Ubat tahan sakit boleh menyebabkan serangan jantung

Photo credit: Photopin

London: Penggunaan ubat tahan sakit dalam dos yang tinggi dan berterusan dianggap “sama bahaya” dengan sejenis ubat yang ditarik dari pasaran kerana boleh menyebabkan risiko serangan jantung, kata penyelidik semalam.

Ketika membentangkan keputusan kajian antarabangsa mengenai penahan sakit dikenali sebagai ubat bukan steroid antiradang (NSAIDs), penyelidik berkata, dos yang tinggi boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau penyakit kardiovaskular sehingga satu per tiga.


Data itu bermaksud, bagi setiap 1,000 orang yang berdepan risiko biasa serangan yang mengambil ubat itu dalam dos yang tinggi selama setahun, mereka berdepan dengan kemungkinan mengalami serangan jantung yang boleh dielakkan. Keadaan itu sama dengan risiko dibawa ubat penahan sakit dikenali sebagai Vioxx - dikeluarkan syarikat Merck di Amerika Syarikat - yang ditarik balik penjualannya pada 2004 kerana dikaitkan dengan risiko serangan jantung. - Reuters


MyMetro

Optimus Prime berwajah baru dalam Transformers 4

Wajah baru Optimus Prime. Foto: Daily Mail

Baru-baru ini Paramount Pictures telah mengeluarkan foto-foto kereta autobot canggih yang akan menghiasi "Transformers 4". Bukan hanya itu foto si pemimpin autobot, Optimus Prime, juga turut dikeluarkan. Sosok Optimus Prime di "Transformers 4" ini telah diupgrade.

Gambar percikan api di Lori Optimus Prime tampak berbeza. Gambar itu diadaptasi dari bentuk trak Western Star. Selain itu, aksesori yang melengkapi tubuh trak tersebut juga diubah lebih ringkas dan moden.

Bugatti Grand Sport Vitesse, C7 Corvette Stingray turut muncul

Pihak produksi memutuskan untuk merubah Optimus Prime supaya tidak kelihatan old school. Selain itu, mereka ingin penampilan baru Optimus Prime ini lebih sesuai dengan tema futuristik "Transformers 4".

Kereta-kereta autobot lain yang akan menghiasi filem diantaranya Bugatti Grand Sport Vitesse, C7 Corvette Stingray yang dihasilkan Chevrolet dan akan dikeluarkan di pasaran pada 2014.

Optimus Prime dari filem Dark of the Moon tahun 2011. Foto: Daily Mail

"Transformers 4" akan mengisahkan apa yang berlaku selepas "Transformers: Dark of the Moon". Para Autobot dan Decepticon diceritakan menghilang dari Planet Bumi. Sekumpulan orang-orang berpengaruh di dunia yang terdiri dari para pengusaha dan saintis memutuskan untuk bekerja sama membuat teknologi yang melampaui kawalan mereka. Sementara itu, muncullah Transformer kuno yang datang melintas ke Bumi. Pertempuran antara yang jahat dan baik pun tak terhindarkan diantara mereka. - wk


Gajah Mammoth purba akan dihidupkan kembali

 Satu fosil gajah mammoth berbulu ditemui dalam kondisi utuh di Kepulauan Novosibirsk, Siberia. Dari fosil ini para saintis memperkirakan mereka dapat menghidupkan kembali gajah mammoth melalui kaedah klon.

 Jaringan otot dan darah pada fosil mammoth betina yang berusia 10.000 tahun ini dalam keadaan baik kerana terawet dalam ais. Selanjutnya spesimen ini akan diambil DNA-nya untuk proses klon

 Botol berisi darah mammoth yang diambil dari fosil di Novosibirsk. Saintis dari Korea Selatan akan menggunakan contoh darah ini untuk diklonkan

Ilustrasi sekawanan mammoth berbulu di habitatnya puluhan ribu tahun yang lampau. Mungkinkah ia dapat dihidupkan kembali?

Tempo.co, Daily Mail

Dalam tempoh 20 tahun, dianggarkan lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian di Britain

 MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.

London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.

Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.

Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.

Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.

Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan.


Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang.

Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai. Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.

Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang.

Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mail


MyMetro


Kemungkinan tempoh hayat Search akan berakhir dalam tempoh lima tahun akan datang - Amy


DALAM belantika muzik Malaysia, nama grup Search merupakan nama yang paling dominan dalam genre muzik rock.Menyebut nama Search, apa yang turut ligat dalam pemikiran peminat mereka adalah katalog untaian lagu yang sentiasa malar segar.

Antara yang paling melekat dalam pemikiran hampir semua generasi yang membesar sekitar tahun 80-an ialah lagu Isabella atau Fantasia Bulan Madu.

Itu belum diambil kira jika anda merupakan peminat tegar Search, maka lagu-lagu seperti Pawana, Isi Atau Kulit, Langit Dan Bumi mahupun Gothic Malam Edan adalah untaian lagu biasa yang menjadi 'perhiasan' bibir setiap kali grup tersebut mengadakan persembahan.

Selain begitu terkenal dengan lagu-lagu malar segarnya, Search pada ironinya menjadi ikutan kerana karakter fesyen dan karisma setiap anggotanya. Vokalisnya, Amy sentiasa tampil dengan fesyen yang menjadi ikutan.

Permainan gitar yang konsisten serta nilai fesyen yang tinggi dalam diri dua pemain gitar adik-beradik mereka, Din dan Kid juga tidak boleh disangkal.

Nasir, si pemain bass yang sentiasa kelihatan serius, biar hakikatnya seorang yang begitu ramah juga tidak mahu kalah dengan permainan kemas dan penampilannya.

Terakhir, pemain drum mereka, Yazit turut mempunyai karisma tersendiri. Maka apabila muzik dan fesyen yang selari bergabung, tidak hairan apabila Search masih konsisten dan relevan sehingga kini.

Malah, selepas lebih tiga dekad menyusuri sepak terajang dunia hiburan, Search menjadi grup yang tidak pernah kering jemputan persembahan biar banyak grup-grup seangkatan serta grup baharu hampir 'mati' tanpa diberi peluang untuk beraksi di atas sebuah panggung yang besar.

Terkini, 1 Jun (esok) akan menjadi sejarah penting buat Search apabila diberi penghormatan sebagai grup pertama dari Malaysia bermain di dalam The Star Performing Art Centre di Singapura menerusi Konsert Acoustica Malam Edan Search.

Konsert tersebut juga menyaksikan konsert akustik pertama mereka selepas 16 tahun mengadakan persembahan dalam bentuk tersebut.

  WALAUPUN setiap anggota Search sudah berusia melebihi 40 tahun dan grup tersebut sendiri sudah terlalu lama berada dalam industri muzik tanah air, namun Search masih laris menerima undangan mengadakan persembahan.

32 tahun Search

Bercakap mengenai konsert tersebut, Amy yang ditemui baru-baru ini melahirkan keterujaannya. Ujarnya Acoustica Malam Edan Search bukan sekadar sebuah konsert biasa, tetapi bakal menjadi kayu ukur kepada kredibiliti mereka sebagai pemuzik yang telah meledani fasa turun naik dunia hiburan.

"Saya kira, untuk usia 32 tahun Search, konsep seumpama ini amat dinantikan oleh kami. Beraksi di atas sebuah pentas yang berprestij dan konsep akustik yang bakal dipertontonkan akan menguji kredibiliti Search sebagai sebuah grup yang kompak," ujarnya penuh teruja.

Dengan penuh bersemangat, Amy memberitahu, kali terakhir mereka bermain secara akustik adalah dalam persembahan Gema Di Timur Jauh Unplugged sekitar tahun 1996 dahulu.

"Jadi, apabila penganjur Sound Check Pte. Ltd. datang membawa idea seumpama ini, Search tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju," katanya tersenyum sebelum menyambung: "Bermain secara akustik bermakna banyak perkara yang perlu diperincikan saat kami membuat persembahan kerana bunyinya yang dilantunkan satu persatu secara halus."

Sudah bersiap sepenuhnya untuk sekali lagi menakluk hati para peminatnya pada malam esok menerusi konsert tersebut, Search menyediakan untaian 20 buah lagu terhebat yang dipilih daripada album pertama mereka, sehingga terakhir iaitu Gothic Malam Edan.

Selain Acoustica Malam Edan Search, Search juga bakal menghiburkan peminatnya dalam sebuah lagi konsert mega yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Kali ini, mereka akan bergabung dengan tiga grup legenda dari Asia iaitu Loudness yang berasal dari Jepun dan Slank dari Indonesia serta Rusty Blade dari Singapura menerusi konsert yang diberi nama Thunder In The East 2013.

Melihat kepada larisnya Search, Amy yang ditebak persoalan tentang kedudukan grupnya yang kukuh hanya tersenyum.

Terdiam lama berfikir, vokalis tersebut akhirnya mula melontarkan buah fikiran tentang Search yang masih laris.

Ujarnya: "Mungkin kerana Search masih mampu menjual tiket. Daripada segi bisnes, ini yang dipentingkan oleh penganjur, dan daripada Search sendiri, kami juga mengharapkan peminat terus menyokong dan hadir menyaksikan setiap persembahan kami."

Walau bagaimanapun, ujar Amy, itu bukan bermakna mereka semberono mengambil semua tawaran yang datang.

 KARISMA grup Search terletak kepada kredibiliti mereka sebagai pemuzik dan penampilan yang sering menarik perhatian.

Kudrat dan kesihatan

Sebagai sebuah grup yang cukup berpengaruh, mereka selektif dan menolak banyak permintaan jika konsep yang diusul tidak menarik.

Malah, ujar Amy lagi, paling penting, mereka juga tidak mahu mengadakan konsert terlalu kerap kerana bimbang momentum persembahan dan keghairahan peminat pudar.

"Jika dilihat, kami memang masih banyak mengadakan konsert, tetapi ia bukan terlalu kerap. Semua konsert yang dilakukan, ia berlainan konsep. Misalnya untuk konsert di Singapura, kami terima kerana ia dibikin dalam bentuk akustik.

"Untuk konsert pada 30 Jun ini pula, ia umpama pertempuran empat penjuru otai rock yang mempunyai tarikan tersendiri."

Ditanya bagaimana beliau melihat masa depan Search, Amy hanya tersenyum. Saat ditanya tentang jangka hayat Search, sambil tersenyum, beliau menjawab persoalan tersebut bersama hujah-hujahnya.

Ujar Amy, khalayak dan peminat barangkali akan dihidangkan dengan sebuah album studio selepas lebih enam tahun tidak menghasilkan album. Bagaimanapun, beliau tidak berani untuk berjanji bila ia akan dikeluarkan.

"Kami memang punya perancangan untuk mengeluarkan album studio, namun secara jujur, buat masa ini, Search belum mempunyai sebarang material untuk ke arah itu," ujarnya tenang.

Menjawab persoalan tentang kelangsungan Seacrh, Amy bagaimanapun menetapkan kemungkinan tempoh hayat Search akan berakhir dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ini bermakna Search barangkali hanya akan wujud sehingga tahun 2018, sebelum setiap anggotanya membawa haluan masing-masing.

Bagaimanapun, Amy pantas mematahkan pemikiran saya dengan mengatakan: "Saya sekadar menyebut tempoh lima tahun bukan kerana berasa sudah letih bermain muzik.

"Sebaliknya, saya perlu realistik terhadap faktor usia dan tahap kesihatan setiap anggota Search.

"Jika dalam tempoh lima tahun ini kami diberi kudrat dan kesihatan yang baik untuk terus menghiburkan khalayak dan masih relevan, Search akan terus hidup," ujarnya yang barangkali mampu menutup rasa gusar peminat setia mereka terhadap pembubaran grup tersebut.


Kosmo

Rozita Che Wan dalam Miss South East Asia Queen (1992)

Pertandingan ratu cantik Miss South East Asia Queen telah dianjurkan buat pertama kalinya oleh D'Touch Promotion pada 26 Julai 1992 di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Melalui nama pertandingan itu, dapat diketahui bahawa ia mempertandingkan bekas pemenang-pemenang pertandingan ratu cantik dari serata Asia Tenggara. Seramai 14 orang ratu cantik dari Malaysia (3), Filipina (3), Indonesia (3), Singapura (3), Brunei (1) & Thailand (1) telah menyertai pertandingan itu.

Peserta dari Malaysia & gelaran yang pernah dimenangi:
  •     Samantha Schubert (23 tahun / Miss Malaysia-World 1991)
  •     Rozita Che Wan (18 tahun / Miss Malaysia-Intercontinental 1992)
  •     Penny Soon (21 tahun / Miss Malaysia-Dreamgirl 1992)

 Rozita Che Wan (ratu cantik remaja yang popular) mewakili Malaysia

Antara peserta dari negara-negara lain & gelaran yang pernah dimenangi:
  •     Kristina Rahman (Brunei / 18 tahun / Tempat ke-4 Miss Teen di Singapura)
  •     Amelia Joy (Filipina / 21 tahun / Miss Philippines-Charm 1992)
  •     Viftra Burgos (Filipina)
  •     Sharon Tan (Singapura)
  •     Indira Hasbullah (Indonesia)

 Peserta dari Malaysia memenangi tempat ke-3

Keputusan pertandingan Miss South East Asia Queen 1992:
  •     Amelia Joy (Tempat pertama Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Body Beautiful & Miss Giamax Elegant)
  •     Penny Soon (Tempat ke-2 Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Super Trim & Miss Crowning Glory)
  •     Samantha Schubert (Tempat ke-3 Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Balenciaga)
  •     Viftra Burgos (Tempat ke-4 Miss South East Asia Queen 1992)
  •     Sharon Tan (Tempat ke-5 Miss South East Asia Queen 1992)
  •     Rozita Che Wan (Hadiah sampingan: Miss Agfa Colour Photogenic & Miss A O Winning Look)
  •     Kristina Rahman (Hadiah sampingan: Miss Friendship)
  •     Indira Hasbullah (Hadiah sampingan: Miss Personality)

Punggung Beyonce ditepuk peminat semasa konsert

Foto: huffingtonpost

Biarpun beliau sering dinobatkan sebagai wanita terseksi dunia serta seringkali melakukan persembahan menggiurkan, ternyata penyanyi terkenal, Beyonce tidak selesa dipermainkan lelaki.

Ketika menyanyikan lagu “Irreplaceable” di konsert Mrs Carter Show World Tour beliau di Copenhagen, Denmark, seorang peminat lelaki tidak dikenali mengambil kesempatan untuk menampar punggung Beyonce.

Penyanyi berusia 31 tahun itu jelas menunjukkan perasaan tidak selesa dan marah dengan aksi tidak senonoh peminat tersebut, lalu terus berkata, “Saya akan pastikan anda dibawa keluar daripada tempat ini sekarang, faham?”

Terdapat reaksi bercampur daripada peminat berikut kejadian tersebut. Ada yang rasakan Beyonce layak dilayan sebegitu kerana sering menampilkan penampilan seksi manakala ada yang rasakan peminat tersebut telah melampaui batasan.


Cicak ditemui di planet Marikh?


Selalu ada yang menarik dari planet Marikh yang dirakam oleh robot peneroka. Kali ini satu gambar menunjukkan adanya suatu bentuk mirip cicak di permukaan Marikh.

Seorang blogger yang menjalankan website UFO Sightings Daily mencari keganijilan dalam salah satu foto Marikh. Dalam foto itu menunjukkan penampakan seekor cicak berwarna coklat dengan pose meliuk di dataran berbatu. "Makhluk aneh dijumpai di Marikh pada Mac lalu," tulis Scott C. Waring dalam laman webnya.

Scott kemudian mengundang pembaca untuk menghantar komen tentang teori yang masuk akal untuk fenomena ini. Ada teori yang menduga NASA sedang menguji kehidupan di Marikh untuk ujian saintifik.

"Dengan air yang ada di Marikh dalam jumlah yang kecil, ada kemungkinan untuk mencari haiwan padang pasir berkeliaran," lanjut Scott. "Atau apakah NASA meletakkan haiwan dari ruang cyogenic kecil di dalam Curiosity ke permukaan Marikh untuk melakukan ujian?"

Namun muncul dakwaan sosok cicak tersebut hasil olahan foto. San Francisco Chronicle mengaku mencari foto sama tapi tidak ada sosok si cicak, melainkan batu biasa tanpa kaki dan ekor. - wk

Tak perlu bilik, dalam semak pun boleh layan

 Rina ketika disoal siasat oleh anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.

SUNGAI PETANI - Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam kawasan semak berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani baru-baru ini.

Wanita tersebut, dikenali sebagai Rina (bukan nama sebenar) dipercayai telah lama dan berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) selain aktif terjebak dengan perbuatan itu.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan tujuh anggota bersiap sedia melakukan serbuan kira-kira jam 7 malam melalui lorong tikus sehinggalah sampai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita itu bersama pasangannya leka berseronok sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang datang ke lokasi kejadian sebelum serbuan dilakukan.

“Semasa serbuan kami dapati, di kawasan berkenaan (dalam semak) berlaku kegiatan maksiat dan tidak bermoral antara seorang wanita bersama pasangannya.

“Antara alasan yang diberikan wanita itu ialah dia terpaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut bagi menyara tiga orang anak yang masih kecil,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku turut melayan nafsu pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa serta warga asing yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.

“Turut ditemui semasa serbuan dalam semak berkenaanialah tilam dan kondom yang dipercayai digunakan oleh GRO untuk melayani pelanggan,”katanya.

Menurut Zaiferi, lokasi berkenaan juga merupakan lokasi panas yang kerap dijadikan ‘port’ maksiat serta diketahui umum bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan tersebut.

Katanya, pihaknya menasihati mana-mana individu yang beragama Islam supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk mahupun melanggar syariat Islam selain balik ke pangkal jalan sekiranya tersilap langkah.

Individu yang dipercayai bersalah boleh didakwa di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun.


Sinar Harian

Bengong Mamat ni, letak anak dalam penyejuk beku untuk hentikan tangisan

Tyler James Deutsch
 Washington: Dalam satu kes penderaan yang mengejutkan, seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan meletakkan anaknya di dalam penyejuk beku dengan tujuan untuk menghentikan tangisannya.

Tyler James Deutsch, 25, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendera kanak-kanak, salah laku jenayah dan menghalang laporan mengenai keganasan rumah tangga. Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3 juta) ke atasnya.


Pendakwa raya Pierce County, Mark Lindquist memberitahu mahkamah, Deutsch tertidur selepas meletakkan anaknya di dalam penyejuk beku itu Sabtu lalu. Dia terjaga sejam kemudian dan mengeluarkan bayi itu apabila ibu kanak-kanak berkenaan pulang.

Dia merampas telefon si ibu yang berusia 22 tahun itu ketika wanita berkenaan cuba menelefon untuk meminta bantuan dari kediaman di Roy, Washington.


Wanita itu kemudian membawa kanak-kanak itu dan meminta bantuan jiran untuk menelefon polis.


Suhu badan kanak-kanak itu jatuh 84 darjah Fahrenheit di dalam pembeku ais itu. Deutsch akan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah. - AP


MyMetro

'Bar korek' kena serbu, GRO terjun dari tingkat satu

 SEORANG pegawai Imigresen mengawasi GRO warga asing yang ditahan untuk dihantar ke Depoh Tahanan Juru di Seberang Jaya semalam.

SEBERANG JAYA - Pemilik sebuah rumah tumpangan di Jalan Kedah, George Town dekat sini tidak pernah serik walaupun premisnya pernah diserbu dua kali tahun lalu oleh pihak berkuasa kerana menggaji gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Kelmarin, rumah tumpangan yang dikenali sebagai 'bar korek' dalam kalangan pengunjungnya diserbu sepasukan 19 pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam satu operasi khas kira-kira pukul 10 malam.

Dalam serbuan itu, sebanyak 13 GRO warga China dan Vietnam berusia antara 20 hingga 30 tahun yang dipercayai bekerja di premis berkenaan ditahan.

Ketua Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri, Basri Othman berkata, ketika serbuan, beberapa wanita GRO berpakaian seksi sedang leka melayan pelanggan di dalam bilik menyebabkan mereka tidak sempat melarikan diri.

Bagaimanapun katanya, tiga daripada GRO yang ditahan bertindak terjun dari balkoni tingkat satu premis itu bagi mengelak ditahan.

"Mereka diberkas oleh anggota kita yang menunggu di tingkat bawah.

