Google Earth temukan piramid dan UFO di Area 51?


Tak banyak maklumat yang boleh kita cari dari Area 51 sebab lokasi ini sangat dirahsiakan oleh kerajaan Amerika Syarikat, tidak banyak data yang boleh di cari untuk apa sebenarnya Area 51 ini dibuat.

 Namun ramai orang yang percaya Area 51 ini dibuat untuk menguji teknologi pesawat pejuang terbaru milik Amerika Syarikat, namun ramai juga orang yang percaya Area 51 digunakan untuk mengkaji UFO dan Alien, bahkan khabarnya ada hangar besar yang digunakan untuk menyimpan pesawat pesawat UFO, namun kebenaran ini sampai saat ini masih menjadi sangat rahsia dan misteri.

Pada 21 Julai 2013, foto yang diambil Google Earth di Area 51 mendapati bahawa ada bangunan berbentuk piramid dengan dua objek yang diduga pesawat UFO terbang di sekitarnya. Foto tersebut diambil pada koordinat 37 5'45 .66 "N 116 5'35 .77 di Area 51.

"Piramid ini dijumpai di kawasan 51. Berhampiran Piramid ada dua pesawat yang melayang. Kerana struktur bentuk piramid (yang dibuat), itu memberitahu kita bahawa (mungkin) para saintis dan tentera tidak ingin bertemu makhluk angkasa luar tanpa tata wilayah yang sesuai, "kata Scott C. Waring, seorang pemerhati UFO, seperti dinukil BeforeItsNews.

Apakah benar Area 51 memang digunakan untuk kajian Alien dan tempat menyimpan pesawat pesawat UFO?.

palingseru.com


Ketahui khasiat air tebu

Foto: Google

Menurut Organic Lifestyle Magazine, jus tebu merupakan satu alternatif sihat berbanding gula pasir.

Majalah itu menjelaskan, air tebu mengandungi fruktos dan glukos yang tidak memerlukan tindak balas insulin untuk metabolisme jika dibandingkan dengan gula yang berasaskan sukros.

"Sebabnya, tubuh manusia menjalankan proses metabolisme berasaskan gula tumbuhan ini dalam hati dan bukan dalam usus kecil. Fruktos dan glukos daripada jus tebu akan diserap lebih perlahan berbandingkan sukros dan tidak menyebabkan perubahan mendadak dalam paras gula darah," menurut majalah itu.

Pakar kesihatan percaya, walaupun jus tebu tidak mengandungi kumpulan vitamin seperti A, C atau E, ia masih mengandungi antioksidan daripada bahan flavonoid dan fenol.

Flavonoid adalah penentang virus, alergi, keradangan, tumor serta membawa kesan antioksidan dalam tubuh manusia.

Jus tebu diperoleh dengan memerah batang tebu yang telah dikupas kulitnya menggunakan mesin pemerah yang diputar dengan tangan atau mesin. Jus itu lebih enak jika diminum sejuk.

Ia sememangnya popular dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana jus itu mudah didapati di banyak lokasi.

Di Malaysia, air tebu boleh didapati di seluruh negara terutama di gerai tepi jalan dan di medan selera. Ia juga dibotolkan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Jus tebu juga mempunyai kalori tinggi untuk membekalkan tenaga kerana kandungan gulanya.


Pelik! Wanita ini tahu sedang hamil 15 jam sebelum melahirkan

Amanda Ross dan bayinya (Foto: SWNS)

Yate - Seorang wanita dari Yate, Britain melahirkan bayinya hanya 15 jam selepas mengetahui dirinya sedang hamil. Hal ini telah membuat wanita bernama Amanda Ross ini sangat terkejut.

Awalnya, Ross pergi ke hospital hanya untuk memeriksakan perutnya yang sakit. Dia mengira itu hanya kekejangan perut.

Wanita berusia 41 tahun ini berfikir hanya perlu ubat untuk menghilangkan rasa sakitnya. Tapi, doktor mengatakan bahawa rasa sakit yang dirasakan itu kerana dia sedang hamil tujuh bulan.

Pernyataan doktor tersebut telah membuatnya dan kekasihnya, Paulus terkejut. Seletah 15 jam Ross dinyatakan hamil, dia melahirkan bayi perempuan yang telah diberi nama Chloe dengan pembedahan Caesar.

"Reaksi pertama saya ketika mereka beritahu saya hamil membuat saya terkejut. Saya tidak tahu, tidak pernah ada morning sickness atau ada yang menendang di perut saya," kata Ross. Demikian dipetik dari Mirror, Selasa (30/7/2013).

okezone

Seorang Pastor Singapura dikecam kerana sebut Tuhan minta maaf kepadanya

Foto: AFP

SINGAPURA - Pernyataan seorang pastor Singapura, Kong Hee telah menuai kontroversi. Bagaimana tidak, Kong Hee dalam khutbahnya Selasa (30/7/2013) menyebut bahawa Tuhan telah meminta maaf kepadanya.

Dalam khutbah yang dimuat naik ke laman YouTube itu terdengar di hadapan orang ramai, Kong menceritakan soal permintaan maaf Tuhan itu.

