Bunuh bapa kerana dera ibu secara seksual

Gambar hiasan. Foto: Google
BHOPAL - INDIA. Seorang wanita dipulaukan ahli keluarga sebelah suami selepas anak lelakinya yang berusia 15 tahun membunuh suaminya kerana mendera wanita itu secara seksual di Mandla dekat daerah Madhya Pradesh.

Remaja lelaki itu, Dharmendra dan dua orang adik-beradik perempuannya yang berusia 14 dan 19, kini ditahan polis kerana membantu melupuskan mayat bapa mereka.

Walaupun ketiga-tiga remaja berkenaan telah dituduh membunuh dan dibenarkan diikat jamin, namun mereka terpaksa terus kekal dalam lokap kerana tiada siapa tampil untuk mengikat jamin.

Menurut seorang pegawai kerajaan, Rajkumar Jhadia, bukan hanya keluarga suaminya memulaukan wanita berkenaan, malahan seluruh kampung kini tidak lagi menegur sapanya.

"Tiada seorang pun daripada adik-beradik si mati mahu menjamin anak-anak wanita itu malahan gagal mencari sesiapa sahaja sebagai penjamin bagi ikat jamin ," kata Jharia .

"Wanita itu telah keluar dari rumah ibu mertuanya dan kini sedang mencari tempat tinggal lain," katanya.

Wanita itu dilaporkan telah pulang ke rumah bapanya di Binori dan abang-abangnya sedang berusaha untuk mengumpul wang jaminan.

Sementara itu, pihak polis masih belum memfailkan kertas pertuduhan.

Ketua balai polis Damini yang bertanggungjawab, Arvind Tiwari berkata, "wanita itu melawat balai polis sekali dan memberitahu dia telah dipulaukan dalam undang-undang .

Sinar Harian


Telefon 911 kerana takut dengan seekor labah-labah

Foto: Reuters

OREGON - Seorang remaja wanita dilaporkan telah menelefon 911 hanya kerana takut dengan seekor labah-labah. Polis di Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan kenyataan tentang kejadian yang tidak diduga tersebut.

Polis mengetahui hal tersebut ketika dirinya mendengar rakaman panggilan yang tidak masuk akal kepada 911 yang mereka terima. Demikian dilaporkan Metro, Sabtu (31/8/2013).

"Saya menghabiskan masa selama 20 minit hanya untuk panik, besar sekali (labah-labahnya). Saya tidak tahu harus melakukan apa," terdengar suara gadis yang panik itu di hujung telefon.

Operator 911 pun setuju menghantar seorang pegawai polis untuk memeriksa keadaan gadis remaja itu. Namun muncul pertanyaan dari polis "apakah itu masuk akal?" ketika menghantar anggota ke rumahnya.

Munculnya arakhnida (labah-labah) terjadi pada 16 Ogos di bandar Forest Grove, yang membuat gadis itu teramat sangat ketakutan. Nampaknya, ahli keluarga si gadis sebelumnya juga pernah kedatangan "tetamu" labah-labah besar.

"Aku biasanya tidak takut dengan hal-hal seperti ini, tetapi ini sangat besar," katanya, membandingkan ukurannya dengan tarantula.

Kepolisian Forest Grove mengatakan ini bukan protokol bagi mereka untuk menanggapi panggilan untuk menghadapi labah-labah, namun mereka memutuskan untuk membantu wanita muda itu dalam kes ini.

okezone


KL Gangster 2 bocor: 'Saya akan saman berjuta ringgit!'- Datuk Yusof Haslam

“SAYA akan saman berjuta ringgit!”. Demikian reaksi pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam behubung kontroversi terbaru melibatkan filem arahan terbaru anak lelakinya, Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Filem sekuel yang menelan kos RM 4.5 juta itu dikhabarkan bocor di Internet sedangkan masih belum ditayangkan di pawagam.

Ekoran insiden tersebut, beliau mengadakan sidang media khas tergempar, semalam.

Dalam sidang media itu, jelas kekecewaan daripada pihaknya meskipun yang tersebar hanyalah 'raw material' yang belum diberi sentuhan akhir.

“Dari awal lagi saya dah rasa. Syamsul di Bangkok lagi sudah beritahu saya, ‘pastikan ya Papa, sekarang ini zaman digital, jangan sampai kita bocor di mana-mana. Habis kita nanti.’

“Sebab dah terlalu lewat, saya bagi Syamsul 'dateline' dan dia menghantar 'raw material' untuk filem itu, yang hanya 50 peratus kualitinya daripada segi kandungan, kesan dan CGI serta belum dibuat 'final mix' dan sebagainya,” katanya pada sidang media.

Filem yang tersebar luas itu dikatakan bukan dalam format berdefinisi tinggi.

“Dia kata hantar saja ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)' dan Finas untuk penilaian wajib tayang memandangkan berpuluh filem menanti. Kalau tak, tayang 2014. Selama ini, kita hantar filem yang 100 peratus dari segi kualitinya.

“Tapi entah kenapa. Ada hikmah juga. Bayangkan kalau kita hantar 'Full HD' kepada syarat wajib tayang...LPF. Bayangkan apa yang terjadi. Sedangkan yang kualiti 50 peratus ini saja, besar kesannya terhadap kami,” katanya.

Akui tidak akan berkompromi dengan pelaku yang menyebarkan karya anaknya itu,  Yusof Haslam memberi amaran bakal mengambil tindakan tegas.

“Pejuangan kami tidak berhenti di sini. kepada mereka-mereka yang nak sabotaj kami, kami tak akan berdiam diri. Kalau kamu menggunakan Internet untuk mencetak rompak, pihak polis juga ada cara untuk mengesan.

“Kami akan bawa orang ini (pelaku) ke muka pengadilan. Bukan dengan denda setakat RM 1,000 tapi saya akan saman jutaan ringgit. Ini yang saya akan buat. Ini bukan perkara main-main.

“Filem ini melibatkan kos yang cukup besar. Walaupun kami buat filem dengan RM 100,000 modal sekalipun, itu adalah titik peluh kami, karya kami. Apabila karya kami dicuri, tidak ada kompromi,” katanya.

Tidak berhasrat untuk mempercepatkan tayangan KL Gangster 2, Yusof tidak mahu bersikap mementingkan diri.

“Tayangan filem ini tetap 3 Oktober. Saya disarankan untuk mempercepatkan tayangannya tapi saya tak nak.

“Saya boleh buat kalau fikir kepentingan diri sendiri tapi sebagai pembikin filem, saya menghormati rakan-rakan produser lain. Saya tak tergamaknya nak pijak kepala produser lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyerahkan soal sambutan dan kutipan kepada rezeki Allah.

“Insya-ALLAH ada rezeki, filem ini akan tetap dapat sambutan. Berapa nak kutip itu soal rezeki dari ALLAH,” katanya.

Sinar Harian

Pencuri kabel telekom diberkas setelah 9 jam dikepung

Suspek berusia 35 tahun yang diberkas orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis, kelmarin.

ALOR KELADI - Usaha dua lelaki meloloskan diri daripada kepungan orang ramai selepas dipercayai mencuri kabel telekom di Kampung Bukit Rambutan, dekat Telaga Nibong tidak berhasil, apabila berjaya ditangkap kira-kira sembilan jam kemudian.

Sebelum itu, beberapa penduduk Kampung Kayu Kelat yang berkawal di kawasan tersebut, terserempak dengan kedua-dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kereta jenis Mazda, kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

Penduduk percaya mereka adalah pencuri kabel telefon sebelum cuba menahan suspek, bagaimanapun selepas menyedari kehadiran orang ramai mereka melarikan diri dengan kenderaan tersebut.

Menurut sumber, penduduk bertindak mengejar suspek, bagaimanapun selepas sampai di Kampung Kayu Kelat, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, suspek keluar dari kereta kerana dipercayai kenderaan itu tidak dapat bergerak laju akibat berat muatan kabel yang dicuri.

“Kedua-dua suspek meninggalkan kereta mereka lalu  melarikan diri ke kawasan semak di tengah sawah berhampiran.

“Penduduk yang keluar beramai-ramai telah mengepung kawasan belukar tersebut, namun pada jam 7 pagi, dimaklumkan ada orang terserempak dengan suspek berkenaan berjalan kaki di Kampung Gong Duek, Hulu Besut beberapa kilometer dari situ,” katanya.

Katanya lagi, menyedari mereka dikesan penduduk, suspek menyembunyikan diri dalam semak berhampiran kawasan tanah perkuburan Islam Kampung Gong Duek, sebelum dilihat penduduk kampung pada jam 12.30 tengahari melalui sawah menghala ke arah Kampung Alor Keladi.