"Hasil pemeriksaan mendapati, sembilan wanita ini menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja, manakala empat lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan sah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Kosmo

Persoalan hangat tentang Yakjuj dan Makjuj

Gambar hiasan

1. Adakah Yakjuj dan Makjuj daripada manusia?

Jawapan: Ya. Kedua-duanya daripada umat manusia. Iaitu dua kabilah. Dikatakan daripada Yaputh bin Nuh. Ini dikuatkan lagi daripada hadis Bukhari.

2. Apakah sifat Yakjuj dan Makjuj?

Jawapan:Antara sifat mereka ialah

- Kekuatannya yang amat luar biasa.

- Mata mereka sepit.

- Banyak bulu pada badan mereka.

- Jumlah mereka tersangat ramai.

Manakala Ibnu Hajar menyebut tiga sifat iaitu:

- Jasad mereka seperti pohon yang besar.

- Jasad mereka empat hasta lebar x empat hasta tinggi.

- Sebahagian mereka boleh duduk di atas telinga-telinga mereka seleret ke tanah.

Pun begitu, sifat ini tidak disandarkan pada riwayat yang sahih, tetapi didhaifkan sifat tersebut oleh sebahagian ulama.

3. Bilangan Yakjuj dan Makjuj?

Jawapan: Bilangan mereka teramat ramai. Ini berdasarkan hadis di mana bilangan mereka tanpa diketahui jumlahnya. Dalam hadis al-Hakim melalui kitabnya al-Istadrakh menyebut: Manusia dibahagikan kepada 10 juzuk dan 9/10 daripadanya Yakjuj dan Makjuj sedangkan sejuzuk yang lain adalah semua makhluk atau manusia.

4. Apakah agama Yakjuj dan Makjuj?

Jawapan: Mereka adalah yang kufur dengan Allah. Kalaulah tidak, nescaya tidak dihukum ke atas mereka serentak. Ini berdasarkan mafhum hadis.

5. Tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj?

Jawapan: Berdasarkan riwayat hadis, mereka dikurung dan disekat antara dua gunung yang besar di Turki. Apabila mereka keluar, mereka terus menuju ke Laut Mati dan meminum semua air tersebut. Kemudian mereka menuju ke Baitul Maqdis, Palestin.

6. Bilakah mereka keluar?

Jawapan: Mengikut riwayat yang sahih mereka keluar pada zaman Nabi Allah Isa bin Maryam selepas turunnya Nabi Isa dan dia membunuh Dajjal dan ketika itulah keluarnya Yakjuj dan Makjuj menyebabkan Nabi Isa telah membawa bersamanya orang yang beriman ke gunung yang berhampiran iaitu gunung Thur. Ini bertujuan untuk berlindung kerana ramainya jumlah Yakjuj dan Makjuj seperti ombak laut yang tidak diketahui hujung dan pangkalnya.

7. Tempat tinggalnya sekarang?

Jawapan: Sekarang ini dengan kemudahan teknologi bahkan melalui udara dan satelit yang mungkin dapat mengesan tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj. Dalam hal ini, kudrat Allah SWT yang boleh melakukan apa saja. Berdasarkan nas hadis menunjukkan mereka berada di dalam tanah dan percubaan untuk keluar berlaku dari semasa ke semasa. Samalah seperti kita beriman adanya jin dan di manakah mereka.

8. Bagaimana cara Yakjuj dan Makjuj dibinasakan?

Jawapan: Mengikut riwayat Nawwas bin Sam'an bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dibala dengan leher mereka dimakan ulat dan mereka mati serentak, selepas itu Nabi Isa dan pengikutnya turun ke bumi. Mereka tiada tempat kerana dipenuhi jasad Yakjuj dan Makjuj dan bau jasad mereka yang tidak baik. Kemudian Allah SWT utuskan burung seperti leher-leher unta memakan dan membawa mereka mengikut kehendak Allah SWT. Selepas itu Allah SWT menurunkan hujan membasuh bumi hingga menjadi suci.


Utusan Malaysia

Lelaki Hungary cipta kereta daripada kayu

Photo credit: telegraph.co.uk

TISZAORS - Istvan Puskas, 51 mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mereka hampir keseluruhan kereta menggunakan kayu.

Kereta itu direka sejak empat bulan lalu di bengkelnya.

Apa yang menarik, tangki bagi meletak petrol menggunakan satu tong bir lama dan ‘gear box’ turut dicipta menggunakan kayu.

Kereta unik itu menggunakan kuasa enjin Poland Fiat 126 manakala stereng menggunakan kenderaan lama Mercedes Benz.

“Saya suka bekerja dengan kayu dan juga suka melakukan perkara yang mampu menarik minat orang ramai,” kata Puskas.

Cuti musim sejuk yang agak panjang memberi dorongan kepada petani ini mereka dan mencipta kereta.


Sinar Harian


Gwyneth Paltrow, wanita tercantik punyai masalah badan berbau


Masalah bau badan boleh menyerang siapa saja, tak terkecuali selebriti dan wanita yang paling cantik di dunia versi majalah People, Gwyneth Paltrow. Bintang filem 'Iron Man' ini menghadiri acara fashion berprestij Met Ball pada 6 Mei lalu.

Saat itulah terungkap Gwyneth mempunyai aroma tubuh yang kurang sedap. "Gwyneth kelihatan sangat sempurna semasa di red carpet. Tapi pasti kerana cahaya lampu yang terlalu panas (membuatnya banyak berpeluh) sehingga aroma tubuhnya berbau," ujar sumber yang juga hadir dalam acara tersebut, seperti dipetik dari Showbizspy.

Sumber tersebut berujar lagi bahawa bau badan Gwyneth cukup tajam, tapi nampaknya dia tidak menyedarinya. Juga melihat beberapa orang mengibaskan-ngibaskan tangannya di depan hidung mereka ketika berjalan melewati isteri Chris Martin ini.

Wanita berusia 40 tahun ini diketahui menghindari pemakaian deodoran kerana kebanyakan mengandungi aluminum. Zat ini bersifat karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser. Mengoleskan deodoran berasaskan aluminum secara langsung ke ketiak secara tidak langsung boleh meningkatkan risiko terkena kanser payudara.

"Gwyneth pernah mengatakan pada temannya dia lebih baik bau badan daripada mati," kata sumber.

Kim Kardashian kini berjanggut?


Terkejut melihat foto Kim Kardashian berjanggut? Yang sebenarnya wanita itu bukannya Kim tetapi dia adalah Conchita Wurst, penyanyi dari Austria yang berpakaian ala Kim semasa hadir di acara Life Ball di Vienna. Conchita Wurst menonjolkan dirinya sebagai wanita tetapi dia sebenarnya adalah lelaki.

Seperti dipetik NY Daily News, ketika hadir di karpet merah, Sabtu (25/5/2013) lalu, Conchita menggunakan leotard bling-bling pada bahagian pinggangnya ditambah kain sutera. Solekan mata smokey, kening lebat dan rambut panjang yang dibuat curly di bahagian bawahnya semakin menyerupai Kim Kardashian. Tapi lucunya menggunakan janggut tebal.

Conchita terkenal melalui pertandingan pencarian bakat 'Eurovision' di Australia. Dia menjadi pemenang kedua dalam pertandingan nyanyian tersebut.

Nama sebenar Conchita adalah Tom Neuwirth. Dia sering berpakaian unik dan ciri khasnya adalah janggutnya yang hitam pekat.

wolipop

Wanita bertarung nyawa, bersalin seorang diri atas jalan

Gambar hiasan, Photo Credit: Photopin

Serdang: Menyayat hati apabila seorang wanita terpaksa melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, dekat sini, berseorangan.

Ketika kejadian dia terasa hendak bersalin dan bertindak nekad melahirkan anaknya di belakang premis terbabit, kelmarin.


Bagaimanapun wanita berusia 23 tahun itu tidak bernasib baik apabila kandungannya songsang menyebabkan dia mengalami kesukaran hendak bersalin dan terpaksa bertarung nyawa hampir sejam untuk melahirkan kandungannya tanpa bantuan sesiapa.

Lebih menyedihkan, bayi lelakinya juga gagal diselamatkan apabila kakinya yang terkeluar terlebih dahulu menyebabkan bayi itu kelemasan sebelum meninggal dunia sebaik ibunya selamat bersalin.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, wanita terbabit yang masih belum berkahwin menaiki motosikal berseorangan jam 10.40 malam kelmarin sebelum tiba-tiba dia rasa sakit hendak bersalin.


“Panik dengan situasi itu, mangsa memberhentikan motosikalnya di lorong belakang sebuah bank dan bertindak berani cuba melahirkan anaknya.

“Mangsa yang tidak tahu kandungannya songsang bagaimanapun mengalami kesukaran untuk bersalin, namun selepas berhempas pulas akhirnya dia berjaya melahirkan bayinya itu.


“Bayinya gagal diselamatkan akibat lemas,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya hanya tersandar di tepi dinding premis terbabit sebelum kebetulan seorang lelaki yang melalui kawasan itu menyedari kejadian terbabit.


“Lelaki itu yang menyangka mangsa ingin membuang bayi terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum unit peronda polis (MPV) tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit sebenarnya baru lepas bersalin.


“Polis kemudian membawa mangsa dan bayi yang sudah tidak bernyawa itu ke Hospital Serdang,” katanya.


Sumber itu berkata, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian itu juga terkejut dengan berita diterima mereka kerana tidak mengetahui anak mereka mengandung.


“Difahamkan wanita terbabit sebelum ini tidak pernah berkawan dengan lelaki kerana dia sering membawa pulang rakan perempuan dipercayai ‘teman wanitanya’ kerana sikapnya yang seperti lelaki,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.


MyMetro

Kelantan berhempas pulas untuk ke final Piala FA

 PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat cuba menghalang asakan tonggak Terengganu, Abdul Manaf Mamat pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu petang ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 28 Mei - Kelantan berhempas pulas untuk menyingkirkan Terengganu sebelum layak ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 6-5 selepas berakhir aksi separuh akhir kedua petang ini.

Walaupun tewas 2-4 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kelatan wajar menarik nafas lega hasil bekalan 4-1 yang dibawa dari Kota Bharu memandangkan skuad Red Warrior terpaksa menunggu sehingga perlawanan masa tambahan untuk memastikan kemaraan mereka.

Terengganu pula bernasib malang walaupun sudah mendahului 4-0 sehingga 90 minit perlawanan tetapi kehilangan dua tonggak utama akibat dilayang kad merah ketika lima minit masa tambahan menyebabkan skuad Peteh terpaksa berputih mata. - UTUSAN ONLINE

Bayi baru lahir diselamatkan dari paip kumbahan

BEIJING - Seorang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram yang baru lahir berjaya diselamatkan dari paip kumbahan sebuah apartmen di Jinhua selepas dipam melalui lubang tandas, kata beberapa media tempatan.

“Nasib baik bayi itu selamat,” kata seorang polis yang enggan dikenali lapor portal berita hangzhou.com.cn.

Beberapa penduduk di Jinhua, di wilayah timur Zhejiang menghubungi bomba selepas terdengar tangisan bayi berusia dua hari di tingkat empat bangunan tersebut.

Anggota bomba dan doktor mengambil masa hampir sejam untuk menggeluarkan bayi dari paip kumbahan yang dipotong. - AFP



 

Daily Mail





Jennifer Aniston dapat hadiah seluar dalam dari Miranda kerr

Miranda Kerr

Miranda Kerr punya hadiah unik untuk Jennifer Aniston yang  akan berkahwin dengan Justin Theroux. Kerana dikenali sebagai model pakaian dalam terkenal, Miranda  memberikan Jennifer underwear atau seluar dalam.

Miranda memang sudah tidak lagi menjadi model pakaian dalam Victoria Secret. Pengalamannya sebagai model membuatnya memilih produk buatannya sendiri. Kerana itu, dia punya idea memberikan Jen hadiah underwear buatan sendiri.

"Ini dijahit dengan tangan, salah satunya. Ini warna putih yang suci, seksi tapi berkelas dan tentu saja sangat cantik, "ujar seorang sumber seperti dipetik Femalefirst, Selasa (28/5/2013).

Khabar pernikahan Jennifer dan Justin memang bertiup kencang. Jen sudah boleh melupakan kisah pahit perkahwinannya dengan Brad Pitt. Bintang siri Friends itu juga tak sabar memakai hadiah yang diberikan sahabatnya.

"Semua orang menganggap Jennifer kelihatan cantik. Jen sangat menyukai hadiah itu dan dia akan memakainya di malam perkahwinannya, "tegasnya.

Okezone


Kepala wanita putus terperangkap pada pintu lif

 Gambar hiasan, photo credit: Photopin

Shenzhen: Seorang wanita di daerah Luohu di Shenzhen putus kepala selepas dia teperangkap pada pintu lif yang mengheretnya turun sehingga sekurang-kurangnya tiga tingkat.

Mangsa dikatakan terlalu asyik dengan telefon bimbitnya hingga tidak menyedari lif itu rosak.

Menurut laporan awal, kejadian berlaku di Menara Changhong di Jalan Woodcrest Hill.

Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan wanita berkenaan, seorang jururawat bernama Wang, 24, sibuk melayan telefon bimbitnya apabila tragedi berlaku.

Saksi berkata, lif itu turun dari tingkat 22 bersama-sama empat penumpang dan berhenti di satu tingkat, dimasuki beberapa penumpang lain. Ia kemudian turun lagi tetapi terhenti antara tingkat dua dan tiga kerana rosak.

Jururawat itu yang asyik dengan telefonnya tidak menyedari keadaan sekeliling, keluar dari lif dan terperangkap pada pintunya apabila tertutup.

Lif itu kemudian bergerak lagi selama kira-kira 20 saat, turun ke tingkat satu, mengheret Wang bersama-samanya.

Kepala Wang putus dan tubuhnya terputus dua. - RA

MyMetro
 

Tiga sekeluarga terkejut telaga keluar minyak

 Anak Salbina, Zulnuraiman, 16, mengasingkan air telaga yang bercampur minyak dipercayai petrol yang dicedok dari telaga di rumah Nik Yusof.