"Saya mendengar Tuhan menangis, Dia berkata, 'Anakku, Kong, terima kasih. Saya ingin kamu melewati masa-masa sulit ini sendirian dengan sekuat mungkin, Saya (Tuhan) meminta maaf, tapi sekali lagi kamu harus berjuang sendiri, supaya misi mengubah generasi ini dapat diwujud ', "kata Kong disambut tepuk tangan riuh pengikutnya.

Kong kemudian menambah, "Untuk pertama kali dalam lapan bulan, saya mendengar Tuhan berkata, 'Kong, Saya mencintai kamu, saya menyayangi kamu'."

Kong menegaskan, dia percaya krisis yang sedang dialaminya akan berakhir dengan bahagia.

Ketika ini, Kong sedang terlilit kes dugaan korupsi. Pimpinan Gereja City Harvest ini dituduh rasuah bernilai 23 juta dollar Singapura.

Dana yang diselewengkan itu diduga dipakai untuk membiayai karier muzik Sun Ho, isteri Kong, yang kini berada di Hollywood, Amerika Syarikat.

Video khutbah Kong itu menuai kritikan pedas dari masyarakat Singapura.

"Sungguh lancang dia membandingkan dirinya dengan Tuhan, mendengar Tuhan meminta maaf kepadanya atas kes korupsinya sangat menggelikan," ujar seorang mahasiswa yang menolak disebutkan namanya.

Seorang umat Kristian lain menyebut doktrin yang diajarkan Kong jelas-jelas salah.

Namun, jemaah Gereja City Harvest cuba membela pastornya itu.

"Masyarakat telah salah mentafsir maksud Pendeta Kong, pada dasarnya Tuhan ingin menunjukkan simpati kepada beliau," tegas seorang jemaah.

kompas


Tangisan seorang lelaki kerana takut dimarahi isteri

Kereta yang digunakan suspek diperiksa anggota polis.

KULIM - Seorang pengawal keselamatan menangis meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isterinya selepas ditahan akibat mengambil dadah dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar jalan Sungai Ular menghala ke Taman Seri Mahkota.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek berusia 20 tahun itu dilihat memotong kenderaan awam dipandu polis.

"Apabila tiba di kawasan perindustrian Sungai Ular, tiga kenderaan polis berhenti di tepi jalan. Bagaimanapun, polis curiga kerana kenderaan dipandu suspek turut berhenti dan memasang lampu kecemasan.

“Apabila kenderaan polis mula bergerak, suspek dilihat memecut laju ke arah kilang lama. Curiga dengan keadaan suspek, polis memburunya. Dalam usaha melarikan diri, suspek gagal berhenti di enam lampu isyarat," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, apabila tiba di simpang tiga jalan Kilang Lama, polis memintas kereta suspek yang cuba mengundurkan keretanya bagaimanapun dihalang oleh van polis yang ada di belakangnya.

Katanya, dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui plastik lut sinar dipercayai bekas menyimpan dadah. Selain itu, beberapa peralatan untuk menghisap dadah turut ditemui di dalam beg di bahagian belakang kereta suspek.

"Suspek menyatakan semua peralatan serta bungkusan dadah yang sudah dihisap itu dimiliki abangnya. Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan polis mendapati suspek positif dadah dan akan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.

"Ketika kenyataan diambil, suspek menangis dan meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isteri yang baru dinikahinya tujuh bulan lalu. Menurut suspek, isterinya memberi amaran supaya jangan menghisap dadah," katanya.

Sinar Harian

Ibu cekup anak bercengkerama dengan guru

London: Deria rasa seorang ibu mendorong seorang wanita cuba memerangkap dan mengejutkan anak perempuannya yang disyaki bercengkerama dengan pasangan lelaki.

Namun, perangkap itu wanita terbabit lebih terkejut apabila mendapati anak perempuannya membawa masuk seorang guru lelaki.


Media semalam melaporkan wanita terbabit keluar rumah seperti biasa, tetapi pulang jauh lebih awal untuk memerangkap anaknya. Sebaik tiba di rumah, wanita terbabit mencari pelajar lelaki yang disyaki menjadi pasangan anaknya yang baru berusia 16 tahun.

Selepas mencari di merata tempat, wanita itu akhirnya menemui seorang guru matematik bersembunyi di bawah katil remaja terbabit.

Kejadian berlaku pada hari terakhir penggal persekolahan.


Wanita itu kemudian menghubungi polis dan guru lelaki berusia 35 tahun berkenaan ditahan untuk siasatan di Bolton.

Sumber berkata, remaja perempuan dan guru matematik itu pulang ke rumah kerana menyangka tiada sesiapa di kediaman itu.

“Tetapi, ibunya pulang lebih awal daripada dijangka dan mengejutkan mereka.


“Dia masuk ke bilik anak perempuannya dan menemui guru berkenaan bersembunyi di bawah katil. Ia cukup mengejutkannya,” katanya.


Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan enggan menyatakan sama ada guru terbabit digantung perkhidmatan atau sebaliknya.


Bagaimanapun dia mengesahkan guru terbabit dinilai sebagai “luar biasa” dalam tugasannya di sekola. Pegawai di sekolah itu berkata, sekolah berkenaan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan dilakukan.


Siasatan dilakukan kurang dari sebulan selepas guru matematik Jeremy Forrest, 31, dipenjarakan kerana melarikan diri ke Perancis bersama seorang pelajar berusia 15 tahun. - Agensi


MyMetro


Lalat jadi makanan manusia pada masa depan?


Bayangkan jika kamu harus makan lalat di meja makan kamu, pastinya bagi anda yang tidak suka dengan lalat pasti akan jijik dan tidak mungkin untuk memakan lalat.

Namun tahukah anda jika di masa depan nanti manusia pasti akan makan lalat. PBB bahkan meramalkan di masa depan manusia akan memakan serangga seperti ini kerana petambahan jumlah penduduk yang meningkat sementara jumlah makanan berkurangan.

Diberbagai belahan bumi di dunia ini ada beberapa masyarakat yang memakan serangga. Serangga merupakan makanan yang kaya dengan protein akan menjadi makanan yang menjadi penganti makanan asasi di dunia.

Seorang perancang industri bernama Katherine mencipta sebuah alat ladang lalat yang bernama Farm 432. Dengan alat ini anda boleh mengembangkan biakkan larva lalat sebagai bahan makanan yang berprotein tinggi.

Pasti kamu akan geli memakan lalat  kerana ia mengandungi kuman. Lalat yang dihasikan dari alat ini tidak mengandungi kuman sehingga selamat untuk dimakan manusia.

Selain protein tinggi, lalat juga mengandungi kalsium dan asid amino, dua elemen yang akan membantu pembaikan rangkaian dan otot di tubuh, seperti dinukil PCAuthority.

Kita  tunggu saja apa benar suatu masa di masa depan manusia akan makan lalat.

palingseru.com


Menteri Israel: Saya telah bunuh ramai orang Arab dan tidak ada masalah dengan hal itu

Naftali Bennett

JERUSALEM - Saat perundingan perdamaian Israel-Palestin dijadualkan untuk dilanjutkan lagi setelah terhenti tiga tahun, media Israel, 972 Magazine, melaporkan bahawa seorang anggota kabinet negara itu menyatakan sokongannya untuk membunuh saja para tahanan Palestin berbandinag membawa mereka ke mahkamah.

Ahad (28/7/2013) lalu, Israel mengumumkan akan membebaskan 104 tahanan Palestin, satu  peringatan penting dalam rencana yang ditengahi John Kerry untuk memulakan kembali rundingan damai itu.

Namun, menurut laporan 972, Menteri Perindustrian, Perdagangan, dan Tenaga Kerja Israel yang juga Pemimpin Jewish Home Party, Naftali Bennett, tidak dapat menyetujui hal lain, sebagaimana yang dicadangkan dalam sidang kabinet pada hari Ahad itu, selain cara haram untuk berurusan dengan para tahanan .

"Jika anda menangkap pengganas, anda cukup membunuh mereka," kata Bennett, menurut laporan dalam edisi cetak berbahasa Ibrani dari harian Yedioth Ahronoth.

Penasihat Keselamatan Negara Israel, Ya'akov Amidror, dilaporkan bertindak balas dengan mengatakan bahawa amalan seperti itu haram. Bennett kemudian dilaporkan menyatakan, "saya telah membunuh banyak orang Arab dalam hidup saya, dan tidak ada masalah dengan hal itu."

Bennett, seorang bekas pegawai tentera Israel (IDF) yang berhaluan konservatif, sempat bergabung dengan para penunjuk perasaan yang menentang keputusan untuk membebaskan para tahanan sebelum menghadiri mesyuarat kabinet hari Minggu. Menurut The Jewish Press, sebelum undi di mesyuarat kabinet pada hari Minggu itu, Bennett mengatakan, "pengganas harus dibunuh, bukan dibebaskan."

Pembicaraan perdamaian di Washington bermula pada hari Isnin, walaupun kedua-dua belah pihak tetap ragu-ragu mengenai komitmen untuk menyelesaikan kebuntuan yang telah berlangsung selama beberapa dekad.

kompas


Seorang lelaki dipenjara kerana berak dalam seluar


Seorang lelaki di Amerika Syarikat bernama Ronald Strong dipenjara selama 1 minggu hanya kerana dia buang air besar di dalam seluar.

Kejadian ini berlaku apabila Ronald Strong sedang berada di dalam bangunan mahkamah tinggi. Ketika itu dia sedang mengalami masalah perut ketika hendak diperiksa oleh pegawai keselamatan.

Sialnya pas pemeriksaan keselamatan belum selesai dia sudah tidak tahan lagi untuk buang hajat akibatnya dia terus buang hajat di dalam seluar.

Dengan terburu-buru Ronald Strong menuju ke bilik air mahkamah akibatnya najisnya yang sudah keluar di seluar berciciran di sepanjang lantai

Selama di dalam bilik air Ronald Strong berusaha untuk membersihkan najis miliknya. Namun dia kehabisan tisu sehingga dia menggunakan dinding dan kerusi yang ada dalam bilik air untuk membersihkan kotorannya, nah pasti kau tahu apa yang terjadi dengan bilik air tersebut. Bilik air yang digunakan Ronald Strong menjadi penuh dengan najis yang berserakan yang membuat orang lain jijik jika melihatnya.

Setelah merasa bersih Ronald Strong lalu keluar dari bilik air tersebut tanpa rasa bersalah sedikitpun, masalah timbul ketika ada orang lain yang mahu guna bilik air di mahkamah itu kerana penuh dengan kotoran. Penguna ini pun melapor ke pegawai mahkamah.

Strong terus  ditangkap dengan tuduhan membuat kekacauan di bangunan mahkamah. Dia dipenjara atas sebab tindakannya itu.

palingseru.com

Objek bercahaya seperti orang rukuk menjelma sebelum subuh

Objek putih yang dikatakan menyerupai orang rukuk dalam solat dilihat di dahan pokok hadapan rumah Irfan, kelmarin.

 KOTA BHARU- Kehadiran objek seperti cahaya datang dari dahan pokok di hadapan rumahnya dianggap sebagai satu rahmat pada bulan puasa dan memberi keinsafan dalam diri apabila ia menjelma sebelum subuh, kelmarin.

Irfan Mat Daud, 47 dari Kampung Chekok Tengah, Jalan Rambutan Rendang, di sini berkata, objek tersebut dilihatnya kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur.

“Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat ‘menunduk’ dan layu, muncul seketika sahaja.

“Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Irfan berkata, dia melihat terdapat satu objek putih yang dilihat dengan mata kasar seperti kapas yang sedikit bergerak dan dia tertarik untuk merakam gambar objek berkenaan dan apabila dilihat melalui rakamannya, ia seperti orang rukuk dalam solat.

Kata Irfan, dengan rakaman gambar yang dilakukannya, dia menanyakan hal tersebut kepada beberapa ustaz yang dikenali dan rata-rata mereka mengatakan ia satu rahmat dari ALLAH dan memberi keinsafan kepada saya serta keluarga untuk melipat gandakan amalan pada bulan mulia ini.

Katanya, perkara itu dianggap satu perkara baik dan berharap ia mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua umat Islam.

Sinar Harian


Seorang wanita bergelut dengan buaya untuk sara hidup

Foto: thesun.co.uk

Miami: Seorang wanita berusia 25 tahun Ashley Lawrence melakukan kerja berbahaya untuk menyara hidupnya bergelut dengan buaya seberat 350 kilogram.

Ashley ialah sebahagian daripada kumpulan yang menyelamatkan haiwan itu dari kawasan paya di Everglades Florida sebelum dipindahkan ke kawasan lebih selamat.


Dia sering berdepan dengan haiwan pemangsa itu dan terpaksa bergelut dengannya untuk memindahkan reptilia berkenaan.

Ashley berkata: “Apabila ia membabitkan haiwan yang perlu diselamatkan, ia memberikan saya tenaga.


“Ia adalah kecenderungan saya, ia sesuatu yang saya sangat ambil berat,” katanya. - Agensi

MyMetro

Nyamuk hisap jus buah, makan larva Aedes ditemui

Colombo: Spesies baru nyamuk yang hanya menghisap jus buah dan memakan larva nyamuk pembawa penyakit demam denggi ditemui oleh pasukan saintis Institut Penyelidikan Perubatan Sri Lanka (MRI) lapor akhbar Ceylon Today.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, spesies nyamuk itu dinamakan sebagai Topomiya.
Ia ditemui di Sri Lanka buat kali pertama selepas 124 tahun dan penemuan ini bilangan keseluruhan spesies nyamuk di negara itu meningkat kepada 17. Penyelidikan yang dilakukan MRI mendedahkan nyamuk itu tidak memakan darah manusia tetapi jus.


Topomiya juga didapati memakan larva nyamuk Aedes. Jurucakap MRI menyatakan spesies nyamuk itu boleh digunakan untuk mencegah wabak denggi dan menganggap ia sebagai reaksi semula jadi untuk mengawal penyakit itu, yang sudah meragut banyak nyawa manusia.

Bagaimanapun, MRI akan mengadakan uji kaji lanjut mengenai Topomiya dalam usaha mengenal pasti sama ada ia bahaya kepada manusia.

Berikutan penemuan spesies baru itu, siasatan mengenai kesannya kepada manusia dipertingkatkan untuk mempercepatkan usaha membekalkan Kementerian Kesihatan dengan senjata memerangi denggi.
Walaupun menunjukkan tanda pengenalan sama seperti jalur putih, yang ditemui pada nyamuk spesies Aedes Egypti yang boleh menyebarkan wabak denggi, spesies baru ditemui itu dikatakan memakan larva denggi dan jus, berbanding darah manusia.

“Penemuan ini menggembirakan dan kami berharap hasil positif dan menjadi senjata terbaik memerangi denggi. Hakikat ia memakan larva nyamuk Aedes bermakna kita boleh mengurangkan nyamuk pembawa penyakit itu secara semula jadi, berbanding menggunakan racun serangga yang memberi risiko kepada kesihatan,” kata sumber kesihatan. - AGENSI

BH


Pelakon tertikam diri sendiri ketika penggambaran drama

Keadaan tangan kanan Shukri yang cedera. - Foto Media Hiburan

PELAKON utama, drama Menjinak Ombak, Shukri Yahaya ditimpa kemalangan ketika menjalani penggambaran drama itu, semalam.

Shukri tertikam tangan kanannya dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri.

Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.

"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.

"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya tangan saya," katanya.

Shukri terus dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini.

Menurut nya lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan.

Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat di dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz.

Sinar Harian

Perompak Perancis rompak berlian bernilai USD53 juta

Hotel Carlton International dikawal polis (Foto: Washington Post)

PARIS - Rompakan berlian terjadi di Hotel Carlton Intercontinental di Bandar Cannes, Perancis. Seorang perompak mencuri berlian bernilai USD53 juta yang dipamerkan di dalam hotel.

Saksi menyatakan, perompak mengacukan senjatanya pada pekerja hotel. Dia lalu memasukan berlian yang dipamerkan ke dalam beg sebelum bergegas pergi.

"Ini rompakan yang besar. Rompakan dengan nilai sebanyak ini pasti menarik perhatian masyarakat, "ujar perunding keselamatan asal Amerika Syarikat (AS), Jonathan Sazonoff, seperti dipetik  Associated Press, Isnin (29/7/2013).

"Saya fikir berlian semahal itu akan sukar untuk kembali. Berlian itu dapat dipecah sehingga lebih mudah diseludup, "lanjut Sazonoff.

Pihak hotel tidak mahu mengeluarkan komen perihal rompakan tersebut. Polis mengerahkan anggotanya untuk menjaga hotel dari serbuan media.

Rompakan ini merupakan yang kedua kalinya terjadi di Cannes dalam setahun. Sebelumnya, rompakan perhiasan juga terjadi ketika berlangsungnya Festival Filem Cannes

okezone

Budak diperk0sa sampai mati dicampak dalam perigi


New Delhi: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun diperkosa dan dicekik hingga mati sebelum mayatnya dibuang dalam sebuah perigi di Jaipur.

Mayatnya ditemui sekumpulan kanak-kanak lain yang bermain berhampiran kawasan itu.


Mangsa dikatakan hilang sehari sebelum kejadian, tetapi keluarganya tidak melaporkan kehilangannya kerana menyangka dia berada di rumah saudara mereka.

Setakat semalam, polis belum lagi membuat sebarang tangkapan.


Menurut polis, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa dicekik hingga mati selepas dirogol.


“Kami menerima maklumat bahawa satu mayat dibuang dalam perigi yang terbiar tidak jauh dari tempat kejadian. “Anggota kami bergegas ke tempat itu sebelum menemui mayat mangsa yang kemudian disahkan oleh ahli keluarganya,” kata penolong komisioner polis Narpat Singh. - Agensi


MyMetro


30,000 ekor lebah serang pasangan kekasih


PANTEGO - Sekitar 30,000 ekor lebah menyerang sepasang kekasih dan kuda padi mereka di Texas Utara dan menyengat haiwan peliharaan tersebut sehingga mati.

Akhbar tempatan, Star-Telegram melaporkan kelmarin bahawa Kristen Beauregard, 44, disengat 200 kali manakala teman lelakinya pula disengat sebanyak 50 kali.

Namun, dua kuda mereka, Chip dan Trump tidak dapat diselamatkan.

"Serangga itu mengejar kami dan mengekori kami," kata Beauregard berhubung insiden tersebut yang berlaku pada Rabu lalu.

"Kuda-kuda itu menerima terlalu banyak sengatan dan mati," kata seorang doktor haiwan, Patricia Tersteeg.

Serangga itu turut membunuh lima ekor ayam dan menyengat anjing pasangan itu sebelum dihapuskan oleh pasukan bomba.

Setakat ini, pihak berkuasa tidak pasti punca lebah-lebah itu keluar dari sarangnya.

Ujian juga sedang dilakukan untuk mengesahkan sama ada lebah itu merupakan lebah pembunuh atau lebah Afrika. - AP

kosmo


Polis terkejut terima kemaluan lelaki dalam bungkusan

PREETI yang menutup mukanya diiringi anggota polis ke penjara

New Delhi: Seorang wanita mengaku membunuh seorang doktor Satish Chandra selepas menyerah diri di balai polis.

Mangsa ditemui mati dengan tekak dan kemaluannya dikerat di rumah tetamu kerajaan pada 21 Julai lalu di Govindnagar, Kanpur. Keesokan harinya, petugas kurier muncul di balai polis Govindnagar dengan sebuah bungkusan. Polis terkejut mendapati kemaluan lelaki di dalam bungkusan berkenaan. Mereka kemudian mengaitkannya dengan kes pembunuhan Chandra.


Polis kemudian menahan Preeti Balmiki, 25, yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu. Selepas disoal siasat, Preeti mengaku melakukan jenayah itu dan mendakwa Chandra menderanya secara fizikal dan mental sejak 13 tahun lalu dan kini menjadikan adik perempuannya sebagai mangsa.

“Pada 2001, dia datang ke rumah saya untuk merawat adik saya.


“Disebabkan kami miskin, dia menunjukkan simpati dan mempelawa saya bekerja di kliniknya pada 2003. “Pernah dia menyuntik saya sebelum merogol saya. Saya menjadi ketagih dengan dadah dan dia mula mengeksploitasi saya secara seksual,” katanya.


Preeti berkata, dia pernah mengadu kepada isteri Chandra mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya dia di usir dan dimaki hamun.

“Sebab itulah saya menghantar bungkusan berisi kemaluan suaminya kepada wanita itu,” katanya.


Bercakap mengenai pembunuhan itu Preeti berkata: “Dia menghubungi saya agar datang ke rumah tetamu itu pada 21 Julai lalu. Saya mencampur ubat bius dalam minuman keras yang diminumnya. “Kemudian saya kerat tekak dan kemaluannya dengan pisau bedah,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Polis Kanpur, Superintendan Kanan Yashasvi Yadav berkata, Preeti mungkin sakit jiwa. “Kami akan merayu mahkamah agar dia dirawat,” katanya. - Agensi

MyMetro

Gambar Death Road, jalan paling bahaya di dunia

Jalan mengerikan ini bernama Death Road. Kenapa jalan ini di katakan jalan maut sebab sekurang-kurangnya dalam 1 tahun ada 200 - 300 nyawa melayang di jalan ini kerana terjatuh dalam gaung.

Death Road ini memang sangat berbahaya sebab jalan ini tepat berada di tepi jurang yang sangat dalam sekali, jika ada yang terjatuh ke jurang ini dipastikan akan mati.

Jalan ini Dibina pada tahun 1930 semasa Perang Chaco oleh tahanan Paraguay. Merupakan salah satu daripada beberapa laluan yang menghubungkan daerah hutan Amazon Bolivia Utara, atau Yungas menuju ibu negara.

Jalan yang penuh batu dan sering dilitupi kabus membuat jalan ini menjadi sangat sukar untuk di lalui, namun walaupun jalan ini berbahaya tetap ada kereta kereta yang meleintasi jalan berbahaya ini.















palingseru.com

Automatik keluar Pas jika anut fahaman Syiah

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Setelah beberapa kali menafikan laporan kononnya terdapat pemimpin kanan parti itu terbabit dengan ajaran Syiah, Pas hari ini menerusi suatu kenyataan media melabelkan ia sebagai tuduhan jahat.

Ketua Penerangannya, Datuk Tun Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, isu Syiah ini bukan isu politik namun ia melibatkan soal aqidah, justeru memberi amaran mereka yang mahu bermain politik menggunakannya.

"Ahli Pas mesti berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut amalan Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli Pas," katanya menerusi satu kenyataan media.

"Tiada pimpinan utama Pas terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, Pas mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya," tambahnya lagi.

Pas katanya kesal dengan tuduhan yang dilemparkan dan menganggap ia perbuatan yang berniat jahat.

"Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata mata," tegasnya.

Menurut Tuan Ibrahim, pihaknya sendiri mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif bagi memastikan seluruh ahlinya tidak terbabit dalam aktiviti seumpama itu.

"... dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.

"Kerajaan jangan hanya nampak Syiah sebagai ancaman negara, sedangkan ajaran Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan," ujar beliau lagi.

Pas katanya sama sekali tidak akan termakan dakyah lawan yang cuba memanipulasi isu Syiah ini apatah lagi menjelang pemilihan parti itu November ini.

Sinar Harian

Ibu usia 50 tahun digelar Incredible Hulk

STEPHENS menggelarkan dirinya sebagai Incredible Hulk selepas otot-otot tubuhnya boleh membengkak tatkala menghadapi tekanan.

KISAH filem Incredible Hulk mengenai seorang lelaki, Bruce Banner yang boleh bertukar menjadi makhluk perkasa berwarna hijau telah mendapat sambutan menggalakkan di pawagam seluruh dunia pada tahun 2008.

Banner yang merupakan seorang lelaki normal secara tiba-tiba boleh berubah menjadi makhluk bersaiz besar selepas dia terkena sinar gama.

Namun, seorang ibu di Wednesbury, West Midlands, United Kingdom, Helen Stephens hampir mengalami situasi seperti watak Banner itu.

Cuma Stephens bukan seperti Banner yang berubah menjadi makhluk perkasa selepas dia menjadi marah setelah terkena sinar gama. Tubuh Stephens mengalami situasi yang hampir sama dengan Banner selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun 1999.

Penyakit misteri yang dialaminya itu menyebabkan dia kini hanya terlantar di atas katil.

Otot Stephens yang berusia 50 tahun itu akan membengkak apabila dia mengalami tekanan dan mendengar bunyi bising.

Sekumpulan pakar neurologi di Hospital City, Birmingham percaya ibu kepada tiga orang anak itu menghidap penyakit Sindrom Stiff Person pada tahun 2004.

“Saya menggelarkan diri saya seperti Hulk, Arnold Schwarzenegger atau Rambo. Saya seperti seorang ahli bina badan,” kata Stephens.

Wanita itu akan disuntik dengan ubat diazepam untuk mengendurkan otot apabila badannya membengkak.

Bagaimanapun, beberapa ujian terbaharu menunjukkan dia sebenarnya masih belum disahkan menghidap sindrom itu.

Setakat ini doktor masih belum mengetahui penyakit sebenar yang dihidapinya.

Stephens menyalahkan nahas kereta yang dialaminya itu sebagai punca dia menghidap penyakit tersebut.

Kisahnya itu telah disiarkan dalam sebuah dokumentari di Channel 5 di Britain, baru-baru ini.


kosmo

Penembak tepat tembak penunjuk perasaan pro Ikhwan

 Penyokong Morsi membawa seorang lelaki yang cedera selepas bergaduh dengan anggota keselamatan. - Foto AP

Kaherah: Sekurang-kurangnya 136 penyokong bekas Presiden Mohammed Morsi maut ditembak anggota keselamatan Mesir semalam, dakwa Ikhwanul Muslimin.

Jurucakapnya, Gehad El-Haddad berkata, tembakan mula kedengaran sejurus sebelum solat Subuh di kawasan penyokong Morsi melakukan bantahan.

“Mereka menembak bukan untuk mencederakan tetapi membunuh,” dakwa Haddad yang percaya angka kematian mungkin lebih tinggi.

Aktivis membawa mangsa kena tembakan ke pusat rawatan sementara.

Ada yang diletak dalam pengusung atau ditarik dengan selimut.

Seorang remaja dilihat terbaring dengan kesan tembakan di kepalanya. Televisyen Al Jazeera melaporkan, 120 terbunuh dan 4,500 lagi cedera.

Lepaskan gas pemedih mata

Haddad berkata, anggota polis melepaskan gas pemedih mata berulang kali selepas 3 pagi waktu tempatan ke arah penunjuk perasaan yang berada di sekitar Rabaa al-Adawia yang menjadi laluan utama ke Jambatan 6 Oktober.

“Peluru menghujani penunjuk perasaan. Polis berpakaian seragam gelap melepaskan tembakan manakala penembak tepat menembak dari bangunan dan jambatan berdekatan, katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri pilihan tentera, Mohamed Ibrahim berkata protes penyokong Morsi akan ditamatkan mengikut peraturan.

Keganasan terburuk berlaku di kota kedua Mesir, Iskandariah selepas ada penyokong Ikhwan disekat keluar masjid oleh 'samseng.'

Wartawan di Rabaa al-Adawia melaporkan, tembakan masih kedengaran beberapa jam selepas keganasan meletus.

Pegawai yang mentadbir rumah mayat Ikhwan, Dr Ibtisam Zein berkata kebanyakan yang mati kena tembakan di kepala dan di celah mata.

Penunjuk perasaan bersurai

Ahli politik kanan Ikhwan, Saad el-Hosseini pula berkata anggota keselamatan mahu semua penunjuk perasaan bersurai.

“Saya cuba meminta orang muda supaya bersurai selama lima jam tetapi gagal.
“Penunjuk perasaan enggan berundur,” katanya lagi.

Haddad menekankan, Ikhwanul Muslimin komited kepada usaha mencari keamanan meskipun ramai maut.

Tindakan anggota keselamatan menembak penunjuk perasaan adalah yang kedua bulan ini menyebabkan ramai maut, kali pertama 8 Julai lalu menyebabkan 53 orang terbunuh.

Pihak berkuasa belum menjelaskan mengapa keganasan terbaru meletus sejak Morsi digulingkan dan akan dikenakan tuduhan jenayah termasuk membunuh. - REUTERS

BH

Dua pencuri tong gas lalu titi senget jatuh sungai

Keadaan titi yang senget di kawasan kampung itu

BALING - Gara-gara takut ditangkap orang ramai, dua pemuda nekad melalui sebuah titi yang senget di Kampung Tok Bandar, kira-kira jam 1 petang semalam.

Bagaimanapun, kedua mereka terjatuh ke dalam sungai setelah gagal mengawal motosikal ditunggang mereka itu.

Pengerusi Persatuan Prihatin Keselamatan Sukarela (PPKS) Baling, Oh Ah Heng berkata, kedua pemuda berusia 20-an itu bertindak mencuri sebuah tong gas di Taman Bersatu dipercayai pada lebih kurang jam 12.30 petang.

Menurutnya, tindakan kedua pemuda terbabit itu disedari oleh ahli PPKS yang berada di kawasan itu.

“Kemudian, mereka  melarikan diri dengan menunggang motosikal. Disebabkan terlalu panik, mereka membuang tong gas yang dicuri itu di hadapan pasaraya Fresh Mart, Pulai dan terus melarikan diri ke kawasan kampung itu.

“Titi itu memang dah rosak, strukturnya tidak stabil, tapi sebab terlalu takut, pemuda terbabit nekad melalui titi itu,” katanya.

Katanya, ahli PPKS yang berada di kawasan itu turut bertindak menggoncang titi tersebut bagi mengelakkan mereka melepaskan diri.

Keadaan itu mengakibatkan kedua suspek terjatuh ke dalam sungai bersama motosikal mereka.

“Bagaimanapun, kedua mereka larikan diri di dalam belukar berdekatan,” katanya.

Katanya, laporan polis telah dibuat dan motosikal terbabit juga telah diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Sinar Harian

Erra Fazira minta peserta ratu cantik akur larangan

 Erra yang merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992 berkata, dia percaya undang-undang dan peraturan yang dikuat-kuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam.

"Ketika menyertai pertandingan berkenaan, saya juga berdarah muda yang ingin mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir kesannya jangka panjang.

"Tambah pula waktu itu, undang-undang tidak diperketatkan lagi, jadi saya pun sertainya atas kemahuan sendiri.

"Tetapi apabila pertandingan itu melarang gadis Islam untuk menyertainya, kita terpaksa akur. Siapalah kita untuk melawan undang-undang," katanya.