Sejurus selepas itu, penduduk bertindak mengepung kawasan berkenaan dan berjaya memberkas suspek pada jam 1.30 petang di Kampung Alor Keladi sebelum diserahkan kepada polis pada jam 2 petang.

Dalam kejadian itu, salah seorang penduduk cedera ringan akibat bergesel dengan kereta suspek ketika cuba menangkap mereka.

Menurut sumber lagi, sebelum ini, suspek berkenaan dipercayai telah empat kali menjalankan aktiviti mencuri kabel telefon di lokasi sama dan kali terakhir pada Ramadan lalu.

Malah, mereka juga dikatakan pernah mengugut seorang warga emas dengan parang kerana menegur perbuatan mereka ketika terserempak semasa pulang solat Subuh, pada malam sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, dua suspek tersebut berusia 24 dan 35 tahun dari Kampung Batu 13, Hulu Besut dan kedua-dua positif dadah selain mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Polis turut menemui kabel telefon dianggarkan sepanjang 250 meter di dalam kereta suspek dipercayai dicuri di tempat kejadian,” katanya.

Sinar Harian

Pelanggan dan tukang urut wanita dicekup ketika asyik beraksi di atas katil

Tukang urut dan pelanggan terkejut apabila premis diserbu pihak berkuasa

SUBANG JAYA – Pelanggan lelaki dan seorang tukang urut wanita dicekup ketika asyik beraksi di atas katil di sebuah pusat urut di SS15 di sini.

Kedua-duanya yang terkejut apabila langsir memisahkan antara ruang pusat urut itu diselak anggota penguat kuasa bingkas mengenakan pakaian lengkap selepas itu.

Ketika dicekup, pelanggan lelaki tidak berbaju, memakai seluar pendek manakala tukang urut wanita separuh bogel dan hanya memakai baju.

Mereka antara tujuh yang ditahan dan diserahkan kepada polis kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral di tiga rumah urut di sini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan maklumat awam, pihaknya menyerbu tiga premis pusat kecantikan dan pusat urut di kawasan SS15.

Pusat urut pertama yang baru sahaja beroperasi lebih kurang dua bulan lalu dikenakan tindakan di bawah UUK 3 Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana mengendalikan perniagaan tanpa lesen dari MPSJ.

Tindakan seterusnya diambil ke atas premis pusat urut kedua yang didapati berselindung di sebalik nama pusat urut kaki dan kesihatan juga dijalankan tanpa lesen sah.

Semasa serbuan dibuat, seorang pelanggan lelaki didapati sedang asyik menerima perkhidmatan seks dari seorang tukang urut wanita warga China.

Soal siasat dijalankan mendapati, pengusaha premis menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan badan ke badan (B2B) kepada pelanggan dengan kos bayaran RM120 hingga RM180 mengikut jam.

Operasi diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota kemudian menyerbu sebuah lagi rumah urut di di Jalan SS 15/4B.

“Ketika serbuan terdapat seorang pelanggan lelaki menerima urutan badan dan batin, hasil pemeriksaan mendapati premis mempunyai lesen sah dari MPSJ untuk urutan refleksologi tetapi menawarkan urutan badan serta batin kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan penutupan premis diambil di bawah UUK 13 (k) UUKPK MPSJ 2007 kerana pengusaha melanggar syarat-syarat sekatan lesen dikeluarkan MPSJ.

Pengusaha berdepan denda maksimum RM1,000 bagi setiap kesalahan dilakukan.

Sinar Harian

Kotak berisi kepala, tangan manusia serta nota ugutan ditemui di luar ibu pejabat polis

Gambar hiasan. Image: Google
 
NAIROBI - Sebuah kotak yang berisi kepala dan dua tangan manusia berserta satu nota ugutan bunuh ditemui di luar bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis Kebangsaan, di sini semalam.

Akhbar The Standard hari ini melaporkan, nota ugutan tersebut ditujukan kepada Ketua Polis Kenya, Johnston Kayuludi dengan amaran berbunyi 'Kayuludi, anda orang seterusnya'.

Polis turut menemui satu mayat tanpa kepala di kawasan penempatan Ruai dan akan melakukan siasatan jika mayat itu mempunyai kaitan dengan kepala yang diletakkan di dalam kotak berkenaan.

Utusan Malaysia

Atlit cantik di Kejohanan Polo Gajah Thailand 2013

Sejumlah pemain pasukan Tiffany berpose sebelum perlawanan polo gajah melawan pasukan The Elephant Story pada Perlawanan Piala Raja Polo Gajah di sebuah resort di Hua Hin, Thailand.

Kejohanan kali ke 12 ini disertai 16 pasukan polo gajah antarabangsa dan 51 pasukan Thailand bermula 28 Ogos.




Alam rumahtangga: Tidak boleh tidur dengan dua isteri bersama

 .Gambar hiasan. WALAUPUN kedua-dua isteri rela, si suami tidak boleh menggauli mereka di dalam satu bilik

APAKAH hukumnya jika saya tidur sekamar dengan kedua-dua isteri dan melakukan jimak secara bergilir-gilir dalam satu bilik?

JAWAPAN:

DIKATAKAN dalam Syarah Mukhtashar Khalil karya al Khurasyii, “Seorang laki-laki boleh menghimpunkan dua isterinya dalam satu rumah dengan dua syarat:

Pertama, isterinya masing-masing memiliki bilik tersendiri dan dilengkapi dengan perabot dan keperluan seperti tandas, dapur dan yang menjadi keperluan asasinya.

Kedua, kedua-dua isteri reda terhadap hal itu dan tiada perbezaan antara isteri kedua, ketiga atau keempat. Jika kedua-duanya tidak reda dengan hal itu, maka si suami tidak boleh menghimpunkan kedua-dua isterinya dalam satu rumah.

Bahkan, dia wajib menyediakan rumah untuk setiap seorang dan tidak harus rumah keduanya berjauhan.

Kata Imam Ahmad RH, “Jika salah seorang isterinya reda (rela) kalau dia menggauli isterinya yang satu di depannya dengan dia melihatnya, tetap tidak boleh. Kerana hal itu termasuk menghinakan, tidak masuk akal dan menjatuhkan kehormatan. Ia tidak boleh dilakukan walau dengan keredaan kedua-duanya”. Wallahu a'lam.

Kosmo!


Lelaki tersalah peluk musang yang disangka kekasihnya

London - Apa jadinya jika anda salah memeluk pasangan di tempat tidur anda sendiri? Kejadian ini dialami oleh Leon Smith, seorang lelaki asal Hampton Hill, London.

"Leon terbangun ketika dia merasa bahagian belakang lehernya diciumi. Terus saja dia berfikir bahawa itu adalah kekasihnya. Namun, ketika berbalik dan ingin memeluknya, dia terkejut bukan main. Rupanya, itu adalah seekor musang, "tulis Web Orange, Selasa, 27 Ogos 2013.

Leon benar-benar tak menyangka. Ini mengejutkan sekaligus memalukan. Rupanya, si haiwan liar ini masuk ke rumahnya melalui lubang pintu untuk kucing Leon.

"Aku tidak percaya. Musang itu tampak begitu tenang. Ia hanya memandang, "cerita Leon.

Menyedari bahawa itu benar-benar bukan kekasihnya, Leon membatalkan niat untuk mendapatkan pelukan hangat. Musang yang nampaknya masih mahu dipeluk itu kemudian diusir keluar.

tempo.co


Mak nyah pun akan sertai perbarisan hari kemerdekaan

Paula
KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 orang mak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.

Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis raptai penuh perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-56 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, dekat sini, semalam.

Katanya, dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.

“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sempena sambutan ini dapatlah mereka mengenal erti kemerdekaan dan rata-rata kelihatan bersemangat dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.

“Sebelum ini mereka dikenali dengan orang yang hanya keluar pada waktu malam dan berpelesiran di sana sini, tetapi ternyata setelah menyertai aktiviti ini mereka ada perasaan cintakan tanah air, ingin mendekati masyarakat dan hidup seperti orang lain," katanya.

Sementara itu, bagi Paula, 29, dia begitu teruja dapat bercampur dengan masyarakat pada majlis raptai tersebut memandangkan ada sebahagiannya boleh menerima secara terbuka kehadiran insan sepertinya.

“Ini kali pertama saya diberi peluang dan saya gembira kerana berjaya membuktikan golongan mak nyah bukanlah hanya memiliki cerita negatif sahaja.