TUMPAT - Tiga sekeluarga di Kampung Baru Pasir Pekan di sini, terkejut apabila telaga yang digunakan sejak 30 tahun mengeluarkan minyak dipercayai petrol.

Kejadian itu disedari Zulnurain Ahmad, 28, ketika membersihkan telaga di rumahnya dua minggu lalu.

“Semasa saya ceduk air telaga dengan timba, saya nampak air telaga ini berminyak dan berbau seperti minyak petrol.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas ditapis ia seakan minyak petrol,” katanya.

Lebih meyakinkan Zulnurain, minyak yang diambil dari telaga itu apabila dituangkan ke dalam tangki mesin rumput, ia berfungsi dan apabila dicucuh api, ia terbakar.

 Zulnurain (kiri) bersama Zulnuraiman menunjukkan air telaga bercampur minyak.

 Air telaga berbau minyak petrol

Dengan penemuan itu, misteri air telaga Zulnurain berbau minyak petrol selama empat bulan lalu terjawab.

Zulnurain berkata, dia amat risau keselamatan keluarganya kerana telaga tersebut berada di dalam rumah.

“Saya ada anak kecil berusia lapan bulan, bau petrol dari telaga itu memenuhi ruang rumah saya.

“Bukan sahaja mendatangkan pencemaran bau, tetapi boleh mengundang kebakaran dan  memudaratkan kesihatan  saya kerana air telaga itu sudah tercemar,” katanya.

Zulnurain berkata, sejak penemuan minyak itu, hampir 100 liter minyak dipercayai  petrol berjaya dikumpulkan dan diletakkan dalam tangki mesin rumput.

Dua telaga  jiran Zulnurain turut terlibat

Tinjauan Sinar Harian di kampung tersebut mendapati dua lagi telaga iaitu di rumah Nik Yusof Nik Salleh, 75, dan Ahmad Othman, 69, turut berbau minyak petrol dan airnya berminyak.

Didapati telaga milik Nik Yusof yang berada di belakang rumahnya seperti ada mata air bercampur minyak membuak keluar dari celah kerek telaga itu.

Dari mana minyak ini datang terus menjadi misteri, bagaimanapun tinjauan wartawan mendapati kira-kira 200 meter dari kediaman mereka, beroperasi sebuah stesen minyak.

 minyak tersebut terbakar selepas dicucuh api.

Khuatir disambar api

Isteri Ahmad, Salbina Mohamad, 46, berkata, sejak dia mengetahui telaganya bercampur dengan minyak dipercayai petrol, dia tidak memasak khuatir disambar api.

“Permukaan telaga saya yang terletak di dalam rumah dipenuhi dengan minyak, saya khuatir ia disambar api ketika saya sedang memasak,” katanya.

Menurutnya, akibat meminum air telaga tersebut, suaminya Ahmad sakit, namun alhamdulillah  semakin pulih selepas berhenti menggunakan air dari telaga itu.

Lapor kepada Jabatan Alam Sekitar

Salbina berkata, masalah air telaga bercampur minyak di percayai petrol sudah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar.

“Kami harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan keselamatan kami tiga sekeluarga di sini.

“Bila-bila masa sahaja kebakaran boleh berlaku, sekiranya ada puntung rokok tercampak dalam telaga ini, atau apa sahaja sumber api berada berhampiran telaga ini,” katanya.


Sinar Harian

Penduduk gempar pontianak tenggek atas atap

Tempat dan peralatan memuja

KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong.

Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.

Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.

Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.

Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila  terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.

“Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.

"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya.

"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelmaan perempuan pernah dilihat di sekitar kawasan rumpun buluh.

Pengalaman menakutkan

Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung.

Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu.

Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka.

“Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung.

"Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu,” katanya.

Berlaku lewat malam

Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga  dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan.

Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu.

Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba.

Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi.

“Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu.

"Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung,” katanya.


Sinar Harian

Sempat beri nama untuk bayi sebelum menemui ajal dalam kemalangan

 Jenazah Allahyarham Mohamad Haslin dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Melaka untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Kampung Pinang.

AYER KEROH - Seorang kontraktor, Mohamad Haslin Zakariah, 36, sempat memberikan nama untuk bayi yang sedang dikandung isterinya sebelum menemui ajal selepas terbabit kemalangan di Jalan Ayer Keroh Lama di sini, awal pagi semalam.

Menurut isterinya, Aieda Sdzuliana Samsudin, 31, arwah suaminya juga ada berpesan supaya menjaga anak-anak dengan baik sehingga dewasa agar memperoleh kejayaan.

Aieda Sdzuliana berkata, lebih memilukan apabila detik hitam itu berlaku ketika suaminya baru pertama kali menyertai konvoi bersama rakan-rakannya dengan menaiki motosikal jenis Scrambler yang baru dibelinya lebih seminggu lalu.  

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12.45 malam itu, motosikal ditunggang Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Pinang, Batang Tiga,  berkenaan bergesel dengan sebuah kenderaan lain hingga menyebabkannya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Mangsa yang dipercayai mengalami kecederaan teruk di badan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 1.35 pagi.

Mohamad Haslin

 Menurut Aieda yang sedang hamil enam bulan, ketika kejadian dia berada di kampung halamannya di Sungai Rambai, Jasin.

“Saya dan anak perempuan yang berusia tiga tahun pulang ke kampung kira-kira jam 9.30 malam. Ketika dalam perjalanan, saya sempat menghubungi dia meminta supaya menyimpan lauk kenduri kahwin yang lupa dibawa ke dalam peti ais.

“Pada waktu itu, dia sedang menguruskan kedai runcit kami di sekitar Kampung Pinang dan memberitahu mahu menutup premis lebih awal berbanding biasa,” katanya sebak ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

Dia berkata, kira-kira jam 2.30 pagi semalam, luluh hatinya apabila dimaklumkan ahli keluarga mengenai kemalangan menimpa suaminya itu yang ternyata tidak sempat menyambut kelahiran cahaya mata ketiga mereka.

“Arwah sememangnya sudah memberi nama untuk bayi kami ini iaitu Mohamad Asyraf (lelaki) dan Ayra Hafni (perempuan). Dia juga pernah meminta saya supaya meneruskan perniagaan kedai runcit dan membesarkan semua anak kami.

“Selain itu, dia yang memangku jawatan Ketua Pemuda selama hampir 15 tahun sejak kebelakangan ini dilihat begitu gembira kerana memperoleh projek pembinaan rumah dan turut membeli motosikal baru,” katanya.

Aieda Sdzuliana

Aieda berkata, dia reda dengan ketentuan Ilahi dan jenazah suaminya yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu dikebumikan di Kampung Pinang.

Sementara itu, rakan mangsa, Rezam Jalil, 37, pula berkata, konvoi itu disertai seramai 15 penunggang motosikal dan mangsa dipercayai berada paling depan.

“Saya ketika itu berada paling belakang dan terkejut apabila mendapati mangsa sudah terjatuh daripada motosikalnya dipercayai akibat bergesel dengan kenderaan lain yang dilihat tiada di tempat kejadian.

“Mangsa yang baru menyertai konvoi tidak menunjukkan perubahan pelik namun dia pernah menyatakan hasrat untuk menubuhkan NGO bermotosikal di Tangga Batu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.


Sinar Harian

Selebriti ini hilang kesuciannya ketika usia...

Budaya barat sinonim dengan fahaman liberal. Maka tak hairan bila pola pemikiran mereka berbeza dengan adat ketimuran.

Terdapat beberapa selebriti berani mengakui pada usia berapa mereka hilang kesucian.

 khloe Kardashian

Khloe adalah salah seorang selebriti yang dikenali dari keluarga Kardashian. Dalam memoir bertajuk Kardashian Konfidental, dia mengungkapkan telah kehilangan keperawanan di umur 14 tahun.


 Jessica Simpson

 Sebagai wanita yang tinggal di negara dengan fahaman liberal, aktres cantik berambut perang ini sangat istimewa. Dia mengaku baru melepas keperawanannya setelah menikah dengan Nick Lachey di usia 22 tahun.


 Shirley Manson

Vokalis Garbage ini hilang keperawanan di usia 15 tahun. Empat puluh saat terakhir setelah melakukan hubungan badan, dia berkata "Seperti ini?"


 Adriana Lima

Model Victoria Secret ini memiliki pemikiran sama dengan Jessica Simpson. Bagaimana tidak, dia menunggu sampai berkahwin sebelum memberi keperawanan kepada si suami. Marko Jaric, di usia 27 tahun


 Tina Fey

 "Aku tidak boleh memberikannya pada sembarang orang," aku Tina Fey kepada David Letterman. Dan aktres ini baru melepas mahkotanya di usia 24 tahun. 


Celine Dion

Penyanyi ternama Celine Dion rupanya memiliki ingatan yang sangat kuat. Dia mengaku melepas kesucian di usia 20 pada 30 April 1988 bersama kekasih yang kini menjadi suaminya, René Angélil.


kapanlagi.com

Pelakon Amanda Bynes dakwa dicabul polis


NEW YORK - Aktres bermasalah, Amanda Bynes kelmarin mendakwa dicabul oleh beberapa anggota polis dengan kes tersebut kini disiasat pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Kejadian dipercayai berlaku semasa dia ditahan berhubung tuduhan menghisap ganja di apartmennya di Manhattan di sini.

Ketika hadir di mahkamah pada Jumaat lalu, bekas bintang kanak-kanak Nickelodeon itu menuduh polis memasuki rumahnya tanpa waran geledah.

Namun, dalam satu mesej di laman Twitternya, aktres tersebut kelmarin mendakwa polis turut mencabulnya.

"Seperti dakwaan-dakwaan lain berhubung salah laku polis, tuduhan tersebut akan disiasat walaupun tanpa aduan rasmi," kata jurucakap Jabatan Polis New York, Paul Browne.

Bynes ditahan Khamis lalu selepas seorang pekerja di bangunan kediamannya menghubungi polis dan memberitahu bahawa aktres itu menghisap ganja di lobi bangunan.

Bynes, 27, turut dituduh melempar keluar peralatan menghisap ganja melalui tingkap apartmennya di hadapan anggota-anggota polis.

Bynes popular selepas membintangi filem terbitan Nickelodeon, All That dan turut berlakon dalam beberapa filem lain termasuk Easy A pada 2010. - AP

Kosmo

Pengalaman Sarjan (B) Daud Ng Mat Nooh jahit kepala mayat


MESKIPUN tidak pernah terlibat dengan pertempuran menentang musuh negara, namun khidmat beliau sentiasa diperlukan ketika berada di medan pertempuran.

Masakan tidak, setiap pertempuran pasti akan mengundang kecederaan dan setiap kecederaan pastinya memerlukan rawatan secukupnya.

Ketika ada anggota yang tercedera dalam peperangan, beliau dan rakan sepasukan adalah orang yang bertanggungjawab merawat mangsa. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, siapakah ‘beliau’ itu dan apakah tugas-tugasnya.

Beliau yang dimaksudkan ialah Sarjan (B) Daud Ng Mat Nooh, 51, yang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak  tahun 1980, dalam Kor Kesihatan Diraja (KKD).

Berkhidmat sebagai anggota tentera selama 21 tahun, banyak pengalaman pahit manis yang pernah dilalui Daud terutamanya sepanjang bergelar Pembantu Pegawai Perubatan untuk KKD.

Pembantu Pegawai Perubatan merupakan satu daripada jawatan dalam ATM. Tugas utama mereka adalah untuk merawat anggota tentera dan juga keluarga anggota tentera di kawasan mereka ditugaskan.

Malah, khidmat mereka kadang kala diperlukan untuk merawat anggota yang tercedera dalam operasi menentang musuh negara seperti komunis dan pemberontak.

Peluru tembusi kepala

Menceritakan kisahnya, Daud tidak akan lupa pengalaman menjahit kepala mayat seorang anggota yang telah ditembak di bahagian mata sebelah kiri dalam operasi menentang komunis sekitar 1980-an.

“Masa itu ada operasi menentang komunis di Keroh, Gerik. Saya tunggu di pangkalan di Kalian Intan untuk "standby" bagi menjaga kesihatan anggota yang bertugas di situ.

“Pada suatu hari, jam 5 petang, ada anggota dapat telegram dari kampung yang memintanya pulang. Jadi, ada lima anggota perlu mengiringi anggota tersebut dari kawasan operasi ke pangkalan.

“Dalam perjalanan, mereka diserang hendap dan seorang anggota terkena tembakan di bahagian mata. Peluru itu menembusi kepalanya,” cerita Daud.

Tambahnya, apabila mayat tiba di pangkalan, beliau diarahkan untuk menjahit koyak di kepala mangsa.

“Sayu hati bila lihat rakan kita maut dengan cara sebegitu. Tapi itulah lumrah dan semangat anggota tentera, kami rela mati mempertahankan kedaulatan negara," katanya.

Sepanjang bertugas dalam KKD, Daud tidak banyak menyertai operasi menentang musuh negara sebaliknya beliau lebih banyak terlibat dengan misi menyelamat.

Helikopter bergegar

Antara misi yang masih segar dalam ingatan anak kelahiran Bota, Perak ini adalah misi menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam nahas kapal terbang di Sarawak.

Menurutnya, misi menyelamat itu turut disertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), namun tugasan yang diamanahkan kepada beliau pada waktu itu hampir meragut nyawanya dan rakan seangkatan lain.

“Masa itu, kami melakukan misi menyelamat menggunakan tali. Helikopter kami turun agak rendah kerana mangsa berada jauh di dalam gaung. Tiba-tiba, bilah helikopter terkena pokok.

“Helikopter terus bergoyang kuat. Saya memang takut masa itu. Memang saya fikir helikopter yang saya naik ini akan terhempas.

“Tapi juruterbang nekad untuk terbangkan juga helikopter itu sebab nak selamatkan tiga mangsa yang masih hidup. Dia (juruterbang) memang seorang yang berani,” ujarnya.

Nahas tersebut mengorbankan dua orang sementara tiga lagi mangsa yang masih hidup dibawa ke pekan Balaga untuk menerima rawatan lanjut. Mangsa yang masih hidup pula melecur teruk kerana terkena minyak dari kapal terbang yang terhempas itu.

“Semua mangsa dipercayai bukan warga Malaysia. Sedih bila lihat keadaan mereka. Badan mereka melecur teruk sebab kena minyak dari kapal terbang.

“Saya lihat ada seorang mangsa melecur bersandar di sebatang pokok. Bila badannya ditarik, kulitnya juga tercabut kerana melekat di pokok,”katanya.

Pendaratan cemas

Kisah Daud tidak berakhir di situ. Beliau dan rakan terpaksa melalui detik mencemaskan dalam perjalanan pulang ke pekan Balaga. Bilah helikopter yang bengkok teruk menyebabkan helikopter terbang dalam keadaan yang tidak stabil dan mungkin terhempas jika sebarang kesilapan berlaku pada masa itu.

“Masa kami terbang dari hutan untuk ke pekan Balaga, helikopter terbang dalam keadaan bergegar dan tak seimbang. Saya hanya berdoa sahaja pada masa itu, memohon supaya kami selamat sampai ke tempat yang dituju.

“Setelah 45 minit terbang, akhirnya kami tiba juga di Balaga. Lega sungguh rasanya bila helikopter berjaya mendarat,” katanya.

Daud menyifatkan pengalaman yang beliau tempuhi sepanjang bergelar anggota tentera merupakan pengalaman yang sangat bernilai dan akan terus berada dalam kotak fikirannya.

“Kerjaya sebagai anggota tentera bukanlah tugas yang mudah sebenarnya. Jadi janganlah anda memandang rendah kepada anggota tentera.

“Tanpa mereka, keselamatan dan kedaulatan negara akan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” tegasnya mengakhiri perbualan.


Sinar Harian

Kajian: Lahir cara bedah punca gemuk

 Photo credit: Photopin

London: Lebih ramai bayi yang dilahirkan secara pembedahan cesarean membesar untuk menjadi kanak-kanak atau remaja gemuk berbanding mereka dilahirkan secara normal, kata satu kajian terbaru membabitkan lebih 10,000 bayi di England.

Kanak-kanak berusia 11 tahun yang dilahirkan melalui C-section misalnya adalah 83 peratus lebih cenderung untuk mengalami lebihan berat badan atau obes berbanding rakan mereka dilahirkan secara normal berkait rapat dengan faktor seperti berat badan ibu dan berapa lama mereka menyusu badan yang turut diambil kira.
 

Kesan jangka panjang


Keputusan itu adalah selaras dengan pendapat terbaru membabitkan sembilan kajian terdahulu yang juga mendapati kaitan antara C-section dan obesiti ketika zaman kanak-kanak.

“Melalui C-section, ada banyak kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak yang kita tidak ketahui,” kata Dr Jan Blustein yang mengetuai kajian terbaru di Sekolah Perubatan Universiti New York.

Kadar C-section di Amerika Syarikat juga dikatakan meningkat, mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan kesan kepada ibu dan bayi.

Berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, C-section membabitkan hampir 1 dalam 3 kelahiran pada 2010, meningkat daripada 1 dalam 5 pada 1996.
Bagi wanita, prosedur terbabit meningkatkan peluang kecederaan pundi kencing atau usus selain kesan kepada kehamilan di masa akan datang.

Blustein berkata saiz risiko obesiti bagi kanak-kanak tidak terlalu besar dan tidak sepatutnya terbabit bagi wanita yang perlukan pembedahan berkenaan atas alasan perubatan.

“Tetapi bagi wanita yang memilih C-section sepatutnya perlu tahu mengenai risikonya,” katanya. - Agensi


BH


Seorang tahanan lari tersilap masuk balai polis untuk sembunyi

Gambar hiasan

St Louis (Missouri): Seorang lelaki yang melarikan diri selepas ditahan polis, akhirnya ditangkap selepas tersilap berlari ke dalam sebuah ibu pejabat polis untuk bersembunyi.

Lelaki itu yang namanya tidak disiarkan ditahan ketika memandu.

Pihak berkuasa berkata, dia keluar dari keretanya, menolak anggota polis dan melarikan diri.

Polis mengejar lelaki itu yang kelihatan kepenatan tetapi terkejut apabila melihatnya meluru terus ke dalam ibu pejabat polis St Louis County.


Dia dipercayai tidak nampak papan tanda di luar bangunan itu ketika cuba mencari tempat untuk bersembunyi.


Anggota di dalam balai berkenaan menahan lelaki itu dengan mudah.

“Anda mungkin tidak percaya jika saya cakap. Sebenarnya dia lari ke arah penjara di balai ini tetapi berpatah balik untuk mencari jalan keluar. Dia bernasib baik kerana tidak terus masuk ke penjara,” kata jurucakap polis, Bryan Ludwig. - Reuters

Hafizh Syahrin cipta sejarah naik podium Moto2 di Aragon


PENUNGGANG Petronas Raceline Malaysia's Hafizh Syahrin Abdullah mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menaiki podium perlumbaan Moto2 pada pusingan kedua 'Campeonato de Espana de Velocidad' di Motorland Aragon, Sepanyol, pada Ahad.
  
Permulaan yang lancar dengan jentera pada tahap terbaik, juara Cub Prix 2010 itu mengetepikan 35 pesaing pada Perlumbaan 1 untuk mencipta kemenangan sulung di tempat kedua dengan catatan masa 29 minit 27.524 saat, hanya 0.075 saat di hadapan pelumba Amerika Syarikat, Kenny Noyes di tempat ketiga (29'27.599s).
  
Pelumba Sepanyol, Roman Ramos menjuarai perlumbaan 15 pusingan itu dengan catatan 29'11.275s.
  
"Sukar untuk percaya saya akhirnya menaiki podium selepas melalui masa sukar ketika ujian masa tidak rasmi pada Jumaat dan pusingan kelayakan pada Sabtu kerana keadaan cuaca yang melampau.
  
"Saya berasa sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan serta penaja yang memungkinkan semua ini berlaku," kata Hafizh Syahrin dalam kenyataan, di sini. - Bernama

Pose maut kekasih Cristiano Ronaldo, Irina Shayk di Festival Filem Cannes 2013

 Model Irina Shayk posing di depan wartawan di Festival Film Cannes ke-66 di Cannes, Prancis, (23/5)


 
 Model yang menjadi kekasih Cristiano Ronaldo berusia 27 tahun ini memberikan salam kepada para wartawan yang mengambil gambarnya, ketika tiba di karpet merah sempena tayangan filem 'All Is Lost'

Tempo.co