Neymar retak tulang belakang, terpaksa lupakan Piala Dunia

 
FORTALEZA, Brazil 5 Julai - Brazil menerima tamparan hebat hari ini apabila bintang penyerang mereka, Neymar disahkan terpaksa melupakan seluruh saingan Piala Dunia akibat retak tulang belakang ketika pasukan itu menang 2-1 ke atas Colombia, pagi ini.

Pemain pertahanan Colombia, Juan Zuniga menghentak belakang badan penyerang berusia 22 tahun itu menggunakan lutut menyebabkan dia terpaksa diusung keluar dari padang pada penghujung saingan suku akhir di Fortaleza.

"Keadaan tidak serius kerana dia tidak memerlukan pembedahan, namun Neymar perlu berehat untuk pulih.

"Ujian yang dilakukan di hospital menunjukkan tulang punggung ketiga Neymar retak dan malang sekali dia tidak dapat bermain," kata doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar. - AGENSI

Sumber: utusan online

1 comment: