Galaxy S4 meletup, sebuah rumah di Hong Kong hangus terbakar


Satu kejadian yang baru terjadi di Hong Kong membabitkan telefon Galaxy S4 milik seorang lelaki meletup menyebabkan rumahnya hangus terbakar.

 Sebelum ini paha seorang wanita cedera apabila telefon Galaxy S3 meletup di dalam poket seluar.

Kali ini pemilik telefon bernama Du yang asik bermain game yang di Galaxy S4, tiba tiba bateri Galaxy S4 miliknya meletup yang membuat Du terkejut lalu dia pun melemparkan telefon bimbit yang terbakar ke salah satu sudut rumah, akibatnya api yang berasal dari telefon tadi terus terbakar dan menghanguskan rumahnya.

Hingga saat ini belum ada maklumat lanjut bagaimana telefon pintar Samsung Galaxy S4 milik Du boleh meletup. Berdasarkan keterangan dari Du, dirinya mengakui bahawa telefon, bateri, dan charger yang ia gunakan semunya asli dari pengilang Samsung.

palingseru.com

5 comments: