah dan lebih murah berbanding methamphetamine, ia boleh datang dalam bentuk kapsul atau serbuk. Sehingga akhir tahun lepas, ia telah dijual pada kira-kira RM75 untuk 20gm.

Sumber: mstar.com.my

Generator tak berfungsi, pesawat MAS ke Seoul dilencong ke HK


KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan pesawat MH006 syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, malam tadi, dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengurus Perhubungan Awam Media MAS Kharunnisak Dzun Nurin berkata pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Hong Kong.

"Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat dengan selamat," katanya.

MH066 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia).
  
Beliau berkata kesemua 271 penumpang dari MH066 dipindahkan ke penerbangan lain.
  
"Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain di samping penerbangan berikutnya oleh Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur," katanya. - Bernama

Bola batu besar misteri di hutan Costa Rica


Pada 1930 , saat membersihkan hutan Costa Rica untuk membuka ladang pisang , pekerja United Fruit Company menemui bola batu besar yang ditanam di hutan . Bola - bola misteri itu kemudian menjadi perhiasan berharga yang dipamerkan di depan bangunan kerajaan , rumah orang kaya dan beberapa syarikat lain di Costa Rica .


Banyak bola yang rosak dalam perjalanan , dan lain-lain sengaja diletupkan oleh pemburu harta karun untuk mencari emas yang tersembunyi di dalam bola . Selama beberapa dekad berikutnya , kira-kira 300 batu digali terutama di wilayah Delta Diquis . Bola dengan pelbagai saiz , bermula dari yang berdiameter beberapa sentimeter hingga lebih dari 2 meter , ditemui di dalam hutan .

Rata - rata batu tersebut mempunyai berat sehingga 15 tan dan sebahagiannya seperti yang dilaporkan oleh amusingplanet, masih berada di tempat asal di mana ia dijumpai, tetapi ramai orang telah memindahkan bola batu itu . Beberapa dari bola ini juga rosak akibat hakisan , kebakaran dan juga vandalisme .


Walaupun sangat sukar untuk menganggarkan umur batu tersebut tetapi dipercayai telah diukir sekitar 600 SM . Ada kemungkinan bola ini berkaitan dengan budaya Diquis yang berkembang antara 700 SM dan 1530 SM di tempat yang sekarang kita kenali sebagai Costa Rica .

Batu - batu itu kini dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa - Bangsa , UNESCO , yang menyatakan bahawa mereka adalah warisan kemanusiaan .

Sumber: merdeka.com

Dua penguat kuasa MPAG cemas dikejar lembu jantan

 Gambar hiasan

Alor Gajah: Dua anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) berdepan detik cemas apabila dikejar seekor lembu jantan yang naik minyak ketika cuba ditangkap dalam operasi di sebuah tanah perkuburan Islam di Kampung Tebong, di sini, kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, dua anggota penguat kuasa berusia awal 20-an berkenaan sedang melakukan kerja memasang perangkap lembu di kawasan terbabit sebelum seekor daripada lebih 20 ekor lembu di situ tiba-tiba naik minyak dan mengejar mangsa.


“Bagaimanapun, kedua-dua mereka bernasib baik kerana sempat memanjat pagar perangkap yang baru dipasang sekali gus menyebabkan lembu jantan berkenaan masuk ke dalam jerat,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Operasi bermula jam 12 tengah hari dan berakhir jam 2 petang itu diketuai Pembantu Penguat Kuasa Kanan MPAG Abdul Malek Md Yusop bersama tujuh anggota.


Penduduk dikenali sebagai Rosli Musa, 40, mendakwa, semua lembu itu ternakan beberapa penduduk kampung yang dibiarkan berkeliaran.


“Pemiliknya pernah dinasihatkan supaya ternakan tidak dibiarkan berkeliaran namun ia tidak diendahkan sehingga lembu berkenaan masuk ke halaman rumah dan tanah perkuburan serta meninggalkan najis.

“Bukan hanya menimbulkan bau busuk, namun ia turut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk kampung tambahan pula ternakan berkenaan berkeliaran di tanah perkuburan,” katanya.


Sementara itu, Yang Dipertua MPAG Murad Husin berkata, operasi dilakukan hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati kerana ternakan berkenaan dibiarkan berkeliaran sehingga merosakkan harta benda.

“Kehadiran ternakan di tanah perkuburan bukan sahaja mengganggu keselesaan mereka yang menziarah pusara, malah turut mengotorkan keadaan di kawasan berkenaan kerana dipenuhi najis lembu.


“Dalam operasi itu, sebanyak 12 ekor lembu yang berkeliaran di dalam kawasan tanah perkuburan berkenaan berjaya ditangkap dan ternakan terbabit dikurung dalam satu kandang khas yang dibina di luar kawasan itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Model seksi jadi calon pilihan raya Indonesia

 Destiara Talita

Jakarta: Parti politik cuba meraih seberapa banyak undi yang mungkin sepanjang kempen terbuka menjelang pilihan raya Parlimen 9 April depan, termasuk meletakkan calon di kalangan selebriti.