“Malah kami juga ada hati dan perasaan seperti orang lain untuk hidup bermasyarakat menyambut hari bersejarah sekali gus berpeluang menjadi contoh untuk diikuti golongan kami yang seangkatan tapi masih belum sedar,” katanya.

Shima, 26, pula mengakui kini dia lebih yakin setelah melihat sendiri bahawa tidak semua anggota masyarakat yang memandang hina padanya.

“Sekiranya berpeluang, saya ingin terus terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu kerajaan menjalankan program yang bermanfaat," katanya.

Sinar Harian


Bapa sanggup merompak untuk beri wang belanja kepada anak-anaknya

Zainuddin dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, semalam.

AYER KEROH - Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah.

Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan.

Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774.

Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya.

Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.

“Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket.

“Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf,” katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian.

“Saya bersimpati terhadap pilihan yang salah oleh tertuduh. Namun, atas faktor kepentingan awam dan trauma mangsa akibat senjata digunakan. Walaupun ia mainan atau tiruan tapi ia sedikit sebanyak mengancam mangsa,” kata Nurfarhana.

Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh, Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua.

“Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu,” katanya.

Sinar Harian


Seorang ibu upah pembunuh untuk bunuh dua orang anaknya

Gambar hiasan. Foto: Google

Johannesburg - Seorang wanita di Afrika Selatan ditangkap polis kerana merancang pembunuhan kedua anaknya. Wanita berusia 50 tahun yang tidak didedah identitinya ini mengupah pembunuh untuk menghabisi nyawa kedua anaknya.

Seperti dilapor AFP, Rabu (21/8/2013), rancangan pembunuhan ini dilakukan demi mendapat wang insurans anaknya.

Untuk melaksanakan tugas ini, si pembunuh dibayar sebanyak US $ 2,400. Namun menjelang pelaksanaannya, si pembunuh tersebut bertindak melapor kepada polis.

"Motif percubaan pembunuhan ini kerana tertuduh ingin menuntut wang insurans yang dia keluarkan untuk anak-anaknya," demikian keterangan polis tempatan.

Tidak disebutkan lebih lanjut usia kedua-dua anak wanita itu. Namun disebutkan bahawa wanita ini menjanjikan tiga pekerjaan tambahan jika si pembunuh berjaya menghabisi nyawa kedua anaknya.

Dari tangan wanita ini, polis merampas dokumen insurans dan empat kad pengenalan. Wanita ini dituduh atas dakwaan konspirasi cubaan membunuh.

news.detik.com


Gadis seksi tak pakai baju bantu polis kawal lalu lintas di Denmak


Lelaki mana yang tidak suka jika melihat wanita telanjang dada di jalan, ya pastinya setiap lelaki suka ya, nah inilah yang dimanfaatkan oleh kepolisian Denmark untuk mengurangkan angka kecelakaan lalu lintas di negara tersebut akibat memandu laju di jalan.

Polis di Denmark mempunyai cara yang unik untuk mencegah terjadinya kecelakan di jalan raya dengan bekerja sama dengan wanita wanita cantik yang tergabung dalam Speed ​​Control Bikini Bandits, mengguna wanita wanita toples di jalanan yang sering digunakan untuk memandu laju 


Ternyata adanya wanita waita yang topless atau telanjang dada di jalan berjaya menurunkan tingkat kelajuan para pemandu kereta. Wanita-wanita seksi ini tidak hanya telanjang dada saja mereka juga sambil membawa papan tanda had kelajuan yang dibenarkan di jalan tersebut.

Wanita wanita seksi ini tidak hanya diam saja bahkan mereka ada yang sambil mengoyang goyangkan dada mereka sehingga menjadi daya tarikan orang yang melihatnya sehingga para pemandu kereta akan mengurangkan kelajuan kenderaan.

Wanita topless yang menjadi pengawal lalulintas di Denmark ini cukup berjaya melambatkan orang orang yang suka memandu laju.

palingseru

Selebriti cantik ini terima hadiah kambing di hari lahir

Baru-baru ini, penyanyi dan juga bintang filem Demi Lovato melawat Kenya untuk kerja  sosial bersama salah satu badan amal di Kanada. Di sana, wanita berparas cantik itu sempat merayakan ulang tahunnya.

Menginjak usia 21 tahun, Demi merasa bahagia kerana boleh merayakan hari jadinya bersama orang lain yang tak dikenalinya. Pelantun 'Heart Attack' itu juga senang boleh mendapatkan pengalaman ulang tahun yang berbeza dari sebelum-sebelumnya.

"Ini adalah perjalanan dan ulang tahun yang luar biasa yang pernah saya rasakan," tulis Demi di akaun Twitter peribadinya, seperti dipetik dari Female First.

Hampir dua minggu Demi menghabiskan waktunya di Kenya. Bintang filem 'Camp Rock' itu juga merasa sudah menjalin ikatan emosional bersama anak-anak tempatan di sana. Bahkan, Demi mendapatkan hadiah yang tak biasa dari mereka.

"Mereka (anak-anak tempatan di Kenya) memerikan saya kambing sebagai hadiah ulang tahun." ungkap Demi.

Tujuan Demi ke Kenya untuk memberikan motivasi pemberdayaan dan pembelajaran mengenai perubahan di kalangan anak muda setempat. Perjalanan ini yang membuat Demi mempunyai pengalam baru.

"Ini adalah perkara yang paling menakjubkan dalam hidup saya. Perkataan dan foto, tak akan mampu menggambarkan betapa luar biasa hal ini. Saya tak sabar ingin kembali ke Kenya. Terima kasih kerana memberikan pengalaman yang dapat mengubah hidup saya," Tutup wanita kelahiran 20 Ogos 1992 itu.

wolipop

Bayar wang darah RM1.3 juta, lelaki terlepas hukuman potong kaki

Riyadh: Seorang lelaki di Arab Saudi yang dijatuhi hukuman potong kaki kerana menyebabkan kecederaan sama ke atas rakannya dalam satu pergaduhan, terselamat daripada hukuman itu selepas membayar wang darah 1.5 juta rial (RM1.3 juta) kepada mangsa, lapor akhbar tempatan.

Mahkamah di bandar Rafha di utara Arab Saudi, memberi tempoh kepada Talal bin Khalaf Al Shammri, tiga bulan untuk membayar wang darah kepada mangsa, atau dipotong kaki, mengikut undang-undang Islam di negara itu.

Kami berjaya mengumpulkan jumlah wang yang dikehendaki itu minggu ini, dengan bantuan pemimpin puak dan sumbangan orang dermawan, kata abang Talal, Hadeeb kepada akhbar Sabq.


Beliau berkata, mangsa, Mohammed Al Mutairi datang ke mahkamah Selasa lalu dan memberitahu hakim, beliau bersedia mengampunkan Shammari selepas menerima wang darah daripadanya.

Akhbar Sabq melaporkan pembayaran wang diya iut juga bermaksud Shammari akan dibebaskan tidak lama lagi.

Shammari menembak kaki Mutairi dalam satu pergaduhan di bandar kediaman mereka enam tahun lalu dan doktor mengambil keputusan untuk memotong kakinya yang tidak dapat lagi diselamatkan akibat cedera parah. AGENSI

BH 


Dua wanita diekori lelaki gila seks tunjuk kemaluan

KUALA TERENGGANU - Dua wanita terpaksa menempuh detik menakutkan apabila diekori seorang lelaki gila seks yang menunjukkan kemaluan di Jalan Sultan Omar, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, kedua-dua mereka berusia 30-an dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kampung Titian Lembut, Jalan Sultan Omar, di sini, sebelum diekori lelaki gila seks terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, semasa melewati Jalan Sultan Omar ke Taman Perumahan Teratai, di sini, mereka menyedari ada sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki tidak dikenali sedang mengekori dari belakang.

“Keadaan di persekitaran lokasi agak sunyi dan tiada sebarang kenderaan yang menggunakan laluan tersebut semasa itu.

“Merasakan bakal berlaku sesuatu yang tidak diingini, kedua-dua mangsa nekad mempercepatkan langkah sebelum dihampiri suspek yang ketika itu berada di atas motosikal,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zamri berkata, suspek cuba bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada kedua-dua mangsa sambil menunggang motosikal.

“Terkejut dengan situasi itu, kedua-duanya melarikan diri dengan bersembunyi di dalam kawasan rumah orang di taman perumahan berkenaan dan selepas yakin suspek telah pergi, kedua-duanya keluar dari tempat persembunyian beberapa minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, berikutan laporan dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana cuba mengaibkan kehormatan seseorang.

Sinar Harian

Ajalnya di Malaysia, pelajar baru dua hari kembali dari Mesir maut kemalangan

Mangsa maut selepas cedera parah di kepala

 KUALA BERANG - "Sebagai ibu, saya memang risau dengan keselamatan anak saya di Mesir walaupun dia berada di kawasan selamat ketika di sana.

"Tetapi sudah takdir, dia dijemput Ilahi di negara sendiri . Baru dua hari dia kembali ke Malaysia," kata Rosfaliza Mat Ros, 48.

Abdullah Azahari, 23, pelajar tahun lima jurusan perubatan di Universiti Ain Shams, berasal dari Dungun, maut dalam kemalangan jam 10.40 pagi semalam di Kilometer 0.3 susur keluar Lebuhraya Pantai Timur II Ajil-Bukit Besi.

Dalam kejadian tersebut, mangsa memandu Proton Wira Aeroback dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu dipercayai terbabas lalu melanggar pengadang jalan sebelum terhumban ke dalam cerun.

Menurut Rosfaliza, anak sulung daripada sembilan beradik itu masih mempunyai tempoh setahun untuk menamatkan pengajian.

“Saya berhasrat mahu duduk berbual panjang berkongsi pengalamannya di sana (Mesir) hujung minggu ini tetapi belum sempat berbuat demikian kerana memikirkan dia perlukan rehat.

“Bagaimanapun, ALLAH SWT lebih menyayanginya dengan menjemput anak saya terlebih dahulu.

Saya dan suami (Azahari Abu Bakar, 48), reda dengan pemergiannya," katanya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Dungun.

Menurutnya, sepanjang dua hari kepulangan anaknya itu, dia banyak bermain dengan adik-adiknya, dan arwah sememangnya abang yang periang.

“Ketika saya keluar mengajar pagi tadi (semalam), dia tidak banyak bercakap.

Dia hanya memerhati saya dan adik-adiknya bersiap untuk ke sekolah. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu perancangannya untuk ke Air Terjun Sekayu.

“Bagaimanapun, dia ada beritahu salah seorang adiknya yang berada di rumah untuk ke lokasi pelancongan tersebut bertemu rakannya di sana dan saya dimaklumkan, dia keluar rumah kira-kira jam 9 pagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Jenazah Abdullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah, Dungun. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut serta-merta berikutan kecederaan parah di kepala.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Salim Mansor pula berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Sinar Harian

Inilah 5 hotel paling berhantu di Amerika Syarikat

Hotel adalah salah satu pilihan tempat tinggal yang selesa bagi para pelancong. Namun bagaimana jika hotel tersebut terkenal seram dan berhantu? Akankah anda tetap menginap di hotel tersebut?

Berikut ini adalah lima hotel yang terkenal paling seram yang ada di Amerika Syarikat seperti dilansir dari Travel Yahoo.

 1. Crescent Hotel and Spa

Bangunan hotel yang terletak di Eureka Springs ini dulunya pernah difungsikan sebagai sekolah dan rumah sakit kanser. Di hotel ini sering terlihat penampakan pelbagai hantu di banyak sudut bilik.

Salah satunya yakni Irene Castle, seorang penari ballroom. Ketika sebuah keluarga menginap di sana, seorang gadis kecil melihat sesosok perempuan duduk di dalam bilik tempat keluarga tersebut penginapan.

Namun sang ibu tidak dapat melihat perempuan yang dibicarakan anaknya tersebut. Kemudian diketahui bahawa gadis kecil tersebut melihat hantu dari Irene Castle.

 2. buxton Inn

Sebuah penginapan di daerah Grandville, Ohio ini ternyata membawa cerita yang cukup menyeramkan. Audrey dan Orville Orr, pemilik penginapan tersebut merasa ada yang tidak beres ketika mereka pertama kali membeli bangunan tersebut.

Di bangunan berusia 199 tahun tersebut, keluarga Orr sering mengalami hal-hal aneh, seperti melihat sosok bayangan berjalan di dalam lorong serta bau-bau aneh yang sering tercium tajam dari beberapa bilik.

Namun demi menghormati para hantu yang juga menghuni hotel tersebut, keluarga Orr tidak melakukan usaha apapun untuk mengusir mereka. Pengunjung hotel juga tetap dialu-alukan jika ingin menginap dan merasakan sendiri sensasi bertemu hantu

 3. Brown Palace Hotel and Spa

Dibina pada tahun 1892 oleh arkitek ternama, Henry C. Brown, Brown Palace Hotel dan Spa ini telah disinggahi oleh banyak pengunjung, salah satunya kumpulan muzik legenda Inggeris The Beatles yang menginap di hotel tersebut pada tahun 1960an.

Ramai yang percaya bahawa hotel tersebut ada kaitannya dengan Molly Brown, salah satu mangsa selamat dari tenggelamnya kapal Titanic. Namun kakitangan hotel menepis anggapan tersebut.

Meski demikian, tidak sedikit pengunjung hotel yang mengalami kejadian aneh semasa menginap di hotel tersebut. Salah satunya pernah melihat sosok bayangan lelaki yang memakai seragam masinis di abad ke 18 berjalan di lobi hotel. Tidak hanya itu, pengunjung juga sering mencari perapian yang tiba-tiba menyala dengan sendirinya.

 4. Myrtles Plantation

Sebuah bangunan penginapan di wilayah ladang Myrtles, St. Francisville, Los Angeles mempunyai kisah yang cukup menyeramkan. Ladang tersebut dibina pada tahun 1796 oleh Jeneral David Bradford.

Sosok hantu yang menghuni ladang tersebut adalah Chloe. Semasa hidupnya Chloe bekerja sebagai budak keluarga Bradford. Dia dan menantu Bradford diam-diam menjalin kisah cinta terlarang.

Malangnya, tidak lama kisah asmara tersebut terkuak dan Chloe harus menerima hukuman dari majikannya tersebut. Chloe harus merelakan telinganya terpotong sebagai ganjaran dari perilaku buruk yang dia lakukan.

Kerana dendam, Chloe memasak kuih ulang tahun beracun dan berharap dapat menjadi pahlawan di keluarga tersebut dengan merawat anak yang sakit. Sayangnya tiga ahli keluarga tersebut mati keracunan.

Karena perbuatannya tersebut akhirnya Chloe digantung di salah satu bilik rumah tersebut. Sejak saat itu hantu Chloe sering mendatangi orang-orang yang tinggal di sana. Selain hantu Chloe, dua hantu anak kecil yang menjadi mangsa keracunan juga sering menampakkan diri.

5. Hotel del Coronado

Hotel yang dibina pada tahun 1888 ini dikenali sebagai salah satu tempat menghabiskan cuti panjang dengan menikmati pantai yang indah. Namun malangnya, hotel ini juga menjadi tempat singgah hantu Kate.

Kate Morgan merupakan salah seorang tetamu hotel tersebut pada tahun 1982. Di hotel tersebut Kate menunggu sang kekasih yang berjanji untuk menjemputnya. Namun setelah lama menanti, kekasih yang ditunggu tak kunjung datang. Kemudian Kate ditemukan meninggal di bawah tangga hotel tersebut.

Sejak saat itu, banyak orang mengaku melihat hantu Kate, baik di pantai maupun di hotel. Tidak jarang arwah Kate juga mengganggu pengunjung maupun kakitangan hotel del Coronado.

Russia lelong berbagai pesawat tempur top di dunia, ada sesiapa mahu beli?

Sebelum dilelong, berbagai jenis pesawat tempur udara ini melakukan akrobatik di langit Moscow.

 Jet tempur MiG-29 Strizhi dan Sukhoi Su-27 Russkiye Vityazi melakukan akrobatik udara saat pameran di MAKS International Aviation and Space Salon di Zhukovsky, Moscow, Russia, Selasa (27/8). Berbagai pesawt tempur udara milik negara pembuat pesawat top di dunia ini sengaja dipamerkan kerana akan dijual dalam acara di Moscow MAKS minggu ini. 

Jet tempur jenis Sukhoi T-50 PAK-FA semasa berlepas ketika pameran di MAKS International Aviation and Space Salon di Zhukovsky, Moskow, Russia, Selasa (27/8)


merdeka.com

Seorang lelaki bawa 10 kotak duit untuk beli kereta

 ZHENGZHOU - Seorang jurujual di China terkejut apabila seorang ahli perniagaan membayar tunai kereta yang dibelinya dengan menggunakan sejumlah wang kecil, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhang membuat bayaran berjumlah £16,000 (RM82,575) menggunakan 10 buah kotak berisi wang kertas satu yuan (RM0.54) dan duit syiling.

Dia yang dikenali sebagai Zhang menghantar lebih 10 buah kotak kepingan wang kertas dan syiling.

Urusniaga berkenaan berlaku di sebuah pusat automotif di bandar ini, dalam wilayah Henan.

Kesemua wang itu kemudian dibawa ke sebuah bank yang mana dua orang kerani diperlukan untuk mengiranya.

Masa selama beberapa jam diperlukan untuk mengira sejumlah 13,000 yuan (RM7,071) wang kecil itu. - Agensi




Kosmo/Daily Mail

Gara-gara mencuri, seorang lelaki digantung lima jam tepi jalan raya


HUBEI - CHINA. Seorang lelaki digantung selama lima jam di tepi jalan raya  akibat mencuri di sebuah apartmen di Wuhan, wilayah Hubei, China, kelmarin.

Menurut pegawai,  suspek, 34 tahun ditahan ketika cuba memanjat keluar dari tembok bangunan itu.

Foto menunjukkan, kedua-dua tangan dan lehernya diikat pada tembok setinggi enam meter bersama barangan yang dicuri.

Lapor media tempatan, antara barangan yang dicuri adalah iPad, dua utas jam tangan, dua buah telefon bimbit dan sebuah komputer riba. - MailOnline

Sinar Harian


Main doktor-doktor, gadis 10 tahun dituduh perkosa teman bermain

 Gambar hiasan. ©2012 Merdeka.com/Shutterstock/wavebreakmedia ltd

Anak-anak biasa bermain doktor-doktor. Ada yang menjadi doktor, yang lain sebagai jururawat.

Namun permainan ini telah menjerat seorang gadis sepuluh tahun di Kota Houston, Texas, Amerika Syarikat kedalam kes undang-undang. Polis menuding Ashley (nama samaran), memperkosa teman bermainnya berusia empat tahun.

Dalam permainan itu, Ashley mengajak mangsa bermain kuda-kuda seperti gaya hubungan seksual. Jiran yang melihat melaporkan hal itu kepada ibu kanak-kanak lelaki. Akhirnya kes ini dilaporkan kepada polis. Insiden ini berlangsung Jun lalu.

Peguam keluarga Asley, Quanell X, sungguh terkejut dengan perkara melibatkan anak berusia sangat muda.

"Saya belum pernah menangani kes anak terlibat jenayah," katanya seperti dilansir The Daily Mail, Selasa (27/8).

Polis menyoal siasat Ashley 45 minit dan ibunya tidak dibolehkan mendampingi. Sehabis diperiksa, Ashley menangis lantaran takut. Ashley juga menangis saat dibawa masuk ke kereta polis.

Sang ibu benar-benar sedih memikirkan nasib anaknya. "itu bayi saya dan memikirkan kes membelit dia benar-benar melukai perasaan saya," ujarnya.

Dia sempat mendekam empat hari di penjara anak-anak. Kes ini bakal disidang Oktober mendatang.

merdeka.com

Baru kenal sudah ajak ke bilik

 Pegawai penguat kuasa memeriksa pasangan berkenaan yang ditahan berada dalam keadaan mencurigakan.

BATU PAHAT – Niat pasangan kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini, semalam.

Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 22 tahun terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.

“Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah.

“Pasangan terbabit berasal dari daerah ini dan mengaku baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam proses mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum mereka dituntut oleh waris masing-masing.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997.

“Operasi yang dilakukan ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

“Operasi seperti ini akan dilakukan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini,” katanya.

Sinar Harian

Rampasan dadah RM11.56 juta terbesar di Pulau Pinang

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim (kiri) bersama Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Michael Ong

Georgetown: Satu sindiket memproses dan menjual dadah jenis syabu, ecstasy dan ganja berjaya ditumpaskan polis negeri ini dengan kerjasama Bukit Aman malam tadi

Dalam operasi mulai jam 5 petang hingga 4 pagi itu, enam lelaki ditahan membabitkan beberapa premis.

Dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM11.56 juta dan rampasan itu terbesar di negeri itu dalam tempoh tiga tahun.

Selain dadah, polis turut merampas wang tunai RM30,660, dua kereta jenis Proton serta peralatan memproses dadah.

Semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari.

MyMetro

Aksi nakal penyanyi Miley Cyrus di MTV Video Music Awards

 Aksi nakal penyanyi Miley Cyrus yang berbikini semasa tampil duet bersama Robin Thicke ketika menghibur sejumlah penonton di acara MTV Video Music Awards 2013 di New York, (25/8). REUTERS/Lucas Jackson






Ngeri! Foto kaki yang rosak kerana sering pakai high heels

Scan kaki 3D (Foto: News.com.au)

Peminat kasut tumit tinggi perlu waspada. Sudah lama diketahui bahawa pemakaian kasut tumit tinggi boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan pada kaki. Yang belum ramai tahu adalah, hasil pemeriksaan 3D menunjukkan kerosakan yang ditimbulkan ternyata lebih parah dari perkiraan.

Kasut tumit tinggi boleh merosakkan kaki kerana memfokuskan berat badan dengan cara yang berbahaya. Dengan menumpu berat badan pada hujung kaki, sepatu tumit tinggi mendorong tulang keluar dari tempatnya, menyebabkan kesakitan dan kecacatan lain. Seiring waktu, sendi akan menjadi rosak.

"Dengan sepatu tumit tinggi, jari-jari kaki dihapuskan di dalam kasut. Semakin stiletto (runcing) bentuknya, semakin buruk kesannya. Jari-jari kaki tidak hanya dihapuskan, tapi dalam posisi mencakar juga," kata ortopedis, Dr Andy Goldberg, seperti dilansir News.com.au, Selasa (27/8/2013).

Meskipun demikian, dr Goldberg menyatakan bahawa tak ada salahnya memakai kasut tumit tinggi untuk sementara, sebab kedudukan itu sebenarnya merupakan posisi langkah kaki yang biasa dilakukan. Memakainya selama 1 atau 2 jam untuk bergaya di pesta tidak akan menjadi masalah.

Tapi jika memakainya selama 8 jam sehari selama bertahun-tahun, gangguan pada akhirnya akan muncul. Dr Goldberg yang merupakan pakar kaki dan pergelangan kaki di Hospital Orthopedi Royal National London Utara ini mengatakan, hasil scan 3D dari mesin PedCAT menunjukkan masalah yang lebih besar daripada yang dijangkakan sebelumnya oleh doktor.

Mesin yang menghasilkan foto scan 3D tulang dan sendi yang terperinci ini menggambarkan, bahagian-bahagian tertentu dari kaki tak hanya menyimpang, tetapi juga memainkan dan beralih turun. Selain itu, sesamoid atau struktur kecil berbentuk kebulatan yang terdapat di dasar ibu jari kaki akan copot kerana menyesuaikan berat badan.

"Pengimbas memberi kita lebih banyak maklumat. Ini menunjukkan kecacatan (perubahan bentuk) akibat memakai kasut tumit tinggi jauh lebih rumit dari yang kita duga sebelumnya," kata dr Goldberg.

Kaji selidik yang dilakukan di hospital dan klinik pergelangan kaki mendedahkan bahawa lebih dari separuh pesakit pernah merasa sakit dan tidak selesa apabila memakai kasut tumit tinggi. Hampir 90 peratus pemakai kasut tersebut juga mengalami kesulitan mencari kasut yang selesa.

Menurut dr Goldberg, adanya orang yang mengatakan bahawa pasaran tapak kaki yang ergonomik dan selesa berkembang cukup pesat patut diduga kerana orang tersebut enggan mengakui bahawa penggunaan sepatu tumit tinggi agak mengganggu. Walaupun selepas kerosakan yang muncul dirawat dengan pembedahan, kebanyakan pesakit masih berkeras menggunakan stiletto lagi.

health.detik.com


Gadis ini dibunuh kekasihnya ketika sedang buang air kecil

Pembunuhan Putri Rahmawati. ©2013 Merdeka.com

Putri Rahmawati (24) maut dikelar di leher oleh kekasihnya sendiri, Herman. Ternyata Herman melaksanakan ketika Rahmawati sedang buang air kecil di bilik mandi.

"(Dibunuh) di bilik mandi, sedang kencing," ujar seorang anggota Polda Metro Jaya (PMJ) mencari barang bukti berupa sebilah pisau di saluran air, Jalan Raya Jatiwaringin, Selasa (27/8) awal pagi.

Anggota berbadan besar dan tegap itu menerangkan, sebelum dikelar, pelaku menusukkan pisau terlebih dahulu ke leher mangsa ketika sedang buang air kecil. Kedudukan pelaku saat itu membelakangi mangsa.

Kerana itu, diyakini mangsa sempat melawan, sehingga tangan kirinya terluka. Namun, akhirnya mangsa tewas di lokasi kejadian.

"Ditusuk dulu awalnya," kata petugas yang mengenakan kaos warna hijau tersebut.

Kes pembunuhan sadis ini, terungkap setelah Herman Sumantri (24) kekasih korban menjalani pemeriksaan intensif selama 2x24 jam lebih. Bahkan, penyidik ​​Polda Metro Jaya membantu mengungkap kes tersebut, hingga akhirnya pelaku mengakui perbuatannya.

Penyiasat saat ini tengah mencari barang bukti yang dibuang suspek di saluran air, di pinggir Jalan Raya Jatiwaringin, samping kanan gang keluar rumah kontrakan suspek.

Tercatat dua kali penyiasat datang ke lokasi. Pertama pasukan yang terlihat lima orang turun dari kereta itu datang sekitar pukul 20.00 WIB. Namun kerana warga berdatangan, petugas kemudian meninggalkan lokasi.

Kira-kira dua jam kemudian, petugas kembali datang. Namun, saat dilakukan carian, pegawai belum menemukan, kerana lumpur di saluran air tersebut sangat dalam. Maklumatnya, petugas akan melakukan carian pada awal hari melibatkan warga sekitar.

Seperti diketahui, Putri Rahmawati ditemui mati dalam keadaan telanjang di bilik mandi rumah kontrakan pacarnya, Herman Sumantri (24) di Jalan Raya Jatiwaringin, Gang Swadaya 1 RT 1/2, Kelurahan Jatiwaringin, Kecamatan Pondokgede, Kota Bekasi, Sabtu (24/08) sekitar pukul 20.00 WIB. Hingga kini polis belum mengungkap motif Herman membunuh Rahmawati

merdeka.com


Kerana cinta, dua lelaki sepakat berkongsi isteri

Sylvester Mwendwa. | Daily Nation/BBC
 
NAIROBI - Dua lelaki Kenya menandatangani sebuah perjanjian untuk "menikahi" seorang perempuan yang sama.

Perempuan ini diketahui mempunyai hubungan asmara dengan dua lelaki tersebut selama lebih dari empat tahun dan dia menolak untuk memilih satu di antara mereka untuk dijadikan suami.

Dua lelaki yang diketahui bernama Sylvester Mwendwa dan Elijah Kimani itu kemudian membuat perjanjian untuk "berkongsi isteri" dengan membuat jadual tinggal di rumah sang wanita.

Mereka juga berjanji untuk membantu membesarkan setiap anak hasil cinta mereka dengan si isteri.

Mwendwa kepada BBC mengatakan bahawa dia mencintai perempuan tersebut dan mengatakan kontrak perjanjian ini akan "memasang batas" dan "menjaga keamanan."

Kuasa undang-undang mengatakan "perkahwinan" hanya boleh diakui apabila mereka boleh membuktikan poliandri - di mana seorang wanita mempunyai lebih daripada satu suami - sebagai sebahagian daripada kebudayaan mereka.

Wartawan BBC di Nairobi, Kenya, melaporkan poliandri tidak umum diamalkan di setiap komuniti di Kenya.

Warga juga mengaku kaget atas "perkahwinan" ini, dan menilai hal tersebut tidak pantas dalam kebudayaan, agama atau undang-undang mereka.

Bagaimanapun, Mwenda tetap membela "perkahwinan" ini dengan mengatakan bahawa dia mungkin telah melanggar undang-undang, tetapi dia memutuskan untuk melakukan perjanjian dengan Kimani untuk menamatkan persaingan mereka.

"Akan menjadi sangat berbahaya apabila lelaki lain akan datang ke rumahnya dan menangkap saya ... Jadi perjanjian ini adalah bagus untuk memasang batas dan membantu kami menjaga keamanan."

Tidak cemburu

Perkahwinan ini juga mendapat kelulusan daripada pegawai dasar komuniti setempat Adhalah Abdulrahman yang meminta kedua lelaki tersebut menikahi satu perempuan setelah dia melihat mereka berkelahi di kediaman perempuan itu di Mombasa, demikian laporan akhbar tempatan Daily Nation.

"Kami bersetuju bahawa mulai hari ini kami tidak akan mengancam atau cemburu kepada isteri kami, yang mengatakan dia tidak bersedia melepaskan satu diantara kami," demikian isi kesepakatan tersebut seperti yang dilaporkan televisyen Kenya, NTV.

"Setiap orang akan menghormati hari yang dijadualkan bagi masing-masing. Kami sepakat untuk saling mencintai dan hidup dalam kedamaian. Tidak ada yang memaksa kami untuk membuat perjanjian ini," tambahnya.

Mwendwa mengatakan orang tua sang perempuan juga memberikan doa restu, dan dia merancang untuk memberikan mahar pernikahan.

Perempuan yang diketahui seorang janda beranak dua tersebut meminta agar namanya dirahsiakan.

Mwenda kepada BBC mengatakan dia menikahi perempuan itu bukan kerana untuk keperluan seksual, tetapi kerana dia mencintainya dan terutama anak-anaknya.

"Saya belum pernah dipanggil ayah dan dua anaknya memanggil saya ayah," katanya.

Dia berharap mempunyai anaknya sendiri dengan perempuan itu, tetapi keputusannya ada di tangan perempuan.

"Dia seperti pengadil penengah. Dia boleh mengatakan ingin memiliki anak dari saya atau rakan saya," katanya.

kompas

30 ahli kumpulan kongsi gelap dicekup

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh tiga hari lalu, polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya memberkas 1,911 individu termasuk 30 ahli kumpulan kongsi gelap yang dikehendaki dalam Ops Cantas Khas di seluruh negara.

Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 30-an tersebut diberkas dalam operasi bermula Jumaat lalu.

Antara anggota kongsi gelap yang diberkas termasuk Geng 04, Geng 08, Geng 555, Geng Raj dan Geng Raj 18.

Geng 04 menggunakan logo Nazi dan merupakan kumpulan samseng paling berpengaruh serta terkenal di Pulau Pinang. Mereka merekrut pelajar sekolah dan lelaki dewasa untuk mengedar dadah serta peras ugut.

Geng 08 juga dianggotai oleh kaum India yang terlibat dalam kes jenayah berat seperti bunuh, dadah, peras ugut, wang palsu dan senjata api. Mereka menggunakan naga sebagai logo kumpulan di sebelah kiri anggota badan yang mempunyai bulatan hitam atau merah.

Kosmo!


1,000 samseng bakar rumah, kedai

Yangon: Keganasan agama terbaru meletus di bahagian barat laut Myanmar lewat kelmarin apabila kira-kira 1,000 samseng membakar berpuluh-puluh rumah dan kedai selepas khabar angin menyatakan seorang wanita muda diserang secara seksual oleh seorang lelaki Islam. Tiada kecederaan dilaporkan.

Sekumpulan penduduk mengepung balai polis menuntut suspek diserahkan kepada mereka, kata seorang pegawai polis dari kawasan itu yang enggan dikenali. Apabila polis enggan, mereka mengadakan rusuhan dan mula membakar bangunan terbabit, katanya.

Sami radikal Myanmar Wirathu, yang sering mengadakan ceramah anti Islam mengirimkan kenyataan menerusi laman Facebook dan berkata ratusan penduduk mengambil bahagian dalam rusuhan di pinggir Kantbalu.


Rumah dimusnahkan

Kira-kira 35 rumah dan 12 kedai, kebanyakannya milik penduduk Islam dimusnahkan sebelum keadaan tenang kembali pulih, katanya.

Myanmar, negara yang mempunyai 60 juta penduduk dengan majoritinya beragama Buddha kerap terbabit dengan keganasan agama sejak pemerintah tentera negara itu menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam pada 2011.

Lebih 250 orang dibunuh, kebanyakannya penduduk Islam, manakala 140,000 lain terpaksa melarikan diri dari rumah mereka. Rusuhan bermula tahun lalu di negeri barat Rakhine, di mana penduduk Buddha menuduh masyarakat Islam Rohingya secara haram memasuki negara itu dan menceroboh tanah mereka.

Keganasan itu, dalam skala kecil namun menyebabkan kematian, tersebar awal tahun ini ke bahagian lain Myanmar dan menimbulkan perasaan prejudis terhadap umat Islam. AP

BH 

Mike Tyson dakwa di ambang maut akibat dadah, alkohol

Los Angeles: Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson, mendakwa beliau berada di ambang kematian akibat penggunaan dadah dan masalah alkohol berterusan.
Tyson, 47, mengaku beliau ialah penagih dadah tegar tetapi sentiasa berharap dapat meninggalkan tabiat itu.

Maafkan saya “Saya berharap mereka dapat memaafkan saya, saya mahukan kehidupan berbeza sekarang. Saya mahu menikmati kehidupan tenang. Saya tidak mahu mati.


“Saya di ambang kematian kerana ketagihan alkohol.

“Saya pernah melakukan perkara jahat. Saya banyak melakukan perkara tidak baik, saya mahu dimaafkan,” kata Tyson dalam rancangan Friday Night Fight di saluran ESPN.

Pada usia 20 tahun, pada 1987, Tyson itu memegang rekod sebagai peninju termuda menang gelaran heavyweight WBC, WBA dan IBF.

Namun lima tahun kemudian, peninju kelahiran Brooklyn itu disabitkan bersalah merogol Desiree Washington dan dijatuhkan hukuman penjara enam tahun.

Beliau kembali ke gelanggang tetapi bersara pada 2006 dan setahun kemudian dipenjarakan 24 jam dan diarah melakukan khidmat kemasyarakatan selama 360 jam kerana memiliki dadah dan memandu dalam keadaan mabuk.

Tyson, yang kini bekerja sebagai promoter tinju berkata: “Saya harap mereka dapat memaafkan saya. Saya mahu mengubah cara hidup.

“Saya tidak mabuk atau mengambil dadah selama enam hari, dan ia satu keajaiban bagi saya. Saya berbohong kepada semua orang yang saya sudah tenang tetapi sebenarnya tidak. Ini hari keenam saya. Saya tidak akan mengambilnya lagi.” AGENSI

BH

Asmaa el-Beltagi gadis 17 tahun, syuhada Mesir

Asmaa el-Beltagi
Gadis pintar berumur 17 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, namun akibat tindakan kejam tentera Mesir dia tidak sempat merealisasikan cita-citanya.

Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada Setiausaha Agung Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Beltagi adalah salah seorang daripada 525 yang syahid selepas pihak berkuasa kerajaan sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan di ibu negara, 14 Ogos lalu.

Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat: Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!

Ketika tentera melancarkan operasi mengusir kumpulan penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed  Mursi, Asmaa bersama ibunya sedang membantu mangsa cedera yang ditempatkan berhampiran khemah di Dataran Rabaa al-Adawiya.

Walaupun masih berumur belasan tahun, perwatakan dan sikapnya mencerminkan tingkah lakunya sebagai gadis yang matang. Asmaa tidak gentar dengan ancaman tentera, dia meneruskan usaha membantu saudaranya yang cedera hingga akhirnya remaja itu rebah berhampiran podium di dataran tersebut selepas ditembak pada bahagian dada dan belakangnya.

Menurut abangnya, Asmaa meninggal dunia kerana tidak dapat menjalani pemindahan darah akibat kecederaan yang dialaminya. Impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah perubatan dan menyertai aktiviti bantuan global terpaksa berkubur.

Asmaa juga pernah bercita-cita untuk menyertai misi kemanusiaan, Freedom Flotilla dengan menaiki Mavi Marmara bersama bapanya. Teman baiknya, Ethar Yousef menyatakan Asmaa menjadi insan bertanggungjawab yang meniup semangatnya untuk menyertai tunjuk perasaan aman membantah rampasan kuasa oleh tentera.

"Dia percaya, rakyat akan kembali menderita jika tentera kembali memerintah negara itu," katanya.

Asmaa juga aktif menyertai beberapa siri protes yang dianjurkan di negara tersebut sejak revolusi kebangkitan rakyat pada 2011. Pada 3 Julai, Asmaa nekad untuk terus berada di Dataran Rabaa al-Adawiya selepas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi.

Gadis itu sentiasa memegang al-Quran dan berada di sisi bapanya untuk memberi sokongan moral. Sejam sebelum insiden menyayat hati itu, Asmaa dilihat bertungkus-lumas mengutip batu-bata yang digunakan oleh saudaranya untuk membina sekatan di dataran tersebut.

Bagaimanapun, penyusunan semula tugas yang dibuat oleh penganjur rupa-rupanya telah menjadi perjuangan terakhirnya. Asmaa juga sempat mengemas kini status terakhir di dalam Facebooknya: "Mereka membunuh kita di saat kita sedang rukuk dan sujud, Berdoalah wahai hamba ALLAH, semoga akan datang pasukan sokongan seperti ombak di lautan,"

Selain itu, mesej terakhirnya menerusi Twitter juga memaparkan: "YA ALLAH, kami tiada sesiapa melainkan-Mu, YA ALLAH,"

Bagi memperingati perjuangan Asmaa, beberapa teman baiknya telah melancarkan akaun khusus di laman sosial termasuk simbol R4BIA yang didedikasikan khas oleh aktivis Turki untuk ikon revolusi itu.


Buat anak kesayanganku, Asma el-Beltagy,

Ayah tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu kerana esok kita akan bertemu lagi.
Kau telah mengabdikan hidupmu untuk menentang kezaliman bagi membina semula negara ini.
Ayah tidak mendapat masa yang cukup untuk dihabiskan bersamamu terutamanya ketika ayah tidak dibenarkan untuk menemanimu.

Kali terakhir kita duduk bersama di Dataran Rabaa Al Adawiya, kau pernah bertanya, "Walaupun ayah bersama kami, ayah tetap sibuk," dan ayah menjawab 'Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati.

Jadi, ayah berdoa kepada ALLAH semoga kita akan dapat menikmati hidup bersama di syurga,"
Dua hari sebelum kau dibunuh, ayah bermimpi melihat kau memakai baju pengantin berwarna putih yang menyerlahkan lagi kecantikanmu.

Ketika itu, ayah bertanya, "Adakah ini malam perkahwinanmu?" kau menjawab, "Tidak ayah, ia akan 'dilangsungkan' pada waktu tengah hari."
Selepas ayah menerima berita bahawa kau terkorban pada tengah hari (14 Ogos), barulah ayah mengerti maksud mimpi tersebut.

Kematianmu sebagai syuhada telah mengukuhkan lagi kepercayaan ayah bahawa kita berada di pihak yang benar.

Wahai anakku, hingga kini, ayah berasa amat sedih kerana tidak dapat melihat kau buat kali terakhir; tidak dapat mengucup dahimu dan tidak dapat mengimamkan solat jenazahmu.
Demi ALLAH, ayah tidak hadir bukan kerana takut dengan ancaman sekeliling tetapi ayah telah berikrar untuk meneruskan dan menamatkan perjuangan kita.

Akhir kata, wahai puteri kesayanganku,
Ayah tetap tidak akan mengucapkan selamat tinggal kerana kita mungkin akan bertemu lagi di syurga dan ayah berharap doa ini akan dimakbulkan ALLAH SWT, Insya-ALLAH.


Ayahmu, Mohammed Beltagi

Sinar Harian


Premis diserbu, tukang urut lari bogel

Wanita warga Vietnam yang menjalankan perkhidmatan B2B ditahan

SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel  selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini,  diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.

Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.

Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.

Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sinar Harian

Jamban meletup! tiada yang cedera kerana penghuni tiada di rumah

KEADAAN tandas ala Jepun milik keluarga Liu yang meletup.

Beijing: Sebuah tandas mewah ala Jepun atau “washlet” yang dibeli satu keluarga di Dongguan, wilayah Guangdong meletup baru-baru ini.

Akhbar Southern Metro Daily semalam melaporkan, keluarga Liu bernasib baik kerana tiada di rumah ketika kejadian berlaku.


Mereka yang pulang kira-kira jam 9 malam mendapati pangsapuri mereka mempunyai kesan abu dan bau terbakar yang datang dari arah bilik air.

“Saya membuka pintu dan dalam rumah diselubungi asap hitam dengan bau plastik terbakar. “Saya berundur kerana tidak tahan dengan bau hangit itu,” kata isteri Liu. Bilik air di kediamannya rosak teruk dengan dipenuhi jelaga dan sisa tandas yang meletup itu.


Polis menganggarkan tandas elektronik itu meletup antara jam 6 petang hingga 9 malam. Keluarga itu juga bernasib baik kerana letupan menyebabkan paip air bocor dan secara tidak langsung memadamkan api sebelum ia sempat marak.


Siasatan awal mendapati kerugian dialami keluarga itu akibat letupan tandas itu ialah 300,000 yuan (RM161,881). Syarikat Dongpeng yang mengeluarkan tandas itu mendakwa model dimiliki keluarga Liu tidak lagi dikeluarkan.