Tambah Erra, ketika ini terdapat banyak saluran lain yang membolehkan penyertaan gadis beragama Islam menyertai pertandingan seumpama itu dengan garis panduan yang dibenarkan.

Erra diminta mengulas mengenai pembatalan penyertaan empat peserta akhir pertandingan MMW2013 yang beragama Islam pada Selasa lalu.

 Empat gadis Islam yang telah dibatalkan penyertaan menyertai pertandingan akhir MMW2013.

Empat yang berkenaan ialah Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, Wafa Johanna De Korte, 19, Miera Sheikh, 19 dan Kathrina Ridzuan, 20.

Keempat-empat gadis berkenaan bagaimanapun mempertikai larangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan tersebut.

Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik yang diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sementara itu, Erra berpendapat, penganjur pertandingan ratu cantik antarabangsa dapat memberi kelonggaran terutamanya dari segi pemakaian membabitkan wanita Islam.

"Mungkin sudah tiba masanya masyarakat luar melihat wanita Islam dalam perspektif yang berbeza dengan melonggarkan syarat-syarat penyertaan terutamanya daripada segi pemakaian.

"Ini kerana, pertandingan ratu cantik bukan dilihat hanya pada wajah dan fizikal semata-mata, tetapi juga cara pemikiran seseorang dalam melontarkan pendapat.

"Jadi, jika gadis Islam menyertainya, apa salahnya pihak penganjur menghormati mereka dengan memberi kelonggaran pemakaian yang lebih sopan. Kerana kecantikan bukan sahaja daripada luaran semata-mata, tetapi juga IQ kita," tegasnya.


mstar.com.my

Turki tangkap seekor burung disyaki sebagai agen Mossad Israel

Foto: Wikipedia Common

Kerajaan Turki menangkap seekor burung yang disyaki sebagai agen perisik Israel. Ini bukan kali pertama Israel dituduh menggunakan haiwan untuk mengintip negara lain.

Diberitakan Reuters yang memetik harian Turki Milliyet, Jumaat 26 Julai 2013, burung jenis Merops Apiaster atau si-pemakan-lebah ini akhirnya dibebaskan setelah melalui pemeriksaan sinar X.

Burung ini pertama kali ditangkap warga desa Altinavya, di wilayah Elazig. Burung ini memakai cincin besi bertuliskan "24311 Tel Avivunia Israel". Kerana curiga, akhirnya burung malang itu diserahkan kepada polis.

Pasukan perubatan di Universiti Firat awalnya telah menuduh burung itu sebagai "perisik Israel". Ini tertulis di dokumen penangkapannya. Akhirnya setelah dilakukan imbasan sinar-X, tidak ditemukan benda mencurigakan di tubuhnya, seperti microchip atau seumpamanya. Burung itu kemudian dibenarkan kembali terbang.

Ini bukan kali pertama Turki mengesyaki Israel menggunakan burung untuk mengintip mereka. Mac tahun lalu, polis Turki memeriksa bangkai seekor burung yang mencurigakan. Salah satu paruh burung itu lebih besar, diduga sempat dimasukkan sesuatu di dalamnya.

Bukan hanya burung, Israel diduga juga menggunakan tupai. Tahun 2007 lalu, Iran menangkap 14 tupai yang diduga membawa peranti agen asing.

Tiga tahun sebelumnya, Israel diduga menggunakan ikan yu. Tuduhan ini datang dari Mesir yang mengatakan agen Mossad meletakkan ikan yu ganas di Laut Merah untuk membahayakan para pelancong.

Tahun 2011, Arab Saudi menangkap helang bondol dengan alat GPS dan gelang kaki bertuliskan Universiti Tel Aviv. Diduga, helang itu adalah alat agen Mossad.

vivanews


Gambar-gambar kereta pelik ciptaan Sudhakar Yadav

 HYDERABAD - Seorang pencipta kereta yang berasal dari India menghasilkan sekurang-kurangnya 700 buah kereta yang mempunyai reka bentuk unik, lapor akhbar Daily Mail kelmarin

Pereka kereta tersebut, Sudhakar Yadav kini semakin popular di seluruh dunia.

Sudhakar telah menghasilkan beratus-ratus kereta berbentuk pelik termasuk bentuk burger dan bola tenis.

Lebih menarik, semua kenderaan yang dihasilkan itu dibenarkan untuk bergerak di jalan raya.

Pereka muda ini mula melakukan hobi luar biasanya sejak dia berusia 14 tahun lagi.

Sepanjang tempoh tersebut, dia menghasilkan sekitar 700 kereta pelik berbentuk seperti katil, sofa, kayu pemukul kriket, sebatang rokok dan kasut tumit tinggi.

Dia juga telah membuka sebuah muzium yang dinamakan Muzium Kereta Sudha bagi menempatkan kesemua koleksi berkenaan.

Muzium itu kini menerima kira-kira 1,000 pengunjung setiap hari.

"Setiap kereta itu yang menelan belanja sekitar £1,000 (RM4,942) hingga £1,500 (RM7,413) pernah menyertai pameran di seluruh India," katanya

Sudhakar menghasilkan kereta uniknya daripada barangan terbuang.

Lelaki itu memberitahu, dia tidak akan menjual koleksi tersebut. - Agensi















Kosmo/Daily Mail