Dalam langkah yang dilihat semakin menjadi-jadi, beberapa parti politik bukan setakat meletakkan selebriti biasa, malah model seksi.

Pencalonan mereka menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ada yang menyambut baik dan ada yang mengecam.

Antara model yang dicalonkan ialah Destiara Talita, 26, bekas model majalah dewasa yang bertanding atas tiket Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI) yang akan bertanding di daerah Jawa Barat VIII, kawasan pilihan raya terdiri daripada Cirebon dan Indramayu.

Selain Destiara, lulusan undang-undang dari Universiti Indonusa Esa Unggul, seorang lagi calon PKPI ialah penyanyi dangdut Camel Petir.


Destiara bukan satu-satunya calon yang mempunyai karier kontroversi. Angel Lelga, aktres filem berahi dan model pakaian renang pula akan bertanding atas tiket parti Islam, Parti Persatuan Pembangunan (PPP).

Pengerusi PPP Suryadharma Ali berkata, Angel menyertai PPP kerana mahu melengkapkan pemahamannya terhadap Islam dan bersekutu dengan penganut agama itu.

Dia bagaimanapun dikritik kerana menjawab dalam keadaan tergagap-gagap terhadap soalan yang diajukan dalam rancangan sembang sebuah stesen televisyen swasta.

Penyertaan selebriti menarik pelbagai reaksi daripada orang awam, ada yang mengalu-alukan pembabitan mereka, dan ada yang menolaknya sama sekali.

Peguam Fisella Mutiara berkata, selagi calon tidak bersandar semata-mata dengan imej seksi mereka untuk memenangi kerusi, dia tidak akan mempersoalkan pencalonan mereka.

Sementara itu, juruelektrik Temor berkata, meskipun dia dapat menerima calon selebriti, dia tidak akan mengundi mereka yang pernah menjadi model seksi.

Bekas aktres dan anggota Dewan dari Parti Demokrat Venna Melinda berkata, sudah menjadi kebiasaan bagi orang ramai mempersoalkan kempen politik golongan selebriti.- Agensi

Harian Metro

Pesawat MAS rempuh sekumpulan itik ketika mendarat di Nepal


Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam.
  
Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.
  
Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.
  
Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC).
  
Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu.
  
Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut.
 
"Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali.
  
Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian.
  
Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu.
  
“Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah.
  
MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat.

Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki.
  
Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu.
  
“Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini," kata pegawai itu.
  
Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990.
  
Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012.
     
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, MAS hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.
  
Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan di sini berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas.
  
Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan.
  
"Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya. - Bernama

Wanita tak pakai baju ganggu forum Islam

 Foto: Daily Mail

Berlin: Satu forum agama bertukar menjadi kecoh apabila tiga penunjuk perasaan separuh bogel dari kumpulan Femen terpaksa diheret keluar dari bangunan tempat forum itu diadakan.

Majlis Minggu Islam Berlin yang diadakan di sebuah dewan di bandar raya itu dihentikan selepas anggota kumpulan pelampau berkenaan menyerbu masuk ke dewan itu dengan slogan menghina Islam pada tubuh mereka.

Tiga wanita berkenaan turut menaiki pentas di tempat beberapa penceramah berbincang mengenai Islam.

Selain slogan mencaci Islam, mereka turut mengibarkan sepanduk sambil menjerit.


Femen yang diasaskan di Ukraine terkenal kerana berbogel untuk mempromosikan mesej perjuangan hak wanita dan membantah kerajaan dan pertubuhan yang tidak sehaluan dengan mereka.


Minggu Islam Berlin terbuka kepada golongan atheis dan penganut agama lain serta Islam.

Dalam kenyataannya menerusi Internet, kumpulan pelampau berkenaan menyelar sistem perundangan Islam dan mendakwa agama itu punca kepada banyak jenayah.

Ia mengecam pihak berkuasa bandar raya Berlin kerana menawarkan platform dan menyokong masyarakat Islam.

Kumpulan berkenaan menjadi terkenal sejak beberapa tahun lalu selepas menghantar aktivis bogel mereka untuk mengganggu acara berprofil tinggi dan pemimpin politik.

Tahun lalu, Presiden Russia Vladimir Putin dan Canselor Jerman Angela Merkel diganggu oleh penunjuk perasaan separuh bogel kumpulan itu di festival perdagangan di Hanover, Jerman.

Pada September, anggota Femen mencetuskan kontroversi apabila menyerbu Minggu Fesyen Paris ketika pertunjukan oleh pereka fesyen Nina Ricci.

Baru-baru ini, kumpulan itu menunjuk perasaan di luar Parlimen Crimea di Simferopol selepas pungutan suara yang menyaksikan wilayah itu menyertai Russia.- Daily Mail

Harian Metro