“Kejadian sedemikian tidak pernah berlaku,” kata jurucakap syarikat itu. - Agensi

MyMetro


Ceroboh rumah, noda bekas isteri

Kuala Lumpur: Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun kerana gagal mengawal nafsu dia menceroboh rumah isterinya di Sungai Besi, di sini, sebelum membelasah dan merogol wanita itu.

Malah mangsa berusia 35 tahun diperlakukan dengan kejam sehingga cedera di muka dan badan turut diugut bunuh lelaki berusia 30-an itu jika melaporkan kejadian itu kepada polis.


Selepas ‘hajatnya’ tercapai, tanpa rasa bersalah lelaki itu terus beredar meninggalkan mangsa.

Sumber polis berkata, akibat kejadian itu yang berlaku Khamis lalu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, suspek datang ke rumah mangsa yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja jam 11 pagi.


“Suspek meminta anak lelaki mereka berusia 13 tahun membuka pintu. Bagaimanapun anaknya tidak mempunyai kunci rumah kerana disimpan ibunya. “Suspek membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua dan sebaik masuk, suspek menuju ke bilik isterinya dan mengajak mangsa mengadakan hubungan seks,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan suspek menampar pipi serta mencekik leher wanita itu sebelum merogolnya.

MyMetro

Kajian: Pertama kali bertemu wanita, lelaki akan pandang mata

Saat pertama kali bertemu seseorang, bahagian tubuh mana yang pertama kali dilihat? Tentu lelaki dan wanita punya keutamaan yang berbeza. Banyak orang beranggapan lelaki akan langsung menatap payudara.

Sebuah syarikat pembuat ubat mata berjenama Murine dari Britain melakukan kajian untuk mencari apa yang pertama kali dilihat seseorang pada lawan jenis. Ternyata sebahagian besar responden menjawab mata.

"Mata biasanya memberitahu kita banyak perkara tentang seseorang, jadi kita tak terkejut jika mendapati mata adalah bahagian yang paling menarik dari lawan jenis," kata jurucakap  murine seperti dilapor Daily Mail, Sabtu (24/8/2013).

Kajian dilakukan terhadap 1,000 orang wanita dan 1,000 orang lelaki. Kesemua responden ditanya bahagian badan apa yang dilihat pertama kali ketika bertemu lawan jenis. 70 peratus responden lelaki menjawab mata, begitu juga sebagian besar wanita.

Hasil kajian ini seolah menegaskan bahawa sebenarnya lelaki dan wanita tidak jauh berbeza daripada yang dijangka sebelumnya. Sebab kaji selidik ternyata juga mendapati bahawa hal kedua yang dilihat oleh lelaki mahupun wanita pada lawan jenis adalah senyuman.

Senyuman yang menawan jatuh di urutan nombor dua. Sementara payudara yang dianggap sasaran utama lelaki malah jatuh pada posisi tiga, manakala wanita melihat ketinggian badan lelaki. Hal terakhir yang dilirik wanita adalah kulit lawan jenis, manakala lelaki paling jarang menatap hidung wanita.

"Penyelidikan ini hampir menghancurkan stereotaip umum bahawa perkara pertama yang dilihat lelaki adalah payudara, ternyata malah muncul di nombor tiga, jadi tak banyak merubah anggapan umum," tambah jurucakap murine.

Analisis sama dilakukan syarikat syampu Pantene, namun hasilnya mendapati bahawa rambut adalah yang pertama kali dikesan oleh 60 peratus lelaki dari seorang wanita. Para lelaki tersebut mengaku lebih suka wanita berambut cantik dibandingkan wanita berpayudara besar.

health.detik.com

Alam rumahtangga: 'Saya tak pernah disentuh'

ADA sesuatu tentang dia yang gagal saya kesan meski pun telah berkenalan bertahun-tahun lamanya. Zahirnya perkahwinan kami nampak bahagia di pandangan keluarga dan sahabat handai.

Tapi di sebalik senyuman manis dan kebahagiaAn itu, terselit duka yang akhirnya membawa kepada penceraian.

Sukar dinyatakan puncanya, perkahwinan yang berusia setahun lebih yang cuba dipertahankan akhirnya kecundang jua.

Saya dan suami membina hubungan atas dasar cinta yang membawa kami ke gerbang perkahwinan.

Namun, saya tidak menyangka suami tidak dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna.

Sebagai isterinya yang sah saya tidak pernah menerima hak batin yang sepatutnya dia berikan.

Kesibukan tugas si suami sering kali diberikan alasan, dan hampir enam bulan berumah tangga, saya masih belum disentuhnya.

Hanya doa dan air mata, penguat semangat. Kehidupan kami sebagai suami isteri seolah-olah ‘berpura-pura’.

Kelihatan bahagia di depan orang, sedangkan asing di rumah sendiri.  Sering kali apabila ditanya, bila akan menimang zuriat saya hanya tersenyum kelat.

Saya hanya mampu memberikan jawapan, rezeki belum tiba lagi. Hanya ALLAH SWT memahami apa yang saya rasakan. Kepada keluarga kedua belah pihak, saya cuba rahsiakan. Bimbang mengaibkan suami.

Pada awalnya, saya memikirkan yang suami mempunyai masalah kesihatan dan sebab itu dia seringkali mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Oleh sebab itu, saya cuba mencari alternatif sendiri dengan  mendapatkan khidmat ustaz yang boleh merawat.

Saya juga berusaha membawa suami mendapatkan nasihat doktor pakar. Namun, ikhtiar saya mendapat reaksi negatif suami.

Pelbagai alasan diberikan. Akhirnya, segala usaha hanya sia-sia. Suami mula berubah tingkah laku. Dia tidak pulang ke rumah dengan alasan kerja lebih masa.

Pembohongan demi pembohongan, katanya kursus sana sini. Alasan yang kadang kala tidak masuk akal. Saya mula hilang sabar.

Penat dengan kerenah dia yang tidak cuba menyelesaikan masalah, sebaliknya mengusutkan lagi keadaan kami.

Setahun lebih memandam perasaan, saya nekad ke pejabat agama. Sesi kaunseling antara kami diharapkan dapat menyelamatkan hubungan.

Sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya, dia bernafsu terhadap lelaki. Saya akhirnya redha. Puas saya berusaha, tapi ini balasannya. Mungkin perkahwinan ini tiada ertinya bagi dia lagi.

Akhirnya saya nekad bercerai. Jika diteruskan lagi, hidup saya akan lebih derita. Mia, 30,   Selangor


APA KATA PAKAR,
Datuk  Amli Embong, Peguam Syarie

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah.

Tuntutan-tuntutan itu ialah, tuntutan mutaah, tuntutan nafkah eddah, tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak), tuntuan nafkah anak, tuntutan harta sepencarian dan tunggakan hutang.

Bagaimanapun, tuntutan tuntutan ini tertakluk kepada syarat dan kebenaran Mahkamah Syariah selepas melalui prosedur tertentu yang ditetapkan mahkamah.

Si isteri boleh membuat rujukan kepada pihak-pihak sepatutnya untuk mendapatkan maklumat dan prosedur permohonan, sama ada menerusi lantikan peguam atau ke pejabat ugama berdekatan.

Dalam hal puan tadi, yang mana mempunyai suami yang cenderung kepada lelaki dan tidak mampu memberikan nafkah batin kepada si isteri, isteri wajar meminta cerai.

Sekiranya suami setuju cerai cara biasa tidak ada masalah bagi kedua-dua pihak. Namun, sekiranya suami tidak setuju menceraikan isteri, isteri boleh membuat permohonan fasakh di mahkamah.

Dan alasan itu (suami tidak pernah sentuh) adalah alasan kukuh untuk mahkamah membenarkan permohonan cerai.

Dari segi tuntutan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira mengenai tuntutan apakah yang boleh dibuat isteri.

Dalam kes ini, isteri yang tidak disentuh suami bererti masih anak dara. Oleh yang demikian isteri tidak mempunyai tempoh edah ketika bercerai.

Isteri tidak perlu menjalani edah selama tempoh tiga bulan seperti disyariatkan agama sebaliknya bebas dinikahi pada bila-bila masa selepas bercerai.

Isteri boleh membuat tuntutan mutaah atau saguhati perkahwinan daripada suami. Dan sekiranya dalam tempoh selama perkahwinan suami tidak pernah memberi nafkah kepada isteri, isteri boleh menuntut nafkah tertunggak daripada bekas suami melalui mahkamah.

Begitu juga dengan soal harta sepencarian. Isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian daripada suami.

Sinar Harian